Anda di halaman 1dari 6

SOALAN 1 : Tulis sebuah karangan tentang " Cara

Menggunakan Masa dengan Berfaedah"


CONTOH KARANGAN:
Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat.
Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan
sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam
kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti.
Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak
membazir begitu sahaja.
Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita
memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat.
Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul
setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi
yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada
kita.
Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan
menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta temanteman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa
lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca
seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan
sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat
sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.
Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang
terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja
rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian
penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas
rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak
langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya
mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu
sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa
dengan bijak.

SOALAN 2: Bina sebuah karangan berdasarkan gambar


dan rangkai kata di bawah.
ISI PENTING
Menjaga kebersihan
-elakkan penyakit
2. Mencuci tangan
sabun
3. Mencuci sayursayuran -tiada kuman
kotoran
4. Memastikan
kebersihan -bilas -air
bersih
5. Menutup makanan
CONTOH KARANGAN: CARA MENJAGA KEBERSIHAN:
1.

Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang


yang bersih tidak akan terdedah dengan kekotoran penyebab
penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya.
Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan
menggunakan sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua belah
tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya tangan kita
menjadi benar-benar bersih.
Selain itu, makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan
dan sebagainya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum
dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan yang
tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya kepada
kesihatan kita.
Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan
mencemarkan makanan kita. Oleh itu, basuhlah bekas
makanan kita selepas digunakan.
Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat
yang tertutup. Ini untuk menghalang serangga atau haiwan
seperti lalat dan tikus daripada mencemari makanan kita.
Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu,
sentiasalah menjaga kebersihan agar kita terus sihat dan
gembira sepanjang hari.

SOALAN 3: Tuliskan sebuah karangan tentang Kebaikankebaikan Membaca.


CONTOH KARANGAN:
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa
haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak
sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan
yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya
sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan
rumah atau melalui internet.
Antara
kebaikan
membaca
ialah
mengetahui
perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan.
Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan
mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama
ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini
tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak
fakta yang kita ketahui.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan
perbendaharaan kata. Orang yang selalu membaca akan
mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis
kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau
kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan
memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada
pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan
mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah
penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang
baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain
lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih
bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak
sesuai atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah
penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi
masa
lapang,
aktiviti
ini
juga
dapat
mengelakkan
mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh
itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita

cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru


dan ibu bapa.

SOALAN 4: Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank


CONTOH KARANGAN:
Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank
kerana banyak kebaikannya. Bagi membolehkan kita
menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank
di mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional, MayBank,
Tabung Haji dan lain-lain lagi
Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan
kita dijamin selamat. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan
wang simpanan kita daripada kecurian dan kehilangan kerana
semua itu akan ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika
sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir, wang
kita dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank.
Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa
depan kita. Contohnya, kita boleh membiayai perbelanjaan
untuk melanjutkan pelajaran di universiti daripada wang
simpanan tersebut. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang
secara tetap supaya boleh digunakan pada masa yang
memerlukan.
Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan
wang di bank. Kita tidak akan boros berbelanja kerana
sebahagian wang akan disimpan di bank. Ini akan melatih kita
menjadi
seorang
yang
pandai
menguruskan
wang
perbelanjaan.
Amalan
perbelanjaan
yang
baik
akan
mengelakkan seseorang itu terjebak dalam masalah hutang
dan sebagainya.
Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank
haruskan kita amalkan kerana cara ini amat banyak
kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang
di bank demi kehidupan yang lebih terjamin.

Anda mungkin juga menyukai