Anda di halaman 1dari 1

Lawatan ke Muzium Negara

Pada cuti sekolah yang lalu, saya sekeluarga pergi melawat ke Muzium Negara. Kami bertolak dari Shah
Alam dengan menaiki kereta yang dipandu oleh bapa. Kami berbual-bual dengan gembira dalam
perjalanan ke sana.
Pada pukul 11.00 pagi, kami sampai di Muzium Negara. Di luar bangunan muzium terdapat
sebuah kolam air pancut. Ramai pelancong yang bersiar-siar di situ. Selepas bapa saya membeli tiket di
kaunter, kami pun masuk ke dalam muzium.
Kami dapat melihat barang-barang purba yang dipamerkan. Antaranya ialah senjata, pakaian
tradisional, barang-barang tembaga, gambar-gambar bersejarah dan banyak lagi. Kami juga dapat
menyaksikan tradisi perkahwinan orang Melayu dan orang Cina.
Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam bangunan muzium. Kami berjalan-jalan
sambil melihat pelbagai barang-barang purba yang dipamerkan. Saya telah mendapat banyak pengetahuan
yang berguna daripada lawatan itu.
Sebelum pulang, kami mengambil gambar di hadapan pintu hadapan muzium sebagai kenang-
kenangan. Walaupun kepenatan, kami pulang ke rumah dengan perasaan yang seronok. Saya berharap
dapat melawat ke Muzium Negara lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai