Anda di halaman 1dari 6

Haiwan yang dah pupus

1. Tyrannosaurus Rex: Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu

T. Rex

Tyrannosaurus Rex ataupun nama manjanya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini. 2.Aurochs: -pupus sejak 1627

Aurochs

Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian

ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm. 3.Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17

Dodo

Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti as dead as a dodo yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus. 4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936

Thylacine

Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam. 5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an

Javan tiger

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.
Hidupan liar yang hamper pupus

1) Orang Utan
0rang utan hanya terdapat di kepulauan Borneo dan Sumatra. Mamalia initerdapat di kawasan pergunungan pada paras 2.400 M (dari Gunung Kinabalu). Jantan dewasa (15 tahun ke atas) berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50 100 kg. Betina mempunyai berat di antara 34 40 kg. 0rang utan membuat sarang di atas pokok daripada daun-daun dahan-dahan kecil di mana mereka tidur pada waktu malam. Biasanya orangutan membina sarang baru setiap hari di mana mereka berehat pada waktu siang. Mereka merupakan binatang yang suka bersendirian dan memakan buah-buahan, daun-daun, kulit kayu, pucuk dan sarang burung. Kadangkadang mereka juga memakan serangga dan anai-anai. 0rang utan boleh hidup diantara 35-40 tahun atau lebih. Seekor Orangutan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3 4 kali dengan purata seekor anak setiap satu tahun. Masa bunting adalah kira-kira 9 bulan. Anak orang utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat, kadang-kadang mengambil 5 7 tahun sebelum boleh hidup sendiri dan sekurang-kurangnya 7 10 tahun sebelum mencapai kematangan seksual. 0rang utan merupakan spesis binatang yang semakin pupus. Di negeri Sabah, pemusnahan habitat secara berleluasa merupakan punca utama kepupusan binatang ini. Untuk terus hidup, orang utan bergantung kepada hutan peringkat pertama yang mana telah dieksploitasi untuk tujuan penanaman. Ini menyebabkan orang utan terpaksa meninggalkan kawasan habitatnya dan terpaksa pindah ke kawasan pergunungan dimana makanan tidak mencukupi. Pergerakan orang utan yang lambat juga menyebabkan mereka menjadi sasaran pemburu. 0rang utan merupakan binatang pendiam dan tidak menyerang dan merupakan binatang yang dilindungi di Sabah. Pada masa ini Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang mengambil langkahlangkah untuk memindahkan orang utan dari khemah balak dan estet ke kawasan perlindungan di seluruh negeri. 2) Badak Sumatera Badak Sumatra yang terdapat di Sabah merupakan yang terkecil daripada 5 spesis badak, mempunyai berat 750 kg. Badak Sumatra mempunyai dua tanduk pada muncungnya dan dua lipatan mengelilingi badannya di antara kakinya. Ia mempunyai ketinggian kira-kira 110 150 sm. Pada bahu dan mempunyai panjang badan diantara 250 280 sm. Kulitnya gelap dan diliputi oleh bulu-bulu pendek yang kasar. Badak hidup bersendirian dihutan tebal dan adalah jarang didapati berpasangan kecuali pada waktu mengawan. Badak Sumatra memakan rumput dan daun-daun dan ranting pokok-pokok kayu. Kadang-kadang buah-buahan juga dimakan. Ia makan pada waktu awal pagi dan malam. Binatang ini bersifat pemalu dan jarang kelihatan walaupun di kawasan habitatnya. Badak Sumatra seringkali

mandi lumpur, didalam kubang. Ini adalah untuk menyejukkan badan dan menghindari gigitan serangga. Jumlah badak diseluruh dunia dianggarkan hanya 150 300 ekor. 0leh kerana semua bahagian badak dipercayai mempunyai kegunaan dalam perubatan tradisi, Jabatan Hidupan Liar Sabah selalu berjaga-jaga terhadap pemburu dan mereka yang berurusan mengenai produk dari badak. Pada anggaran terkini hanya terdapat 80 100 ekor badak di Sabah. Ini disebabkan oleh pemburu yang mahukan tanduknya dan kehilangan kawasan habitatnya. Walaupun ramai orang percaya tentang khasiat tanduk badak dari segi perubatan, satu penyelidikan telah mendapati bahawa tanduk badak sama dengan kuku manusia dan tidak mempunyai khasiat perubatan. 3) Monyet Proboscis Monyet luarbiasa ini hanya terdapat di Borneo. Di Utara Sabah, binatang ini boleh didapati di hutan bakau, hutan dan nipah dan hutan-hutan yang berada berdekatan dengan sungai. Monyet-monyet ini aktif pada siang hari dan lewat petang semasa beredar ke tebing sungai untuk tidur. Ia mempunyai bulu yang cantik. Anaknya mempunyai muka berwarna biru tua. Monyet jantan boleh dikenali melalui hidung yang panjang dan terkulai. Makanan termasuklah daun-daun, buah-buahan dan pucuk kayu bakau. Kemusnahan tempat habitat dan memburu merupakan ancaman utama kepada monyet proboscis di Sabah. 0leh kerana monyet ini di lindungi oleh 0rdinan Pemeliharaan Fauna, 1963, Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang mengemaskini kedudukan tanah dimana monyet ini didapati. 4) Gajah Asia Gajah merupakan mamalia terbesar di Sabah dan hanya terdapat di bahagian utara. Spesis ini lebih kecil dibandingkan dengan gagah Afrika. Gajah Asia boleh membesar sehingga 3 meter tinggi dan berat sehingga 4,000 kg. Ciri-ciri gajah ialah belalai yang digunakan untuk mencari makanan, minum dan menghidu dan telinganya lebar. Gading hanya terdapat pada gajah jantan dewasa. Ancaman utama kepada gajah-gajah di Sabah adalah kehilangan tempat habitat disebabkan oleh pembersihan hutan untuk perladangan dan juga ancaman pemburu yang mahukan gading dan lainlain bahagian badannya. Penghapusan tempat habitat mengakibatkan kehilangan sumber makanan. Ini menyebabkan gajah menyerang ladang untuk mencari makanan. 5) Kongkang Kongkang ialah sejenis binatang nokturnal yang bergerak perlahan. Ia mempunyai ekor pendek, telinga yang ketara, mata yang besar dan bulu yang lembut. Ia juga merupakan binatang arboreal dan makanan utamanya terdiri daripada binatang-binatang kecil, terutama serangga dan buah-buahan lembik. Kongkang selalunya terdapat dihutan peringkat kedua, kebun dan ladang koko. Ancaman utama kepada binatang ini ialah kemusnahan tempat habitat dan pemburuan. Binatang ini juga tersenarai dalam senarai binatang-binatang yang dilindungi di bawah 0rdinan Pemeliharaan Fauna 1963.

6) Harimau Bintang

Harimau bintang merupakan kucing liar yang terbesar di Borneo. Panjang badannya kira-kira 2 meter dan mempunyai berat badan sehingga 23 kg. Ia juga merupakan binatang arboreal dan nokturnal. Pada waktu siang, ia kelihatan berehat di antara pokok-pokok dan keluar untuk makan pada waktu malam. Binatang ini memanjat dengan cekap dan memakan binatang kecil seperti kancil, monyet, babi hutan dan rusa sambhur. Harimau betina boleh melahirkan diantara 1 4 anak pada satu masa. Ancaman utama ialah kemusnahan tempat habitat dan pemburuan untuk kulitnya. Binatang ini juga tersenarai dibawah perlindungan 0rdinan Pemeliharaan Fauna 1963.

Anda mungkin juga menyukai