Anda di halaman 1dari 1

Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.

Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya
tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga.

Pendahuluan : Belakangan ini ungkapan-ungkapan negatif seperti rumah yang membosankan,


jom lepak-lepak dan sudah terlalu acap keluar daripada mulut anak-anak remaja. Ucapan-ucapan
seumpama itu menunjukkan jiwa anak-anak muda semakin terasing daripada keluarga dan
rumahtangga. Hal demikian amatlah malang dalam usaha membentuk sebuah persekitaran Rumahku
Syurgaku. Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa nilai murni tradisional semakin memupus. Oleh
itu, sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan arus pemodenan, ibu bapa hendaklah
memainkan peranan hakiki untuk melatih anak-anak agar mesra keluarga dan mesra rumahtangga.

Isi 1 : Mengamalkan pendidikan bermula di rumah rumah sebagai paksi membentuk peribadi
anak-anak - ibu bapa hendaklah membudayakan amalan tradisional membiasakan anak-anak
dengan latihan memasak, mengemas rumah ibu bapa hendaklah menjadi role model dan
kepimpinan melalui teladan memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anak-anak

Isi 2 : Kurangkan tabiat suka mencari hiburan di luar anak-anak berasa tiada keperluan untuk
berada di rumah mereka tiada latihan asas untuk berasa bertanggungjawab

Isi 3 : Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang ketika semua ahli keluarga
bertemu ibu hendaklah mengajak anak-anak masuk ke dapur anak-anak perlu belajar dan
membantu si ibu di di rumah memberi peluang anak-anak mencuba resipi, menanam pokok dan
menghias rumah ibu bapa berilah panduan dan pujian

Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin dengan disiplin anak-anak mudah
menerima tunjuk ajar - setiap anak hendaklah diberikan tugas yang sepadan tidak wajar ada yang
terlalu berat tugasan dan ada yang berehat panjang (menunggu makanan terhidang ke lutut

Isi 5 : Memberi motivasi kepada anak-anak anak-anak perlu diberikan semangat dan dorongan
dari awal - menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah tangga (majalah Anjung Seri,
Majalah Laman, Saji, Didik, Muslimah dan pelbagai bentuk perisian CD/DVD) membuka minda
anak-anak mengikuti teladan daripada ikon keluarga yang berjaya

Kesimpulan : Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana sekalipun ilmunya
akan ke dapur bukanlah membawa konotasi yang negatif. Sebaliknya, maksud yang tersirat adalah
untuk mengilhamkan setiap individu akan kepentingan menghidupkan suasana kekeluargaan yang
harmoni dan jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini luput, wajarlah semua pihak
terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke landasan yang betul.

Anda mungkin juga menyukai