Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN VIDEO MENDEKLAMASIKAN SAJAK KEMERDEKAAN

TAHUN 3 PANITIA BAHASA MELAYU

Syarat-syarat pertandingan

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahun 3 SK Methodist Telok Datok.
2. Peserta wajib mendeklamasikan sajak yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
3. Sajak mestilah dalam bahasa Melayu.
4. Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema
sajak.
5. Durasi video mestilah tidak melebihi lima minit.
6. Rakaman video mestilah dirakam secara melintang (Bukan menegak).
7. Hanya satu video sahaja yang akan diterima sebagai penyertaan.
8. Hantarkan video mendeklamasikan sajak yang lengkap kepada guru mata pelajaran
Bahasa Melayu mengikut kelas masing-masing.
9. Peserta digalakkan menghafal dan menghayati sajak yang dideklamasikan.

JIWA HAMBA

Menung seketika sunyi sejenak


Kosong di jiwa tak berpenghuni
Hidup terasa diperbudak-budak
Hanya suara melambung tinggi

Berpusing roda, beralih masa


Berbagai neka, hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdeka


Takkan tercapai hanya berkata
Tetapi cuba maju ke muka
Melempar jauh jiwa hamba

Ingatan kembali sepatah kata


Dari ucapan seorang pemuka
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka

Tongkat Warrant
1948

Anda mungkin juga menyukai