Anda di halaman 1dari 3

Di Malaysia, nasib golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mendapat perhatian serius dan

pembelaan daripada kerajaan dan masyarakat. Bincangkan usaha-usaha yang telah dijalankan
oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan tersebut.

Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan,semua pihak termasuk golongan istimewa atau yang
sering dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) telah bekerjasama untuk menjadi teras
penggerak perkembangan ekonomi Negara. Namun begitu, perasaan, kebolehan, keterampilan, bakat
dan kepintaran tersendiri yang dimiliki golongan ini sering sahaja dipandang sebelah mata. Layanan yang
sopan wajarlah diberikan kepada golongan OKU agar mereka tidak berasa tersisih selain mengiktiraf
mereka sebagai insan yang juga ciptaan Tuhan. Kehadiran goongan OKU dalam masyarakat bukanlah
sebagai beban kepada pihak kerajaan tetapi sebagai satu keutamaan kerana mereka juga berupaya
menyumbangkan bakti kepada negara tercinta. Persoalannya, apakah usaha-usaha pihak kerajaan bagi
membantu golongan OKU ini?

Dr James T. Collin, seorang linguistik tekenal pernah berkata “Setiap penyakit ada ubatnya,
setiap masalah ada penyelesaiannya.” Dalam meniti arus perkembangan mayapada ini, setiap individu
seyogianya mendukung obligasi mulia bagi menjulang negara ke puncak jagat, termasuklah golongan
OKU. Tindakan pihak kerajaan dalam menyediakan kemudahan peluang pekerjaan kepada golongan
OKU amatlah wajar diimplementasikan bagi mengatasi masalah kekurangan bilangan OKU yang berjaya
mendapat pekerjaan di sector awam mahupun swasta. Pekerjaan merupakan keperluan asas dan hak
asasi manusia bagi memperolehi pendapatan untuk menyara kehidupan. Rentetan daripada manisfestasi
ini, pihak kerajaan telah membentangkan satu kertas kerja di pihak Mesyuarat Ketua Jabatan
Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara berkenaan dasar satu peratus peluang
pekerjaan kepada golongan OKU dalam sektor awam pada bulan Oktober 2007. Impian pihak kerajaan
yang telah menyandarkan harapan tinggi kepada golongan OKU agar dapat sama-sama memberikan
sumbangan terhadap pembangunan negara bukan sahaja ilusi atau fantasi, tetapi menjadikannya realiti
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1988. Pekeliling ini menyatakan kuota satu peratus
peluang pekerjaan di sektor awam telah diperuntukkan kepada golongan OKU. Melalui pekeliling
tersebut, golongan istimewa ini dapat menjawat pelbagai jawatan daripada peringkat kumpulan sokongan
hinggalah peringkat professional dan pakar. Oleh itu, tindakan pihak kerajaan menyediakan peluang
pekerjaan kepada golongan OKU amatlah wajar dititikberatkan agar mereka dapat merasai pengalaman
di alam pekerjaan seterusnya menyumbangkan tenaga kerja yang bernilai kepada negara wajar
dititikberatkan agar mereka dapat merasai pengalaman di alam pekerjaan seterusnya menyumbangkan
tenaga kerja yang bernilai kepada negara.

Jika dilihat daripada perspektif yang berbeza, pihak kerajaan telah mencuba bermacam-macam
bagi membantu golongan OKU termasuklah melaksanakan pendidikan khas, khusus untuk golongan
tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan Program Pendidikan Khas Integrasi
untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan. Program ini mewujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta di
sekolah menengah teknik atau vokasional. Sekolah-sekolah ini menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran secara pengasingan dan inklusif. Teknik pengajaran juga dilakukan dengan alternatif
yang lebih kreatif seperti penggunaan alat muzik ketika proses pembelajaran bagi menarik minat dan
perhatian mereka dalam aspek berkenaan. Selain itu, kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran
kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian
di bawah pengelolaan KPM. Elaun bulanan sebanyak RM300 turut diberikan kepada pelajar OKU yang
berjaya. Dengan itu, mereka mampu melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading dan mendapat
pekerjaan mengikut pencapaian akademik serta atas usaha mereka sendiri. Sudah terang lagi bersuluh,
minhaj pihak kerajaan meningkatkan tahap pendidikan OKU dilihat sungguh praktikal kerana mereka
berpeluang menikmati kemudahan pelajaran sewajarnya.

“Keadilan ialah kebenaran dalam mewujudkan tindakan”. Begitulah bicara Benjamin Disraeli,
seorang tokoh pujangga suatu masa dahulu yang sesuai dipadankan dengan usaha pihak kerajaan kini
terhadap peluang bagi golongan OKU. Sejajar dengan slogan “Majulah Sukan Untuk Negara’ yang
l\\antang bergema memenuhi ruang atmosfera Malaysia, pihak kerajaan telah menubuhkan Majlis
Paralimpik Malaysia, bagi meningkatkan tahap sukan dan rereasi dalam kalangan orang kuang upaya.
Hal ini membuktikan bahawa kerajaan tidak memandang enteng terhadap keupayaan atlet OKU
dalam \membantu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa menerusi bidang sukan,
sebaliknya membuka peluang seluas-luasnya bagi sesiapa sahaja yang berminat. Kejohanan Paralimpik
Makaysia dilihat sebagai batu loncatan bagi golongan OKU yang berhati waja dalam merealisasikan
impian masing-masing. Nampaknya, barisan pemimpin negara khususnya Datuk Shaberu Cheek yang
menerajui Kementerian Belia dan Sukan juga bersetuju dengan kata-kata hikmah,’jangan menilai kerja
seseorang sehingga pekerjaan itu diselesaikan’. Sesungguhnya pihak kerajaan mengiktiraf kebolehan
atlet OKU dalam bidang sukan. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan OKU dan hadiah berbentuk kewangan
kepada pemenang turut disediakan. Jelaslah di sini bahawa, tindakan kerajaan yang menggalakkan
penyertaan OKU dalam pertandingan khusus seperti Kejohanan Sukan Paralimpik yang diadakan dua
tahun sekali merupakan suatu inisiatif yang bijak bagi meningkatkan mutu sukan negara,

Sedar atau tidak, bahang industrialisasi yang menyelubungi negara kini mrupakan satu petanda
positif ke arah pembangunan negara yang mapan. Namun, dalam kesibukan menjana pertumbuhan
ekonomi, lahirnya impak sampingan yang tidak terperi tanpa disedari iaitu kenaikan harga cukai. Bagi
memberikan nafas serta suntikan semangat baru kepada OKU dalam mendepani cabaran arus
globalisasi, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan dan galakan pelepasan cukai kepada
mereka. Menurut tokoh Barat yang terkenal, Flower A. Newhouse mengatakan bahawa kurangnya
semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding dengan kurangnya kebijaksanaan
atau kemahiran. Kata-kata ini memepunyai konotasinya yang tersendiri selain jelas menggambarkan
kerelevanan pihak kerajaan dalam membantu golongan OKU supaya semangat mereka terus membara.
Secara ringkasnya, pihak kerajaan telah menambahkan pelepasan pengecualian cukai kepada ibu bapa
yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Malah, kerajaan juga memberi ribet cukai
kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri atau anak yang kurang
upaya. Di samping itu, pihak kerajaan telah memperluas potongan cukai berganda kepada majikan-
majikan yang mengambil para pekerja kurang upaya. Usaha sebegini bukanlah sekadar melepaskan
batuk di tangga tetapi merupakan suatu sistesis strategik kepada OKU untuk terus maju ke
hadapan.Tegasnya di sini, galakan pelepasan cukai kepada golongan OKU oleh pihak kerajaan wajar
diberi pujian kerana telah berjaya meringankan beban mereka.

Seorang tokoh cendekiawan China, Ching Hai menyatakan bahawa kita bekerja bukan untuk
mencari wang semata-mata, melainkan untuk menjalankan kewajipan. Enak lauk dikunyah-
kunyah, enak kata diulang-ulang. Kata-kata ilmuwan ini mempunyai analoginya implisit dan eksplisit,
iaitu interpretasi terhadap uslub pihak kerajaan yang memperuntukkan kemudahan awam terhadap
golongan OKU di Malaysia secara dinamik saban tahun. Menyingkap kembali sejarah 20 tahun yang lalu,
kehidupan golongan OKU kurang diberi perhatian yang khusus daripada pihak tertentu terutamanya dari
seg kemudahan awam yang haya bersifat menyeluruh tanpa mengira keupayaan. Namun kini, pihak
kerajaan telah mengorak langkah demi menjaga kebajikan rakyat sejagat yakni temasuklah golongan
OKU dengan menyediakan infrastruktur awam khas bagi mereka. Jabatan kebajikan Masyarakat
misalnya telah mengambil retogen prakarsa dengan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang dibantu
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Sehubungan dengan itu, semua bangunan baru
diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada OKU seperti ‘ram’ dan ‘railing’ iaitu laluan yang pihak
kerajaan yang pragmatik dalam memperuntukkan kemudahan awam khas bagi golongan OKU jelas
dapat meringankan beban mereka.

Langkah seterusnya yang sememangnya wajar diambil oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan
kebajikan OKU adalah menubuhkan pusat pemulihan dalam komuniti seperti yang dicadangkan dalam
kominiti seperti yang telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Pusat-pusat ini
menyediakan perkhidmatan yang komprehensif lagi efektif seperti pengesanan ketidakupayaan,
penyebaran maklumat mengenai OKU serta perkhidmatan sokongan. Hal ini demikian kerana , melalui
kewujudan pusat sebegini bukan sahaja dapat memupuk serta menyemai sikap prihatin dan
tanggungjawab dalam sanubari masyarakat moden zaman ini,malah turut menjadi langkah pertama
dalam merealisasikan impian mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Muhammad
untuk mewujudakan masyarakat berbudaya penyayang sejajar dengan Wawasan 2020. Tamsilnya, Pusat
Pemulihan dan Latihan Industri di Bangi yang menyediakan latihan kemahiran dan pemulihan dalam
bidang komputer,membuat pakaian dan mereka bentuk bagi meningkatkan kemampuan golongan OKU
untuk bekerja serta mengajar mereka berdikari dan menikmati pendapatan daripada hasil titik peluh
sendiri. Jelaslah di sini bahawa usaha kerajaan menubuhkan pusat pemulihan dan komuniti mampu
membantu golongan OKU dalam negara kita.

Intihanya, nasib golongan OKU ternyata terbela dengan implementasi berbagai-bagai metode
kerajaan terhadap kebajikan mereka. Sikap cakna yang telah ditonjolkan ini juga merupakan salah satu
rekayasa kepada golongan normal bahawa konsensus yang syumul tanpa mengira golongan dapat
menghasilkan sejenis kekuatan yang dipanggil ‘sinergi’. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu
berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam melahirkan golongan OKU yang unggul, sepertimana
tema Hari OKU yang dijalankan pada tahun 2007, iaitu “Bersama Membangun Modal Insan OKU”. Kita
sepatutnya menjadi tulang belakang kepada usaha pihak kerajaan, memberi peluang kepada golongan
kurang bernasib baik ini tanpa mengira sebarang perbezaan selaras dengan dasar kerajaan untuk
memberi hak sama rata kepada semua individu. Bulan sudah terang, bayang kian jelas, dengan segala
eviden yang telah digariskan ini, jelaslah bahawa segala usaha pihak kerajaan ternyaata membuahkan
hasil dan seterusnya menjadikangolongan OKU sebagai salah satu sumber tenaga manusia yang
perdana dalam mencapai hasrat negara membentuk sebuah komuniti yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Anda mungkin juga menyukai