Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Pada 25 Februari yang lalu, bersamaan dengan hari Isnin di M-square Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, kelas kami, Tahun 3 Pengajian Sosial telah menganjurkan satu karnival permainan tradisional yang disertai oleh T3SN1 dan juga T3MT3. Antara permainan yang disediakan ialah permainan lompat getah, lubang tikus, dam haji, bola pelikat, congkak, kabbadi, sepak raga, boling kelapa, tuju kasut, batu seremban dan sebagainya. Sebagai penganjur yang menganjurkan karnival ini, sudah semestinya banyak perkara perlu diberi perhatian sebelum berlangsungnya majlis. Sehari sebelum karnival bermula, kelas kami telah mula menghias padang kecil di MSquare dengan tema perkampungan Melayu tradisional yang diberikan nama Kampung Pening Lalat. Pada hari kejadian, majlis dimulakan dengan persembahan silat oleh saudara Zakwan dan juga saudara Farisan sebagai gimik pelancaran dan kemudiannya dirasmikan oleh Dr. Noorashid dan turut dihadiri oleh En. Khoo. Tiang Onn Permainan yang dikelola oleh saya dan pasangan iaitu Wan Iskendar ialah permainan lompat getah. Dalam permainan ini pemain dikehendaki untuk melompat melepasi getah yang diregangkan. Bermula dengan getah diletakkan di tanah, kemudiannya naik ke paras seterusnya iaitu lutut, paha, pinggang, dada, bahu, telinga, kepala dan sejengkal dari kepala. Pemain yang Berjaya melepasi satu paras akan melompat ke paras yang seterusnya. Rata-rata pemain yang dilihat pada hari itu mampu melepasi paras bahu walaupun ada juga yang berkemampuan untuk melompat melepasi paras sejengkal dari kepala. Kesemua pelajar guru memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan karnival yang dijalankan pada hari berkenaan. Dapat dilihat melalui reaksi wajah

mereka bahawa mereka benar-benar seronok terhadap permainan yang dijalankan. Permainan yang dianjurkan juga bersesuaian dengan tahap umur mereka di samping

keselamatan turut terjaga tanpa melibatkan sebarang peralatan yang berpotensi menjadi bahaya . Antara kelemahan yang mungkin berlaku pada hari berkenaan adalah pertukaran stesen yang tidak sistematik dalam kalangan pemain itu sendiri. Pada satu-satu masa terdapat stesen yang dipenuhi oleh ramai pemain dan stesen yang lain kelihatan sepi kerana pemain tertumpu kepada permainan yang lain. Sekiranya boleh untuk diperbaiki, maka pertukaran stesen itu akan kelihatan lebih teratur sekiranya ditetapkan dalam satu-satu kumpulan untuk berpindah ke stesen yang lain apabila siren atau hon dibunyikan. Dalam situasi ini, semua stesen akan sentiasa dikunjungi oleh pemain lain tanpa perlu berlakunya kekosongan dalam stesen-stesen tertentu kerana pada masa yang sama semua kumpulan sedang bermain di dalam stesen yang telah ditetapkan untuk mereka. Akhir kata, setiap pengalaman yang ditimba sepanjang menganjurkan karnival ini benar-benar memberikan manfaat yang berguna kepada saya apatah lagi ia melibatkan pengurusan yang mana mungkin pada suatu hari nanti dapat digunakan ketika berada di sekolah. Apatah lagi permainan tradisional itu sendiri mempunyai nilainya yang sangat berharga kerana ia merupakan warisan yang diwarisi dari zaman ke zaman yang seterusnya. Maka adalah harapan besar bagi saya sendiri supaya permainan ini akan terus diperkenalkan kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah itu sendiri kerana dikhuatiri sekiranya tiada lagi pendedahan mengenai permainan tradisional ini kepada umum, maka ia akan pupus dari muka bumi ini. Kesimpulannya, semoga setiap apa yang dilakukan pada hari berkenaan mampu menjadikan saya dan rakan-rakan yang lain sebagai bakal guru yang produktif dan berjiwa pendidik disamping mampu menguruskan sesebuah organisasi terutama di alam persekolahan nanti.

Anda mungkin juga menyukai