Anda di halaman 1dari 15

MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 4

TEORI DEONTOLOGIKAL

Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada
tanggungjawab atau kewajipan seorang individu. Mengikut teori etika ini, ia menyatakan
nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya (hasil/kebaikan yang
akan didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya
semasa tindakan atau keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu
tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat
keputusan atau melakukan tindakan.

Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud yang
diharuskan atau diwajibkan. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama
ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan
moral yang bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat
tindakan tersebut. Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan. Ia
menyatakan ada pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau
peraturan menjadi baik, betul atau wajib secara moral walaupun ia tidak menghasilkan
banyak kebaikan daripada keburukan bagi individu, masyarakat atau dunia. Dua aspek
teori ini adalah seperti di bawah:

1. Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan
moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam
situasi tertentu. Contoh:Dalam keadaan genting ini aku terpaksa memetik picu
senapang ke arah perompak itu Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan
tanpa merujuk apa-apa peraturan.

2. Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul
atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan itu
adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.

MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 5

Sir William David Ross (18771940) menyatakan bahawa kemoralan pada
asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita. Ross percaya bahawa terdapat
kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan
atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan. Prima facie = (at first
glance atau on the surface of things)

Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia
kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar
kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima facie:

Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas
Kewajipa ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material
Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat
baik kepada kita.
Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan
sesuai dengan khidmat orang berkaitan.
Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan
bantuan kita.
Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan
meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.
Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang
dirumuskan Ross dalam bentuk negatif)

Aplikasi Prinsip Kewajipan dalam Kehidupan Harian Prinsip Kewajipan
menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan
satu tanggungjawab. Untuk mengambil sesuatu tindakan bermoral, kita perlu
mempraktikkan formula berikut: Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan
(rujukan Maxim) = Tindakan Bermoral



MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 6

Peranan Guru Pendidikan Moral

Berdasarkan teori Sir William David Ross, guru Pendidikan Moral dapat
memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang bermoral dan
berakhlak mulia.
Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang
berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar
atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan
ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas sebagai Guru
Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan perkembangan
moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab
dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang
datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada
keluarga dan masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar
tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka
sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat
memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang
berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya Buntat
at.el, (2003) di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran mengajar dan
mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus di bentuk ke
arah profesionalisme.
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan untuk mencapai hasrat negara. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang
individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan.
Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses
sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan
memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar
secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 7

dan wajib dibuat di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam
masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh pelajar hasil
daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya.
Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi
kita menjadi manusia melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah
organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi
kandung kebudayaannya. Melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral guru
dapat menerapkan sosialisasilah kebudayaan dengan mengajar nilai-nilai ada dalam
kewajipan Prima Facie seperti saling menghormati, kesetiaan, berterima kasih, dan
sebagainya. Sosialisasilah adalah berkait rapat dengan kewajipan prima seperti
diterangkan oleh Sir William David Ross cuma nilai moral yang diterangkan oleh beliau
wajib dilaksanakan semua orang.
Dalam Pendidikan Moral bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang
ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan
cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti mengajar pelajar beratur
mengikut giliran, mengikut peraturan sekolah, bekerjasama dengan orang lain dan
bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Semua nilai ini pelajar wajib melaksanakannya.
Jenis kepimpinan dan suasana sekolah turut mempengaruhi perkembangan personaliti
pelajar. Sebagai contoh, guru Pendidikan Moral harus menegaskan disipln kepada
pelajar, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan. Seandainya guru
Pendidikan Moral berjaya mendisplinkan murid dengan menerapkan nilai moral dalam
pengajarannya maka guru telah berjaya menjayakan menjalankan aktiviti pengajaran
menggunakan teori Ross iaitu kewaijipan prima facie.
Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam
Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada
tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP, .... dengan menyedari betapa besarnya
tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-
penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan (Yahya
Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang
pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai
bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 8

bermoral tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian
mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
Dalam teori Ross Kewajipan Prima ada tersenarai kewajipan kesetiaan iaitu kita
harus menepati janji yang diadakan dengan bebas. Kesetiaan ini tidak kira sama ada
manusia dengan Tuhan atau manusia dengan manusia. Sebagai contoh, kesetiaan di
antara manusia dengan Tuhan, guru Pendidikan Moral perlu menekankan kepada
pelajar dengan nilai moral kepercayaan kepada Tuhan.Ibu bapa mengharapkan agar
pihak sekolah dan juga guru dapat meningkatkan kepercayaan anak mereka kepada
tuhan dan agama. Perkara ini menjadi lebih kritikal dalam era globalisasi. Hal ini
kerana, kehidupan yang begitu mementingkan materialistik, teknologi dan hiburan dapat
menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru
Pendidikan Moral boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian melalui
pengajaran dan pembelajaran kerohanian yang mantap dan suci serta setia kepada
Tuhan akan melahirkan akal yang sihat jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpuji
dalam kalangan murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudah
dilaksanakan jika guru melaksanakannya tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat
membangunkan modal insan.
Selain itu, setia kepada raja dan negara. Prinsip Kesetiaan Dan Ketaatan Raja
Dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini.
Guru Pendidikan Moral sebagai penyampian ilmu, perlu mendedahkan kepentingan
mengenali dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan tentang sejarah
Kesultanan Melayu, sistem Raja berpelembagaan dan Majlis Raja-raja. Guru perlu
menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan
menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan
nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Contohnya aktiviti
Pendidikan Moral yang boleh dijalankan oleh jawatankuasa Panitia Pendidikan Moral,
guru-guru Pendidikan Moral boleh membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Negara
dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Dengan ini, murid-murid akan
mengenali dan menghormati institusi raja yang terdapat di Malaysia.
Guru Pendidikan Moral juga perlu menegaskan tentang kepentingan kesepaduan
antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas dalam membina kerukunan dalam
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 9

masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.Dalam teori Ross, juga ada mengaitkan
kewajipan saling menghormati di antaran satu sama lain. Untuk perpaduan di negara
ini, guru perlu menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pertuturan
seharian. Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapat memupuk semangat
perpaduan kaum dengan saling hormat menghormati. Guru harus menekankann dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral bahawa perpaduan di antara kaum
sangatlah penting untuk keamanan negara.
Begitu juga dengan kewajipan untuk mematuhi peraturan, guru Pendidikan Moral
boleh memulakannya dengan perkara yang kecil dan mudah sahaja contohnya sentiasa
menggalakkan murid-murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti hadir ke sekolah
tepat pada masanya dan tidak membuang sampah merata-rata. Walaupun hal ini
kedengaran tidak penting, namun apabila kita menerapkan murid dengan asas yang
kukuh, maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah yanglebih baik pada masa
hadapan.
Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalam pengajaran,
sesuai dengan ragam murid yang pelbagai. Kepelbagaian dalam cara mengajar
membolehkan murid terus fokus dan tidak bosan serta objektif pembelajaran yang
dirancang juga dapat dicapai. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah
ponteng sekolah akibat pengajaran guru yang tidak memberangsangkab, secara tidak
langsung murid-murid seperti dapat mengamalkan peraturan sekolah dengan lebih
berintegriti.
Melalui aktiviti main peranan dalam Pendidikan Moral, guru bolehlah memainkan
peranan sebagai pendidikan adab dan budi peketi dalam aktiviti ini. Guru mewujudkan
situasi perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid memainkan peranan
debagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersama-sama.
Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar
sesuatu perayaan. Penerapan abad budi pekerti melayan tetamu dan hormat
menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main peranan. Cara meminta maaf ketika
hari perayaan agama juga akan ditentukan agar murid memahami pentingnya saling
memaafkan antara satu sama lain.
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 10

Guru sentiasa menjadi perhatian umum dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa
sahaja yang dipakai, diperkatakan, dilakukan atau ke mana sahaja guru pergi, mereka
tetap menjadi perhatian pelajar. Guru Pendidikan Moral harus berusaha memastikan
adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru
merupakan modal kepada pelajar dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya
umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Kesimpulannya, guru Pendidikan Moral memainkan perananyang penting dalam
pembangunan nilai pelajar yang patuh mereka patuhi seperti yang dinyatakan oleh Sir
William David Ross. kepelbagaian jenis dan budaya sekolah yang wujud haruslah
menekankan ke arah pembentukan nilai murni pelajar. Guru yang mengajar Pendidikan
Moral, pengalaman mengajar dan personaliti guru haruslah berperanan memberi
kesedaran tentang nilai dan moral kepada pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. hasil dari keprihatinan terhadap penanaman nilai dan moral akan
memberi kesan yang positif di dalam pembangunan.

















MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 11

TEORI KEMATANGAN MORAL

Lawrence Kohlberg (1984) membina sesuatu model perkembangan moral atau
ditentukan oleh perkembangan kognitif. Lawrance Kohlberg menekankan bahawa
perkembangan moral berdasarkan penalaran moral dan berkembang secara bertahap.
Menurut Lawrence Kohlberg perkembangan moral ditentukan oleh
perkembangan kognitif. Mengikut teori perkembangan Kohlberg seseorang individu
mengalami 3 tahap perkembangan moral yang utama. Di mana, setiap tahap
mengandungi 2 peringkat.
Tahap dan peringkat yang diperkenalkan oleh Kohlberg adalah berdasarkan
respons yang diterima daripada cerita-cerita tentang dilema moral dalam penelitiannya,
dan ia tertarik pada bagaimana seseorang akan menjustifikasikan tindakan mereka
apabila mereka berada dalam persoalan moral yang sama. Berikut adalah 3 tahap
perkembangan moral yang diterangkan oleh Kohlberg:

Tahap 1 Pra Konvensional
Tahap 1 ini merupakan tingkat yang paling rendah dalam teori perkembangan moral
Kohlberg. Dalam tahap ini, kanak-kanak memberi keutamaan kepada kepentingan diri
dan kesan sesuatu tindakan dan perkembangan adalah berdasarkan keperluan individu
serta peraturan orang lain. Tahap ini, merangkumi anak-anak yang berumur 0 - 12
tahun. Tingkat pra-konvensional terdiri daripada 2 peringkat awal dalam perkembangan
moral dan murni melihat diri dalam bentuk egosentris.
i) Peringkat pertama - Peringkat yang berorientasikan hukuman dan kepatuhan.
Dalam peringkat ini, individu-individu menfokuskan diri pada konsekuensi langsung
dari peraturan untuk mengelakkan hukuman. Perbuatan yang baik buruk ditentukan
oleh akibat fizikal. Tambahan lagi, kanak-kanak beranggapan bahawa peraturan
adalah kuasa yang tidak boleh digugat. Sebagai contohnya, sesuatu tindakan
dikategorikan sebagai salah dari segi moral bila orang yang melakukannya itu
dikenakan hukuman. Semakin berat hukuman diberikan, semakin salah tindakan itu.
Dalam peringkat ini, apa yang terbaik ialah menggelakkan diri dari melanggar
peraturan. Ia juga dikenali sebagai 'kemoralan heteronomus'.
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 12

ii) Peringkat kedua - Orientasi ganjaran.
Dalam peringkat kedua ini, ia menepati posisi iaitu 'apa untungnya buat saya',
perilaku yang benar didefinisikan dengan apa yang paling diminatinya. Dengan kata
lain, dalam peringkat ini mematuhi peraturan untuk mendapat ganjaran atau
perkongsian untuk mendapat balasan. Orientasi ini dikategorikan bersifat egosentrik.

Tahap 2 Konvensioanal
Pada tingkat ini merupakan tingkat menengah dalam Teori Perkembanagan Moral
Kohlberg. Dalam morality konvensional ini didefinisikan sebagai apa yang betul ialah
tingka hlaku yang dianggap baik oleh masyarakat. Tahap ini juga dianggap dibahagikan
kepada 2 peringkat seperti dinyatakan di bawah:
iii) Peringkat ketiga - Orientasi kanak-kanak yang baik.
Dalam tahap ini seseorang memasuki masyarakat dan memiliki peranan sosial.
Dalam tahap ini juga seseorang menghargai kebenaran, kepedulian dan kesetiaan
pada orang lain sebagai landasan pertimbangan moral. Dalam orientasi ini juga
mereka akan cuba untuk berkelakuan sebagai seorang anak baik untuk memenuhi
harapan tersebut. Keinginan untuk mematuhi aturan dan otoritas dan hanya untuk
membantu peranan sosial yang stereotip ini. Perkara yang menyenangkan hati
adalah membantu orang lain dan perbuatan yang baik ialah jika perbuatan tersebut
memenuhi kehendak orang lain.

iv) Peringkat keempat - berorientasikan mempertahankan norma dan autokrasi.
Peringkat keempat ini moralitas sosial sistem. Pada tahap ini, perkembangan moral
berdasarkan atas pemahaman aturan sosial, hukum-hukum, keadilan dan kewajipan
secara bulat-bulat demi mengelakkan diri dari dikenakan hukuman atau benda.
Tambahan lagi, sekiranya individu mempertahankan norma sosial maka perbuatan
yang dilakukan adalah perbuatan yang baik.




MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 13

Tahap 3 Postkonvensional
Tahap ini dikenali sebagai moraliti postkonvensional dan juga dikenali sebagai tingkat
berprinsip terdiri dari peringkat 5 dan 6 dari perkembangan moral. Dalam tahap ini,
perkara apa yang betul ialah sejajar dengan hak manusia sejagat, nilai atau prinsip
yang perlu dipertahankan oleh masyarakat dan individu.
v) Peringkat kelima - orientasi perjanjian sosial.
Dalam peringkat ini, individu-individu dipandang sebagai memiliki pendapat-pendapat
dan nilai-nilai yang berbeza, serta mereka dihormati dan dihargai tanpa memihak.
Dalam peringkat ini juga Kohlberg berpendapat bahawa wujud nilai yang dipersetujui
oleh masyarakat, hak individu dan peraturan untuk mencapai persetujuan dalam
menentukan apa yang benar. Dalam peringkat ini juga, wujud hubungan 2 hala
antara individu dengan sosial masyarakat. Tambah lagi, kewajipan individu haruslah
sesuai dengan sosial. Selain itu, invidu akan memahami konsep mematuhi sesuatu
undang-undang iaitu untuk mengekalkan ketenteraman. Tambahan lagi, penaakulan
ke arah kebajikan masyarakat dan melindungi hak-hak minoriti menjadi kemoralan
rasmi bagi pembentukkan perlembagaan sebuah negara.

vi) Peringkat keenam - prinsip etika sejagat.
Peringkat keenam ialah kenalaran moral berdasarkan pada penalaran abstrak iaitu
menggunakan prinsip etika universal. Dalam peringkat ini, invdividu akan mematuhi
kepada prinsip dalaman (keadilan dan kesamaan) untuk mengelakkan kutukan diri.
Tambahan lagi, apa yang benar adalah berdasarkan suara hati yang berharmoni
dengan prinsip sejagat. Lagipun interaksi dengan masyarakat yang menentukan
sama ada sesuatu perbuatan itu baik atau tidak. Mengikut pandangan Kohlberg
unsur sejagat juga menetukan apa yang boleh atau baik dilakukan dan sebaliknya.
Mengikutnya lagi, sekiranya seseorang individu melanggar peraturan masyarakat jika
berkonflik dengan kod etika peribadinya. Selain daripada itu, prinsip keadilan,
kesamaan hak manusia, pengekalan penghormatan terhadap kemuliaan seseorang
harus diterima.

MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 14

Akhir sekali, dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengetahuan tentang
teori-teori perkembangan adalah penting bagi semua guru. Pengetahuan berkaitan teori
perkembangan kanak-kanak membantu warga guru untuk memahami, mengetahui dan
merancang pengajarannya agar dapat membantu perkembangan aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosialnya.



PENYELESAIAN MASALAH DALAM DILEMA

Isu wanita kereta Peugeot Mengamuk
Pada 15 Julai 2014, tersebar dalam sosial mengenai insiden yang dipercayai berlaku
pada 14 julai 2014. Isu wanita pemilik kereta Peugeot 208 mengamuk. Nombor plat
pendaftaran CDM25 kini menjadi trending dilaman sosial berikutan tindakan wanita
berkenaan yang memaki hamun seorang warga emas iaitu Sim Siak Hong hanya
kerana kereta jenama Peugeot miliknya dilanggar.Selain itu, wanita tersebut memukul
kereta warga emas tersebut dengan stereng lock'. Insiden itu berlaku di tempat Parkir
UTC Kuantan. Identiti wanita berkenaan telah dikenalpasti sebagai Kiki Kamaruddin
dan merupakan pemilik perniagaan kerja kahwin SDN BHD. Kiki telah ditahan oleh
polis berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun
Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan
jenayah.





Berdasarkan dilema wanita kereta Peugeot mengamuk, dalam penyelesaian
masalah perkembangan Moral tidak hanya ingin mengetahui jawapan persoalan
dinyatakan di atas tetapi ingin mengesan proses bagaimana subjek (Kiki) menjawab
soalan yang berunsur dilema moral. Berpandukan peringkat perkembangan Moral
Persoalannya
Haruskah Kiki mengamuk, memaki hamun dann memukul kereta warga emas tersebut
walaupun warga emas itu bersalah? Mengapa?
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 15

Kohlberg kita boleh menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam dilema
seperti di sebelah:

Tahap 1: Pra-Konvensional (0 - 9 tahun)

Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan
dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan
tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan
hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.

Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana
penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan
ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk
mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu
dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak
dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat.
Pada masa ini ibu bapa menekankan nilai bermaafan. Setiap kali pergaduhan di antara
anak-anak, ibu bapa perlu meminta mereka meminta maaf.
Sebagai contoh, seandainya mereka tidak bermaafan mereka akan didenda
seperti tidak boleh makan atau bermain. Jadi kanak-kanak takut kena denda mereka
akan patuh kepada ibu bapa mereka. Maka isu seperti masalah Kiki yang mengamuk
dan tidak memaafkan Uncle Sim mungkin tidak akan berlakukan. Seandainya
bermaafan dipupuk dari kecil sikap Kiki tidak akan menjadi seorang cepat naik angin
dan Kiki mungkin seorang menjadi pemaaf.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.

Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.
Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan
ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan
mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah
sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai
contoh Kiki dengan kakaknya bergaduh hendak menunggang basikal. Jadi sebagai
penyelesaian masalah mereka kena cabut undi siapa yang dahulu menunggang basikal
mengikut masa ditetapkan, kemudian seorang lagi perlu akan menunggung basikal
selepas masa tamat seorang tadi menunggang basikal. Jadi nilai keadilan dapat
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 16

diserapkan dalam diri kanak-kanak tersebut tadi. Sama juga dalam kes Kiki dengan
Uncle Sim tadi. Seandainya Kiki ada nilai keadilan ini dari masa kecilnya Kiki mungkin
tidak akan cepat mengamuk malah dia akan mencari jalan menyelesaikan masalah
secara adil. Kalau memamg Uncle Sim itu bersama. Kiki akan mendapat kata sepakat
untuk mencari penyelesaian masalah secara damai. Seandainya tiada kata sepakat
antara Kiki dengan Uncle Sim akan menggunakan khidmat polis untuk menyelesaikan
kes kemalangan itu. Jadi keadilan akan diperolehi secara damai.

Tahap 2: Konvensional

Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap
ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah
ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu
orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.

Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik

Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk
menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada
dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada
tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran
budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya.
Seandainya Kiki mempunyai perlakuan yang baik dari zaman kecilnya, Kiki akan
bercakap sopan dan berusaha menyelesaikan kes kemalangannya itu dengan Uncle
Sim dengan cara yang baik. Jadi sikap cepat marahnya itu tidak akan berlaku. Kes
kemalangannya itu akan diselesaikan dengan baik dan mudah serta tidak ada masalah
akan berlaku. Dia kemungkinan tidak akan dikenakan hukuman salahlaku dan ditahan
oleh polis.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu
kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-
undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup
pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada
peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja
dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini. Sebagai
contoh, seandainya Kiki patuh dan menghormati undang-undang, dia akan membawa
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 17

Uncle Sim berbincang secara baik untuk menyelesaikan kes kemalangannya itu. Kiki
tidak akan memaki hamun dan memukul kereta Uncle Sim kerana dia patuh kepada
undang-undang yang sedia ada. Seandainya tidak persetujuan di antara Uncle Sim
dengannya untuk menyelesaikan kes kemalangan mereka, Kiki akan membawa Uncle
Sim ke balai polis kerana dia percaya ada undang-undang untuk menentukan siapa
pesalah. Kiki tidak perlu hendak memarahi Uncle Sim.

Tahap 3: Pos - Konvensional

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral
Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif
lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang
tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak
individu dari etika prinsip sejagat,

Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu

Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan
serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral
adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan
masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya
bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.
Sama seperti penyelesaian masalah pada peringkat keempat tadi. Kiki harus percaya
dan menghormati kepada undang-undang bahawa kes kemalangannya dengan Uncle
Sim boleh diselesaikan dengan khidmat polis. Seandainya tidak ada persetujuan di
antara Kiki dengan Uncle Sim, Kiki boleh serah kes itu kepada polis sahaja. Seandainya
Kiki berbuat demikian, Kiki kemungkinan tidak akan dikenakan tataterbit atas
kesalahannya merosakkan harta benda dan peras ugut.

Peringkat 6: Etika prinsip sejagat

Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan
kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada
peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar
undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa
tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup
menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati
undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam etika ini, Kiki harus mempertahankan
MARYLIN ANAK ENATAWAMAT AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

ELM3013E 18

maruahnya bahawa dia tidak bersalah dengan membuat laporan polis mengenai
kemalangannya kereta dengan Uncle Sim. Dia berani membuat laporan polis sebab dia
berasa dirinya memang tidak bersalah. Jadi dia akan mendapat keadilan. Seandainya
Kiki berperlakuan begini dia tidak akan menjadi tonton umum dalam Youtube mengenai
sikap kasarnya kepada Uncle Sim.

Kesimpulannya, teori Kolhberg menunjukkan bahawa sikap moral bukan sahaja
hasil daripada sosialisasi tapi juga dari kebiasaan dan kebudayaan. Perkembangan
moral kanak-kanak mempunyai hubungan dengan latar belakang keluarga,
pembentukan peribadi, pendidikan dan aktiviti sosial. Kolhberg berpendapat tahap
perkembangan moral kanak-kanak adalah sama dalam semua masyarkat. Kebudayaan
dapat mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak. Rangsangan dan
pendedahan yang diterima oleh kanak-kanak akan menentukan lambat atau cepatnya
perkembangan moral kanak-kanak itu. Namun matlamat perkembangan ini adalah
sama dan hanya beza dari segi pemikiran dan keupayaan kohnatif individu itu. Kolhberg
mendapati semakin tinggi tahap perkembangan moral seseorang semakin mantap
penaakulan moral dan tanggungjawab individu itu.

Anda mungkin juga menyukai