Anda di halaman 1dari 14

Borang Soal Selidik

Kajian Lapangan Geografi 2022


A. Informasi Orang Sumber
Nama:
Umur:
Alamat penuh:

B. Soalan Soal Selidik (pilih satu sahaja)


1. Kegiatan ekonomi yang berada di Melaka Tengah.

( ) Perindustrian
( ) Perdagangan
( ) Pertanian
( ) Perikanan
( ) Pengangkutan
( ) Perkhidmatan

2. Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi utama di kawasan


Batu Berendam.

( ) Buruh
( ) Perdagangan
( ) Iklim
( ) Teknologi
( ) Pasaran
( ) Infrastruktur
( ) Bentuk Muka Bumi

3. Kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan Batu Berendam.

( ) Dapat mendorong kemajuan ekonomi negara


( ) Dapat mewujudkan peluang pekerjaan
( ) Dapat meningkatkan taraf hidup
( ) Dapat mengurangkan import
( ) Dapat memindahkan teknologi
( ) Dapat menggalakkan proses pembandaran
Ekonomi ditakrifkan sebagai domain sosial yang menekankan amalan,
wacana, dan ungkapan bahan dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan,
dan pengurusan sumber. Selain itu, Ekonomi juga merupakan ilmu yang
mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang
terhad bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak
terhad. Seterusnya, kegiatan adalah aktiviti, usaha, atau
pekerjaan. Kegiatan ekonomi pula adalah aktiviti yang dilakukan oleh
manusia untuk mendapatkan sumber ekonomi tersebut di samping
menghasilkan pendapatan.Tambahan pula, Kegiatan ekonomi juga boleh
ditakrifkan sebagai semua kegiatan yang dilakukan oleh manusia untuk
memenuhi kebutuhan hidupnya. Oleh itu, sebagai rumusan, Kegiatan ekonomi
adalah satu proses dimana penghasilan , pengagihan dan penggunaan
berlaku. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan nilai dan pendapatan.

Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor iaitu


sektor primer, sekunder dan tertier. Pertama sekali, sektor primer
merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada
sumber semula jadi. Ianya merupakan kegiatan ekonomi terawal wujud di
dunia ini dan diusahakan sejak dahulu lagi. Antara jenis kegiatan ekonomi
di bawah sektor ini adalah pertanian, perikanan, penternakan,
perlombongan, dan pembalakan. Aktiviti pertanian menggunakan sumber
tanah yang subur, aktiviti perikanan menangkap sumber hidupan akuatik di
laut ataupun sungai, aktiviti pembalakan mengeksploitasi sumber hutan dan
aktiviti perlombongan yang mengeluarkan sumber mineral dari perut bumi.

Seterusnya, sektor sekunder pula adalah aktiviti ekonomi yang


berasaskan kepada bahan mentah atau semula jadi. Sektor ini melibatkan
penukaran bahan mentah tersebut kepada barangan siap atau produk
untuk digunapakai oleh pengguna. Sektor ini termasuklah jenis kegiatan
ekonomi seperti pembuatan atau perindustrian dan juga pembinaan.
Sektor perindustrian di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
industri berasaskan sumber seperti kayu, getah dan kelapa sawit serta
industri bukan berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik serta
industri automotif.

Akhir sekali, sektor kegiatan ekonomi juga melibatkan sektor tertier.


Sektor tertier boleh didefinisikan sebagai kegiatan ekonomi yang
menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan. Sektor ini juga turut digelar
sebagai sektor perkhidmatan. Sektor ini semakin berkembang maju
kerana menyediakan perkhidmatan sokongan kepada sektor primer dan
sekunder. Kemajuan sektor primer dan sekunder juga bergantung kepada
sektor tertier. Contohnya, sektor pertanian memerlukan perkhidmatan
pengangkutan untuk membawa hasil ke kilang dan kilang memerlukan
perkhidmatan kewangan, insurans dan pemasaran untuk menjalankan
aktivitinya. Selanjutnya, Sektor ini memainkan peranan yang penting dalam
memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Contoh jenis kegiatan
ekonomi sektor ini adalah pelancongan, pengangkutan, pendidikan,
kewangan dan perdagangan.
Melaka Tengah merupakan sebuah daerah yang terdapat dalam
negeri Melaka, Malaysia dan merupakan daerah yang paling maju dan paling
ramai penduduk di negeri Melaka..Pada masa dahulu, Melaka pernah
menjadi pusat ekonomi termasyhur di dunia sehingga menjadi pelabuhan
antarabangsa dengan kapal dagang dari negara China, India dan Asia
Barat. Hal ini demikian kerana Melaka mempunyai kawasan yang strategik
dari segi geografi iaitu kedudukannya yang terletak di antara barat dan
timur dan juga bentuk muka bumi seperti kawasan berbukit bukau. Jadi,
kegiatan ekonomi berkembang pesat pada masa itu dan kemajuan itu
diwarisi dari zaman ke zaman. Kini, keadaan Melaka Tengah telah pesat
membangun dan menjadi antara daerah paling ramai penduduk dengan
pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan di kawasan ini.

Merujuk borang soal selidik kajian lapangan geografi 2022 yang telah saya
buat dan edarkan, saya telah mengumpulkan semua maklumat yang didapati
dan membuat rumusan tentang kegiatan ekonomi di sekitar Melaka
Tengah.Antaranya, kegiatan perindustrian merupakan kegiatan yang paling
berkembang maju di Melaka Tengah. Sektor perindustrian telah menjadi
sumber ekonomi utama di Melaka dan juga dalam kawasan daerah Melaka
Tengah. Sebagai contoh yang jelas, kawasan Ayer Keroh di Melaka
Tengah terdapatnya kawasan perindustrian di Taman Tasik Utama.
Perindustrian di Melaka Tengah penting untuk mendorong kemajuan
ekonomi negara disebabkan produk yang dihasilkan dari kilang
perindustrian dapat dieksport ke luar negara dan menjana pendapatan
negara. Dengan ini, proses pembandaran juga mampu digalakkan. Selain
itu, kegiatan perindustrian dapat mewujudkan peluang pekerjaan seperti
pengurus kilang dan pekerja kilang.Bukan itu sahaja, industri kecil
seperti industri pembuatan tembikar,kraf tangan juga membuka peluang
pekerjaan. Hal ini jelas bahawa taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan
secara menyeluruh.

Kegiatan ekonomi kedua yang terdapat di Melaka Tengah ialah


perdagangan. Sektor perdagangan juga dijadikan sumber ekonomi dan
pendapatan di kawasan Melaka Tengah. Kedai-kedai perniagaan di
kawasan ini berkembang pesat dan bilangannya semakin meningkat pada
masa ini disebabkan bidang perdagangan telah menjadi salah satu pilihan
yang paling popular untuk menjana pendapatan penduduk negara Melaka.
Salah satu pusat beli-belah yang amat terkenal dalam bidang
perdagangan adalah Pusat Beli-Belah Aeon di Melaka Tengah. Kewujudan
tempat perdagangan bermaksud peluang pekerjaan telah dibuka kepada
masyarakat. Jadi, kegiatan perdagangan di Melaka Tengah telah
memajukan ekonomi negara.

Tambahan pula, kegiatan ekonomi yang ketiga di Melaka Tengah ialah


perkhidmatan. Perkhidmatan kesihatan awam telah dibekalkan di
kawasan Melaka Tengah. Terdapat banyak klinik-klinik yang membekalkan
perkhidmatan kesihatan yang baik dan lengkap di Melaka Tengah.
Contohnya, Klinik Kesihatan Batu Berendam,Klinik Kesihatan Aye Keroh
dan Klinik Kesihatan Tengkera. Sektor perkhidmatan ini telah
mewujudkan peluang pekerjaan seperti doktor dan jururawat.

Kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian yang saya pilih, iaitu Batu
Berendam ialah perindustrian, perdagangan, pengangkutan dan
perkhidmatan. Kawasan Batu Berendam terdapat banyak petempatan dan
ramai orang penduduk tinggal dalam kawasan ini. Jadi, pelbagai kegiatan
ekonomi telah diwujudkan untuk menjana pendapatan penduduk bagi
menampung keperluan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup
masyarakat.
Kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya, Batu Berendam telah
dipengaruhi oleh dua kategori faktor, iaitu faktor fizikal dan faktor
manusia. Merujuk borang soal selidik serta sumber internet, saya telah
mendapati maklumat-maklumat berkaitan faktor yang mempengaruhi
kegiatan ekonomi di Batu Berendam.

Antaranya ialah faktor fizikal, iaitu bentuk muka bumi Tanah pamah
merupakan jenis bentuk muka bumi yang meliputi hampir keseluruhan
kawasan Batu Berendam. Oleh itu, bentuk muka bumi ini amat
bersesuaian untuk membina kilang atau kawasan perindustrian serta
pembinaan jalan raya dan lapangan terbang. Contoh kilang yang dibina di
kawasan Batu Berendam adalah Kilang Bao Teck Sdn.Bhd. Contoh
lapangan terbang yang terletak di kawasan Batu Berendam adalah
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Selain itu, tanah yang rata juga
sesuai dibina hotel dan kedai-kedai perniagaan. Oleh itu, kegiatan
perkhidmatan seperti perhotelan dan kegiatan perdagangan telah
diwujudkan di kawasan kajian saya.

Seterusnya, dari segi faktor manusia, faktor yang kedua ialah pasaran.
Pasaran terdiri daripada pasaran tempatan yang merangkumi kawasan
dalam negara dan pasaran antarabangsa yang meliputi pasaran di luar
negara. Kuasa beli penduduk yang tinggi di kawasan Batu Berendam
membolehkan produk seperti produk pakaian, produk peralatan seharian
hidup dan produk makanan dapat dipasarkan dengan lebih baik. Selain itu,
permintaan yang tinggi juga menyebabkan pasaran di kawasan ini
berkembang banyak dan pesat. Jadi, pelbagai kedai-kedai beli-belah,
kedai-kedai makanan dan pusat beli-belah telah didirikan di Batu
Berendam.

Selain itu, faktor buruh atau tenaga kerja yang terdapat di kawasan Batu
Berendam juga menggalakkan kegiatan ekonomi dalam sektor
perindustrian dijalankan di sini. Buruh yang murah dengan tenaga kerja
yang mahir dianggap sebagai suatu kelebihan bagi syarikat dari luar
negara untuk beroperasi di sini. Buruh yang banyak berada di Batu
Berendam disebabkan terdapatnya peluang pekerjaan seperti pemandu
teksi, pelayan restoran dan pekerja hotel. Dengan ini, perkembangan
pelbagai bidang kegiatan ekonomi seperti perdagangan, perkhidmatan
serta pengangkutan telah dipercepatkan. Tenaga buruh asing adalah dari
negara-negara asing seperti Indonesia, Myanmar dan Singapura.

Akhir sekali, faktor yang keempat ialah teknologi. Perkembangan


teknologi yang maju dan canggih telah mempengaruhi kegiatan ekonomi di
Batu Berendam. Hal ini demikian kerana mesin-mesin yang digunakan di
kebanyakan kilang-kilang pengeluar dalam sektor perindustrian adalah
moden. Dengan ini kualiti produk dan jumlah keluaran dapat ditingkatkan
di samping mempercepatkan kerja dan juga menjimatkan kos. Selepas itu,
pendapatan boleh dijana dan memaksimumkan keuntungan apabila
mengeksportkan barang-barang ke luar negara.
Selepas memerhati kawasan kajian , tumpuan utama kegiatan ekonomi
bagi kawasan Batu Berendam adalah perindustrian. Contoh yang
membuktikan penyataan tersebut adalah Kilang Kicap Soon Hing Long
Sdn. Bhd, Maruwa (Malaysia) Sdn.Bhd, MfS Technology (M) Sdn.Bhd dan
Kilang Bao Teck Sdn.Bhd. Kilang Kicap Soon Hing Long Sdn.Bhd
merupakan kilang pembuatan minuman manakala Maruwa Sdn Bhd
merupakan industri bukan berasaskan sumber, iaitu industri berasaskan
elektronik. MFS technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat dari
luar negara, Singapura dan kilang syarikat ini menjalankan industri
pembuatan. Seterusnya, Bao Teck Sdn Bhd adalah kilang yang
menjalankan perniagaan minuman.

Selain daripada kegiatan perindustrian, kawasan Batu Berendam juga


menjalankan kegiatan perdagangan. Hal ini boleh dibuktikan dengan
pelbagai pusat perdagangan telah dibina dan pedagang-pedagang menjual
pelbagai barang untuk menghasilkan pendapatan. Antara contohnya
adalah ‘Coconut Shake Batu Berendam’ dan ‘Momo Food Court’. Kedua-dua
tempat ini telah menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Ramai
orang penduduk membeli makanan di sini. Bukan itu sahaja, gerai-gerai
yang menjual barang lain pun dijumpa di tempat-tempat ini. Tambahan
pula, ‘Family Store Batu Berendam’ merupakan salah satu pusat
perniagaan yang menjual bukan sahaja sayur-sayuran dan buah-buahan,
malah barang keperluan seharian hidup pun dijual di tempat ini. Pelbagai
kedai-kedai runcit juga boleh dijumpa di mana-mana sahaja dalam
kawasan Batu Berendam.

Di samping itu, kegiatan ekonomi yang ketiga di kawasan kajian saya, Batu
Berendam adalah kegiatan perkhidmatan. Misalnya, ‘Klinik Kesihatan Batu
Berendam’ telah didirikan untuk membekalkan perkhidmatan perubatan
dan kesihatan. Bukan itu sahaja, pihak tersebut pernah menjalankan
sambutan Hari AIDS untuk memberikan perkhidmatan dan kesedaran
kepada masyarakat supaya mengenai jangkitan HIV dan langkah
pencegahan serta kawalannya. Contoh kedua adalah ‘E-hotel’ yang dibina
di dalam kawasan Batu Berendam. Hotel ini telah menjadi salah satu
pilihan bagi pelancong yang datang ke sini kerana menawarkan
perkhidmatan dan kemudahan untuk memastikan tetamu mempunyai
penginapan yang menyenangkan.
Akhir sekali, kegiatan pengangkutan juga dijalankan di kawasan kajian
saya, Batu Berendam. Contohnya, ‘Lapangan Terbang Antarabangsa
Melaka’. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka merupakan satu lapangan
terbang kecil yang kini hanya boleh diguna oleh pesawat jenis turboprop.
Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari
pusat bandaraya di Melaka.

Kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Batu Berendam


mampu menjana pendapatan penduduk dan juga meningkatkan kuasa beli
penduduk. Tambahan pula, proses pembandaran juga dapat digalakkan dan
akhirnya mendorong kemajuan ekonomi negara.
KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini telah dijalankan di kawasan tempat tinggal saya, iaitu Batu
Berendam dan telah memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang
sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenal pasti
jenis kegiatan ekonomi di Melaka Tengah dan Batu Berendam, serta
faktor-faktor dan kepentingan kegiatan ekonomi. Selain daripada itu,
saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa definisi dan tafsiran
kegiatan ekonomi. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang-
tentang sumbangan-sumbangan kegiatan ekonomi yang semakin
berkembang pesat di negara kita dari semasa ke semasa. Kegiatan
ekonomi di kawasan Batu Berendam juga dikenal pasti dan maklumat yang
dikumpul telah menunjukkan potensi kawasan ini menjadi kawasan yang
maju dengan pelbagai kegiatan ekonomi amat tinggi.

Saya telah mengalami pengalaman yang amat berguna dalam pembelajaran


geografi dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha mendapatkan
data dan maklumat berkaitan dengan kawasan kajian saya, Batu
Berendam. Contohnya, dengan kaedah mengedarkan borang soal selidik
kepada penduduk telah membantu saya mengumpul banyak maklumat dan
sumber rujukan yang sangat berguna. Saya amat bersyukur dengan
kerjasama orang sumber saya yang sudi meluangkan masa untuk
mengisikan borang soal selidik untuk membantu saya menyiapkan kajian
lapangan ini. Maklumat-maklumat yang saya dapati telah dirumuskan,
dihuraikan dan dipersembahkan dalam bentuk perenggan.

Cadangan untuk menambah baik kegiatan ekonomi di kawasan kajian


saya ,Batu Berendam adalah menambah bilangan infrastruktur yang
moden dan menahan lama bagi memastikan tidak wujudnya keadaan
infrastruktur di pusat perdagangan dan perkhidmatan yang rosak.
Dengan ini, taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan dan berpotensi
menarik pelancong untuk melawat ke kawasan ini disebabkan pusat
perdagangan dan perkhidmatan yang dilengkapi infrastruktur yang
berkualiti. Selepas itu, kebersihan kawasan kajian juga mestilah
dititikberatkan. Hal ini demikian kerana saya telah mendapati kawasan
kegiatan ekonomi di Batu Berendam adalah tidak bersih dan terdapatnya
kelompok sampah-sarap yang berbau busuk dan menjejaskan keindahan
kawasan. Oleh itu, penduduk Batu Berendam digalakkan untuk sentiasa
bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekeliling dan tidak
membuang sampah merata-rata tempat supaya kebersihan dan keindahan
kawasan terjamin. Dengan ini, kalau kebersihan dipentingkan, pastilah
nama baik kawasan Batu Berendam dijaga dan kegiatan ekonomi juga
berpotensi dimajukan dan ditambah baik.

Kesimpulannya, saya berharap agar kajian lapangan yang dijalankan ini


dapat memberikan sumbangan kepada penduduk setempat mahupun
kepada negara. Saya juga yakin bahawa kegiatan ekonomi di semua
kawasan dalam negara kita berkembang lebih maju.

Anda mungkin juga menyukai