Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 5

Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.

Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi


budaya masyarakat kita?

Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah


manusia dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan
teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah.
Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai
sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing ini diharapkan terbawa-bawa
sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab
untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa.
Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat
menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam
memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan
berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini
sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang
paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. “Anak ibarat
sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”.
Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan
anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke
dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan
ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada
wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat
dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-
anak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat
ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak
sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan
nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka
amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah
dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu
bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan
menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak.
Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang
berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai
mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan
membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan
tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini
lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa
anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak
menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana
dan tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya
menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga.
Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan
setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat
keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang
bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di
sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah
yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang
menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar
perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat
dalam diri anak-anak.

“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan
harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak
menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara
penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan
anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-
anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak
ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih
bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan
meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa
depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal
tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu
yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak.
Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka.
Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah
ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat
memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau
hari siang”.

Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan


yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap
menabung. Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa
perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka
menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa
menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh
tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu,
ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat
menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati
untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan tidak
pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang
diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan
bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika
berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, Kawan
merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia
seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan
mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang
lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi
mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus
mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan tidak
bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya
tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa
memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung
akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu
mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan
dalam memastikan amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah
cina mengatakan “Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi”. Peribahasa Melayu
pula menunjukkan “ada padii semua jadi, ada beras semua deras”. Gambaran ini
menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang
mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan
menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda
barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui negara pada masa
depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air
bersih, ikannya jernih”

Anda mungkin juga menyukai