Anda di halaman 1dari 6

KERANGKA KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

PENDAHULUAN
TEMA makanan ialah keperluan asas murid-murid untuk membesar dengan sihat
KELOMPOK murid-murid pada hari ini malas membawa bekalan makanan dari rumah
ISU murid-murid lebih suka akan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi
UNGKAPAN murid-murid tidak mengetahui hakikat bahawa bekalan makanan yang
dibawa dari rumah juga ada faedahnya kerana tak kenal maka tak cinta
ARAHAN mengkaji faedahnya jikalau murid membawa bekalan makanan dari rumah

IDEA 1
IDEA bekalan makanan yang dibawa dari rumah dijamin bersih dan lebih sihat
H – SEBAB ibu menyediakan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan
CONTOH ibu bapa biasanya menyediakan sandwic, mihun goreng, dan nasi berlauk
H – KESAN murid tidak terdedah kepada kes keracunan makanan dan masalah obesiti
UNGKAPAN inilah bukti ibu bapa menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh
PENEGASAN kebersihan makanan yang dibawa dari rumah menjamin kesihatan murid

IDEA 2
IDEA murid-murid dapat menjimatkan masa mereka beratur di kantin sekolah
H – SEBAB masa yang diberikan hanyalah 20 minit sahaja dan barisan amat panjang
CONTOH terus menikmati bekalan makanan yang dibawa sebelum membaca buku
H – KESAN murid-murid mendapat faedah berganda daripada amalan yang sihat ini
UNGKAPAN usaha murid menjimatkan masa ini dikatakan sambil menyelam minum air
PENEGASAN murid yang membawa bekalan makanan pasti dapat menjimatkan masa

IDEA 3
IDEA perbelanjaan murid dapat dijimatkan dengan membawa bekalan makanan
H – SEBAB tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli apa-apa makanan lain
CONTOH mengurangkan beban ibu bapa dan menabungkan wang ke dalam tabung
H – KESAN cara ini mendidik murid menghargai titik peluh dan pengorbanan ibu bapa
UNGKAPAN mereka sedar bahawa ibu bapa bekerja keras untuk mengisi perut anak
PENEGASAN bekalan makanan yang dibawa murid dapat menjimatkan perbelanjaan

PENUTUPAN
TEMA murid digalakkan membawa bekalan makanan kerana banyak faedahnya
CADANGAN ibu bapa menyediakan bekalan makanan yang sihat dan segar dari rumah
HARAPAN dapat membina kebahagiaan dalam keluarga dan merapatkan hubungan
KESAN murid-murid dapat mendisiplinkan diri dengan amalan yang bermanfaat
HURAIAN para murid mestilah mula membawa bekalan makanan sendiri dari rumah
PENEGASAN bekalan makanan yang dibawa dari rumah ternyata banyak faedahnya
SOALAN 1
Penggunaan aplikasi rangkaian laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya
mendapat perhatian golongan remaja di negara ini.
Huraikan cara-cara remaja memanfaatkan laman media sosial.
[100 markah]
PENDAHULUAN
TEMA Media sosial – trend baharu dalam Internet yang melibatkan rangkaian perhubungan – menjadi perhatian remaja
KELOMPOK remaja merupakan pengguna media sosial yang tinggi – 55% remaja mendedahkan maklumat peribadi dan gambar
ISU boleh mengundang bahaya kepada remaja – berlakunya kes buli siber dan 29% remaja menjadi mangsa dihendap
UNGKAPAN remaja mestilah bijaksana dalam soal penggunaan media sosial – membezakan yang mana batu yang mana intan
ARAHAN remaja mestilah memanfaatkan laman media sosial – Apakah cara-cara remaja dapat memanfaatkan laman ini?

IDEA 1
IDEA remaja bolehlah berhubung atau berkomunikasi dengan pantas dan mudahnya apabila menggunakan media sosial
H – SEBAB media sosial disediakan dalam platform Internet – kelajuan Internet sudah semakin hari semakin lancar dan tinggi
CONTOH menghantar mesej, gambar, video kepada rakan-rakan maya – berkongsi pendapat dengan rakan media sosial
H – KESAN trend baharu membina persahabatan maya – amat popular – persahabatan tidak mengira faktor usia dan geografi
UNGKAPAN hubungan yang erat terjalin bagai isi dengan kuku – saling memahami dan bertolak ansur – menjadi sahabat maya
PENEGASAN media sosial membolehkan remaja berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan dengan pantas dan mudah

IDEA 2
IDEA remaja dapat berkongsi ilmu dan maklumat yang penting dalam pelajaran dalam laman-laman media sosial terkini
H – SEBAB laman media sosial kerap dilayari oleh remaja – maklumat penting dalam pelajaran mudah diakses oleh remaja
CONTOH maklumat peperiksaan, ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik, perkongsian nota subjek Bahasa Melayu
H – KESAN murid mendapat manfaat ilmu – maklumat ini dapat dimuat turun dan disimpan dalam telefon – membuat rujukan
UNGKAPAN murid yang mahir menggunakan media sosial akan bijak menghargainya – jauhari jua yang mengenal manikam
PENEGASAN ilmu dan maklumat dapat dikongsi oleh remaja dalam laman media sosial agar bermanfaat kepada semua remaja

IDEA 3
IDEA remaja boleh memanfaatkan laman media sosial untuk mencari bahan bacaan berkualiti yang diperlukan remaja
H – SEBAB banyak bahan bacaan berkualiti disajikan secara percuma dalam media sosial – memupuk amalan membaca buku
CONTOH melayari laman media e-buku – memuat turun buku cerita dan novel untuk dijadikan sajian minda anak-anak muda
H – KESAN melahirkan generasi muda yang suka membaca buku yang berkualiti – membina generasi berminda kelas pertama
UNGKAPAN remaja harus sedar bahawa bangsa membaca bangsa berjaya – menyedari hakikat membaca itu jambatan ilmu
PENEGASAN laman media sosial dapat dimanfaatkan remaja untuk mencari bahan bacaan supaya mereka dapat menimba ilmu

IDEA 4
IDEA remaja bolehlah memanfaatkan laman media sosial untuk menonjolkan bakat atau kebolehan dalam diri mereka
H – SEBAB banyak bakat terpendam – tidak berani menunjukkan bakat kepada umum – media sosial ialah platform terbaik
CONTOH menunjukkan nyanyian dan tarian dalam bentuk rakaman – mendapat komen dan sokongan kenalan media sosial
H – KESAN meningkatkan minat dan keyakinan remaja – mampu mengasah bakat dan terus memanfaatkan bakat dalam diri
UNGKAPAN remaja berbakat pasti akan bersinar walau di mana-mana – kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
PENEGASAN laman media sosial ialah platform remaja yang mahu mempamerkan bakat mereka yang sudah lama terpendam

IDEA 5
IDEA remaja dapat memahami agama, kebudayaan, dan adat resam pelbagai bangsa dan etnik di alam maya yang luas
H – SEBAB remaja tidak perlu melancong ke luar negara untuk melihat kebudayaan yang unik – menonton gambar dan video
CONTOH mengetahui kehidupan masyarakat Melayu Cape di Afrika Selatan – mengetahui bahasa dan kebudayaan mereka
H – KESAN pengalaman remaja dapat diperluas dengan laman sosial – mematangkan pemikiran dan pengetahuan remaja
UNGKAPAN remaja di Malaysia dapat bersaing dan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja dari seluruh dunia
PENEGASAN remaja memanfaatkan laman media sosial untuk memahami agama, kebudayaan, dan adat resam di jagatraya ini

PENUTUPAN
TEMA laman media sosial banyak memberikan manfaat kepada remaja sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas
CADANGAN remaja haruslah menapis laman media sosial yang sesuai dengan pemikiran dan usia agar minda tidak diracuni
HARAPAN memanfaatkan media sosial untuk mencari ilmu pengetahuan – menggunakan platform ini untuk memajukan diri
UNGKAPAN menjadi bakal pemimpin yang bermaklumat dan berpengetahuan – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
HURAIAN memimpin negara dengan pelbagai ilmu – menjadi generasi baharu yang berhemah tinggi dan berketerampilan diri
PENEGASAN remaja mestilah memanfaatkan laman media sosial – menjadikan media sosial sebagai platform yang bermanfaat
SOALAN 2
Pelbagai masalah sosial yang berkait rapat dengan remaja memerlukan perhatian daripada keluarga.
Jelaskan peranan ahli keluarga dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.
[100 markah]
PENDAHULUAN
TEMA masalah sosial ialah perbuatan negatif yang menjejaskan keamanan dan keselamatan awam di sesebuah negara
KELOMPOK remaja ialah golongan yang paling banyak terlibat dalam gejala sosial – menjejaskan imej bangsa dan negara kita
ISU terlibat dalam pergaulan bebas – terjebak dalam kegiatan gengsterisme – lari dari rumah – kes ponteng sekolah
UNGKAPAN masalah sosial mestilah diatasi sebelum bisul menjadi nanah – usaha ini amat memerlukan peranan ahli keluarga
ARAHAN Apakah peranan ahli keluarga dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita?
IDEA 1
IDEA ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlulah menunjukkan suri teladan kepada anak-anak yang masih kecil
H – SEBAB anak-anak kecil lazim mengikut sikap dan perbuatan ahli keluarga mereka – bagaimana acuan begitulah kuihnya
CONTOH ibu bapa menunjukkan disiplin baik kepada anak kecil di rumah – abang dan kakak mempamerkan sahsiah terpuji
H – KESAN anak-anak kecil pasti akan mengikut telunjuk ibu bapa dan abang serta kakak – mampu menangani masalah sosial
UNGKAPAN anggota keluarga perlu memainkan peranan dalam usaha ini kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
PENEGASAN ahli keluarga yang lebih tua perlu menunjukkan teladan yang baik kepada remaja untuk menangani gejala sosial
IDEA 2
IDEA setiap ahli keluarga harus memupuk kasih sayang sesama sendiri sebagai resipi utama menangani gejala sosial
H – SEBAB kebanyakan gejala sosial berlaku kerana anak-anak remaja ketandusan kasih sayang dan perhatian ahli keluarga
CONTOH ibu bapa menyayangi anak-anak dengan adil dan saksama – adik-beradik juga saling menyayangi dalam keluarga
H – KESAN anak remaja berasa disayangi – tidak akan sanggup terlibat dalam gejala sosial – berasa malu terhadap keluarga
UNGKAPAN mereka mendapat kasih sayang dan perhatian bak menatang minyak yang penuh daripada ahli keluarga tercinta
PENEGASAN kasih sayang yang dipupuk oleh setiap ahli keluarga pasti dapat mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja

IDEA 3
IDEA ibu bapa perlu mengambil tahu dan mengenali kawan-kawan anak mereka dalam usaha menangani gejala sosial
H – SEBAB ahli keluarga tidak mempedulikan kawan anak-anak remaja – remaja mudah tersilap memilih kawan yang nakal
CONTOH bertanya tentang latar belakang kawan anak – menyelidiki tempat yang ditujui oleh anak remaja dengan kawan
H – KESAN mengekang anak-anak daripada membuat perkara yang negatif – memberikan perhatian terhadap pergaulan anak
UNGKAPAN mendidik anak bahawa pentingnya kawan yang baik dijadikan teladan, kawan yang buruk dijadikan sempadan
PENEGASAN ahli keluarga, khususnya ibu bapa harus mengenali kawan-kawan anak remaja agar gejala sosial dapat diatasi

IDEA 4
IDEA ahli keluarga haruslah berkongsi masalah antara satu sama lain dari hati ke hati untuk menangani masalah sosial
H – SEBAB remaja suka memendam perasaan tidak berpuas hati – melepaskan geram dengan terlibat dalam gejala sosial
CONTOH remaja memberontak dengan melibatkan diri dalam gengsterisme – kawan liar menjadi tempat luahan perasaan
H – KESAN keluarga yang berkongsi masalah dapat menyelesaikan masalah – gejala sosial dapat ditangani dengan bijaknya
UNGKAPAN setiap masalah sosial pasti ada jalan penyelesaiannya jika ahli keluarga sedar bahawa muafakat membawa berkat
PENEGASAN perkongsian masalah dari hati ke hati dalam kalangan ahli keluarga dapat menangani gejala sosial yang berlaku
IDEA 5
IDEA ahli keluarga perlu bijak merancang aktiviti kekeluargaan untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja
H – SEBAB remaja suka keluar dari rumah kerana kebosanan – mencari hiburan di luar – mudah terjebak dalam gejala sosial
CONTOH aktiviti perkhemahan bolehlah dirancang – aktiviti sukan dan beriadah juga sihat kepada fizikal dan mental anak
H – KESAN anak dapat mengisi masa terluang dengan berfaedah – selalu mendampingi ahli keluarga – menjauhi gejala sosial
UNGKAPAN anak akan mementingkan hubungan kekeluargaan dan menghadam maksud peribahasa rumahku syurgaku juga
PENEGASAN aktiviti kekeluargaan perlulah dirancang dengan bijaknya oleh ahli keluarga agar dapat menangani masalah sosial

PENUTUPAN
TEMA gejala sosial dalam kalangan remaja sebenarnya boleh diselesaikan jika ahli keluarga dapat memainkan peranan
CADANGAN meluangkan lebih banyak masa kepada anak-anak dalam keluarga – mengutamakan keluarga daripada material
HARAPAN gejala sosial dapat dikurangkan – remaja dapat menjadi golongan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri
UNGKAPAN remaja yang bebas daripada gejala sosial dapat menjadi pemimpin masa depan kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara – mereka mesti menjauhi gejala sosial agar tidak terjebak dalam kegiatan jenayah pula nanti
HURAIAN gejala sosial memerlukan tindakan keluarga – anak-anak remaja yang diberikan perhatian dan ajaran sejak kecil
dapat membina bentang kukuh dalam diri untuk menjauhi gejala sosial – menjadi manusia yang beriman dan baik
PENEGASAN setiap ahli keluarga memainkan peranan penting untuk memastikan anak remaja dapat menangani masalah sosial
SOALAN 3
Semangat kejiranan merupakan amalan penting dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang
kaum dan agama tetapi semangat ini semakin lama semakin luntur daripada hati rakyat Malaysia.
Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.
[100 markah]
PENDAHULUAN
TEMA Semangat kejiranan – amalan mulia yang dituntut oleh semua agama – mestilah diamalkan dalam kalangan rakyat
KELOMPOK masyarakat kita – semakin melupakan semangat kejiranan – tidak mengenali jiran tetangga – tidak pernah bersapa
ISU hubungan menjadi semakin hari semakin renggang – mudah menimbulkan konflik – perpecahan kaum pun berlaku
UNGKAPAN masyarakat sudah lupa akan hakikat jiran bersepakat membawa berkat – tidak mengamalkan semangat kejiranan
ARAHAN Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?

IDEA 1
IDEA faktor utama ialah masyarakat pada hari ini bersifat materialistik sehingga mengutamakan kebendaan dan kerjaya
H – SEBAB tuntutan kehidupan semakin mencabar – sibuk membina kerjaya daripada membina ukhuwah dan silaturahim
CONTOH keluar dari rumah pada awal pagi – tidak bertegur sapa dengan jiran tetangga – pulang ke rumah lewat malam
H – KESAN tidak menikmati keseronokan hidup berjiran – bermuka-muka dengan jiran – tidak pernah mengukir senyuman
UNGKAPAN melupakan konsep budi bahasa budaya kita – kurang sopan terhadap jiran – tidak mahu membantu jiran tetangga
PENEGASAN masyarakat yang mengutamakan kebendaan pasti akan melunturkan semangat kejiranan dalam masyarakat kini

IDEA 2
IDEA faktor kedua ialah sifat individualistik, iaitu sikap mementingkan diri sehingga melupakan amalan hidup berjiran
H – SEBAB urbanisasi yang berlaku di bandar-bandar raya menyebabkan penghuni kota mengutamakan hal masing-masing
CONTOH tidak mempunyai masa untuk mengenali dan membantu jiran – lebih mengutamakan agenda peribadi dan keluarga
H – KESAN jiran bukan insan yang pertama memberikan bantuan pada waktu kecemasan – hanya melihat dari tingkap rumah
UNGKAPAN terlalu mementingkan diri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing – melupakan perpaduan
PENEGASAN sikap individualistik dalam diri masyarakat ini telah menyebabkan semangat kejiranan semakin hari semakin luntur

IDEA 3
IDEA hilangnya konsep rukun tetangga menyebabkan semangat kejiranan luntur daripada hati masyarakat pada hari ini
H – SEBAB hubungan kejiranan keruh – tidak bersatu hari membina organisasi yang penting – menggunakan khidmat sekuriti
CONTOH pengawal keselamatan swasta telah menggantikan konsep rukun tetangga – masyarakat tidak mengenali jiran lagi
H – KESAN kes pecah rumah yang berlaku di kawasan kejiranan pun tidak diketahui oleh sesiapa – mengancam keselamatan
UNGKAPAN penduduk setaman perumahan menyesal tetapi nasi sudah menjadi bubur – mereka mengabaikan rukun tetangga
PENEGASAN semangat kejiranan dengan mudahnya dilunturkan oleh masyarakat kerana konsep rukun tetangga telah dilupakan

IDEA 4
IDEA amalan gotong-royong dalam kenduri yang digantikan dengan khidmat katering melunturkan semangat kejiranan
H – SEBAB penduduk tidak perlu melibatkan diri dalam persiapan majlis – jiran tetangga pun tidak lagi menghulurkan bantuan
CONTOH tidak lagi bekerjasama mendirikan khemah, tiada lagi kerjasama mencuci pinggan dan mangkuk serta memasak
H – KESAN jiran jarang-jarang berkumpul – majlis kenduri diadakan di restoran dan di hotel – jiran tetangga pula menjadi tamu
UNGKAPAN mereka mula melupakan konsep bertolong-tolongan bagai aur dengan tebing – semangat kerjasama sudah hilang
PENEGASAN semangat kejiranan makin hari makin luntur kerana amalan gotong-royong sudah dilupakan oleh jiran tetangga

IDEA 5
IDEA kawasan kejiranan yang berpagar tinggi turut menyebabkan semangat kejiranan semakin hari semakin hilang
H – SEBAB masyarakat kini tidak dapat melihat muka jiran – tidak berkesempatan untuk berkenalan dan beramah mesra lagi
CONTOH penduduk di kawasan seperti pangsapuri, rumah flat, dan rumah-rumah moden dibina dengan tembok konkrit
H – KESAN membina jurang pemisah antara jiran, terutamanya yang mempunyai latar belakang sosioekonomi yang berbeza
UNGKAPAN peribahasa Melayu yang indah juga pernah mengingatkan kita bahawa enggang sama enggang, pipit sama pipit
PENEGASAN semangat kejiranan yang sudah kita lupakan sebenarnya disebabkan jenis rumah yang kita diami pada hari ini
PENUTUPAN
TEMA terlalu banyak faktor yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur sebagaimana saya nyatakan di atas
CADANGAN konsep rukun tetangga perlu dihidupkan kembali – kegiatan kemasyarakatan perlu dijalankan di kawasan kejiranan
HARAPAN masyarakat akan memandang wajah jiran – mengukirkan senyuman yang mesra – hidup dalam keadaan harmoni
UNGKAPAN masyarakat kini harus mengamalkan prinsip peribahasa Melayu, iaitu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
HURAIAN kemesraan mudah terjalin – bertolak ansur dengan jiran tetangga – membentuk masyarakat yang bersatu padu
PENEGASAN semangat kejiranan tidak boleh dilupakan oleh masyarakat kini – kita mesti mengembalikan semangat kejiranan
SOALAN 4
Kebanyakan negara memberikan keutamaan kepada industri pelancongan untuk meningkatkan
pendapatan negara serantau.
Huraikan kerjasama antara negara untuk meningkatkan industri pelancongan.
[100 markah]
PENDAHULUAN
TEMA industri pelancongan – rezeki utama dan sumber pendapatan yang sangat penting kepada negara di rantau Asia
KELOMPOK negara serantau menjanakan berbilion-bilion Dolar Amerika menerusi industri pelancongan, terutamanya di Asia
ISU masih ada negara serantau yang bergantung sepenuh-penuhnya pada industri pelancongan seperti negara Thailand
UNGKAPAN setiap kemasukan pelancong asing akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat kerana ada gula ada semut
ARAHAN Negara serantau haruslah bekerjasama untuk meningkatkan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan kita
IDEA 1
IDEA negara serantau mengadakan promosi pelancongan secara besar-besaran dengan kerjasama agensi pelancongan
H – SEBAB dapat menjimatkan kos promosi pelancongan – menjalin erat kerjasama antara negara serantau yang bersatu hati
CONTOH Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) membaiki infrastruktur untuk menghasilkan hubungan lebih baik antara negara
H – KESAN negara ASEAN berkongsi sempadan agar pelancong meneroka rantau ini dengan lebih selesa tanpa birokrasi
UNGKAPAN apabila pintu negara dibuka dengan pakej pelancongan menarik, pelancong dapat makan angin dengan mudahnya
PENEGASAN promosi pelancongan perlulah diadakan oleh negara serantau agar industri pelancongan terus menjanakan rezeki
IDEA 2
IDEA pemimpin Asia haruslah bertukar-tukar maklumat dan pengalaman dalam usaha memajukan industri pelancongan
H – SEBAB memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu untuk menghidupkan industri pelancongan di negara sendiri
CONTOH Gabenor Narathiwat, H E Ekkarat Leesen dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi
merasmikan program Sukan dan Kebudayaan Thailand-Malaysia 2019 untuk merancakkan industri pelancongan
H – KESAN pelancong akan berkunjung ke Malaysia dan ke Thailand untuk merasai kehangatan suasana festival yang unik
UNGKAPAN kerjasama ini membuktikan bahawa tak kenal maka tak cinta – mengenali hati budi rakyat Malaysia dan Thailand
PENEGASAN maklumat dan pengalaman perlu dikongsikan oleh para pemimpin di rantau ini agar industri pelancongan maju
IDEA 3
IDEA negara-negara serantau juga bolehlah memberikan kelonggaran dari segi permohonan visa untuk pelancongan
H – SEBAB pelancong mudah untuk bergerak ke mana-mana – tidak menghadapi halangan di pintu sempadan negara di Asia
CONTOH AirAsia telah memperkenalkan Pas ASEAN supaya pelancong mudah bergerak ke 10 buah negara di rantau Asia
H – KESAN pendapatan rakyat di rantau ini dapat dipertingkatkan – membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada kita
UNGKAPAN setiap keuntungan yang memberikan faedah kepada Asia membuktikan kita bekerjasama bagai aur dengan tebing
PENEGASAN kelonggaran permohonan visa pelancongan memberikan faedah kepada rakyat negara serantau untuk melancong
IDEA 4
IDEA negara serantau perlulah berusaha untuk mengekalkan kestabilan politik untuk memajukan industri pelancongan
H – SEBAB pelancong akan berasa selesa dan aman – tiada pertumpahan darah berlaku di kawasan pelancongan yang utama
CONTOH Rakyat di Thailand tidak mahu Narathiwat, Yala dan Pattani berkonflik sehingga ribuan jiwa terkorban sejak 2004.
H – KESAN Penduduk tersebut mempunyai saudara-mara di Kelantan dan berulang-alik atas urusan keluarga dan perniagaan
UNGKAPAN hubungan yang erat ini haruslah bagai isi dengan kuku demi memajukan banyak sektor, terutamanya pelancongan
PENEGASAN kestabilan politik yang ada di rantau ini dapat membantu kita memajukan industri pelancongan demi masa depan
IDEA 5
IDEA negara serantau wajarlah mengadakan pameran pelancongan dan perdagangan yang bertemakan pelancongan
H – SEBAB kita dapat memperkenalkan kecantikan di Bali, pemandangan indah di Pulau Langkawi dan kemodenan di Jepun
CONTOH Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) mengadakan promosi Pameran Pelancongan Malaysia (MTF)
H – KESAN melibatkan negara-negara Asia seperti India, Jepun, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina serta Kemboja
UNGKAPAN industri pelancongan di Asia dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan industri pelancongan di Eropah
PENEGASAN pameran pelancongan serantau mestilah terus diadakan untuk memajukan industri pelancongan di rantau Asia
PENUTUPAN
TEMA Industri pelancongan ialah nadi pembangunan di Asia – keuntungannya terlalu besar dan tidak boleh diabaikan
CADANGAN negara serantau terus bekerjasama dan membentuk persepakatan dan permuafakatan demi industri pelancongan
HARAPAN Asia akan menjadi pintu pelancongan utama dunia – memberikan manfaat kepada nilai mata wang serantau –
bersaing secara sihat dengan rantau lain – membuktikan bahawa negara Asia bukanlah selemah yang disangka
UNGKAPAN negara-negara di rantau Asia seyogianya berpegang pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
HURAIAN terus menjanakan pendapatan kepada negara – memakmurkan ekonomi di rantau Asia – mengatasi masalah
ekonomi – memberikan peluang perdagangan dan perniagaan kepada rakyat Asia – sama-sama maju dan moden
PENEGASAN semua negara di Asia harus bekerjasama untuk memajukan industri pelancongan untuk meningkatkan pendapatan
SOALAN 5
Anda ingin menulis rencana yang bertajuk “Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
terhadap Karya Sastera”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
FORMAT Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap Karya Sastera
oleh: Jonathan Siew
TEMA karya sastera – semakin hari semakin kurang diberikan perhatian oleh orang ramai, terutamanya rakyat Malaysia
KELOMPOK Masyarakat di Malaysia mementingkan hiburan yang diperoleh daripada TMK yang berbentuk bukan karya sastera
ISU karya sastera Melayu makin hari makin pupus ditelan zaman kerana generasi muda mula menolak karya sastera
UNGKAPAN karya sastera di Malaysia seperti peribahasa Melayu, hidup segan mati tak mahu – mula dipinggirkan dan dilupakan
ARAHAN TMK haruslah memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan dan menghidupkan karya sastera semula.
IDEA 1
IDEA penerbit filem dan drama perlulah mengadaptasi karya sastera dalam bentuk layar lebar untuk tontonan ramai
H – SEBAB banyak nilai murni dan pengajaran dalam karya sastera perlu diperkenalkan penerbit filem kepada masyarakat
CONTOH Penerbit filem Puteri Gunung Ledang, Puan Sri Tiara Jacquelina bersungguh-sungguh memperkenalkan filem ini
H – KESAN Filem adaptasi daripada Hikayat Merong Mahawangsa ini telah meraih anugerah dalam Festival Filem Malaysia
UNGKAPAN filem berbentuk sastera juga mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan filem-filem lain di Malaysia
PENEGASAN karya yang diadaptasi dalam bentuk filem merupakan peranan komunikasi di Malaysia menghidupkan sastera
IDEA 2
IDEA pihak media cetak boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen, dan akhbar
H – SEBAB masyarakat tidak diperkenalkan kepada karya sastera – tidak mengetahui kewujudan karya sastera yang berkualiti
CONTOH Radio Klasik dengan slogan “Menggamit Kenangan” memperkenalkan slot sastera dan budaya kepada pendengar
H – KESAN pendengar dapat mendengar cerita tentang karya sastera yang disampaikan oleh juruhebah radio yang bertugas
UNGKAPAN kita akan jatuh cinta pada karya sastera setelah mengetahui kehebatannya kerana tak kenal maka tak cinta
PENEGASAN karya sastera pasti dapat dipromosikan oleh media cetak untuk menghidupkan dan memartabatkan kedudukannya
IDEA 3
IDEA penubuhan kelab peminat dalam media sosial juga dapat memupuk minat masyarakat terhadap karya sastera
H – SEBAB peminat tidak tahu kewujudan peminat sastera – tidak mempunyai platform untuk membicarakan karya sastera
CONTOH grup WhatsApp Peminat Pantun telah ditubuhkan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
H – KESAN peminat pantun dapat berkumpul dan berbalas-balas pantun dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana
UNGKAPAN kemajuan TMK bukan alasan untuk melupakan karya sastera kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
PENEGASAN media sosial pasti dapat memainkan peranan untuk memupuk minat masyarakat umum terhadap karya sastera
IDEA 4
IDEA pertandingan berbentuk sastera bolehlah dianjurkan oleh mana-mana pihak dalam media sosial dan media cetak
H – SEBAB dapat mencungkil bakat baharu dalam bidang sastera – menerbitkan karya sastera hasil nukilan penulis baharu
CONTOH Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sering menganjurkan pertandingan bertemakan sastera dalam media sosial
H – KESAN peminat sastera boleh merakamkan syair yang dipersembahkan dalam bentuk video kepada pihak penganjur
UNGKAPAN penganjur akan memilih pemenang – menjadikannya bakat baharu – usaha ini dikatakan serampang dua mata
PENEGASAN semua pihak yang terlibat bolehlah menganjurkan pertandingan berbentuk sastera dalam media sosial dan TMK
IDEA 5
IDEA pembinaan laman sesawang bertemakan sastera dapat memupuk minat masyarakat kita terhadap karya sastera
H – SEBAB negara Barat menghargai karya sastera dengan pembinaan laman web – mudah diakses oleh peminat sastera
CONTOH DBP membina laman sesawang untuk karya sastera dengan kerjasama Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
H – KESAN penduduk serumpun dapat menghasilkan karya sastera – memuat naik karya sastera – dapat dibaca oleh rakyat
UNGKAPAN karya sastera pasti tidak akan pupus – sentiasa subur bak peribahasa tak lekang dek panas, tak basah dek hujan
PENEGASAN pembinaan laman sesawang karya sastera merupakan inisiatif TMK dalam usaha mendaulatkan karya sastera
PENUTUPAN
TEMA karya-karya sastera walaupun sudah lama boleh menerima nafas baharu jika TMK dapat memainkan peranannya
CADANGAN pemain industri TMK perlu menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada warisan bangsa dan negara ini
HARAPAN karya sastera akan terus hidup – sajak akan dideklamasikan – syair akan didendangkan – cerpen akan dibaca
UNGKAPAN karya sastera dipandang sebagai sajian minda yang dapat memberikan ilmu kerana membaca itu jambatan ilmu
HURAIAN rakyat dapat mengapresiasi karya sastera – menghargai ilmu dan pengetahuan daripada semua karya sastera
PENEGASAN TMK harus memainkan peranannya untuk memupuk minat masyarakat terhadap karya sastera unggul di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai