Anda di halaman 1dari 2

ULAR TEDUNG SELAR, PEMILIK BISA YANG DIGERUNI MANUSIA

Penulis: ARIFFUL BAQI

Sumber gambar: https://www.nationalgeographic.com/animals/reptiles/k/king-cobra/

Ular tedung selar ialah ular berbisa terbesar di dunia. Tidak sukar untuk membezakan cirinya
dengan spesis ular yang lain berikutan bentuk kepalanya yang seakan-akan bertudung itu.
Ular tedung selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan
garisan berwarna kuning atau putih. Apa yang menakutkan tentang ular ini adalah,
keupayaannya sebagai makhluk paling berbisa di atas planet ini.

Ular tedung selar boleh mencapai 18 kaki panjang, menjadikan mereka spesis terpanjang
dalam kategori ular berbisa. Apabila berasa terancam, ular ini boleh menegakkan satu pertiga
daripada badannya dari tanah dan masih boleh bergerak ke hadapan untuk menyerang.
Mereka juga akan mempamerkan ‘tudung’ kebanggaan mereka dan mengeluarkan bunyi
desiran yang seakan-akan menyerupai bunyi ngauman anjing. Ular tedung selar merupakan
spesis diurnal, yang bermaksud mereka aktif pada waktu siang. Apabila matahari terbenam,
ular ini akan bersembunyi di bawah balak, akar atau sarang anai-anai.

Sebenarnya, racun ular tedung selar bukanlah yang paling kuat dalam kalangan spesis ular
berbisa. Tetapi, jumlah neurotoxin yang dapat mereka berikan dalam satu gigitan terlalu
banyak sehingga dua persepuluh daripada auns cecair bisa cukup untuk membunuh 20
manusia, malah seekor gajah! Bagusnya, ular tedung selar jenis yang pemalu dan akan
menghindari manusia jika perlu, tetapi sangat agresif sekiranya didekati.
Ular tedung selar biasanya hidup di hutan hujan dan dataran India, Selatan China dan Asia
Tenggara. Warna mereka boleh berbeza mengikut kawasan. Ular ini boleh berada di pokok-
pokok, di daratan dan di dalam air. Makanan utama mereka ialah spesis ular lain sama ada
yang berbisa ataupun tidak. Mereka juga akan makan biawak, telur dan spesis mamalia lain.
Ular ini juga satu-satunya ular di dunia yang membina sarang di mana mereka akan menjaga
telurnya sehingga menetas.

Ular tedung selar juga terkenal sebagai spesis pilihan untuk para penjinak ular di Asia
Selatan. Walaupun ular tedung selar dapat mendengar, tetapi sebenarnya mereka pekak
kepada bunyi bising, sebaliknya mengesan getaran di tanah. Seruling yang ditiupkan penjinak
ular menarik perhatian ular tedung selar melalui bentuk dan pergerakannya, bukan melalui
muzik yang didendangkan kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai