Anda di halaman 1dari 18

Tamadun Yunani

1. Sistem demokrasi diamalkan dalam pemerintahan dan pentadbiran di Athens.


(a) Nyatakan sistem pemerintahan yang diamalkan di Athens sebelum demokrasi.
 tirani
 aristokrasi
 oligarki
 monarki
(b)

X: …………………………
Y: …………………………
(c) Apakah peranan majistret?
 merupakan badan yang melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan
 sebagai kakitangan kerajaan
 menguruskan hal ehwal pendidikan, percukaian dan sebagainya
Apakah peranan juri?
 merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan
 menjadi pemutus kepada sesuatu kes
 pesalah akan merayu terus kepada warganegara
(d) Apakah peranan/fungsi Dewan Perhimpunan dalam sistem demokrasi sebelum
demokrasi.
 melantik Ahli Majlis
 menggubal undang-undang
 membuat deklarasi peperangan
 membincangkan hal kewangan dan percukaian
 menerima duta dari negara asing
(e) Senaraikan dua ciri-ciri keanggotaan Dewan Perhimpunan.
 terdiri daripada warganegara lelaki Athens
 memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun
 bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan
(f) Demokrasi yang diamalkan di Athens memberikan asas negara yang kukuh. Berikan
pendapat anda.
 penglibatan rakyat dalam menentukan pemerintah
 menerima pandangan rakyat
 hubungan dua hala antara rakyat dan pemerintah
 hak asasi rakyat terpelihara
 rakyat bebas bersuara
(g) Jelaskan maksud demokrasi langsung dalam sistem demokrasi di Yunani.
 Setiap warganegara terlibat secara langsung dalam perbincangan untuk menentukan
dasar dan peraturan termasuk hal ehwal ekonomi, sosial dan politik.
(h) Terangkan perkembangan sistem demokrasi di Athens.
 diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM
 merupakan demokrasi langsung
 rakyat terlibat secara langsung dalam perbincangan
2. Sumbangan tamadun Yunani dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran kekal sehingga kini.
(a) Nyatakan lokasi tamadun Yunani.
 berkembang di Semenanjung Greece dan di pulau-pulau sekitarnya
 dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean
(b) Nyatakan dua persamaan sistem demokrasi di Athens dengan sistem demokrasi di
Malaysia.
 melibatkan rakyat
 rakyat berhak menyuarakan pendapat berkaitan dengan dasar pentadbiran negara
(c) Apakah kebaikan sistem demokrasi?
 memberi kuasa kepada rakyat untuk terlibat dalam pemerintahan dan pentadbiran
negara
 sistem demokrasi tidak memberi kuasa mutlak kepada pemerintah
 dapat mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat yang boleh menjejaskan kestabilan
politik negara
(d) Mengapakah kita harus mengamalkan sistem demokrasi di Malaysia?
Pemimpin perlu mengekalkan pemerintahan dan pentadbiran yang stabil. Jelaskan.
Pemimpin yang berwibawa mampu menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Bincangkan pernyataan tersebut.
 menjaga kestabilan politik
 mengukuhkan ekonomi
 mengeratkan perpaduan kaum
 mengekalkan keamanan negara
 mengutamakan kebajikan rakyat
3. (a) Jelaskan maksud pembentukan petempatan berikut.
(i) Polis
o negara kota
(ii) Acropolis
o pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu
(iii) Agora
o kawasan lapang
(b) Jelaskan peranan pembentukan petempatan berikut.
(i) Polis
o merupakan gabungan tiga komponen iaitu bandar utama, bandar kecil dan
kawasan kampung
(ii) Acropolis
o merupakan kawasan yang strategik dari segi keselamatan, pentadbiran dan
komunikasi
o dilengkapi dengan rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah
golongan bangsawan
(iii) Agora
o tempat pertemuan
o pasar awam
(c) Apakah kegiatan ekonomi penduduk di luar kawasan Acropolis?
 pertanian
 penternakan
(d) Nyatakan dua polis yang terkenal dalam Tamadun Yunani
 Athens
 Corinth
(e) Pada pendapat anda, mengapakan Tamadun Yunani mempunyai tiga pembentukan
petempatan manusia?
 melancarkan pentadbiran
 membahagikan peranan setiap petempatan
 memajukan ekonomi
 membantu perkembangan tamadun
 pembangunan lebih sistematik
(f) Nyatakan nilai yang boleh dicontohi oleh warganegara Malaysia daripada penduduk
Yunani.
 bertanggungjawab
 cinta akan negara
 mengamalkan pemikiran terbuka
 mengekalkan keamanan negara
4. (a) Di Sparta, sistem pemerintahan dan pentadbiran bersifat monarki terhad. Jelaskan.
 dua orang raja memerintah Sparta bagi mengelakkan salah seorang daripada mereka
bertindak kejam.
 kedua-dua raja berasal daripada keluarga Eurypontids dan Agiads
 Raja dibantu oleh Dewan Perhimpunan dan Majlis.
(b) Apakah bukti masyarakat Sparta mementingkan disiplin ketenteraan kepada rakyatnya?
 kanak-kanak seawal umur 7 tahun dan kaum wanita dilatih menjadi anggota tentera
 warganegara Sparta sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan
 menekankan aspek disiplin dan taat setia dalam kalangan rakyat Sparta
 kaum wanita menjalani latihan fizikal seperti berlari, bertinju dan sebagainya.
(c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara memupuk semangat patriotik dalam
kalangan rakyat Malaysia?
 pengenalan subjek Sejarah
 kempen kesedaran di media massa
 drama patriotik di televisyen
 pengenalan Bulan Kemerdekaan
(d) Penekanan kepada disiplin dan taat setia seperti di Sparta dapat dijadikan contoh kepada
pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang. Beri komen anda.
 disiplin melahirkan generasi muda yang berdikari
 golongan belia lebih bertanggungjawab
 memelihara kedaulatan negara
 menjamin kemajuan masa depan negara

Tamadun Indus
1. Senaraikan tiga sumbangan tamadun Indus dalam bidang teknologi.
 kota dibina mengikut grid yang tepat
 ada sistem pengairan dan pembetungan
 365 hari dalam kalendar tahunan
 penciptaan kertas
2. Huraikan kedudukan lokasi tamadun Indus.
 terletak di Lembah Sungai Indus
 dikelilingi Banjaran Makran
 Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara
3. Namakan dua bandar terancang yang terkenal dalam Tamadun Indus.
 Mohenjo-Daro
 Harappa
4. Perancangan bandar dalam tamadun Indus membuktikan penduduknya telah mencapai
tahap tamadun yang tinggi. Jelaskan pernyataan tersebut.
 kota Harappa dikelilingi oleh dinding bata yang tebal sepanjang 4.8 km
 dinding dibina bagi mengelakkan banjir
 di dalam kota dibina benteng bagi melindungi keluarga diraja
 sistem pembetungan moden dibina
 jalan raya dibina selebar 30 kaki
 sistem paip yang moden
4. Pada pendapat anda, apakah kesan kepada negara jika pemerintah tidak mementingkan
kemajuan sains dan teknologi?
 ekonomi negara mundur
 taraf hidup rakyat rendah
 tidak berdaya saing dengan negara lain
Pada pendapat anda, apakah kesan jika pembinaan bandar tidak dirancang dengan sistematik
dan sempurna?
 banjir kilat
 tanah runtuh
 berlaku kesesakan lalu lintas
 penyakit mudah merebak
Bandar yang bersih menjamin kehidupan penghuni yang sejahtera.
Cadangkan langkah-langkah untuk menjaga kebersihan bandar kita.
 tidak membuang sampah di merata tempat
 mengadakan kempen kesedaran
 mengadakan gotong-royong membersihkan bandar
 mengenakan tindakan undang-undang ke atas mereka yang mengotori bandar
Huraikan cara untuk meningkatkan pembangunan bandar.
 menyediakan prasarana yang lengkap
 memajukan sistem pengangkutan
 menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
 memelihara kebersihan bandar
Menjelang tahun 1740 SM, Tamadun Indus mengalami kemerosotan. Jelaskan pernyataan
tersebut.
 serangan orang Aryan
 imej satelit menunjukkan terdapat pergerakan plat bumi yang menyebabkan berlakunya
gempa bumi dan banjir

Tamadun India
1. Nyatakan lokasi tamadun India.
 pusat tamadun beralih dari Lembah Indus ke Lembah Ganges
 kemunculan kerajaan kecil, janapada
 kerajaan kecil membentuk kerajaan yang lebih besar, mahajanapada
2. Senaraikan dua dinasti yang wujud dalam tamadun India.
 Dinasti Nanda
 Dinasti Maurya
 Dinasti Gupta
3. Nyatakan dua bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India.
 perluasan fizikal
 perluasan keagamaan
4. Kerajaan Magadha muncul sebagai kuasa penting di India pada tahun 540 – 490 SM. Jelaskan
pernyataan tersebut.
 di timur laut India
 kedudukan strategik di Lembah Ganges
 mengawal laluan perdagangan di Sungai Ganges
 memainkan peranan penting dalam tahap perubahan sistem politik di India
5. Senaraikan empat faktor perluasan kuasa dalam tamadun India.
 dasar pemerintahan
 sumber manusia yang mencukupi
 kekuatan ketenteraan
 kewangan yang mencukupi
 diplomasi keagamaan
6. Jelaskan kekuatan ketentera yang dimiliki oleh dinasti berikut:
(a) Dinasti Nanda
20000 tentera berkuda, 200 000 tentera berjalan kaki dan 3000 tentera bergajah
(b) Dinasti Maurya
30000 tentera berkuda, 600 000 tentera berjalan kaki dan 9000 tentera bergajah
7. Mengapakah Asoka menghentikan sebarang usaha peluasan kuasa secara fizikal?
 menyedari kesan peperangan
 mengorbankan banyak nyawa dan kehilangan harta benda
 memberi penekanan kepada aspek keagamaan
 mengembangkan agama Buddha
8. Jelaskan fungsi Tiang Asoka.
 mengukuhkan pembinaan negara
 memberitahu rakyat tentang peraturan negara
 menyatakan undang-undang yang telah ditetapkan dalam pemerintahan
9. Huraikan iktibar yang diperoleh daripada dasar pemerintahan Asoka.
 mementingkan keamanan
 menghargai nyawa
 mengelakkan peperangan
 mementingkan keagamaan
10. Jelaskan ciri kepimpinan Asoka yang wajar dicontohi oleh pemimpin masa kini.
 toleran dan bertanggungjawab
 berperikemanusiaan
 menghargai nyawa
 menekankan sifat belas kasihan
11. Cadangkan cara menjadikan sesebuah kerajaan maju dalam pelbagai bidang.
 kebijaksaan pemerintah
 kekayaan sumber alam
 dasar kerajaan yang proaktif
 keamanan dalam negeri
 kemajuan dalam sektor ekonomi
12. Pada pendapat anda, mengapakah kekuatan tentera menjadi ciri penting dalam usaha peluasan
kuasa?
 mempertahankan negara daripada serangan musuh
 Berjaya menguasai wilayah lain
 mampu mengalahkan tentera musuh
 memudahkan perluasan kuasa
13. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk peluasan kuasa secara fizikal?
 kematian
 kecederaan
 kemusnahan harta benda
 menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi
14. Apakah usaha-usaha yang dapat dilaksanakan bagi mengelakkan peluasan kuasa terus
berlaku di dunia hari ini?
 pemimpin-pemimpin dunia bermesyuarat
 menyelesaikan pertikaian di meja runding
 perjanjian damai dipatuhi
 PBB mengambil tindakan ke atas penceroboh
 semua negara mengutamakan keamanan

Tamadun Islam
1. Nyatakan ciri-ciri kaum Hadhari.
 menetap di kota
 menjalankan perniagaan
 memiliki binatang ternakan
2. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam mengamalkan sistem kabilah. Jelaskan.
 diketuai oleh seorang syeikh
 syeikh yang dilantik mestilah disukai ahli kabilah, berani, matang, pandai berpidato dan
sanggup mempertahankan puaknya.
 penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan semangat assabiyah
3. Huraikan kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh kaum Hadhari.
 berdagang secara kafilah
 membawa barang dagangan merentasi padang pasir
 perniagaan hanya mementingkan keuntungan
 mengamalkan riba
4. Pada pendapat anda, apakah kesan jika semangat assabiyah diamalkan dalam masyarakat
Malaysia hari ini?
 berlaku pergaduhan kaum
 menjejaskan keharmonian
 mengancam kestabilan politik dan ekonomi
5. Jelaskan kegiatan ekonomi kaun Badwi.
 menternak binatang
 menternak secara nomad
 mengamalkan sistem tukar barang
6 Pada pendapat anda, apakah kesan buruk jika peniaga hanya mementingkan keuntungan
semata-mata dalam urusan jual beli?
 menindas golongan miskin
 mengeluarkan barang tidak berkualiti
 mengeluarkan barang yang akan memudaratkan pengguna
7. Jelaskan peristiwa yang berlaku di Gua Hira’, Makkah.
 turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW
 Surah al-Alaq bermula dengan perkataan Iqra’
8. Nyatakan kepentingan surah berikut:
(a) Surah al-Alaq
 bermula dengan perkataan Iqra’
 membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan tamadun
(b) Surah al-Mudassir
 merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah
 baginda diwajibkan menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
9. Apakah sifat terpuji Nabi Muhammad SAW yang wajar dicontohi oleh generasi hari ini?
 Amanah
 bijaksana
 berkata benar
 berakhlak mulia
10. Nyatakan sumbangan Khulafa al-Rasyidin berikut:
(a) Abu Bakar al-Siddiq
 mengetuai peperang al-Riddah, iaitu memerangi golongan murtad yang enggan
membayar zakat
 tentera Islam mencapai kemenangan dan semakin ramai yang memeluk Islam
(b) Umar bin al-Khattab
 menghantar golongan peneroka untuk membuka wilayah baharu di utara Semenanjung
Tanah Arab
 pembahagian wilayah Islam yang luas kepada beberapa bahagian untuk memudahkan
pentadbiran
11. Penyebaran Islam selepas Zaman Khulafa al-Rasyidin berkembang sehingga ke Benua
Eropah, Afrika dan Asia.
Senaraikan tiga kerajaan Islam.
 Kerajaan Bani Umaiyah
 Kerajaan Bani Abbasiyah
 Kerajaan Turki Uthmaniyah
12. Agama mengajar kita berakhlak mulia. Apakah kesan jika kita tidak mematuhi ajaran agama?
 tiada panduan hidup
 berakhlak buruk
 mudah terlibat dengan gejala sosial
13. Senaraikan empat ketohohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin.
 pemimpin negara
 pemimpin masyarakat
 pemimpin tentera
 pemimpin ekonomi
14. Sejauh manakah Piagam Madinah mampu menyatukan masyarakat?
 Piagam Madinah menjadikan Islam sebagai agama rasmi di Madinah
 orang bukan Islam diberi kebebasan mengamalkan agama dan adat masing-masing
 mempersaudarakan masyarakat Islam, iaitu Muhajirin dengan Ansar
 menyatukan masyarakat Islam dengan bukan Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani
15. Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad SAW menggalakkan hubungan perdagangan antara
Madinah dengan kawasan lain.
Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya pemimpin tidak menjalin hubungan baik dengan
negara jiran?
 tidak mendapat bantuan jika ditimpa bencana
 tidak dapat meluaskan perdagangan antarabangsa
 tidak dapat bertukar-tukar teknologi, ilmu dan kemahiran
16. Apakah sumbangan Islam dalam bidang politik?
 sistem syura
 kehidupan bernegara
 pengenalan konsep ummah
 pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan
17. Islam menekankan beberapa amalan dan larangan dalam urusan perniagaan. Jelaskan.
 melarang amalan riba
 mencegah penindasan dan penipuan semasa berniaga seperti menipu timbangan, boros,
kedekut, membazir, rasuah dan mengaut keuntungan berlipat ganda
18. Pada pendapat anda, apakah kesan jika kedudukan dan maruah wanita tidak dihormati.
 wanita akan menjadi alat pemuas nafsu
 kedudukan wanita tidak diiktiraf
 wanita tidak mendapat tempat dalam masyarakat
19.

Mengapakah reka bentuk pintu tersebut dibina melengkung?


 menunjukkan keunikan reka bentuk seni bina Islam
 melambangkan perasaan hormat dan tunduk apabila memasuki masjid atau bangunan itu
20. Senaraikan empat ciri-ciri seni bina Islam.
 binaan kukuh, selamat dan tahan lama
 berunsurkan luahan perasaan, aman dan damai
 mempunyai ruang cahaya untuk keselesaan beribadat
 terdapat ruangan yang memisahkan lelaki dan wanita
 reka bentuk ruang yang dibina disesuaikan dengan iklim setempat
21. Apakah keistimewaan seni bina masjid.
 pembinaan mihrab dan mimbar
 seni khat dan ukiran yang menakjubkan
 pembinaan kubah sebagai bumbung
22. Senaraikan dua seni bina Islam yang terkenal.
 Masjid Cordoba
 Istana al-Hambra, Sepanyol
23. Jelaskan bukti seni bina Islam menitikberatkan elemen estetika.
 binaan mempunyai seni kaligrafi
 mempunyai motif geometri
 bercorak cakerawala
24. Mengapakah nilai estetika penting dalam seni bina Islam?
 menampilkan keindahan bangunan seperti Masjid Negara
 memaparkan kehalusan seni bina
 menonjolkan kreativiti masyarakat Islam
 melambangkan kesenian Islam
25. Cadangkan cara untuk memajukan dan mengembangkan seni bina Islam di negara kita.
 mewartakan bangunan bercirikan seni bina Islam sebagai warisan negara
 membaik pulih bangunan bercirikan seni bina Islam tanpa menjejaskan keasliannya
 membina lebih banyak bangunan bercirikan seni bina Islam
 melahirkan pakar seni bina yang berkelulusan seni bina Islam
26. Pada pendapat anda, apakah kepentingan ilmu agama?
 membendung tingkah laku negatif
 melahirkan insan yang berakhlak mulia
 membimbing manusia ke jalan kebenaran
 mengajar manusia menilai perkara yang baik dan buruk
 mengajar manusia tentang nilai moral dan nilai murni dalam kehidupan
27. Salah satu kesenian seni bina Islam adalah pembinaan menara. Apakah kepentingan
menara?
 dibina dalam bentuk tirus dan memuncak untuk memastikan laungan azan didengari dari
jaraj jauh
28. Keunikan seni bina masjid di China:
 mengambil inspirasi rumah tradisional, kuil dan istana
Keunikan seni bina masjid di India:
 mempunyai keunikan dengan binaan pintu gerbang yang besar
 penggunaan bumbung berbentuk bawang dan lengkung yang menirus

ESEI: Tamadun China

1. Terangkan perkembangan dan kemajuan dalam Dinasti Han.


 wujud antara tahun 206 SM – 220 M
 empayarnya meliputi utara China, sempadan Vietnam di selatan dan bahagian utara Korea
di sebelah timur serta Turkestan di bahagian barat.
 terbahagi kepada Han Awal dan Han Akhir
 Pusat pemerintahan di Chang’an semasa Han Awal dan di Loyang semasa Han Akhir
 mencapai kemajuan dalam bidang perdagangan melalui pembukaan Laluan Sutera 丝绸之

路 sehingga ke empayar Rom

 kemajuan dalam pentadbiran dan sosial semasa pemerintahan Maharaja Han Wu Di 汉武

帝 yang memerintah antara tahun 140 SM – 87 SM

 Melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam


2. Jelaskan tiga tahap sistem peperiksaan perkhidmatan awam dalam tamadun China.
(a) Tahap pertama (Xiucai 秀才)

 tempoh peperiksaan ialah sehari


 kadar kelulusan ialah 1 : 35 orang
 dijalankan di peringkat daerah
 diadakan dua kali setiap tiga tahun
 bilangan calon antara 500 hingga 2000 orang
(b) Tahap kedua (Juren 举人)

 tempoh peperiksaan ialah tiga hari


 kadar kelulusan ialah 1 : 120 orang
 dijalankan di ibu kota daerah
 dijalankan tiga tahun sekali(三年一次)

 bilangan calon antara 4800 hingga 10000 orang


 terbuka kepada mereka yang telah lulus tahap pertama
(c) Tahap ketiga (Jinshi 进士)

 tempoh peperiksaan ialah 13 hari


 dijalankan di ibu kota kerajaan
 diadakan tiga tahun sekali

3. Huraikan iktibar yang diperoleh daripada kemajuan tamadun China.


 adil dan saksama
 rajin berusaha
 menghormati pemimpin
 mematuhi undang-undang
 cinta akan ilmu pengetahuan
 berusaha memajukan diri
 mementingkan pendidikan
 mengharumkan nama kaum dan keluarga
4. Jelaskan sumbangan tokoh berikut:
(a) Maharaja Shih Huangdi (秦始皇)

 pemimpin Dinasti Qin


 menyatukan China
 mengukuhkan kestabilan politik
 berlaku kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial
(b) Maharaja Han Wu Di (汉武帝)

 pemimpin Dinasti Han


 mencapai kemajuan dalam bidang perdagangan dengan membuka Laluan Sutera
 kemajuan dalam bidang pentadbiran sosial
 melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam
5. Terangkan matlamat sistem pendidikan dalam tamadun China.
 memilih pegawai kerajaan
 memupuk nilai moral dan etika
 mengekalkan ajaran Konfusianisme
 membezakan golongan elit dengan golongan rakyat
 membolehkan negara ditadbir dengan lebih berkesan
 meletakkan golongan terpelajar di hierarki teratas diikuti petani, artisan dan pedagang
 lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam
6. Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang tidak mementingkan pendidikan dalam
kehidupannya?
 menjadi manusia yang ketinggalan dan mundur 落后

 berjawatan rendah dan gaji yang kecil


 sering dihina dan ditindas 被欺压

 mudah ditipu dan dibuli


 mudah terpengaruh dengan gejala negatif
 mudah terlibat dengan jenayah
7. Ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam.
 peperiksaan yang sangat kompetitif
 hanya lelaki dibenarkan menduduki peperiksaan tanpa mengira latar belakang dan status
sosial
 mengekalkan tradisi dan budaya China terutamanya ajaran Konfusianisme
 Larangan terhadap sebarang bentuk perubahan bagi mengekalkan keaslian tradisi China
8. Jelaskan peningkatan dalam sistem pendidikan semasa Dinasti Han.
 memberikan penekanan terhadap pembelajaran ajaran Konfusianisme
 menubuhkan sekolah yang sama di peringkat daerah dan wilayah
 sekolah tinggi ditubuhkan di Chang’an
 sistem pendidikan berkembang dengan penciptaan teknologi pembuatan kertas
 meningkatkan pendidikan di sekolah apabila kertas digunakan secara meluas
9. Cadangkan cara untuk memajukan sistem pendidikan di negara kita.
 membina lebih banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi
 menyediakan kemudahan yang lengkap di sekolah
 menggubal kurikulum yang lebih baik
 menambah baik bahan pengajaran dan pembelajaran
 menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti
10. Jelaskan tahap sistem pendidikan dalam Tamadun China.
 mempunyai tiga peringkat: pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan
tinggi
 pendidikan rendah tertumpu kepada menghafal tulisan serta buku suci tanpa memahami
makna
 pendidikan menengah memberikan tumpuan kepada aspek menulis karangan dan sajak
 pendidikan tinggi tertumpu kepada menterjemahkan 翻译 dan menginterpretasikan 分析
buku suci serta pelajaran berkaitan etika upacara, adat istiadat dan tanggungjawab rakyat
terhadap raja dan negara
 kemahiran kendiri diukur berdasarkan kemampuan menghafal, memahami, menulis dan
menterjemah
11. Mengapakah sistem peperiksaan perkhidmatan awam dikawal dengan ketat?
 mengelakkan penipuan
 memastikan mereka yang menduduki peperiksaan benar-benar cemerlang
 memastikan negara ditadbir dengan cekap
 menjamin kestabilan politik
12. Huraikan iktibar yang boleh diperoleh daripada perkembangan pendidikan Tamadun China.
 melahirkan golongan yang bijak pandai
 menambah baik sistem pendidikan
 memajukan kehidupan seseorang
 meningkatkan status seseorang dalam kalangan masyarakat

Anda mungkin juga menyukai