Anda di halaman 1dari 11

PENULISAN AKADEMIK:

SEJAUH MANA MATAPELAJARAN SENI DALAM PENDIDIKAN DAPAT


MEWUJUDKAN PEMBELAJARAN YANG OPTIMUM , BERSEPADU ,
MENYERONOKAN , DALAM APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATAPELAJARAN LAIN.
Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan
atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga
masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang
memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser
dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari
perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga
memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian
sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah
apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah
bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi
atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri
murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka.
Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan
kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu
Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi,
estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu
yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh
dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain.Pelajar yang didedahkan
dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan
tugasan dalam matapelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada
penghafalan fakta menerusicatatan berjela.Peta minda yang digrafikkan secara
mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang
sukar.Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah
ini.

APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN


Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan
seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar pelajarnya
menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini
demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik
minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang
minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.
Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran
meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping itu,
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni
diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia
memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan
logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual,
interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.
Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi
membantu perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru
permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti
seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen
tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual
ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan
ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi
seseorang terhadap muzik yang didengari.
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa
wujud di sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak
dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan
lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang
baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan elemen

yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi
tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan
putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga
turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni
Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna
sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita.
Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni
yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut
memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap
personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam
seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah,
semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Misalnya, jika
seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren dan
merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih
warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang
dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi
sedih dan juga sayu seseorang.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka
muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai
sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati
sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan
mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam
kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai
contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita
sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu
menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad,
menepuk tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang
dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni,
irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang,
susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam


irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang
minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai
sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa
lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik
apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar.
Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam
Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling
sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita
seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna.
Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan
dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983),
kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih
tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang
cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan
berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.
Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art
Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi
sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran
dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi
keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan
menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam
mengolah

sukatan

pelajaran

dengan

menumpukan

kepada

perkembangan

pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai


pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa

yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran
yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid
untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta
emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut
ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh
sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan
secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen
dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman
tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan
pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni,
kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara
bebas dan kreatif.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi
semua matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi
tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid
menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan
pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga
pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru
perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna
dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama
menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan
elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta
melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik
pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan


menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual),
irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran
matapelajaran sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan
haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke
taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ.
Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciriciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya.
Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat
itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah
perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka
menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik
dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka
dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti
mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh
mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah
perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum
mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan
tersebut menarik dan kreatif.

Peranan seni dalam pendidikan


Petama, Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.
Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan kanak kanak dapat melibatkan
diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokan . Teori Konstruktivisme
menyatakan bahawa pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya
secara aktif dalam sesuatu pembelajaran dan bukan menerimanya secara pasif.
Mereka berusaha untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru dengan
menggunakan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman yang
sedia ada supaya dapat meyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul.Organ
deria memainkan peranan yang penting dalam memperolehi pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang terdapat di sekeliling. Organ organ deria akan bertindakbalas
dengan rangsangan rangsangan yang sesuai daripada persekitaran, kemudian di
proses dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang
bermakna seterusnya diamalkan dalam suatu situasi yang sesuai.
Jadi, berdasarkan teori ini guru memainkan peranan penting bagi membolehkan
pelajar membina pengalaman baru dengan mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokan seterusnya pelajar boleh bertindak secara aktif. Misalnya, bagi
matapelajaran Matematik guru boleh meningkatkan minat pelajar terhadap
matapelajaran tersebut dengan memperdengarkan kepada pelajar beberapa buah
lagu berkaitan isi pelajaran contohnya , pelajar diminta bersama sama
menyanyikan lagu ciri-ciri bongkah 3-d .Setelah selesai, pelajar dikehendaki
mencatat dan menyebut nama bongkah 3-d . Jadi di sini, ia dapat menambahkan
perbendaharaan kata pelajar tersebut sekaligus mereka mendapat pengetahuan
baru. Menurut teori ini lagi, pembelajaran hanya boleh bermula adan nyatakan ciricirinya apabila wujudnya tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.
Dengan adanya Seni Visual, Muzik dan Pergerakan ia boleh dijadikan sebagai
rangsangan kepada pelajar. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan tersebut.
Kedua , Membantu Dalam Mengimbangkan Perkembangan Otak Kiri Dan Otak
Kanan .Melalui integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan , di sokong oleh
Hermann yang menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif

seseorang individu. Dengan adanya Seni DalamPendidikan, ia dapat


mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana, dalam Seni
Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni visual ,muzik dan pergerakan.
Otak kiri dan otak kanan masing masing mempunyai peranan yang tertentu.
Menurut Roger Sperry (1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang
berupa logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.
Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,
sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping
perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat
banyak memberi penekanan perkembangan otak kiri iaitu membaca, menulis,
mengira, menganalisis dan menaakul tetapi adanya Seni Dalam Pendidikan, ia
dapat membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui
integrasi seni visual, muzik dan pergerakan. Ini kerana, aktiviti aktiviti tersebut
dapat memberi peluang kepada otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa
yang dilihat dan disaksikan.
Ketiga , Aktiviti Seni Visual, Muzik Dan Pergerakan Memudahkan Proses
Menghubungkaitkan Semua Benda Alam. Dengan demikian, aktiviti Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan
pembelajaran Kebolehan mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam Seni
Dalam Pendidikan boleh memudahkan proses menghubugkaitkan semua benda
alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar dalam pDp boleh
membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan pemindahan
pembelajaran. Ini kerana, kanak kanak memang suka kepada sesuatu yang
bergambar, berwarna ( seni visual ), berbunyi dan berirama (muzik) serta aktiviti
yang melibatkan pergerakan. Hal ini di sokong oleh tokoh dalam Teori
Konstruktivisme yang menyatakan bahawa kanak kanak melibatkan diri dalam
pembelajaran secara aktif dan bukannya secara pasif.

Ke empat , Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas . Apabila semua murid


berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan
mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua

matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid


mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang
sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan
untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi
sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan
mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan
menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap
dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Kelima , Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi. Perasaan
merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia
atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar
murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti
seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan
emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran.
Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa
rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh
itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin
keberkesanannya.

REFLEKSI

ALHAMDULILLAH bersyukur saya kepada ALLAH S.W.T kerana dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini banyak perkara-perkara
baru yang telah saya pelajari yang mana sebelum ini pengetahuan saya tentang
subjek seni dalam pendidikan agak terhad. Justeru itu banyak halangan dan
masalah yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Masalah yang paling
utama ialah untuk memahami kandungan didalam subjek DSP kerana bagi saya
agak mustahil untuk mengaplikasikan pendekatan ini jika kita tidak memahaminya .
Untuk itu saya perlu mencari banyak bahan tentang teori-teori pembelajaran , faedah
seni dalam pendidikanm, perkembangan JERISE kanak-kanak dan lain-lain lagi .
Selain itu kengkangan masa juga amat menghimpit saya . Kebetulan untuk penggal
kedua persekolahan tahun ini banyak aktiviti ko-kurikulum diperingkat sekolah dan
daerah yang perlu saya kendalikan seperti menjadi jurulatih unit uniform ,pengerusi
teknik sepak takraw , jurulatih olahraga dan lain-lain lagi. Untuk itu ruang masa untuk
menyiapkan tugasan ini adalah waktu malam sahaja.Banyak perkara yang perlu
saya korbankan , bak kata pepatah kalau tidak pecahkan ruyung, bagaimana
hendak mendapatkan sagunya.
Setelah menyiapkan tugasan ini dapatlah saya simpulkan bahawa , aplikasi
seni dalam pengajaran sememangnya amat penting untuk diaplikasikan oleh semua
guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran, ia
juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat
secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana,
dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan
dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam
pengajaran juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang
pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai