Anda di halaman 1dari 3

MALATHI A/P MUNIANDY

RBT (SJKT)
ULASAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Akta pendidikan 1996 ini dilaksanakan untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan
dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Tujuan pendidikan adalah untuk
membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. Pendidikan
memainkan peranan dalam memajukan Negara ini dari segi ekonomi, keadilan sosial
dan kekuatan rohani, moral dan etika.
Pendidikan di Negara Malaysia ini dapat memperkembangkan potensi diri dalam
setiap individu dan juga dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui
usaha ini warganegara Malaysia dapat berilmu pengetahuan dan keupayaan untuk
mencapai kesajahteraan yang dapat menyumbangkan kepada kemajuan diri, keluarga,
masyarakat dan Negara juga.
Sistem pendidikan kebangsaan terdiri 5 peringkat. Iaitu pendidikan prasekolah,
pendidikan

rendah,

pendidikan

menengah,

pendidikan

lepas

menengah,

dan

pendidikan tinggi. Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa
penghantar utama kurikulum yang digunakan oleh semua sekolah. Insitusi sekolah
merupakan satu institusi sosial yang dapat mengembangkan intelektual, moral serta
spirit dalam diri setiap muridnya.
Guru besar adalah seorang yang berkuasa dan bertanggungjawab di setiap
sekolah. Guru besar mempunyai kuasa untuk menurunkan hukuman kepada guru-guru
dan murid-murid yang mengingkar peraturan sekolah. Contoh peraturannya adalah
pembuangan, penggantungan, penahan, denda dan amaran. Faktor-faktor asas yang
patut dirangkumkan dalam dasar guru besar terhadap hukuman adalah kesalahan yang
dilakukan diluar kawasan sekolah, beratnya kesalahan, perwatakan dan latar belakang
murid dan kekerapan kesalahan dan kesungguhan murid yang melakunya. Aspek
keselamatan di dalam sekolah merupakan satu aspek yang sangat penting untuk
dipertimbangkan demi menjaga keselamatan para murid dan juga kakitangan sekolah.
ULASAN AKTA OKU 2008

MALATHI A/P MUNIANDY


RBT (SJKT)
OKU adalah golongan minoriti yang juga memerlukan perlindungan dan bantuan
sama seperti golongan minoriti yang lain seperti orang asli, wanita dan kanak-kanak.
Atas sebab itulah hak golongan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui beberapa
deklarasi dan konvensyen. Bagi golongan OKU selain daripada konvensyen berkaitan
hak asasi hak mereka juga jelas dinyatakan dalam Konvensyen Hak Orang Kurang
Upaya (Convention On The Right Of Person With Disabilities) yang telah diterima oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 13 Disember 2006 dan dibuka untuk
ditandatangan dan diratifikasi pada 30 Mac 2007. Sebanyak 158 buah negara telah
menandatangani dan meratifikasi konvensyen ini termasuklah Kerajaan Malaysia.
Tujuan utama Konvensyen ini adalah untuk memberikan hak sama rata kepada OKU
untuk menikmati kehidupan seperti insan normal yang lain.
Sehubungan

dengan

itu,

Kerajaan

Malaysia

bersetuju

menandatangani

Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya(CRPD) 2010 pada 8 April 2008. Hasil dari
komitmen dan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam mengiktiraf golongan OKU, Akta
OKU 2008 telah diluluskan di Parlimen pada 24 Disember 2007 dan diwartakan pada
24 Januari 2008. Ia mula dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008 dengan tujuan untuk
memberikan pengiktirafan terhadap hak OKU dan menukar konsep OKU daripada
konsep kebajikan kepada konsep right-based. Akta Orang Kurang Upaya 2008
mengandungi lima bahagian yang merangkumi 46 seksyen.
Akta ini menitik beratkan penubuhan sebuah Majlis yang bertanggungjawab
penuh dalam menjaga dan melindungi hak OKU di Malaysia. Majlis berperanan untuk
melaksanakan segala peruntukkan-peruntukan undang-undang yang terdapat di dalam
akta ini. Secara keseluruhan akta ini memberikan penekanan kepada aspek-aspek
penggalakan dan pembangunan OKU untuk menjalani kehidupan seperti insan normal
yang lain disamping memiliki hak yang sama untuk mendapat layanan sama seperti
orang lain. Penubuhan Majlis adalah salah satu usaha kerajaan dalam memastikan hak
dan pembangunan golongan OKU terjamin dan diperlihara sentiasa. Isu pekerjaan OKU
turut menjadi salah satu agenda penting Majlis dibawah Jawatankuasa Pekerjaan.
ULASAN PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KHAS) 1997

MALATHI A/P MUNIANDY


RBT (SJKT)
Peraturan - peraturan pendidikan khas 1997 ini merupakan satu usaha kerajaan
untuk mewujudkan peluang kesaksamaan pendidikan kepada semua warganegara
tanpa mengambil kira latar belakang, status ekonomi dan juga kecacatan seseorang.
Antara penyataan pembelaan kanak-kanak berkeperluan Khas ialah:

Penyataan Akta Pendidikan 1961


Akta Pelajaran 1996
Peraturan-peraturan pendidikan Khas 1997
Perakuan Kabinet perkara 169-172
Akta OKU 2008 di Malaysia
PL 94-142

Peraturan pendidikan (pendidikan khas) 1997 ini mula berkuat kuasa mulai pada
1 januari 1998.

Murid-murid dengan keperluan khas bermaksud murid-murid yang

mempunyai kecatatan dari segi fizikal iaitu kecacatan penglihatan, pendengaran dan
juga pembelajaran. Tujuan program ini adalah untuk membolehkan murid-murid
keperluan khas menghadiri di dalam kelas biasa bersama murid-murid yang lain.
Ia terdapat beberapa kalayakan untuk program pendidikan khas. Iaitu murid
keperluan khas perlu mempunyai kemampuan untuk mengurus diri sendiri tanpa
bergantung pada orang lain. Murid-murid keperluan khas layak untuk menghadiri
program pendidikan khas di semua sekolah kerajaan dan juga sekolah yang dapat
bantuan kerajaan. Murid-murid tersebut perlu disahkan oleh panel seperti pengamal
perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
Dari segi kurikulum, peraturan pendidikan menjelaskan bahawa pelaksanaan
kurikulum bagi murid pendidikan khas. Dalam melaksanakan

kurikulum pendidikan

khas, guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan
pembelajaran, masa bagi aktiviti, susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan

Anda mungkin juga menyukai