Anda di halaman 1dari 10

PGA 102:

PERKEMBANGAN INTRAPERSONAL
DAN INTERPERSONAL REMAJA
TAJUK:
KEPERLUAN ASPEK MORALITI DALAM
KEHIDUPAN REMAJA
NAMA TUTOR:
DR. MASTURA BINTI BAHARUDIN
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. VOON TZE MING
940616-13-6329
127765
2. VOON NYET YIN
950408-13-5988
127764
3. CHITSARA A/P CHANIN SUKSUWAN
950406-02-5582
127647

PENGHARGAAN
Selamat Sejahtera, kami amat bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyempurnakan
tugasan bagi Pga 102 iaitu berkaitan Perkembangan Intrapersonal dan Interpersonal Remaja.

Dalam menjayakan tugasan ini, terdapat pelbagai ramai pihak telah memberi kerjasama
yang amat besar. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak universiti
kerana telah memberikan tugasan ini. Maklumat dan pengetahuan yang baharu dapat diperoleh
dan diaplikasikan dalam tugasan yang diberikan.

Selain itu, ucapan terima kasih kepada Dr. Mastura Binti Baharudin, tutor bagi subjek
Pga 102 kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang kami
menjalankan tugasan.Tanpa tunjuk ajar mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan seperjuanagan kami yang turut
membantu dan berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa
bantuannya, adalah sukar untuk menyiapkan tugasan ini.

DEFINISI MORALITI
Moraliti merupakan nilai moral yang ada pada diri seseorang. Menurut Mohammad Ali
dan Mohammad Asrori dalam buku Psikologi Remaja, nilai moral atau moraliti merupakan
aspek-aspek yang berkembang pada diri individu melalui interaksi antara aktivitas internal dan
pengaruh stimulus eksternal. Pada awalnya seorang anak belum memiliki nilai-nilai dan
pengetahuan mengenai nilai moral tertentu atau tentang apa yang dipandang baik atau tidak
baik oleh kelompok sosialnya. Selanjutnya, dalam berinteraksi dengan lingkungan, anak mulai
belajar mengenai berbagai aspek kehidupan yang berkaitan dengan nilai moral.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORALITI REMAJA


Faktor yang pertama mempengaruhi moralii remaja ialah ibu bapa. Proses pembesaran
kanak-kanak

adalah

bermula

daripada

pendidikan

yang

diterima

oleh

institusi

kekeluargaan mereka, fokusnya para ibu bapa. Tuntutan agama meletakkan suami isteri
ataupun ibubapa pembentuk sahsiah anak-anak yang bertanggungjawab untuk memastikan
anak-anak di bawah jagaannya mendapat keperluan asas yang terbaik dan didikan
mengikut jalan yang diredhai oleh penciptanya. Dalam proses perkembangan moraliti

seseorang anak-anak di alam remaja, sokongan para ibubapa amatlah penting untuk
membimbing dan membina pemikiran anak-anak membantu mereka menilai dan membuat
keputusan sebelum bertindak ke atas sesuatu. Ibu bapa bukan sahaja menjadi pembimbing
anak-anak mereka, malah cuba menganggap anak-anak sebagai kawan yang patut diberi
perhatian.
Seterusnya, masyarakat juga mempengaruhi morality remaja. Masyarakat merupakan
kehidupan manusia dalam kelompok tertentu dengan nilai budaya yang tertentu.
Masyarakat sekolah khususnya guru ini juga dapat membina kemahiran pelajar yang
positif di peringkat sekolah melalui kursus kepimpinan yang dijalankan di sekolah
umpamanya, kursus motivasi, kursus kerjaya dan menyertai kegiatan kokurikulum yang
berupaya membina keyakinan pelajar ke arah yang lebih baik. Masyarakat setempat
sepatutnya memberi nasihat dan pandangan terhadap mereka di samping meyokong
mereka dalam melakukan sebarang perkara yang berfaedah seperti bersukan pada masa
lapang, menyediakan peluang pekerjaan yang mampu dilakukan oleh mereka.

Akhir sekali, rakan sebaya turut mempengaruhi moraliti remaja. Rakan sebaya dianggap
tempat yang paling akrab pada masa ini, terutamanya pada peringkat pertengahan
remaja. Remaja lebih cenderung berkongsi masalah dengan rakan sebayanya mengenai
sesuatu masalah. Jika seseorang remaja mempunyai rakan yang baik seperti rajin pergi ke
surau, maka sedikit sebanyak remaja tersebut turut akan terpengaruh dan mempunyai sifat
yang baik seperti rakannya itu.

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORALITI


1.

Teori Piaget
Teori perkembangan kognitif dikembangkan oleh Jean Piaget 1896-1980 iaitu seorang

psikologi Swiss. Teorinya memberikan banyak konsep utama dalam lapangan psikologi
perkembangan dan berpengaruh terhadap perkembangan konsep kecerdasan. Pengertian
kognitif sebenarnya meliputi aspek-aspek struktur intelek yang digunakan untuk mengetahui
sesuatu. Piaget menyatakan bahawa perkembangan kognitif bukan hanya hasil kematangan
organisma, bukan pula pengaruh lingkungan semata, melainkan hasil interaksi diantara
keduanya. Sistem yang mengatur dalam teori Piaget mempunyai dua factor iaitu skema dan
adaptasi. Skema berhubungan dengan pola tingkah laku yang teratur yang diperhatikan oleh
organisma yang merupakan akumulasi daripada tingkah laku yang sederhana hingga yang
kompleks. Sedangkan adaptasi adalah fungsi penyesuaian terhadap lingkungan yang terdiri
atas proses asimilasi dan akomodasi.
Teori Moral Piaget (1896-1980) menunjukkan perkembangan intelek berlaku secara
berasingan dalam struktur kognitif manusia. Teori Piaget memperoleh kefahaman tentang
sesuatu melalui interaksi mereka dengan persekitaran. Konsep yang diaplikasikan dalam teori
Piaget terdiri daripada 2 konsep iaitu orgnisasi dan adaptasi. Konsep organisasi merujuk kepada
kebolehan untuk mengaplikasi dan menyusun pengalaman dan maklumat atau skemata.
Skemata ialah sistem tindakan dan fikiran yang akan digunakan oleh individu dalam proses
interaksinya dalam persekitaran. Skemata juga menjadi struktur kognitif yang menjadi asas
kepada tingkah laku. Konsep adaptasi menurut teori Piaget ialah kebolehan untuk
menyesuaikan

maklumat

dengan

kehendak-kehendak

persekitaran.

Perkembangan

pembentukan moraliti remaja terdiri daripada 3 jenis teori iaitu teori Piaget, teori Kohlberg dan
teori Freud.

Perkembangan dalam teori moral Piaget terdiri daripada moraliti heteronomous dan
morality autonomous atau kerjasama. Pada peringkat pertama iaitu moraliti heteronomus
antara lingkungan umur 6 hingga 10 tahun dikenali sebagai tahap egosentrik. Egosentrik
bermaksud seseorang terlalu fokus kepada diri sendiri. Pada tahap tersebut, kanak-kanak tidak
dapat memahami persepsi orang lain. Sebagai contoh, kanak-kanak meinginkan sesuatu tanpa
mengira persekitaran sekeliling. Moraliti heteronomus menerangkan bahawa kepercayaan
ialah undang-undang atau peraturan yang hadir daripada orang yang berautoriti. Peraturan
dianggap sebagai sesuatu yang suci dan tidak boleh diubah. Pelanggaran peraturan dianggap
salah jika membawa kesalahan walaupun orang yang melanggar undang-undang mempunyai
niat yang baik. Individu akan membuat penilaian sama ada betul atau salah berdasarkan
objektif yang dapat dilihat. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini tidak mempedulikan niat
atau tingkah laku kerana percaya kepada keadilan. Mereka juga percaya bahawa dendaan itu
wajib.
Seterusnya, tahap kedua ialah moraliti autonomus atau kerjasama iaitu kanaak-kanak
dalam lingkungan umur 10 hingga 11 tahun. Tahap ini dicirikan sebagai fleksibiliti moral. Pada
tahap ini, egosentrik kanak-kanak semakin berkurangan kerana mereka mula menunjukkan
moral. Kanak-kanak melihat peraturan sebagai persetujuan antara individu dengan individu
yang lain. Peraturan juga berubah mengikut individu iaitu niat diambil kira dalam sesuatu
tindakan yang dilakukan. Autoriti orang dewasa dilihat dalam bentuk saling menghormati dan
bekerjasamana.
2.

Teori Perkembangan Moral Kohlberg


Teori Lawrence Kohlberg (1927) banyak dipengaruhi oleh teori kognitif Piaget dan ahli

falsafah John Dewey. Kohlberg merupakan orang atau perintis dalam perkembangan moral.
Maklumat asas kepada teori moral Kohlberg ialah kajian tentang sesuatu nilai betul atau salah.
Teori Kohlberg memfokus kepada penaakulan moral pada peringkat remaja dan dewasa. Bayi
dan kanak-kanak tidak diberi pendekatan kerana mereka masih tidak mampu menaakul dan
mencapai nilai moral yang sebanar. Penaakulan moral bergantung kepada perkembangan akal
dan keupayaan menaakul seseorang. Teori perkembangan moral Kohlberg terdiri daripada tiga
tahap iaitu tahap prakonvensional, tahap konvensional dan pascakonvensional.
Tahap pertama dalam teori Kohlberg ialah tahap prakonvensional iaitu dalam
lingkungan 0 hingga 9 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak belum tahu sama ada betul atau salah
terhadap tingkah laku yang dijalankan. Kanak-kanak akan memastikan mereka mematuhi

peraturan untuk mengelak dendaan dan memperoleh ganjaran. Tahap prakonvensional terdiri
daripada 2 tahap iaitu pada peringkat satu, kanak-kanak yang berumur 5 hingga 7 tahun tidak
mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang persoalan moral. Pada peringkat pertama,
kanak-kanak membuat keputusan moral berdasarkan idea untuk mengelakkan hukuman. Pada
peringkat kedua, kanak-kanak menilai keputusan berdasarkan ganjaran. Keputusan yang dibuat
demi kebaikan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Peraturan dipatuhi kerana ganjaran
dapat memuaskan kehendak peribadi seseorang.
Tahap konvensional merupakan tahap kedua dalam teori perkembangan moral
Kohlberg. Moraliti konvensional iaitu kanak-kanak dalam linkungan umur 9 hingga 15 tahun
ialah norma yang dipegang menjadi cara utama penaakulan moral. Tahap konvensional dapat
menerima pendapat, niat dan motif orang lain serta mempunyai tanggungjawab dalam
menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan mengelakkan peraturan umum. Pada peringkat
3, kanak-kanak berupaya memahami perkara-perkara yang konkrit, suka dan tidak suka, boleh
dan tidak boleh dan betul atau salah. Pendangan moral pada peringkat ketiga berasaskan kepada
pendapat atau kata orang lain terhadap dirinya. Kanak-kanak seperti budak baik iaitu sentiasa
mengikut kata orang lain untuk mengelak daripada dibenci. Pada peringkat 4, tahap
konvensional menekankan pandangan remaja terhadap undang-undang dalam masyarakat.
Sebagai contoh, kanak-kanak perlu tidur pada pukul 9 malam. Kanak-kanak mematuhi
peraturan tanpa disoal untuk mengelakkan cemuhan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang pergi
ke kedai tidak mahu akan patung. Remaja cuba merujuk kepada persekitaran masyarakat dalam
menyelesaikan masalah.
Tahap yang terakhir ialah tahap pascakonvensional merupakan undang-undang yang
dibuat untuk menjaga keamanan sosial dalam kalangan masyarakat. Tahap pascakonvensional
pada peringkat kelima berorientasikan hak asasi manusia dan penghormatan kepada pihak lain.
Pada peringkat ini, teori Kohlberg mementingkan peranan saling timbal balik dan perhubungan
tanggungjawab. Pada peringkat keenam iaitu peringkat terakhir menerangkan bahawa
seseorang yang membuat keputusan berdasarkan pegangan etika diri sendiri. Undang-undang
yang mencabuli prinsip tidak perlu diikuti. Moral juga sering dibandingkan dengan tokohtokoh yang berpegang teguh kepada prinsip tersendiri.
3.

Tahap Psikoanalitik Freud


Teori psikoanalitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Freud berpandangan bahawa

pertumbuhan moral kanak-kanak berkembang sejajar dengan perkembangan biologi, kognitif,

dan emosi. Fokus utama dalam teori psikoanalitik ialah pengalaman awal kanak-kanak dan
desakan dalaman. Teori Freud menegaskan interaksi awal kanak-kanak dengan ibu bapa. Freud
menerangkan unsur-unsur dalaman yang meransang tingkah laku dan persekitaran. Teori
psikoanalitik Freud terdiri daripada 6 tahap iaitu tahap pramoral, tahap primer, tahap
pertengahan, tahap remaja, tahap awal dewasa dan tahap dewasa.
Perkembangan moral Freud pada tahap pramoral iaitu tahap pertama dalam lingkungan
umur 0 hingga 3 tahun. Tahap pramoral merupakan pencapaian pemisahan individu yang
merupkan perintis kepada superego. Pada tahap ini merupakan titik perubahan bagi kanakkanak dalam lingkungan umur 3-6 tahun iaitu pembinaan moral mula dibentuk. Kanak-kanak
mendapat penjagaan yang sempurna dan baik dari segi fizikal dan psikologi. Proses ini
berterusan dengan kemunculan ego dan superego dalam pembentukan nilai-nilai moral. Tahap
pertama ialah moraliti primer iaitu dalam lingkungan umur 8 hingga 12 tahun. Pada tahap ini,
teori Freud menerangkan pembentukan superego dan menjadi titik perubahan kepada kanakkanak yang berumar 12 hingga 14 tahun. Kanak-kanak sudah dapat membezakan buruk dan
baik. Tahap kedua iaitu moraliti pertengahan yang merupakan titik perubahan awal remaja.
Kanak-kanak mula menghayati nilai-nilai moral, peraturan dan undang-undang dan budaya.
Egoideal juga berkembang secara teratur. Egoideal merujuk kepada sikap terlalu mengagung
individu tertentu. Konsep autoriti bagi ibu bapa diambil perhatian pada tahap pertengahan
remaja. Kanak-kanak mematuhi peraturan dan menilai keputusan sebagai agen moral.
Tahap ketiga dalam teori Freud iaitu moraliti remaja dalam lingkungan umur 14 hingga
16 tahun merupakan pemisahan individu fasa remaja pertengahan. Titik perubahan bagi remaja
berumur 16 hingga 20 tahun iaitu pencapaian tugasan remaja akhir. Remaja menghayati
kesedaran tentang imej hero pada tahap pertengahan remaja. Remaja mula menunjukkan
perubahan perhubungan antara ibu bapa dan rakan sebaya. Tahap 4 iaitu moraliti awal dewasa
merupakan tahap yang menunjukkan perubahan remaja ke arah dewasa. Remaja akhir
menunjukkan keupayaaan untuk mengendalikan koflik, menyiapkan tugasan, membuat
hipotesis dan menyempurnakan tugasan secara berkumpulan. Tahap 5 merupakan tahap
terakhir iaitu moraliti remaja dan seterusnya. Pada tahap ini, seseorang akan menghadapi usia
tua dan kematian atau pemisahan. Individu banyak bergantung kepada diri sendiri berbanding
ibu bapa. Pada tahap ini, individu boleh berdikari, bertanggungjawab, berinteraksi secara
seimbang dan membentuk gaya hidup yang lebih personal dan autonomi.

KEPENTINGAN MORALITI KEPADA REMAJA


Nilai moral adalah penting untuk disemai ke dalam kalangan remaja sejak bangku sekolah
lagi supaya keutuhan moraliti dalam diri remaja akan dapat membina sebuah masyarakat yang
aman dan maju.
Apabila nilai moraliti yang tinggi disemai dalam remaja, maka wujudlah remaja yang
berakhlak tinggi. Seseorang remaja itu akan mematuhi segala peraturan dengan melakukan
perkara yang berfaedah dan baik sahaja kepada masyarakat serta tidak mengundang bahaya
kepada orang lain. Masalah sosial seperti masalah pembuangan bayi yang merisaukan ramai
pihak akan dikurangkan sekiranya para remaja berakhlak tinggi. Akan tetapi, statistik yang
dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia telah menunjukkan bahawa jumlah kes pembuangan
bayi telah semakin meningkat saban tahun. Hal ini demikian kerana nilai moraliti sesetengah
remaja masih lagi dikira rendah sehingga tidak dapat membezakan yang baik dan buruk serta
pahala dan dosa tentang sesuatu perbuatan yang dilakukan. Justeru, nilai moraliti yang tinggi
dalam diri remaja perlulah dipupuk sejak awal lagi untuk membendung masalah-masalah
sebegini daripada menjadi kian teruk kerana mencegah lebih baik dari merawat.
Selain itu, remaja yang mempunyai nilai moraliti yang tinggi adalah senang untuk
berbincang tentang semua perkara seperti ekonomi, sosial, dan politik. Mereka tidak akan
membawakan isu yang sensitif ataupun menyinggung perasaan sesiapa sekiranya berada dalam
perbincangan . Malah, mereka akan menerima teguran dan pembetulan sekiranya salah serta
memberikan pandangan yang bernas dan terperinci jikalau diperlukan. Dalam hal ini, mereka
tidak akan berdiri teguh dalam pandangan sendiri sahaja supaya diterima orang lain, tetapi
dapat berkompromi dengan pandangan orang lain. Jelaslah bahawa remaja yang bermoral
tinggi adalah senang dibincang dan memajukan sesuatu perkara.
Di samping itu, pemupukan nilai moral yang tinggi dalam kalangan remaja akan
melahirkan remaja yang mempunyai jati diri yang kuat. Jati diri yang kuat akan menjadi
pegangan kepada individu tersebut supaya tidak keluar dari landasan yang betul. Para remaja
yang mempunyai nilai moraliti yang tinggi tidak akan mudah terpengaruh oleh kata-kata orang
lain untuk melakukan sesuatu seperti merokok bersama rakan apabila disuruh umpama lembu
dicucuk hidung. Mereka akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mencari kebenaran
daripada kata-kata seseorang tersebut. Mereka turut tidak akan dicemari budaya barat yang

negatif apabila mereka bekerja atau belajar di sana. Oleh itu, nilai moral adalah penting untuk
dipupuk dan ditanam dalam diri remaja demi kebaikan mereka semua.
Akhir sekali, aspek moraliti adalah penting dipupuk dalam kalangan remaja kerana dapat
melahirkan sebuah masyarakat yang prihatin. Nilai moraliti yang tinggi dalam diri remaja
bukan sahaja mewujudkan banyak sifat positif dalam diri mereka seperti pemurah dan sabar
tetapi turut mewujudkan masyarakat yang prihatin. Dalam hal ini, seseorang remaja yang
bermoral tinggi akan bersifat empati, iaitu meletakkan diri sendiri dari sudut orang lain dan
lama-kelamaan akan menimbulkan sifat positif yang lain. Seterusnya, dia akan bersikap lebih
menghargai dan menghormati orang di sekeliling secara tidak langsung serta mengetahui
bahawa setiap orang lain mempunyai hak yang sama seperti dia. Maka, kewujudan situasi yang
sebegini akan membina sebuah masyarakat yang berprihatin dan masalah sosial semakin
berkurangan. Oleh hal yang demikian, nilai moraliti yang tinggi dalam kalangan remaja adalah
penting untuk pembinaan sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya, nilai-nilai moral merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap
remaja supaya tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki
dalam masyarakat. Dengan ini, ibu bapa seharusnya memperkukuhkan lagi nilai moral dalam
diri remaja dan bukan sahaja bergantung kepada peranan pihak kerajaan dan pihak sekolah.
Hal ini adalah untuk melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisasikan misi
nasional negara.

RUJUKAN
Laman Web Wikipedia. Tahap Perkembangan Moral Kohlberg. Diakses pada 10 November
2015, dari
https://id.wikipedia.org/wiki/Tahap_perkembangan_moral_Kohlberg
Laman Web Wikipedia. Tahap Perkembangan Kognitif Piaget. Diakses pada 8 November
2015, dari
https://id.wikipedia.org/wiki/Teori_perkembangan_kognitif
Jean, P. (1932). The Moral Judgment of the Child. London: Kegan Paul, Trench, Trubner
and Co.
Lawrence, K., Levine, C., & Hewer, A. (1983). Moral Stages : A Current
Formulation and A Response To Critics. Basel, NY: Karger.
Lawrence, L., Lickona, T. (1976). "Moral Stages and Moralization: The Cognitive
Developmental Approach". Moral Development and Behavior: Theory, Research and
Social Issues. Rinehart and Winston.
Piaget, J. (1983). "Piaget's theory". In P. Mussen (ed). Handbook of Child Psychology. 4th
Edition. Vol. 1. New York: Wiley.
Cole, M, et al. (2005). The Development of Children. New York: Worth Publishers.
Bjorklund, D. F. (2000). Children's Thinking: Developmental Function and Individual
Differences. 3rd ed. Bellmont, CA : Wadsworth.

Anda mungkin juga menyukai