Anda di halaman 1dari 11

Kepentingan atau

sumbangan setiap sektor


kepada ekonomi negara
*Hidayah
*Syahidatul
*Aishah
Sektor Ekonomi

Sektor Ekonomi Primer (Ekonomi Asas)


*Ekonomi Primer ialah sektor ekonomi asas
yang berhubung terus dengan sumber alam.
Antatannya ialah seperti pertanian,perikanan,
penternakan,perhutanan dan perlombongan
adalah terletak dalam kategori sektor primer
kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di
peringkat awal yang menggunakan sumber alam
sebagai bahan mentah dan produknya.Tanpa
sumber alam sektor ini tidak boleh beroperasi
Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Primer
• Jenis aktiviti ekonomi : Terbahagi kepada sektor yang
berasaskan sumber alam seperti pertanian,
perlombongan,perikanan,perhutanan dan penternakan.
• Taburan : Mengikut kawasan sumber pengeluaran
contoh pinggir laut (perikanan),luar bandar (pertanian)
• Orientasi pengeluaran : Skala pengeluaran samada kecil,
sederhana atau besar,intensif atau ekstensif.contohnya
sektor perladangan tujuannya ialah untuk eksport dan
skala pengeluarannya beratus hektar
• Ciri penggunaan modal : Modal pusingan yang
digunakan banyak atau sedikit .sebagai contoh sektor
perladangan di Malaysia bermodal besar menggunakan
modal GLC seperti daripada FELDA dan SIMEDARBY.
Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Primer
• Ciri buruh dan kepakaran : Meliputi kuantiti dan kualiti
penggunaan buruh,jenis buruh yang digunakan (buruh
tempatan atau buruh asing),intensif buruh atau giat
tentera.Dalam sektor perladangan kelapa sawit di
Malaysia banyak menggunakan tenaga buruh asing dari
Indonesia dan Bangladesh.
• Ciri teknologi yang digunakan : Penggunaan teknologi
konvensional atau teknologi moden.Sebagai contoh
sektor perikanan pinggir pantai menggunakan teknologi
tradisional seperti bubu,pukat,jala dan pancing.
Manakala perikanan laut dalam menggunakan
teknologi moden seperti alat ecosonar dan GPS,pukat
tunda ,pukat harimau dan lain-lain
Sumbangan/Kepentingan
Sektor Ekonomi Primer
• Memajukan sektor lain yang berkaitan : Dalam
konteks ini rantaian ekonomi hiliran akan
berkembang apabila bahan mentahnya
disumbangkan oleh sektor ekonomi Primer.
Contohnya sektor perlombongan petroleum dan
gas asli membantu perkembangan industri
petrokimia seperti membuat plastik,polisterin,cat
dan sebagainya.
• Meningkatkan kemajuan teknologi dan R&D :
Menggalakan perkembangan teknologi dalam
negara melalui program R&D seperti bioteknologi
dan nanoteknologi.
Sumbangan/kepentingan
Sektor Ekonomi Primer
• Peluang pekerjaan : Membuka peluang pekerjaan yang
luas kepada penduduk sekaligus meningkatkan
pendapatan perkapitan mereka melebihi garis
kemiskinan.Kadar penggangguran berkurangan,kuasa
beli dan tabungan bertambah dan taraf hidup
penduduk akan meningkat.
• Pasaran dan pendapatan negara : perluasan pasaran
dan kesan-kesan positif dari perluasan pasaran sama
ada dalam atau luar negara.Ini menyebabkan aliran
perdagangan meningkat mampu memperbaiki
imbangan perdagangan,pendapatan eksport negara
akan bertamba- KDNK meningkat,pertumbuhan
ekonomi negara keseluruhannya menjadi pesat.
Sumbangan/Kepentingan
Sektor Ekonomi Primer
• Modal dan pelaburan : Perkembangan sektor ekonomi
primer juga berupaya menambahkan dana dalam
negara terutamanya menerusi pelaburan asing (FDI)
dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC).Contoh
FELDA dan SIMEDARBY melabur dalam perladangan
kelapa sawit.SHELL dan PETRONAS melabur dalam
perlombongan minyak dan gas.
• Buruh dan kepakaran : Penggunaan tenaga buruh
murah,mahir dan separa mahir dalam sektor
perladangan dan perlombongan.Kos buruh yang murah
akan menarik kemasukan pelaburan asing.Di samping
penggunaan buruh asing bagi sektor kritikal seperti
sektor perladangan.
Sektor Sekunder (Perkilangan)
• Sektor Sekunder adalah sektor ekonomi
lanjutan daripada sektor primer.Ia lebih bersifat
pemprosesan dan pembuatan.Sektor sekunder
banyak menggunakan keluaran (output) sektor
primer sebagai bahan mentahnya untuk
diproses menjadi barangan separa siap.Contoh
sektor ekonomi sekunder ialah industri
pemprosesan,industri pembuatan,industri
pembinaan dan juga industri penjanaan tenaga.
Sumbangan/Kepentingan Sektor
Ekonomi Sekunder Kepada
Pembangunan Negara
• Menyumbang kepada KDNK dan pendapatan eksport negara : Contohnya
sektor pembuatan menjadi jentera pertumbuhan kedua ekonomi Malaysia
selepas sektor perkhidmatan
• Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia ,
sekaligus kadar penggangguran berkurangan dan guna tenaga penuh
• Kesan pengganda iaitu memajukan sektor ekonomi lain yang berkaitan.
Misalnya sektor pemprosesan kelapa sawit membantu sektor
perladangan kelapa sawit
• Meningkatkan kemajuan teknologi dan R&D.Menggalakan perkembangan
teknologi dalam negara melalui program R&D,seperti teknologi reka
bentuk,kawalan mutu dan nanoteknologi.
• Modal dan pelaburan.Perkembangan sektor ekonomi sekunder/
perkilangan juga berupaya menambahkan dana dalam negara
terutamanya menerusi pelaburan asing (FDI)
• Buruh dan kepakaran.Penggunaan tenaga buruh mahir dan separa mahir
dalam sektor perkilangan.
Sektor Tertier (Perkhidmatan)
• Sektor Tertier adalah sektor yang terlibat
dengan aktiviti perkhidmatan,seperti
pengangkutan dan telekomunikasi,
penyimpanan,perkhidmatan utiliti (elektrik,gas
dan air),perdagangan borong runcit,
pelancongan,hotel dan restoran,perkhidmatan
kewangan,insurans dan bank,hartanah,
perkhidmatan perniagaan,perkhidmatan
kerajaan dan perkhidmatan² lain yang sudah
jauh hubungannya dengan sumber alam kecuali
aktiviti pelancongan
Sumbangan/Kepentingan Sektor
Ekonomi Teriter Kepada
Pembangunan Negara
• Sumbangan kepada KDNK (keluaran dalam negara kasar).Pada masa ini sektor
Tertier (perkhidmatan) menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara.
Keadaan ini sejajar dengan perkembangan ekonomi negara yang memasuki era
ekonomi
• Sumbangan kepada pekerjaan dan guna tenaga.Pada masa kini sektor
perkhidmatan juga menjadi majikan terbesar kepada guna tenaga dalam negara.
Justeru itu perkembangan pesat sektor perkhidmatan berjaya mengurangkan kadar
penggangguran,meningkatkan pendapatan perkapitan penduduk,menambahkan
kuasa beli dan tabungan sekaligus meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup
penduduk
• Kesan pengganda.Kemajuannyang dicapai oleh sektor perkhidmatan turut
membantu memajukan sektor ekonomi yang lain .Misalnya kemajuan sektor
pelancongan (sektor Tertier) turut memajukan industri kecil dan sederhana (sektor
Sekunder) seperti kraf tangan ,batik,tembikar dan lain²
• Meningkatkan kemajuan teknologi dan R&D.Menggalakan perkembangan
teknologi dalam negara melalui program R&D.Sebagai contoh teknologi nano
diguna secara berleluasa dalam peralatan telekomunikasi,teknologi,internet tanpa
wayar,teknologi GPS dan lain².

Anda mungkin juga menyukai