Anda di halaman 1dari 7

INOVASI MUSLIM YANG MENGUBAH DUNIA

Penulis: Arifful Baqi

Peradaban Tamadun Islam pernah terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu yang melahirkan
ramai cendekiawan berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang. Bahkan tokoh-tokoh Islam
tersebut pernah menulis karya-karya yang mahsyur bagi dijadikan rujukan umat akan datang
malah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di dunia. Kebanyakan teknologi yang dapat kita
saksikan pada era ini pula merupakan inovasi dan sumbangan daripada tokoh-tokoh Ilmuan
Islam terdahulu sebelum Barat muncul, mendakwa merekalah bangsa terhebat dunia yang
mampu menghasilkan teknologi canggih. Berikut adalah inovasi-inovasi yang datangnya
daripada tokoh-tokoh Islam terdahulu.

1. Kopi
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki Arab bernama Khalid sedang menjaga
kambingnya di Rantau Kaffa di Selatan Ethiopia, di mana dia melihat kambingnya
menjadi lebih segar selepas makan sejenis buah. Dia merebus buah itu untuk
dijadikan air minuman. Sudah tentu catatan pertama minuman itu adalah kacang yang
dieksport dari Ethiopia ke Yaman di mana ahli Sufi meminumnya untuk berjaga
sepanjang malam bagi tujuan beribadat. Menjelang akhir abad ke-15, benda itu tiba di
Mekah dan Turki pada tahun 1645. Kemudian dibawa ke England pada tahun 1650
oleh seorang Turki bernama Pasqua Rosee yang membuka rumah kopi pertama di
Lombarf Street di Kota London dan dikenali sebagai Kopi Inggeris.

2. Jam
Seorang lelaki cerdik bernama Al-Jazari dari Diyarbakir di Selatan Turki ialah
seorang Muslim yang taat agama dan seorang jurutera yang mahir dalam bidang
mesin automatik. Menjelang tahun 1206, Al-Jazari telah membuat pelbagai bentuk
jam. Sepertimana kita memerlukan masa untuk menstrukturkan kehidupan kita, begitu
juga umat Islam lebih dari tujuh ratus tahun yang lalu. Al-Jazari berpegang kepada
tradisi pembuatan jam. Mereka tahu, amat penting untuk mengetahui masa maka jam
dicipta untuk mengetahui waktu solat dan urusan kehidupan seharian.
3. Kamera

Ibnu al-Haitham menolak idea Yunani bahawa cahaya halimunan memancar dari mata
dan menghasilkan penglihatan. Sebaliknya menyatakan dengan tepat bahawa
penglihatan itu disebabkan oleh cahaya yang memantulkan objek dan memasuki mata.
Dengan menggunakan bilik gelap dengan lubang jarum di titik tengah dan lembaran
kain putih di bahagian yang bertentangan dengannya, beliau dapat memberikan bukti
untuk teorinya. Cahaya datang melalui lubang dan memantulkan imej terbalik di luar
bilik pada lembaran kain putih itu. Beliau memanggilnya “qamara”. Itu adalah kamera
pertama di dunia obscura.

4. Kebersihan
Kebersihan merupakan satu daripada rukun Islam. Pada abad ke-10, produk yang
terdapat dalam kabinet bilik mandi boleh menandingi produk yang kita ada pada hari
ini. Pada abad ke-13, jurutera bernama Al-Jazari menulis sebuah buku yang
menerangkan tentang peranti mekanikal, termasuk ‘mesin wuduk’.
Orang Islam juga telah membuat sabun dengan mencampurkan minyak zaitun dengan
bahan seperti garam. Selepas itu direbus untuk mencapai campuran yang betul,
dibiarkan mengeras dan digunakan dalam bilik mandi.
Sebuah buku bertajuk “Book of The Chemistry of Perfume and Distillations” telah
ditulis oleh Al-Kindi. Beliau terkenal sebagai ahli falsasah, tetapi juga ahli farmasi,
ahli opthalmologi, ahli fizik, ahli matematik, ahli geografi, ahli astronomi dan ahli
kimia. Buku beliau mengandungi lebih daripada 100 resepi untuk minyak wangi, ubat
salap dan cecair aroma. Pada abad terdahulu, pembuatan perfume mungkin datang
daripada ahli kimia Islam menerusi kaedah penyulingan. Iaitu menyulingkan tumbuh-
tumbuhan dan bunga untuk membuat minyak wangi dan bahan-bahan untuk farmasi
terapeutik.

5. Mesin Terbang

Abbas Ibn Firnas ialah orang pertama yang membuat percubaan untuk mengendalikan
mesin terbang dan sebenarnya berjaya menerbangkannya. Pada tahun 852, beliau
melompat dari menara sebuah masjid di Kordova dengan menggunakan jubah yang
longgar yang ditekuk dengan kayu. Beliau berharap untuk meluncur seperti burung
tetapi tidak berjaya dan jatuh. Namun jubahnya memperlahankannya dan hanya
mendapat kecederaan ringan. Pada tahun 875, semasa berusia 70 tahun, beliau
menyempurnakan sebuah mesin yang mempunyai sayap seperti burung. Beliau
melompat dari gunung dan berjaya terbang selama 10 minit sebelum jatuh semula.
Lapangan terbang di Baghdad telah dinamakan bersempena dengan namanya.

6. Alat pembedahan
Pada abad ke-10, Abul Qasim Khalaf ibn al-Abbad al-Zahrawi merupakan seorang
lelaki yang terkenal di Barat dengan gelaran Abulcasis sebagai pakar bedah. Beliau
menulis sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk Al-Tadrif termasuk risalah
‘Pembedahan’. Di dalamnya terkandung lebih daripada 200 alat pembedahan yang
digunakan. Penggunaan kaedah alat pembedahan adalah konsep revolusi dan itu
membolehkan sains berubah daripada spekulatif kepada bentuk eksperimen. Malah itu
merupakan risalah pertama dalam sejarah perubatan Islam yang digunakan untuk
menggambarkan penggunaan kaedah pembedahan. Malah, kaedah beliau begitu tepat
sehingga hanya terdapat beberapa perubahan sahaja pada era millennium sehingga
menjadi asas pembedahan di Eropah.

7. Peta
Peta telah membantu ramai manusia selama lebih kurang 3,500 tahun.Pengenalan
terhadap kertas pula merupakan satu anjakan yang besar dalam seni membuat peta.
Pada era moden, teknologi seperti sistem satelit digunakan untuk mengukur dan
merakam posisi di bumi. Tetapi, berkisarkan kepada sejarah, peta dibuat berdasarkan
laluan pengembara dan kedudukan kaabah. Pengembara-pengembara meninggalkan
rumah untuk urusan perdagangan atau urusan penyebaran dakwah. Dan sepanjang
perjalanan mereka mengumpul maklumat mengenai tempat baharu dan apabila
mereka pulang, mereka akan menyampaikan apa yang telah mereka lihat dan alami
kepada penduduk sekitar. Pada permulaannya, maklumat tersebut hanya disampainya
melalui mulut ke mulut, tetapi dengan pengenalan kertas di Baghdad pada abad ke-8,
peta pengembara mula dihasilkan.

8. Muzik
Al-Kindi merupakan seorang seniman yang menghasilkan muzik melalui nota
muzikal: sebuah sistem untuk menulis muzik. Suku kata tersebut menjadi asas kepada
penggunaan muzik hari ini dan kita mengenalinya dengan doh, ray, me, far, so, la, tee.
Huruf Arab bagi nota tersebut ialah dal, ra, mim, fa, sad, lam, sin. Fonetik di antara
nota muzik hari ini dengan fonetik huruf Arab yang digunakan pada abad ke-9 sangat
menakjubkan ramai pendengar. Lebih dari itu, orang Muslim juga berjaya
mengembangkan alat muzik pada zaman itu.
9. Algebra

Perkataan ‘algebra’ datang daripada risalah seorang ahli matematik Parsi yang
terkenal pada abad ke-9, bertajuk ‘Kitab al-Jabr Wa I-Mugabala’ yang diterjemahkan
menjadi ‘The Book of Reasoning and Balancing”. Al-Khawarizmi memperkenalkan
pengenalan kepada algebra. Hakikatnya, itu adalah satu revolusi yang mengalihkan
konsep matematik Greek, yang secara asasnya berasaskan kepada geometri.
Khawarizmi juga merupakan orang pertama yang memperkenalkan konsep
menaikkan angka kepada kuasa.

Anda mungkin juga menyukai