Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pendahuluan/Latar belakang
Secara amnya, pemodenan merupakan satu perubahan dalam semua aspek
kehidupan yang melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan juga penilaian. Tidak
dapat dinaIikan disini bahawa negara kita telah dipengaruhi dan telah mengalami dan
tidak keterlaluan jika diungkapkan bahawa negara kita, iaitu Malaysia juga sedang dan
masih mengejar proses pembaratan` iaitu satu proses peniruan gaya hidup Eropah Barat
yang disertai oleh sesuatu usaha perubahan secara berencana. Di sini, amat penting
untuk melihat kembali Iaktor sejarah itu sendiri dan beberapa teori yang dikemukakan
iaitu Teori Imperialisme (Lenin) dan Teori pergantungan yang menyatakan bahawa
sistem pembahagian kerja kolonial menjadi punca kemunduran dan kegagalan negara
membangun untuk berkembang maju. Ianya jelas disini menunjukkan bahawa pihak
kolonial yang menjajah negara kita pada masa dahulu telah berjaya meninggalkan
beberapa kesan dan sistem ekonomi kapitalisnya telah berjaya diserapkan dan menjadi
sebati dalam kehidupan masyarakat kita sendiri.
1.1 Pernyataan Masalah
Kekangan yang dihadapi dalam sektor-sektor kegiatan ekonomi dan sumber
modal yang terhad adalah sukar untuk sebuah Negara membangun seperti Malaysia
meningkatkan taraI ekonomi mengikut arus pemodenan. Namun seiring dengan arus
pemodenan, Malaysia telah membuktikan kemampuannya untuk bersaing dari segi
ekonomi.

3

1.2 Objektif
I. Mengenalpasti kegiatan ekonomi primer, sekunder dan tertiar
II. Mengenalpasti pemodenan ekonomi Melayu dan perkembangan FELDA
III. Mengenalpasti industri-industri yang terlibat dalam kegiatan ekonomi Malaysia
IV. Melihat idea dan usaha yang dilakukan oleh pemimpin dalam membangunkan
ekonomi
1.3 Batasan
Mengenalpasti kegiatan ekonomi primer, sekunder dan tertiar, mengenalpasti sejarah
ekonomi Melayu dan perkembangan FELDA, mengenal pasti industri-industriyang
terlibat dalam kegiaran ekonomi dan idea dan usaha yang dilakukan oleh pemimpin
dalam membangunkan ekonomi di Malaysia yang di pengaruhi oleh pemodenan
ekonomi.
1.4 Definisi/konsep
Apabila bercakap tentang ekonomi, sudah pasti ianya amat penting kerana
sebagai sebuah negara yang sedang membangun, ekonomi merupakan Iaktor yang amat
penting dalam memajukan dan membangunkan negara terutamanya daripada aspek taraI
hidup masyarakat secara keseluruhannya. Sebenarnya, penjajahan Barat telah
membentuk pandangan baru bahawa masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah
adalah ketinggalan dan mereka merasakan bahawa masyarakat Eropah mempunyai
kelebihan dari aspek ketenteraan dan ekonomi terutamanya kerana mereka memiliki
4

industri yang lebih moden dan maju. TaIsiran ini pada pandangan saya wujud
disebabkan oleh proses pembangunan yang mula diidentiIikasikan sebagai penunjuk
arah kepada perkembangan manusia sejagat. Menyingkap kembali maksud modenisasi`,
ianya merupakan proses transIormasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan
masyarakat yang harus ditempuhi oleh semua bangsa dan negara. Peralihan tumpuan
daripada kegiatan ekonomi moden perlu dilihat khususnya daripada kegiatan ekonomi
primer kepada kegiatan ekonomi sekunder dan tertiar yang jika dilihat ianya saling
bergantungan antara satu sama lain. Walaupun dikatakan sebagai ekonomi primer,
namun ianya tidak terlepas daripada mengalami proses pemodenan.









3


Bab 2
2.0Huraian dan perbincangan
2.1 Kegiatan ekonomi primer, sekunder dan tertiar
Bercakap soal ekonomi, ianya dibahagikan kepada tiga jenis bahagian yang
utama iaitu 5egara ekonomi primer, ekonomi sekunder dan ekonomi tertiar. Kegiatan
ekonomi primer ini merupakan kegiatan ekonomi yang memperoleh hasil secara terus
daripada sumber semula jadi seperti tanih, hutan, mineral dan air. Secara amnya, ianya
lebih bersiIat tradisional. Contoh kegiatan ekonomi primer ini adalah pertanian. Terdapat
juga tanaman jualan seperti kelapa, koko dan sebagainya yang boleh dikategorikan
sebagai salah satu kegiatan dalam ekonomi primer. Aktiviti perlombongan juga
dikategorikan dalam kegiatan ekonomi primer yang terbahagi kepada dua iaitu logam
(arang batu dan bijih timah) dan juga bukan logam (petroleum dan gas asli). Pembalakan
juga merupakan salah satu contoh kegiatan ekonomi primer. Seperti yang umum ketahui,
60 daripada keluasan negara kita diliputi kawasan hutan dan kebanyakan daripada
hasilnya terdiri daripada kayu keras seperti meranti merah, merbau, cengal dan lain-lain.
Kayu balak ini akan diproses menjadi produk yang lebih tinggi nilainya. Sektor
perikanan juga merupakan salah contoh kegiatan ekonomi primer.
Selepas kegiatan ekonomi primer adalah ekonomi sekunder yang merupakan
kegiatan menukar barangan mentah kepada barangan siap untuk dipasarkan kepada
6

pengguna. Salah satunya adalah aktiviti perindustrian yang memproses barang mentah
menjadi barangan siap. Kegiatan ekonomi sekunder terbahagi kepada dua bahagian iaitu
negara yang berasaskan sumber yakni yang menggunakan bahan mentah daripada
sumber alam dan juga negara bukan berasaskan sumber iaitu yang menggunakan bahan
separuh siap. Misalnya dapat dilihat apabila kayu balak diproses untuk menjadi perabot
yang bernilai, petroleum diproses menjadi bahan bakar dan pada tahap sekunder ini,
barang yang dihasilkan mempunyai nilai pasaran dan ia sekaligus telah menyediakan
peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat. Jadi, secara tidak langsung kegiatan
ekonomi sekunder telah membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan
taraI ekonomi penduduk setempat. Kewujudan kegiatan ekonomi sekunder ini, secara
tidak langsung telah mengurangkan masalah pengangguran yang dihadapi oleh Negara.
Sudah tentu tahap kegiatan ekonomi yang terakhir adalah kegiatan ekonomi
tertiar dimana ianya lebih kepada kegiatan ekonomi yang menyediakan perkhidmatan
misalnya pelancongan dan perdagangan. Contoh yang lebih konkrit bagi kegiatan
ekonomi tertiar ini adalah perniagaan runcit yang melibatkan penjualan barangan dalam
kuantiti yang kecil kepada orang ramai yang juga dipanggil sebagai pengguna akhir. Di
sini saya akan kemukakan beberapa contoh yang terlibat dalam aktiviti ekonomi tertiar.
Ianya termasuklah dari segi pengangkutan, perdagangan dan pendidikan. Dalam kegiatan
pengangkutan misalnya terbahagi kepada tiga iaitu pengangkutan darat, air dan udara.
Bagi pengangkutan darat sudah jelas diperlihatkan kepada kita akan pengangkutan
seperti kereta yang berIungsi untuk membawa penumpang dan ada juga yang
menggunakannya untuk membawa barang. Sseterusnya adalah aspek pndidikan yang
7

mana memperlihatkan kewujudan institut pengajiam awam dan swasta dimana bagi
institute pengajian swasta ianya dapat menambah pendapatan 7egara melalui kemasukan
pelajar-pelajar asing, melakukan inovasi baru daripada penyelidikan institusi pengajian
tinggi, berlakunya perpindahan teknologi dan sebagainya. Dari aspek perdagangan pula,
satu contoh yang akan saya kemukakan disini adalah kegiatan runcit yang terdapat
dikawasan Bandar dan luar Bandar dan terdapat juga perdagangan antarabangsa yang
terdapat di Bandar-bandar besar teutamanya dan mempunyai pelabuhan utama serta
menjalankan kegiatan import dan eksport.
2.2 Pemodenan ekonomi Melayu dan perkembangan FELDA
Dalam arus pemodenan masa kini, kita dapat melihat bahawa aktiviti pertanian
yang dahulunya dijadikan sebagai aktiviti ekonomi sara diri atau dipanggil sebagai
aktiviti ekonomi tradisional ini telah mengalami perubahan dan ianya menjadi kegiatan
ekonomi komersial untuk meluaskan pengagihan hasilnya kepada seluruh masyarakat
dalam sesebuah 7egara. Dapat dilihat bagaimana pada zaman dahulu nenek moyang kita
menjalankan aktiviti pertanian dengan cara tradisional. Dapat dilihat dengan jelas pada
kurun ke-19 apabila masyarakat menggunakan kerbau untuk membajak sawah dan bagi
aktiviti perlombongan, mereka menggunakan cara seperti melampan dan mendulang.
Dapat dilihat dengan jelas perbezaan aktiviti pertanian yang dijalankan pada zaman
dahulu dengan zaman yang berada di arus pemodenan ini. Jika dahulu tenaga manusia
dan binatang ternakan lebih banyak digunakan, lain pula sekarang kerana kita lebih
8

banyak menggunakan khidmat mesin-mesin yang kebanyakannya dibeli daripada luar


negara dan ada juga mesin-mesin daripada dalam negara sendiri.
Jika kita telusuri sejarah negara sebelum abad ke-19, misalnya disini saya akan
kemukakan contoh bagi aktiviti perlombongan yang pada ketika itu hanyalah dianggap
sebagai satu kerja sambilan bagi orang Melayu itu sendiri untuk mengisi masa mereka
yang terluang. Pada ketika itu, mereka lebih menumpukan kepada kegiatan pertanian
seperti menanam padi dan sayur-sayuran. Cara yang mereka gunakan bagi aktiviti
perlombongan itu tidak sesuai kerana mengeluarkan hasil yang sedikit dan ianya tidak
lagi digunakan apabila permintaan terhadap bijih timah meningkat dan dari sinilah
pembesar Melayu seperti Long JaaIar mula mengupah buruh dari Cina untuk
mengusahakan dan menjalankan kegiatan perlombongan. Seperti yang kita ketahui,
mengikut sejarah negara kita, orang melayu berada dikawasan negara dan menjalankan
aktiviti ekonomi pertanian manakala orang Cina pula berada di kawasan perlombongan
yang pada ketika itu sangat menguntungkan. Jadi disini, perbezaan taraI hidup antara
masyarakat melayu dan Cina amat ketara.
Hal ini telah mewujudkan jurang ekonomi yang besar antara kaum. Namun, jika
hendak dibandingkan dengan masa kini, jelas terlihat bahawa kita lebih banyak
menggunakan teknologi moden dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan
hasilnya amat memberangsangkan dan jurang ekonomi antara kaum juga tidak sehebat
dahulu. Sedikit sebanyak ia membantu meningkatkan taraI ekonomi orang melayu itu
sendiri sebagai masyarakat peribumi walaupun tidak dapat dinaIikan jurang ekonomi
9

masih wujud sehingga sekarang. Tidak terlalu melampau jika dikatakan disini bahawa
masyarakat melayu secara umumnya gagal untuk melibatkan diri dalam ekonomi
komersial dan ini dapat dilihat dengan jelas apabila kita memahami aspek perbezaan
negara ekonomi baru yang diwujudkan. Sistem ekonomi kapitalis yang diperkenalkan
secara mendadak telah membawa bersama-sama beberapa 9egar asas iaitu dari segi
modal, buruh, dan pengusaha yang begitu berbeza dan asing berbanding dengan apa
yang terdapat dalam ekonomi tradisional bumiputera.
Sedikit sebanyak kita telah melihat sedikit kisah sejarah dalam pemodenan
ekonomi. Sekarang ingin saya kemukakan satu contoh yang jelas sekali terlihat
pemodenan yang dialaminya, iaitu Felda`. Seperti yang kita ketahui, generasi Ielda yang
pertama bersusah payah mengerah keringat untuk membuka dan meneroka tanah
sebelum ianya diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Sebenarnya, teori modenisasi yang
dikemukakan oleh ahli ekonomi Barat cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah
kemiskinan melalui penerapan unsur-unsur pemodenan dalam pertanian. Malalui Felda
misalnya, telah lahir skim pertanian yang moden dan cekap yang telah mengubah taraI
hidup peneroka Felda sekalian. Rancangan Pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda sejak 1956 adalah diantara strategi
yang digubal untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan para petani. Faktor seperti
saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomi juga dikatakan sebagai Iaktor yang
menyumbang kepada kemiskinan luar Bandar dalam negara ini. Perlu diketahui bahawa
agensi ini ditubuhkan kerana bagi memajukan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian
10

yang produktiI dan memaksimumkan hasil yang bermutu disamping membangunkan


penempatan penduduk yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan sebagainya.
Secara langsung, program Felda ini dapat menyelesaikan tiga masalah tanah,
iaitu kelaparan tanah, saiz tanah yang kecil dan pemecahan tanah. Kesannya secara
langsung ialah peserta berpeluang memperbaiki taraI sosioekonomi keluarga mereka
melalui aktiviti tanaman walaupun kadang-kala pendapatan mereka terjejas akibat
kejatuhan harga dipasaran. Apa yang lebih penting disini ialah anak-anak mereka
berpeluang menerima pendidikan yang lebih baik. Pada hakikatnya, generasi pertama
Felda sudahpun mengalami mobiliti secara mendatar. Penghijrahan mereka ke kawasan
Felda memberi peluang kepada peneroka untuk mengubah status ekonomi dan
meningkatkan taraI ekonomi keluarga. Hakikatnya disini, Felda berperanan untuk
menggalak, membantu, menyiasat, merancang dan melaksanakan projek pembangunan
tanah dan petempatandi negara kita. Pemodenan ekonomi yang berlaku memperlihatkan
kepada kita bahawa Felda kini bukan sahaja menjadi agen pembangunan tanah dan
penempatan semula rakyat miskin, tetapi juga bertanggungjawab untuk melahirkan
anggota masyarakat yang produktiI disamping menjaga kebajikan peneroka. Melalui
rangkaian perniagaan yang diceburi, Felda telah menyalurkan keuntungan kepada
peneroka menerusi koperasinya. Perlu kita ketahui disini bahawa Iokus Felda adalah
terhadap tanaman pertanian dagangan atau yang berorientasikan eksport iaitu getah dan
kelapa sawit disamping tanaman-tanaman lain termasuklah tebu, koko dan kopi. Setiap
peneroka juga akan diberikan satu lot tanah untuk tanaman komoditi tersebut.
11


2.3 Contoh industri-industri yang terlibat dalam kegiatan ekonomi Malaysia
Antara industri yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Malaysia ialah produk
makanan. Secara sedar atau tidak, sektor pemprosesan makanan di negara kita telah
menyumbang kira-kira 10 untuk keluaran perkilangan Malaysia. Makanan yang
diproses telah dieksport ke lebih daripada 80 buah negara, dengan dengan jumlah
eksport tahunan melebihi RM6 billion dan ianya mewakili 2/3 daripada keseluruhan
eksport makanan yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM10 billion. Pada masa ini,
perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menguasai industri makanan di
Malaysia. Antara bidang utama dalam pertumbuhan industri makanan di Malaysia pada
masa ini ialah makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi, makanan yang mudah
untk disediakan, ramuan makanan dan tidak ketinggalan iaitu makanan halal yang amat
penting bagi pengguna produk makanan yang beragama Islam terutamanya.
Industri seterusnya yang terlibat dalam kegiatan ekonomi Malaysia ialah
petrokimia dan polimer. Industri ini merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang
penting di negara kita dimana Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang
mengeksport produk-produk petrokimia seperti polyoleIin, aromatic, okso-alkohol dan
banyak lagi. Faktor bekalan gas yang boleh diperolehi dalam jangka waktu yang panjang
membolehkan serta menjamin pembangunan ekonomi yang mapan dalam industri
petrokimia negara. Sektor petrokimia Malaysia sebenarnya telah menyumbang secara
signiIikan kepada pembangunan aktiviti-aktiviti pemprosesan plastik hiliran tempatan.
1

Pengeluar-pengeluar berskala dunia bagi negara damar seperti LDPE, SAN, PET dan
banyak lagi telah mendirikan kilang-kilangnya di Malaysia dan ianya secara tidak
langsung telah menyediakan bekalan suapan yang tetap terhadap negara-negara itu
sendiri.
Seterusnya, getah merupakan salah satu contoh industri yang juga terlibat dalam
kegiatan ekonomi di Malaysia. Secara realitinya, Malaysia mempunyai lebih daripada
500 pengilang yang mengeluarkan produk-produk seperti lateks, tayar dan produk getah
perindustrian serta produk-produk kasut. Sub-sektor produk getah merupakan sub-sektor
yang terbesar dalam industry produk getah dan ia terdiri daripada 142 pengilang yang
mengeluarkan sarung-sarung tangan perubatan dan banyak lagi. Industri produk getah
perlu dipelbagaikan dengan memberikan penekanan pada produk-produk yang memiliki
nilai tambah dan teknologi yang tinggi. Oleh itu, lebih banyak usaha perlu dilakukan
disamping membuat penyelidikan tentangnya bagi membangunkan produk yang sedia
ada serta produk-produk yang berasaskan getah dan juga aktiviti hiliran.






13

2.4 Idea dan usaha pemimpin Dalam membangunkan ekonomi negara


Mari kita lihat pemodenan ekonomi semasa zaman pemerintahan Tun Dr.
Mahathir yang juga digelar sebagai 'Bapa Pemodenan Malaysia, dan beliau juga
merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri di
negara kita. Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara,
beliau telah melakukan banyak perubahan dan menaik taraI ekonomi negara. Apabila
kita membuka mata kita mengenai pembangunan yang dilakukannya, dapat dilihat
dengan jelas disini bahawa terlalu banyak kemajuan dan pembangunan yang beliau telah
rancang dan laksanakan sekaligus Tun Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas
negara daripada sebuah 13egara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara yang
berasaskan perindustrian pada awal tahun 80-an dan seterusnya telah berkembang
menjadi sebuah negara K- Ekonomi. Projek-projek seperti MSC, Bandar Pintar dan
Kerajaan Elektronik telah membuka ruang kepada era kehidupan yang berteraskan
kepada penyebaran ilmu pengetahuan secara meluas atau K-Era. Walaupun masih baru,
namun era ini menjanjikan perubahan mutlak kerana ianya memberikan deIinisi baru
akan tanggapan manusia terhadap dunia.
Boleh dilihat secara jelas bahawa pelbagai projek perindustrian gergasi yang
diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri dan diantaranya ialah projek pengeluaran
kereta Proton melalui HICOM (Heavy Corporation oI Malaysia). Selain projek kereta
nasional, satu lagi projek besar (Mega Project) iaitu Koridor Raya Multimedia
diilhamkan dan direalisasikan memandangkan beliau sendiri telah menyedari betapa
14

pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa
kini dan masaa depan. Sebenarnya, ekonomi berasakan pengetahuan yang dirangsangkan
melalui pembinaan MSC merupakan peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang
pada pandangan saya ianya mampu memacu Malaysia ke arah sebuah egara maju
menjelang 2020. Perlu diketahui disini bahawa antara lainnya, projek MSC ini
merangkumi aspek aplikasi aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan,
14egara14 pintar serbaguna. Apabila menyelusuri semua usaha dan pemikiran Tun Dr.
Mahathir, sebenarnya, taraI negara maju yang dibayangkan oleh beliau bukanlah untuk
meniru cara hidup masyarakat di negara maju yang ada pada masa kini, tetapi ianya
berlandaskan kepada moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan dan corak daripada
rakyat Malaysia itu sendiri.
Melihat daripada perspektiI negara kita terutamanya, semasa pemerintahan Tun
Abdullah Badawi, beliau telah mmembangunkan salah satu kegiatan ekonomi primer
negara kita iaitu pertanian dimana ianya telah mengubah tanggapan masyarakat terhadap
pertanian yang dahulunya dilihat sebagai Low class kini telah berubah kepada High
class apabila beliau sendiri telah menjenamakannya semula melaui slogan ' Pertanian
adalah Perniagaan. Pertanian kini telah menjadi sebuah 14egara1414 penting sebagai
salah satu instrument pembangunan 14egara dan lebih daripada itu, krisis peningkatan
harga minyak yang berlaku telah member pengajaran yang amat berguna iaitu tentang
isu keselamatan makanan`.
13

Andai sahaja rakyat terus mendukung aspirasi beliau pada tahun 2004, tentu kita lebih
beruntung dan tidak mustahil juga akan menjadi salah satu pengeluar makanan serantau
malah keperingkat dunia sekalipun. Kita tidak hanya bercakap soal pertanian sekadar
untuk melepas batuk di tangga`, tetapi melihat kepada arus pemodenan yang dilalui
ianya turut diisi dengan pembangunan teknologi Biologi yang dikenali sebagai
Bioteknologi. Hari ini, rakyat perlu berbangga dengan perkembangan dan pertambahan
nilai yang wujud disamping kebolehan negara kita yang mula dikenali sebagai pengeluar
ubat-ubatan berasaskan herba hasil daripada kemajuan Bioteknologi itu sendiri. Kita
juga telah mula memasarkan produk-produk tempatan keperingkat antarabangsa dan
serantau.
Apabila bercakap tentang ekonomi negara-negara membangun seperti Malaysia,
satu kekangan yang dilihat sering berlaku dalam melaksanakan industrilialisasi di negara
membangun ialah masalah modal sama ada dari segi teknologi ataupun wang ringgit.
Sesuai dengan saranan bank dunia, kebanyakan negara membangun cuba untuk
melaksanakan industrialisasi dengan cara menarik pelbagai bentuk pelaburan asing yang
kadang kala dilihat hanya menguntungkan satu pihak sahaja dan pada pandangan saya
terdapat juga pihak pelabur yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan
kekurangan yang dimiliki oleh pentadbiran sesebuah negara yang sedang membangun
itu sendiri. Hal ini demikian kerana negara yang sedang membangun mengalami
kekurangan pakar dan juga pengalaman untuk membangunkan ekonomi negara
terutamanya di negara-negara dunia ketiga yang rata-rata ekonominya adalah berasaskan
ekonomi primer dan kadar kemiskinannya sangat tinggi. Misalnya dapat dilihat dalam
16

negara India dan AIrika. Ekonomi di negara-negara ini sangat mundur dan kebanyakan
rakyatnya mederita akibat kemiskinan yang dialami.




















17

3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pengalaman di negara-negara membangun
memperlihatkan kepada kita bahawa pemodenan dan pembangunan ekonomi dan politik
di negara Eropah Barat terutamanya telah menjadi model untuk mengorak langkah
kearah pemodenan sekaligus ianya menjadi inspirasi kepada negara-negara membangun
untuk meningkatkan taraI ekonomi mereka dan secara tidak langsung kehidupan rakyat
sesebuah negara akan menjadi lebih baik dan terjamin dari segi ekonomi. Apabila
eknomi rakyat sesebuah negara itu baik dan maju, secara tidak langsung aspek-aspek
yang lain seperti politik dan sosial akan menjadi lebih baik dan stabil. Tidak dinaIikan
disini, kita masih bergantung kepada sector ekonomi primer sebagai 17egara ekonomi
yang utama walaupun arus pemodenan telah menjelma dan 17egara ini telah mengalami
beberapa tahap pemodenan sesuai dengan peredaran zaman. Tidak dinaIikan juga
bahawa setiap kegiatan dan sektor yang lain mempunyai kebergantungan yang tinggi
terhadap kegiatan ekonomi primer. Ini menunjukkan bahawa walaupun pemodenan terus
berlaku, namun sector kegiatan ekonomi primer yang mengalami pemodenan dari zaman
ke zaman terus menjadi wasilah kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara.






18

BIBLIOGRAFI

1. Ahmad Esa. 2005. !olitik di Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.

2. Aini Hussain, Che Husna Azhari, Dzuraida Abdul Wahab dan Noriah Ishak.
2000.%0knologi dan p072od0nan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


3. Ahmad Murad, Zakiah Zahim dan Mastura Alias. 2006. $osial dala2 Kalangan
!0lafa7. Johor Bharu: Jahabersa.


4. Adli Azamin Shukri dan Muhammad Ali Shukri. 2008. 0o7osis !0k07faan.
D0wan 0kono2i (5) 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


5. Ramlah Adam. 2004. !02iki7an %:n D7. Mahathi7 Moha2ad . Kuala Lumpur:
Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia


19

6. http://www.scribd.com/doc/14421180/Modenisasi-Dan-Pembangunan-Ekonomi
7. http://www.slideshare.net/cikguzarinamn/bab-11-kegiatan-ekonomi-utama
8. http://yourwebapps.com/WebApps/db-view.cgi?id96539;sort1;;
9. http://geograIi.1.Iorumer.com/index.php?s8a7eb6d2171cbed801ae56d6I0524e7
I&actAttach&typepost&id194
10.http://penerangan.kpkk.gov.my/index.php?optioncomcontent&taskview&id
1960&Itemid109
11.hLLp//wwwblncangneL/forum/showLhreadphp?93908agalmanaMema[ukan
erLanlandenganlC1
12.hLLp//wwwfppsmuLmmy/download/doc_vlew/6falsafahpemlklranpollLlkdr
mahaLhlrmohamadhLml











0

Anda mungkin juga menyukai