Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada
melalui media cetak, media elektronik atau media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak
terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang
terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita
perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak untuk
menyelami dunia kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas.

Program Pendidikan Khas adalah salah satu usaha dan solusi bagi menyelesaikan
masalah yang berlaku ke atas murid yang mengalami kesulitan dan kesukaran dalam
pembelajaran dan menguasai sesuatu kemahiran terutamanya dalam kemahiran membaca,
menulis dan juga mengira. Pendidikan khas adalah sebagai satu cara untuk membantu muridmurid yang tidak bernasib baik ini untuk mendapat pendidikan yang sama rata seperti muridmurid di aliran perdana yang lain. Pendidikan khas tidak sama dengan pengajaran yang lain
dan berbeza cara dalam penyampaian ilmu kepada murid-murid khas ini. Guru yang mengajar
juga mempunyai latihan yang tertentu dan terlatih supaya boleh mengikut rentak yang
bersesuaian dengan tahap bagi membantu membetulkan kekurangan yang ada pada muridmurid ini.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab
menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan
membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan,
pengayaan dan pemulihan.

Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu berkaitan dengan Pendidikan Khas yang
melibatkan guru dan juga pihak-pihak yang berkaitan. Isu-isu ini kadangkala mengganggu
perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid Pendidikan Khas itu
sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam Program Pendidikan Khas ini
melibatkan Guru Pendidikan Khas, Murid Pendidikan Khas, pihak atasan atau pentadbir
sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan bantu belajar yang bersesuaian, penglibatan
ibu dan bapa dan kemudahan fizikal yang disediakan.

2.0 SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang
bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas
untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

Menurut Slavin (1997), pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan
atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan
ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Bagi
Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan yang
disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program
pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa

Pendidikan khas di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1920-an. Program ini
dimulakan di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah
atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam
perkembangan pendidikan khas.

Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta.
Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk
kanak-kanak pekak.
Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala
program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila
buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan
Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia
bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis / kategori adalah seperti rajah-rajah berikut :

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN


1926
1931

Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di


Melaka
SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh

1948

Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut


Berasrama Pusat Latihan Gurney Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1953

Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1958

Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)


Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di

1962

sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,


diperkenalkan

1963

1977

1978

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di


sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu
untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak

1983

Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan


sebagai sekolah bertaraf penuh
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya
bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran

1984

Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,


Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille
khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille
Rajah 1 : Perkembangan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN


1954
1954

Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang


Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan
Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat
Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah

1963

rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih


Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di
Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk

1978

menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan


Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian
pendidikan
Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah

1979

pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan


Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional, Kementerian Pendidikan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,
Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan
Islam

1985

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam


Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa
Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan
Vokasional dan Teknikal

1987

Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam


Rajah 2 : Perkembangan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

PROGRAM PENCATUMAN / INKLUSIF


1962

1988

1993

1994
1995

Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan


dimulakan
Permulaan

kelas

perintis

untuk

murid-murid

peringkat

bermasalah

pembelajaran
Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah
di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur
Pembukaan kelas-kelas program inklusif secara projek rintis di 14 buah
sekolah di seluruh Negara
Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
Rajah 3 : Perkembangan Program Pencatuman / Inklusif

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas


Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1,
Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru

1988

terlatih).

Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda,
Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

(KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman

1990

1991

1992

Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran

telah diuji.

Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya

Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di

Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di


seluruh negara secara berperingkat.

1993

Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan


Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am
dan prinsip Pendidikan Khas.

1995

Pendidikan Inklusif Bermula


1996

Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah embelajaran Printis


peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara


bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak

2006

473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006.

Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada


tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

Rajah 3 : Perkembangan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Bedasarkan jadual yang ditunjukkan dalam rajah-rajah di atas, perkembangan


pendidikan khas di Malaysia pada mulanya lebih tertumpu kepada masalah penglihatan di
mana telah dimulakan seawal tahun 1926.

Ini diikuti dengan pendidikan khas masalah

pendengaran yang dimulakan selepas hampir 30 tahun pelaksanaan pendidikan khas masalah
penglihatan iaitu dalam tahun 1954. Kelas-kelas pencatuman / inlusif hanya dimulakan dalam
tahun 1962. Manakala bagi program-program pendidikan khas bermasalah pembelajaran baru
dimulakan bermula tahun 1988.

Perkembangan pendidikan khas di Malaysia semakin hari berkembang dengan pesat di


mana saban tahun akan berlaku pertambahan program-program pendidikan khas di seluruh
Negara. Di samping itu, program pendidikan khas juga telah diberikan kepada kanak-kanak
seawall prasekolah lagi di mana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan
program khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat prasekolah iaitu:

i.

Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas.

ii.

Program Pendidikan Khas Inklusif Prasekolah

iii.

Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas

iv.

Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas telah


dipertingkatkan ke seluruh negara. Prasekolah Pendidikan Khas mempunyai murid
bermasalah pendengaran; bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.

Pada 2010, sebanyak 172 buah program prasekolah telah dibuka bagi kesemua tiga
kategori di seluruh negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan sebanyak 28
program di Sekolah Khas dan 144 program prasekolah pendidikan khas integrasi masalah
pembelajaran di seluruh negara. Terdapat seramai 590 murid pendidikan khas yang mengikuti
pendidikan pada peringkat prasekolah integrasi

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas adalah di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan


Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK KPM). Bahagian Pendidikan Khas ini telah
ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 dan bertanggungjawab untuk merancang dan mengurus
semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah di Malaysia. BPK KPM juga berperanan
merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman) serta
merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan
yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar
pendidikan vokasional pendidikan khas.

Selain daripada itu BPK KPM juga merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal
pendidikan khas serta menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas.
Latihan dan pembangunan staf juga adalah menjadi tanggungjawab BPK KPM di samping
bertanggunjawab juga menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

3.1 Program-Program Pendidikan Khas Di Malaysia

Menurut Akta Pendidikan 1996, Program pendidikan khas merupakan satu program yang
disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau
kecacatan pendengaran. Ia juga merangkumi program percantuman di sekolah biasa bagi
murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau
masalah pembelajaran; dan satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang
berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.

3.2 Jenis-Jenis Program Pendidikan Khas

Terdapat beberapa program yang dijalankan di bawah Program Pendidikan Khas. Programprogram tersebut ialah Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI), Program Inklusif (PI), Program Pemulihan Khas, dan Program Bermasalah
Pembelajaran Spesifik Disleksia.
3.2.1 Sekolah Pendidikan Khas (SPK)

Sekolah Pendidikan Khas (SPK berada di bawah pentadbiran Jabatan


Pendidikan Khas (JPK). SPK menyediakan menyediakan perkhidmatan khas untuk
murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan. Seperti aliran perdana, SPK
juga dijalankan di peringkat rendah dan juga menengah. Berikut adalah syarat-syarat
kemasukan ke Sekolah Pendidikan Khas (SPK) :

a) Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
i.

berumur tidak kurang dari lima (5) tahun

ii.

disahkan oleh pengamal perubatan

iii.

boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

b) Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah:
i.

berumur 6+ hingga 14+ tahun

ii.

tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)

iii.

disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan
orang lain.

Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran)


mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan
menduduki UPSR semasa Tahun Enam.

Kemudahan-kemudahan

yang

disediakan

di

peringkat

sekolah

rendah

termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM150
sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).
c) Pendidikan Menengah
Syarat kemasukan murid ke Sekolah

Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan

Malaysia ialah:
i.

berumur 13+ hingga 19+ tahun

ii.

tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)

iii.

disahkan oleh pengamal perubatan

iv.

boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu aliran akademik


vokasional. Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran

dan

boleh mengikuti

pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program


Pendidikan Khas Integrasi atau
Persekutuan Pulau Pinang

di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK

atau SMPK Setapak)Mereka menduduki Peperiksaan

Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti murid di arus perdana. Manakala murid
bermasalah pembelajaran mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian
dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

Selepas Tingkatan 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk


meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah
penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang
layak.Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah
menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas
Integrasi.
d) Pendidikan Pasca Menengah

Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah


pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursuskursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.

Politeknik yang terlibat ialah:


i.

Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

ii.

Politeknik Johor Bharu

iii.

Politeknik Shah Alam

Kursus-kursus yang ditawarkan kepada murid-murid pendidikan khas ialah:

i.

Penyelenggaraan mekanikal

ii.

Awam Pembinaan

iii.

Rekaan dan Fesyen dan Pakaian

iv.

Hotel dan KeteringRekabentuk grafik

3.2.2 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah di bawah pentadbiran Jabatan


Pendidikan

Negeri

(JPN).

Program

ini

dikhusukan

untuk

murid

bermasalah

pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan. Program ini bertujuan untuk memastikan


murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum (LRE).

Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat
bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir. Program ini diwujudkan di sekolah
harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan
pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

3.2.3 Program Inklusif (PI)

Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan
khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud:
satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang
boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Program ini telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian
Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai
keperluan khas di sekolah biasa.

Program Inklusif adalah ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).


Pelaksaan program ini ialah dengan kaedah di mana murid berkeperluan khas akan
ditempatkan di dalam kelas aliran berdana untuk belajar bersama-sama pelajar normal
dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan
Khas. Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah
di SM. Methodist (L), Kuala Lumpur). Program ini diperkembangkan daripada amalan
pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan
senormal yang boleh.

Tujuan program ini dilaksanakan seperti yang dinyatakan adalah untuk


membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat
kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan
menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj
Awang,1996). Di samping itu, ia juga bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar
khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk
semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.

Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Terdapat 2 jenis PI iaitu

Inklusif Penuh

Inklusif Separa/Separuh Inklusif

3.2.4 Program Pemulihan Khas

Merupakan program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah


belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca,
menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum
menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan
Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem


pengasingan sementara (withdrawal) di mana murid-murid yang terlibat dengan program
ini akan bergerak ke Kelas Pemulihan untuk menjalani pemulihan 3M mengikut jadual
yang telah ditetapkan

3.2.5 Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik

Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan murid yang mengalami masalah


pembelajaran disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas
atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran
mengeja, membaca, dan menulis.

Syarat kemasukan ke program ini:


i.

murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1


sekurang-kurangnya 6 bulan,

ii.

murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah
atau pemulihan khas,

iii.

keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)


menunjukkan

murid

mengalami kebarangkalian

disleksia,

dan

disahkan

mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas


Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan. Program
rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004 di mana 2 buah sekolah di setiap negeri
kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3 buah) sebuah di Wilayah Persekutuan
Labuan, menjadikan jumlah: 31 buah

Berdasarkan penerangan di atas, dapat dilihat bahawa pelaksanaan program pendidikan khas
telah memberi peluang yang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan sama seperti murid-murid normal yang lain. Cara pelaksanaan dan kaedah yang
sesuai telah diubahsuai bagi memastikan semua murid berkeperluan khas dapat belajar dalam
suasana dan persekitaran yang kondusif dan sesuai dengan kemampuan mereka.

4.0 PERBANDINGAN ANTARA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH KERAJAAN


DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SWASTA / PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN.

4.1 Pengenalan

Selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Program Pendidikan Khas juga dikendalikan
oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan
atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan
wujud di merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata
pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu
berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang halhal berkaitan dengan kanak kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanakkanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah
bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan
kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan Program
Pendidikan Khas ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan
intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas
kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16
tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang
komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada
kanak-kanak di bawah 6 tahun.
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) yang menyediakan Program
Intervensi Awal, Latihan Vokasional, Rancangan Pendidikan dan Terapi Pertuturan dan
Motor Kasar untuk kanak-kanak yang menghidap Autisme yang berumur 0 17 tahun.

Pusat Perkembangan dan Motivasi ET (Happyland) yang menyediakan aktiviti


pembelajaran dan terapi kepada kanak-kanak berkeperluan khas dengan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan.

Untuk tugasan ini, saya akan membuat perbandingan di antara Program Pendidikan Khas
Integrasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Program
Pendidikan Khas yang dikendalikan oleh Yayasan Sindrom Down Malaysia Kiwanis..

4.2 Kenali Yayasan SIndrom Down Kiwanis (KDSF)

Yayasan Sindrom Down Malaysia atau lebih dikenali dengan Kiwanis merupakan
sebuah Program Pendidikan Khas Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberi tumpuan khas
kepada anak-anak Sindrom Down yang berusia 0 hingga 6 tahun. Idea untuk membantu anakanak Sindrom Down mula diketengahkan pada tahun 1988 oleh sekumpulan anggota Kiwanis
dari Kelab Kiwanis Kuala Lumpur. Pemilihan Sindrom Down telah diputuskan kerana
berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh mereka menunjukkan bahawa tidak ada badan yang
ditubuhkan khas untuk anak-anak Sindrom Down pada masa itu. Pada peringkat awal, terletak
di 59, Jalan Gasing , ia bermula dengan 35 kanak-kanak dengan Sindrom Down pada bulan
September 1989. Pusat ini kemudiannya dirasmikan oleh Datuk Dr Siti Hasmah , isteri Perdana
Menteri Malaysia pada waktu itu.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF ) telah ditubuhkan pada tahun 1990. Yayasan
Sindrom Down Kiwanis adalah sebuah pertubuhan yang tidak mengaut keuntungan dengan
status pengecualian cukai . Ia komited untuk kebajikan kanak-kanak Sindrom Down , tumpuan
utamanya ialah pembelajaran dan pendidikan kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun.

Hingga kini, KDSF telah menguruskan 7 pusat KDSF di Malaysia iaitu di Petaling Jaya,
Johor Bahru , Klang , Seremban , Melaka , Kota Kinabalu dan Kulai. Pusat ini melaksanakan
Program Intervensi Awal , Keperluan Khas Program Pendidikan menggunakan Kurikulum
Robert Dellar.

4.3 Perbandingan Antara Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


(PPKIBP) dengan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF)

Aspek Perbezaan
Pengendalian
Kurikulum dan Pengisian
Program
Kategori Murid

PPKI BP

KDSF

Kerajaan (KPM)

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

KSSR Pendidikan Khas

Kurikulum Robert Dellar

Kurikulum Pendidikan Khas

Terapi dan intervensi awal

Lebih akademik

kanak-kanak

Pelbagai kecacatan

Sindrom Down

4 hingga 6 (Prasekolah)
Umur Murid

7 hingga 14 (Rendah)

0 hingga 6 tahun

15 hingga 19 (Menengah)

Guru / Petugas

Kewangan
Yuran Bulanan

Guru-guru terlatih dengan

Petugas yang terlatih dengan

dibantu oleh Pembantu

bantuan pakar-pakar terapi

Pengurusan Murid

dan sukarelawan

Kerajaan (KPM)

Sumbangan dan kutipan dana

Tiada yuran dikenakan

Mengenakan yuran bulanan


ke atas setiap peserta

Rajah 5 : Jadual Perbezaan Antara PPKI BP Dengan KDSF

Berdasarkan jadual yang ditunjukkan di atas, terdapat beberapa aspek perbezaan yang dapat
dilihat dengan jelas di antara kedua-dua program yang melibatkan kanak-kanak berkepeluan
khas ini.

Perbezaan yang pertama sudah tentulah pengendalian kedua-dua program ini di mana
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) adalah di bawah
pengendalian Kementerian Pendidikan Malaysia sepenuhnya manakala Yayasan Sindrom
Down Kiwanis (KDSF) pula dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Program

Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah
pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah
harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa
inklusif. Segala peruntukan, bantuan dan pelaksanaan program perlu mengikut garis panduan

yang diturunkan oleh kementerian. ni berbeza dengan KDSF yang dikendalikan oleh pihak NGO
di mana programnya di jalankan di pusat-pusat penjagaan yang dibina di premis-premis
tertentu. KDSF mempunyai premis sendiri di mana semua aktiviti dijalankan secara berpusat di
premis bagi negeri-negeri yang mempunyai cawangan KDSF. Pelaksanaan program juga tidak
terikat dengan garis panduan yang khusus dan pelaksanaan aktiviti lebih fleksibel. Namun
begitu, KDSF tetap saling berhubung dengan kementerian yang berkaitan untuk memastikan
pelaksanaannya tidak tersasar di samping mendapat bantuan dan sokongan yang diperlukan.

Dari segi pelaksanaan kurikulum, PPKI yang dikendalikan oleh KPM mempunyai
kurikulumnya yang tersendiri mengikut apa yang ditetapkan oleh kementerian. Kurikulum yang
digunakan lebih menekankan aspek akademik di samping aspek-aspek sosial, tingkah laku,
rohani, emosi dan sahsiah turut diberi perhatian. Program-program Pendidikan Khas Integrasi
menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan yang terkini
menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) digubal
berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima
manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program
PPKIBP terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan,
sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah.
Oleh itu rekebentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru
mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.

Pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di KDSF pula adalah berdasarkan Kurikulum


Robert Dellar yang menjurus kepada Program Intervensi Awal (EIP) terhadap kanak-kanak. Ini
bersesuaian dengan umur kanak-kanak di KDSF yang terdiri daripada anak-anak yang berumur
0 hingga 6 tahun. Pengisian program di KDSF lebih menjurus kepada aktiviti terapi, intervensi
awal kanak-kanak dan belajar sambil bermain. Di KDSF, mereka menjalankan 3 program yang
utama iaitu Program Stimulasi Bayi (ISP) untuk bayi berusia dua bulan hingga 2 tahun. Yang
kedua ialah Program Toddler (TOP) untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun dan yang
terakhir adalah Program Pendidikan Khas (SEP) untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.
Program ISP bertujuan untuk menguatkan kelemahan fizikal (otot) melalui fisioterapi dan terapi
gerak kerja bagi membantu anak itu mencapai matlamat awal seperti berupaya merangkak,
mencari serta bermain objek, mempunyai refleks yang lebih baik selain kebolehan memori dan
imitasi bunyi. Program TOD pula dibina berdasarkan pencapaian kebolehan anak, bagi

membantu anak itu mengikuti pendidikan seterusnya. Penekanan yang diberi adalah pada
pengembangan kebolehan yang lain seperti pertuturan peringkat awal, pra-akademik,
penceritaan, muzik serta menyukai lukisan, semuanya dalam skop keceriaan dan permainan,"
kata beliau. Bagi program pula, adalah program untuk mengukuhkan kebolehan yang dipelajari
seperti menghalusi kebolehan Motor Kasar dan Halus, Pra Akdemik dan Pertuturan selain
kebolehan Bantu Diri dan Kemahiran Sosial.

Perbezaan seterusnya yang boleh dilihat ialah penyertaan anak-anak berkeperluan khas
di dalam kedua-dua program ini. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran, pelajar-pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang
mengalami pelbagai kategori kecacatan / masalah. Antara kategori murid di PPKI BP ialah,
murid Sindrom Down, Autisme, Hyperactive, Disleksia, Epilepsi, kecelaruan emosi, dan
beberapa kategori lagi. Tetapi di KDSF, anak-anak yang diterima masuk khusus kepada anakanak Down Sindrom sahaja. Ini kerana program yang dijalankan di KDSF adalah menjurus
kepada program pemulihan dan inervensi kepada kanak-kanak Sindrom Down sahaja.

Dari segi umur juga menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua program ini. Di KDSF,
kanak-kanak Sindrom Down yang diterima masuk adalah di bawah 6 tahun. Ini kerana, menurut
pengarah pentadbiran Pusat Nasional Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF), Angie Heng,
anak-anak yang berumur lebih dari enam tahun, wajar mengikuti kelas Pendidikan Khas yang
disediakan Kementerian Pelajaran. Di PPKI BP, pelajar-pelajar yang diterima masuk di
kategorikan kepada 3 kategori had umur iaitu peringkat prasekolah berumur 4 hingga 6 tahun,
peringkat sekolah rendah berumur antara 7 hingga 14 tahun dan di sekolah menengah pula
berumur antara 15 hingga 19 tahun.

Jika dililhat dari aspek tenaga pengajar, guru-guru yang terdapat di PPKI BP merupakan
guru-guru yang terlatih yang mendapat latihan perguruan yang khusus dan diiktiraf oleh
kementerian. Guru-guru di PPKI BP mempunyai kalayakan dan latihan yang cukup untuk
mendidik anak-anak berkeperluan khas di kelas PPKI BP. Di samping itu, di PPKI BP juga
mendapat khidmat Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang membantu dalam menguruskan
anak-anak berkeperluan khas ini. Di KDSF juga, para petugasnya mendapat latihan intervensi
awal kanak-kanak yang diuruskan oleh pihak KDSF sendiri. Namun begitu, perbezaan yang
dapat dilihat ialah di KDSF, program yang dijalankan mendapat sokongan dan bantuan
daripada pakar-pakar terapi yang berkelayakan. Di antara pakar yang terlibat ialah Pakar Terapi

Pertuturan, Pakar Fisioterapi dan Pakar Terapi Carakerja. Terdapat juga sukarelawan yang
membantu semasa aktiviti dijalankan.

Dalam menjalankan sesuatu program, kewangan merupakan sumber terpenting yang


dapat melancarkan perjalanan program atau aktiviti yang dijalankan. Perbezaan yang terakhir
yang dapat dilihat adalah aspek kewangan. Bagi PPKIBP, segala peruntukan kewangan
diperolehi daripada peruntukan kewangan yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Peruntukan kewangan yang disalurkan menjadi sumber utama dalam menjalankan
segala aktiviti di sekolah dan membeli peralatan serta bahan bantuan mengajar yang
diperlukan. Peruntukan kewangan disalurkan setiap tahun mengikut bilangan murid yang
berdaftar di sekolah. Yuran persekolahan juga tidak dikenakan kepada murid-murid PPKIBP
dan sekiranya ada terdapat sebarang bayaran tambahan, hendaklah mendapat kebenaran
bertulis dan persetujuan dari pihak pentadbiran sekolah.

Berbanding dengan KDSF, setiap murid dikenakan yuran berdasarkan program yang
diikuti sama ada Program ISP, TOD ataupun SEP. Selain daripada kutipan yuran, pihak KDSF
juga mendapat sumbangan-sumbangan kewangan daripada orang perseorangan ataupun
syarikat-syarikat tertentu bagi menjalankan aktiviti mereka. Pihak KDSF juga sentiasa berusaha
menjalankan aktiviti yang mampu mengumpul dana untuk program mereka.

Daripada huraian di atas, jelas menunjukkan terdapat banyak perbezaan antara


Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang dijalankan di sekolah jika
dibandingkan dengan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF). Namun begitu terdapat juga
persamaan yang ketara di atara kedua-duanya. Secara umumnya, kedua-dua program
merupakan program yang membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk menjalani hidup
nirmal seperti orang lain. Program-program Pendidikan Khas ini juga sentiasa memberi
sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan juga kepada ahli keluarga
mereka agar sentiasa berfikiran positif dan dapat menerima anak-anak berkeperluan khas sama
seperti anak-anak lain yang normal. Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh keduadua program ini yang dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat di
samping menggalakkan orang ramai untuk sama-sama membantu kanak-kanak berkeperluan
khas ini secara langsung ataupun tidak.

Anda mungkin juga menyukai