Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 17

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU)


merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini
memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk


membantu golongan ini?

Orang Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang
cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau
penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka dari
melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan pekerjaan.
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan
kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya
secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada , masyarakat kurang
upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan
kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu
OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima


kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka
menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar
bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah
mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang Upaya
(OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan
yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap
tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi
tempat duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa
berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih
sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu
OKU dengan seikhlas hati.

Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak
juga berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak
media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada
segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali
memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui
rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak
langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan.
Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat
menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU
akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk
meneruskan kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi
peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam
pelbagai bidang . Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan
kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek,
keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan
Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam
pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama
ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang pekerjaan,
mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain
membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara
hidup sendiri dan keluarga.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan


memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan
minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan
khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan
Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat
meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam
meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan
OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata
golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan
itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU
yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-
masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk
membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung
kepada pertolongan daripada orang lain.

Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung


pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas
perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang
mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka.
Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi
melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak
kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan
yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk
mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang
dengan ilmu yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU


untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini
kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk
memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja
sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini
kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha
murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus daripada
pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang
kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan
keluarga mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua


untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk
merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan
masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya
kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan
tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah
muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam
usaha membantu golongan OKU.

Anda mungkin juga menyukai