Anda di halaman 1dari 4

PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SIKAP BERJIMAT

CERMAT DALAM KALANGAN ANAK-ANAK UNTUK


MENJAMIN MASA HADAPAN MEREKA.

Mutakhir ini, anak-anak yang kian meningkat ke alam dewasa gemar untuk
mengamalkan amalan berbelanja secara boros disebabkan terlalu mengikut tuntutan
nafsu, mahu memiliki barangan berjenama dan ingin mengikuti gaya terkini.Mereka
yang merupakan golongan Y gemar untuk memperagakan barang-barang
berjenama dan memuat naik gambar mereka di media sosial seperti “Instagram” dan
“Facebook”. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran yang tidak
mendatangkan apa-apa faedah. Anak-anak sewajarnya menyalurkan duit tersebut
ke akaun simpanan mereka untuk kegunaan ketika kecemasan atau kegunaan masa
hadapan.Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan wang yang mereka simpan
ketika kecil itu untuk digunakan ketika melanjutkan pelajaran ke Menara gading.
Kesannya, ibu bapa tidak akan terlalu terbeban untuk mencari dana bagi
mendaftarkan anak-anak mereka ke mana-mana pusat pengajian kelak.Selain itu,
kegawatan ekonomi yang melanda dunia di mana turut melibatkan Malaysia wajar
diingatkan. Hal ini kerana para penjaga akan menaikkan harga barangan keperluan
harian bagi menampung hidup mereka. Secara tidak langsung, kos sara hidup di
negara kita akan meningkat. Isu ini tidak akan mendatangkan kesan yang mendalam
kepada golongan yang berada kerana taraf hidup mereka telah melebihi keperluan
harian.Namun, sedar atau tidak bagaimana pula nasib yang menimpa golongan
yang taraf hidupnya sederhana rendah dan rendah.Mereka akan mengalami
kesusahan untuk meneruskan kelangsungan hidup jika mereka tidak bersedia dari
awal. Justeru, anak-anak hendaklah bersedia dari awal supaya situasi ini tidak
berlaku ketika mereka sudah dewasa nanti.Namun, ketika kita masih kecil, ibu bapa
yang perlu menerapkan amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak demi
menjamin masa hadapan mereka.

Anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapa yang perlu mencorakkan
dengan nilai-nilai murni dan perkara yang membentuk keperibadian mulia kepada
anak-anak mereka.Ibu bapa hendaklah menjadi contoh teladan kepada anak-anak
mereka dalam konteks amalan berjimat cermat.Hal ini demikian kerana, anak-anak
akan mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka untuk mereka membentuk
identity mereka ketika dewasa seperti kata pepatah melayu ke mana tumpahnya
kuah jika tidak ke nasi.Namun, ibu bapa perlulah mengamalkan apa yang dikatakan
kepada anaknya bagi mengelakkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Ibu bapa boleh memulakan langkah awal sejak di rumah lagi. Situasi ini disebabkan
rumah merupakan tempay yang paling efektif dan proaktif untuk mendidik anak-anak
mereka amalan berjimt cermat. Banyak perkara yang boleh dijadikan amalan
berjimat cermat ketika di rumah.Sebagai contoh, makanan yang disediakan di rumah
hendaklah dalam kuantiti yang mencukupi dan tidak berlebih-lebihan.Hal ini kerana
bagi mengelakkan berlakunya pembaziran yang telah menjadi amalan rakyat
Malaysia masa kini. Laporan akhbar Berita Harian yang bertarikh 8 Mei 2017 ada
mengeluarkan fakta yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia telah membazirkan 8
ribu kilogram makanan satu hari. Tidakkan itu merupakan fakta yang
membimbangkan? Dari situ kita dapat lihat tidak berlaku amalan berjimat cermat
dalam diri rakyat Malaysia. Situasi ini disebabkan mereka tidak terlalu ditekankan
dengan nilai dan amalan tersebut. Jadi, ibu bapa yang perlu menekankan nilai dan
amalan ini kepada pihak anak-anak. Jelaslah bahawa ibu bapa boleh memupuk
sikap berjimat cermat dalam diri anak-anak dengan menjadi contoh kepada anak
mereka sejak dari rumah lagi.

Seterusnya, amalan berbelanja merupakan amalan yang tidak asing kepada


rakyat Malaysia. Amalan berbelanja merupakan amalan yang mendatangkan banyak
faedah. Antaranya, amalan berbelanja dapat mengeratkan silaturahim antara
manusia melalui interaksi ketika urusan jual beli. Namun sedar atau tidak amalan ini
juga ada keburukannya. Amalan ini akan mendatangkan keburukan kepada
golongan yang mengamalkan konsep alah membeli menang memakai. Mereka ingin
dilabel golongan berada oleh masyarakat sekeliling dengan memperagakan
barangan yang berjenama. Dari situ kita dapat lihat bahwa tidak adanya sifat
berjimat cermat dalam diri mereka.Namun, masalah ini dapat diatasi jika dibanteras
dengan menunjukkan cara belanjawan yang betul kepada anak-anak. Anak-anak
perlu diajar untuk pandai membezakan di antara keperluan dan kemahuan.Perkara
ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. Terdapat pelbagai cara
untuk mendidik anak mengawal perbelanjaan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
mengajar anak-anak untuk menulis dahulu apa yang dibeli sebelum pergi ke kedai.
Hal ini bagi mengelakkan anak-anak dari membazirkan duit, masa dan tenaga
dengan membeli barang yang tiada dalam senarai keperluan. Secara tidak
langsung, amalan ini akan mematangkan anak-anak untuk menjadi seorang
manusia. Jadi, ibu bapa boleh memupuk sifat berjimat cermat kepada anak-anak
dengan menunjukkan cara mengawal perbelanjaan yang betul.

Selai itu, ibu bapa juga boleh menerapkan amalan menabung kepad diri anak-
anak mereka.Mereka boleh menghadiahkan anak-anak mereka sebuah tabung
sempena hari lahir mereka. Tidakkan menabung merupakan hadiah yang lebih
bermakna dan berguna berbanding membelikan hadiah yang boleh melalaikan
seperti komik dan permainan video. Seterusnya, ibu bapa boleh menaikkan
semangat anak-anak mereka untuk menabung dengan menceritakan perkara yang
menarik seperti apa yang boleh kita lakukan jika kita mempunyai duit yang banyak.
Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan anak-anak mempunyai minat yang
serius untuk menabung. Keazaman untuk mencapai apa yang diinginkan akan
menyebabkan mereka tekad untuk menabung. Secara tidak langsung anak-anak kita
akan berjimat cermat dalam kehidupan seharian. Maka, objektif ibu bapa untuk
memupuk sikap berjimat cermat dalam kalangan anak-anak akan tercapai. Amalan
menabung lagi bagus dimulakan dari awal kerana akan lebih banyak hasil dapat
diraih bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Jelaslah
bahawa dengan amalan menabung ibu bapa dapat memupuk sikap berjimat cermat
dalm diri anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa hendaklah memerhati dan mengawasi pergaulan


anak-anak mereka. Hal ini kerana dikhuatiri anak-anak akan bergaul dengan orang
yang mendatangkan keburukan kepada diri mereka sendiri. Tambahan pula, anak-
anak merupakan antara golongan paling mudah terpengaruh dengan orang-orang
sekelilig terutaman rakan sebaya. Dalam konteks berjimat cermat, dirisaukan anak-
anak akan membeli apa sahaja yang rakan mereka beli disebabkan sifat ingin
memiliki barang yang dimiliki oleh orang lain. Perkara ini perlu dipandang serius oleh
semua ibu bapa. Ibu bapa perlu mengambil tindakan sebelum nasi menjadi bubur.
Mereka perlu menjelaskan kepada anak-anak apa kesalahan yang anak-anak
mereka lakukan. Situasi ini bagi menyedarkan anak-anak mereka apa kesan kepada
perkara yang mereka lakukan sepanjang bersama rakan-rakan. Tindakan ini
dilakukan dengan kadar yang segera dan sebaiknya sejak mereka kecil lagi kerana
melentur buloh biarlah dari rebungnya. Perkara ini disebabkan ditakuti anak-anak
mereka telah merasakan diri mereka besar dan tidak mahu mendengar nasihat ibu
bapa lagi. Dari waktu itu akan berlakunya perkara yang tidak diingini para ibu bapa.
Bukan sahaja tidak berjimat cermat, malah mereka mungkin mampu membeli
barang-barang yang memudaratkan seperti arak dan rokok. Jadi, ibu bapa
hendaklah memantau pergaulan anak-anak mereka sejak dari awal untuk
mengelakkan anak-anak mereka melaburkan wang kepada perkara yang membazir.

Seterusnya, mendaftarkan akaun bank kepada anak-anak merupakan salah


satu cara untuk memupuk sikap berjimat-cermat dalam diri anak-anak. Faedah yang
didapati anak-anak selepas suatu tempoh masa akan dapat menaikkan semangat
mereka untuk menambahkan jumlah simpanan duit mereka di bank. Pengawalan
pembelanjaan akan berlaku dalam kehidupan seharian secara tidak langsung. Ibu
bapa boleh mendaftarkan anak-anak mereka ke akaun bank seperti Amanah Saham
Didik dan Bank Simpanan Nasional. Situasi ini juga dapat menjamin masa hadapan
anak-anak dari sudut kewangan. Tawaran hadiah yang dikemukakan oleh Syarikat
Bank kepada penyimpan yang menyimpan dengan simpanan tertinggi juga akan
menyebabkan anak-anak ingin menambah jumlah simpanan mereka. Mereka akan
mengumpul wang dalam kadar yang segera untuk menyimpan di bank dengan lebih
banyak untuk memenangi hadiah tersebut. Kesannya, sikap berjimat cermat dapat
dipupuk dalam diri anak-anak. Jelaslah bahawa ibu bapa boleh memupuk sikap
berjimat cermat dalam diri anak-anak dengan menubuhkan akaun bank untuk diri
anak-anak mereka.

Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah menggalas tanggungjawab mereka agar


sikap berjimat cermat dapat dipupuk dalam diri anak-anak mereka.Pelbagai langkah
sistematik, pragmatic dan konkrit boleh dilakukan ibu bapa agar objektif tersebut
dapat dicapai.Amalan tersebut bukan sahaja untuk kebaikkan anak-anak, malah
untuk ibu bapa juga. Hal ini demikian kerana anak-anak merekalah yang akan tolong
menjaga mereka ketika mereka sudah tua. Jadi ekonomi yang kukuh diperlukan
anak-anak untuk memberi keselesaan kepada keluarga dan juga ibu bapa.
Disebabkan itulah sifat berjimat cermat perlu ada dalam diri anak-anak untuk
menjamin masa hadapan yang lebih cerah kepada diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai