Anda di halaman 1dari 4

SOALAN LATIHAN PERIBAHASA SPM

Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis
peribahasa yang berkenaan sahaja. 

(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_____________________________________________________________________

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
____________________________________________________________________
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
____________________________________________________________________

atihan 2
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
 
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
_______________________________________________________________________
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
________________________________________________________________________
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.
 _______________________________________________________________________

Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.  

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat
menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada
orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku
apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti
diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh
dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
_______________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang
menggambarkan setiap situasi tersebut.
 
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari
dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan
rakan-rakan di kelas cemerlang.
_______________________________________________________________________
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
_______________________________________________________________________
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa
berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil.
Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
________________________________________________________________________
Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
 
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
_____________________________________________________________

(ii) Banyak udang, banyak garam _________________________________________

(iii) Lain hulu lain parang __________________________________________________

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain


      ________________________________________________________________

(v) Tak tumbuh tak melata _________________________________________________

(vi) Ada ubi ada batas______________________________________________________

Latihan 6
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.

 
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya.
Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu, penunggang dan pengguna jalan
raya.
_____________________________________________________________________
 
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara
menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung merupakan satu tindakan
yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
________________________________________________________________________
 
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut berjaya menarik
penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik
permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan
sesama mereka.
__________________________________________________________________________

Latihan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
situasi yang terdapat dalam petikan ini.
 
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih kecemerlangan jika
ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampung yang berjaya
menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan
baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan
cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain
boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh--
sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang. Berkat
kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di
peringkat yang lebih tinggi.
 ___________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai dengan setiap
situasi tersebut.
 
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang
ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia enggan mencari kerja lain dan
tidak yakin boleh membuat kerja lain.
_______________________________________________________________________
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual buku-buku dan alat tulis.
Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.
______________________________________________________________________
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis
dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat. 
 ______________________________________________________________________

Latihan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku
perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak
selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk
pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas
kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
__________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur,
iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi
Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....
_______________________________________________________________________
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-
kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit," bisik Ahmad.
_______________________________________________________________________
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang tiga jalan yang
agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan
tersebut. Kini, gerai di kawasan itu .....
_______________________________________________________________________
 
 
CONTOH JAWAPAN PERIBAHASA

Peribahasa 1
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Latihan 3
i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Latihan 4
(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) -biduk lalu kiambang bertaut
(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan

Latihan 5
(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian (ii) -banyak orang, banyak ragam
(iii) -lain dahulu, lain sekarang (iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) -tak sungguh, orang tak kata (v) -ada budi boleh dibalas

Latihan 6
(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Latihan 7
(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan

Latihan 8
(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

Latihan 9
(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Latihan 10
i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Anda mungkin juga menyukai