Anda di halaman 1dari 1

Pastikan ada fakta, huraian dan contoh

1. Bagaimanakah sistem pentadbiran yang sistematik dapat mewujudkan sebuah negara yang
stabil? (8m)

Sistem pentadbiran yang sistematik dapat mewujudkan sebuah negara yang stabil kerana
dapat mengekalkan kedaulatan negara serta menjana pembangunan dan kemajuan
negara.Selain itu,menarik kemasukan pelabur-pelabur asing serta meningkatkan kerjasama
antarabangsa.Tambahan pula,dapat mengurangkan jenayah.Seterusnya,dapat meningkatkan
kemajuan sains dan teknologi.Bukan itu sahaja,dapat melahirkan masyarakat yang berdisiplin
dan berdaya maju serta masyarakat yang mematuhi undang-undang.

2. Mengapakah kekuatan tentera menjadi ciri penting untuk meluaskan kuasa? (4m)

Kekuatan ketenteraan amat penting dalam pengukuhan empayar dan bagi mewujudkan
keamanan dalam empayar. Para pemerintah menggunakan tentera untuk mengatasi
rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan kacau bilau. Bagi memudahkan tentera
mengawal keadaan dalam negara, kota-kota pertahanan, jalan raya dan tembok didirikan.
Contohnya pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali
sebagai Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang gasar.

3. Cara mewujudkan pentadbiran yang kompetitif/mantap/cekap (8m)

Cara mewujudkan pentadbiran yang cekap adalah menggunakan kemajuan teknologi dalam
pentadbiran serta mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan
pantas.Selain itu,kerajaan juga haruslah memberi keutamaan kerja berpasukan.Tambahan
pula,menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan sifar rasuah dalam
pentadbiran.Seterusnya,memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.Bukan itu
sahaja,mengelakkan campur tangan asing dalam urusan negara serta mengekalkan
keharmonian hidup pelbagai kaum.

Anda mungkin juga menyukai