Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Zaman Greek merupakan satu episod penting dalam lipatan sejarah dan

khazanah budaya tamadun Eropah kasik. Rasionalnya ialah zaman Greek juga dikenali

sebagai zaman Yunani dan hal ini merupakan suatu tempoh bermulanya dan

bercambahnya tamadun Eropah, budaya dan khazanah kehidupan massyarakat moden. 1

Masyarakat zaman Greek dikatakan memartabatkan dan meletakkan kedudukan manusia

di tempat yang paling tinggi dan mulia. Konsep kebebasan yang dilihat sebagai satu ciri

masyarakat yang bertamadun di mana ianya boleh menjana kreatviti untuk kebaikan dan

kesejahteraan manusia sejagat. Melihat dalam konteks yang lebih luas, zaman Greek

telah menyumbang ke arah pembentukan kehidupan yang lebih maju dan keselesaan

manusia di dunia ini.2

Istilah Greek juga telah mula dipakai oleh para pemerintah dan masyarakat

pada zaman Rom untuk merujuk kepada sebuah kumpulan masyarakat yang hidup pada

zaman sebelum kemunculan empayar Rom.3 Maksudnya di sini, masyarakat hidup pada

zaman Greek tidak menganggap dan menggelarkan diri mereka sebagai orang Greek.

Sebaliknya mereka menggelarkan diri mereka sebagai Hellenes.4 Zaman Greek telah

dilihat oleh masyarakat moden kini sebagai zaman yang penuh dengan kreativiti dan ke

arah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Masyarakat zaman Greek ini, telah

menyumbangkan pelbagai inspirasi dan panduan ke arah kehidupan yang lebih baik pada

masa hadapan.5
1
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lupur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm.8.
2
Ibid., hlm. 8.
3
Ibid., hlm. 8.
4
Ibid., hlm. 8.
5
Ibid., hlm. 9.

1
Tamadun Greek ini mula berkembang dari sebuah pulau iaitu pulau Crete di

laut Aegen. Pada peringkat awal, kehidupan mereka saling terpisah antara satu sama lain

disebabkan faktor georgrafi dan keadaan muka bumi serta iklim pada zaman tersebut.

Bangsa Greek adalah dari suku kaum Aryan yang telah berpindah ke Greek dan hidup

secara berpindah randah . Kemudiannya, masyarakat mula membentuk satu komuniti

politik yang menganut agama aninisme, hidup bermasyarakat, menjalankan perniagaan

dan pemerintahan. Akhirnya masyarakat mula berkembang dan membentuk sebuah

negara kota.

KONSEP POLIS

2
Masyarakat Greek berpendapat bahawa negara kota atau polis bermaksud

sebidang tanah, sekumpulan bangunan atau perlembagaan dan setiap polis dengan

sendirinya adalah suatu entiti (sesuatu yang wujud), tanahnya disucikan oleh tuhan-

tuhannya,, warganegaranya adalah suatu keluarga yang rapat. 6 Mengikut Aristotle, negara

kota Greek terbentuk secara evolusi daripada tiga institusi iaitu daripada institusi pertama

ialah keluarga.7 Kemudian muncul institusi kedua yang dinamakan bandar atau kampung

dan akhir sekali daripada gabungan beberapa buah kampung, maka lahirlah sebuah

negara kota.8 Menurut Aristotle lagi, pembentukan sesebuah masyarakat yang sempurna

lahir daripada gabungan tiga institusi tersebut.9

Menurut Crane Brinton (et al.), terdapat berpuluh-puluh negara kota yang

wujud pada zaman Greek yang dikenali sebagai polis. Beliau telah membahagiakan

proses kemunculan polis pada zaman Greek kepada tiga tahap utama iaitu pada tahap

pertama adalah antara tahun 800 S.M. hingga tahun 600 S.M.. pada tahap ini, unit unit

keluarga telah bergabung untuk membentuk satu komuniti di bawah sebuah polis.10

Kemudiannya, polis-polis keci ini digabungkan untuk membentuk sebuah negara kota

atau polis yang lebih besar, terutamanya apabila sesebuah polis kalah dalam

peperangan.11 Seterusnya, pada peringkat kedua iaitu antara tahun 600 S.M. hingga tahun

400 S.M. di mana setiap polis yang wujud pada zaman Greek mencapai tahap

kematangan dengan menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi dalam aspek ekonomi,

6
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Selangor: Utusan Publications & Distributors, 2002,
hlm. 2.
7
Ibid., hlm. 3.
8
Ibid., hlm. 3.
9
Ibid., hlm. 3-4.
10
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lupur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm. 9.
11
Ibid., hlm. 9.

3
politik dan sosial.12 Pada peringkat ketiga, iaitu selepas 400 S.M., telah memperlihatkan

kemerosotan polis Greek yang akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah takluk

Raja Philip dari Macedonia.13

Di samping itu, antara ciri-ciri negara kota atau polis ialah jumlah penduduk,

keluasan wilayah negara dan kerajaan pemerintah.14 Dalam ciri-ciri yang disenaraikan ini,

akan melahirkan sebuah negara kota yang hebat dari segi peperangan, ekonomi dan

perluasan kuasa. Antara polis yang tersohor antara abad keenam sebelum masihi sehinnga

abad keempat sebelum masihi termasuklah Athens, Sparta, Corinth dan Olympia. 15 Jika

seseorang individu berhasrat untuk berhijrah ke polis lain, individu berkenaan tidak akan

mendapat taraf kerakyatan polis yang baru dihuninya.16 Status mereka hanyalah sebagai

warga asing dan tidak mempunyai hak untuk terlibat secara lansung dalam hal ehwal

polis yang baru.

Polis berperanan penting sebagai benteng di mana menjadi pusat perhimpunan

agama, pentadbiran dan tempat tinggal raja atau pemerintah. Negara kota juga adalah

asas kepada pembentukan kehidupan politik, agama dan sosia masyarakat Greek, menjadi

tumpuan dan kesetiaan semangat kenegaraan masyarakat Greek. Pada zaman Greek ini

telah mencapai tahap kematangan dan kegemilangan, terutamanya dalam bidang falsafah,

politik, dan sosial pada setiap negara kota.

PENCAPAIAN ATHENS DAN SPARTA

12
Ibid., hlm. 9.
13
Ibid., hlm. 9.
14
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Selangor: Utusan Publications & Distributors, 2002,
hlm. 5.
15
Ibid., hlm. 3.
16
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lupur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm. 9-10.

4
ASPEK POLITIK

Bentuk pemerintahan polis pada zaman Greek adalah pelbagai iaitu sama ada

bentuk monarki, oligarki, tirani (pemerintahan diktator) atau demokrasi. Negara kota

Athens menjalankan corak pemerintahan secara demokrasi dan dikatakan corak

pemerintahan demokrasi Athens mendapat tempat yang baik semasa pemerintahan

Pericles (495 S.M. - 429 S.M.).17 Walaupun Athens mengamalkan corak pemerintahan

demokrasi, Athens juga telah mempraktikkan corak pemerintahan monarki, tirani dan

oligarki. Negara kota Athens telah mengamalkan demokrasi secara langsung dalam

mentadbir negara. Seterusnya, yang dimaksudkan dengan corak demokrasi langsung yang

diamalkan oleh Athens ialah masyarakat Athens iaitu bagi kaum lelaki dan warganegara

sahaja terlibat secara lansung dalam segala bentuk perbincangan atau perdebatan

mahupun untuk menentukan sesuatu dasar atau peraturan yang berkaitan dengan Athens

sama ada dari sudut ekonomi, politik atau sosial. 18 Selain itu, demokrasi secara lansung

yang dijalankan di Athens juga membawa maksud warganegara Athens terlibat secara

langsung dalam proses pengundian dan pemilihan individu bagi menjawat jawatan dalam

bidang kehakiman, pentadbiran dan perundangan.19 Walaubagaimanapun, hanya kaum

lelaki Athens sahaja yang layak mengundi dalam pemilhan raya dan menjawat jawatan

dalam negara. Bagi wanita dan kanak-kanak tidak memiliki suara dan hak politik untuk

terlibat dalam proses pengundian mahupun menjawat jawatan dalam pentadbiran.20

Amalan deokrasi secara angsung yang dijalankan di Athens lebih jelas di lihat menerusi
17
Ibid., hlm. 11.
18
Ibid., hlm. 11.
19
Ibid., hlm. 12.
20
Ibid., hlm. 14.

5
pemerintahan yang wujud iaitu Assembly (Dewan Perhimpunan).21 Dewan Perhimpunan

dianggotai oleh warganegara lelaki dewasa Athens sahaja dan bersidang 40 kali dlam

setahun iaitu sebnayk 3 kali sebulan. Dewan Perhimpunan bebas berbincang, berdebat,

mengemukan pandangan terhadap dasar-dasar kerajaan dan boleh menggubal undang-

undang negara. Corak pemerintahan demokrasi yang dijalankan oleh negara kota Athens

sangat cemerlang dan teratur. Negara Athens muncul sebagai sebuah negara yang maju

dari segi intelek serta mempunyai corak pemerintahan yang sangat bagus sehingga

berjaya muncul sebagai negara kota yang paling hebat semasa zaman Greek.

Corak pemerintahan negara kota Athens sangat berbeza dengan corak

pemerintahan yang dijalankan di Sparta. Sparta merupakan sebuah polis yang

mementingkan kuasa tentera dan displin yang kuat serta mengamalkan dasar negara

diktator. Bentuk pemerintahan negara kota Sparta lebih condong ke arah pemerintahan

oligarki atau sistem pemerintahan yang dikendalikan oleh beberapa orang sahaja. 22

Mereka ini digelar sebagai ephors dan ahli pasukan tentera.23 Dewan perhimpunan Sparta

dianggotai oleh warganegara Sparta yang semua ahlinya terdiri daipada golongan lelaki.

Ephors dilantik oleh Dewan Perhimpunan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Tujuan ephors ini dilantik adalah untuk memastikan masyarakat yang dilahirkan

hanyalah masayrakat militer menitik (berat aspek ketenteraan). Walaubagamanapun, di

negara kota Sparta tidak terdapat kebebasan berpolitik dalam erti kata masyarakat Sparta

terlibat secara majoriti tetapi tidak secara langsung sebelum sebarang keputusan

dilakukan. Kesannya Sparta tidak cemerlang dari segi pemerintahan kerana corak

pemerintahan oligarki yang diamalkan Sparta hanya tertumpu kepada aspek tenteraan

21
Ibid., hlm. 12.
22
Ibid., hlm. 15.
23
Ibid., hlm. 15.

6
sahaja. Oleh hal yang demikia, Sparta hanya cemerlang daalm bidang ketenteraan dan

perluasan kuasa

ASPEK SOSIAL

Hierarki sosial dalam masyarakat Greek adalah jelas dan teratur. Masyarakat di

Athens dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu kelas atasan, menengah, rendah

dan yang terakhir adalah hamba dan barbarian (orang barbar).24 Hierarki sosial tertinggi

dalam negara kota Athens ialah warganegara Athens sendiri di mana bilangan mereka

yang dikelaskan sebagai masyarakat atasan ini adalah kecil, iaitu lebih kurang 300 buah

keluarga.25 Oleh sebab kelas atasan negara kota Athens ialah warganegara Athens sendiri,

maka mereka boleh membeli tanah ladang yang bersaiz besar dengan harga yang lebih

rendah. Tugas golongan atasan ini ialah mengendalikan urusan pentadbiran polis,

peperangan, aktiviti kesenian dan bidang intelektual. Seterusnya, golongan hierarki sosial

yang kedua dalam masyarakat Athens ialah golongan menengah yang terdiri daripda

golongan profesion tertentu seperti peladang, kontraktor,pengurus dan tukang yang

mahir.26 Walaubagaimanapun, mereka ini bukan warganegara Greek dan tidak mendapat

status warga Greek, tetapi mereka bebas bergerak dalam sesebuah polis. Pada carta

hierarki yang ketiga dalam masyarakat Athens ialah golongan kelas rendah yang juga

merupakan individu yang bebas dan kadang kala pada suatu ketika pernah menjadi

hamba.27 Golongan hamba merupakan golongan kelas bawahan dalam susunan hierarki

sosial masyarakat Athens yag terdiri daripada hamba lelaki dan hamba wanita. Sementara
24
Ibid., hlm. 16.
25
Ibid., hlm. 16.
26
Ibid., hlm. 17.
27
Ibid., hlm. 17.

7
itu, golongan barbarian merujuk kepada orang asing yang bukan berasal dari semnanjung

Greek dan tidak menggunakan bahasa Greek.28 Kedudukan golongan ini terletak paling

bawah setaraf golongan hamba dalam hierarki sosial masyarakat.

Aristotle menyatakan bahawa 3/4 dari kehidupan masyarakat Athens adalah

diluar rumah dan rumah hanyalah tempat untuk makan dan tidur sahaja. Hal ini

menunjukkan, masyarakat Athens yang suka menjalankan aktivti di luar rumah dan

bermasyarakat. Mereka sering menjalankan aktiviti pendidikan, kesenian atau melakukan

pekerjaan seperti pertanian, berladang dan sebagainya. Selain itu, dalam aspek sosial

masyarakat Athens, wanita tidak boleh melibatkan diri dalam politik. Golongan wanita

hanya ditempatkan di dalam rumah, namun orang Athens tidak memandang rendah

terhadap golongan ini bahkan mereka bersungguh-sungguh menjaga anak dan isteri

daripada bahaya godaan lelaki luar rumah dan menganggap keluarga sebagai benda yang

berharga.

Bagi masyarakat Sparta, hierarki sosial hanya terbahagi kepada tiga kelas

sosial. Kelas pertama hierarki sosial di Sparta didominasi oleh kaum lelaki warganegara

Sparta. Kaum wanita Sparta tidak dianggap sebagai warganegara dan mereka juga tidak

mempunyai hak dalam politik.29 Seterusnya, kelas sosial kedua terdiri daripada para

pekerja tukang dan pedagang yang dengan rela hati tunduk kepada pemerintahan Sparta.

Golongan ini diberikan kebebasan dan dibenar mengekalkan cara hidup mereka, tetapi

tidak memegang status warganegara Sparta.30 Kelas sosial yang ketiga dan terendah ialah

Helots. Golongan ini , sebahagian besarnya mewakili oleh penduduk yang ditawan oleh

28
Ibid., hlm. 17.
29
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Selangor: Utusan Publications & Distributors, 2002,
hlm. 15.
30
Ibid., hlm.15.

8
tentera Sparta dan dilayan seperti hamba.31 Kebanyakan helots ini berasal daripada

tawanan perang dan mereka ini juga berfungsi sebagai pekerja di tanah pertanian yang

dimiliki warganegara Sparta.32

Kehidupan sosial di Sparta sangat berbeza dengan negara kota Athens. Dalam

polis Sparta, kaum wanita tugas utama mereka adalah melahirkan parajurit yang berdarah

tulin Sparta. Mereka dilatih dengan pelbagai latihan fizikal semata-mata untuk menjadi

seorang ibu yang sihat dan tahan lasak. Selain itu juga, sewaktu kanak-kanak berusia ujuh

tahun, mereka akan dipisahkan daripada keluarga dan diletakkan di bawah kawalan para

pegawai awam. Hal ini kerana, kanak-kanak ini diberi pendidikan dan dilatih dengan

ilmu ketenteraan. Namun, jika terdapat bayi yang dilahirkan kelihatan lemah dan sakit

akan dihantar ke gunung Taygetus untuk dibunuh atau dibiarkan mati. Sesungguhnya

masyarakat Sparta adalah masyarakat yang bertuankan undang-undang dan

mementingkan peraturan dan disiplin dalam ketenteraan.

ASPEK EKONOMI

Majoriti penduduk dalam sesebuah polis melibatkan diri dengan aktiviti

pertanian dan perladangan. Athens juga sangat bergantung kepada pertanian dan

31
W.G Forrest, The Emergency of Greek Democracy, London: World University Library, 1966, hlm. 126-
127.
32
Ibid., hlm. 126-127.

9
perdagangan dengan negara-negara luar. Athens telah mengeksport barang-barang

tembikar ke kawasan Laut Hitam dan menukarkan dengan jagung. Selain itu, menjelang

abad ke-5 S.M. dengan perkembangan pusat-pusat perbandaran yang mengabdikan

kepada sektor perdagangan dan industri, permintaan untuk bahan makanan semakin

meningkat. Athens terpaksa mengimport 75 peratus daripada gandum menjelang abad ke-

4 S.M. Selain itu, Athens juga mengimport ikan, daging bergaram, buah-buahan dan arak

bagi memenuhi permintaan makanan yang semakin meningkat.33 Golongan hamba juga

teah dibawa dari Timur dan sebagai pertukaran, Athens mengeksport minyak zaitun,

perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan. 34 Seterusnya, pada abad ke 6 S.M.,

ekonomi Athens terus bergantung kepada pertanian dan semakin maju. Athens juga

menjalankan perdagangan dengan negara kota yang lain iaitu Corinth. Selain itu, polis

Athens juga menjalankan aktiviti prternakan kambing-kambing biasa dan kambing biri-

biri dibahagian bawah lereng bukit. Sebahagian besar daripada perdagangan Athens

dilakukan melalui jalan laut kerana jalan-jalan darat ketika itu amat mundur.35

Negara kota Sparta dalam bidang ekonomi tidak serancak seperti negara kota

Athens yang sangat aktif dalam bidang pertanian dan perdagangan. Dari aspek ekonomi,

Sparta mengalami kemunduran kerana Sparta tidak menggalakkan aktiviti perdagangan

dan perniagaan walaupun buminya subur dan mempunyai bahan mentah seperti bijih

33
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Selangor: Utusan Publications & Distributors, 2002,
hlm. 12.
34
Ibid., hlm. 12.
35
Ibid., hlm. 12.

10
besi.36 Kegiatan ekonomi Sparta dijalankan oleh golongan helots iaitu golongan tahanan

perang yang bilangannya semakin bertambah. Oleh yang demikian, masyarakat tidak

dibenarkan menyertai aktiviti ekonomi bahkan diharamkan memegang wang. Dasar tutup

pintu Sparta ini telah menyebabkan kegiatan ekonomi tidak berkembang dan hal ini

dilakukan semata-mata untuk memastikan masyarakat dilahir dan dibesarkan dalam

persekitaraan ketenteraan sahaja37. Oleh itu, perkembangan ekonomi di negara kota

Athens lebih berkembang maju dan hal ini telah berjaya membawa Athens melalui zaman

kegemilangan di Greek berbanding Sparta yang hanya terus tumpu terhadap bidang

ketenteraan dan mundur dalam aspek ekonomi.

ASPEK KEAGAMAAN

Aspek keagamaan sangat sinonim dalam kehidupan masyarakat Greek dan juga

seluruh masyarakat dunia di mana mereka mempunyai banyak kepercayaan. Kepercayaan

agama bagi masyarakat Greek dikaitkan dengan kepercayaan aninisme yang menyembah

alam. Di Athens, kepercayaan masyarakat berasakan Polytheism iaitu mempercayai akan

kewujudan banyak tuhan.38 Masyarakat Greek percaya bahawa dunia tuhan adalah sama

dengan dunia manusia dan disebabkan itu tuhan masyarakat Greek ada kalanya

mengambil rupa manusia.39 Masyarakat Greek juga percaya bahawa tuhan bersifat

immortal iaitu mempunyai perasaan seperti cemburu dan bertimbang rasa walaupun

tuhan itu memiliki kuasa yang istimewa. 40 Selain itu, dalam keagamaan, masyarakat

36
Ibid., hlm. 15.
37
Ibid., hlm. 15-16.
38
Ibid., hlm. 13.
39
Ibid., hlm. 13.
40
Ibid., hlm. 13.

11
Greek juga percaya bahawa tuhan-tuhan mereka menetap di Gunung Olympus di utara

Greek dan mungkin tuhan-tuhan ini wujud sebagai tuhan alam semula jadi. Antara tuhan-

tuhan yang paling utama bagi masyarakat Athens di Greek adalah Zeus iaitu tuhan di

langit, Poseidon (tuhan laut), Aphrodite (tuhan kasih dan kecantikan), Artimes (tuhan

perburuan), Ares(tuhan peperangan), Demeter (tuhan bumi dan kesuburan) dan Athena

(tuhan kebijaksanaan dan perang).41 Sukan Olimpik yang diadakan 4 tahun sekali juga

sangat berkaitrapat dengan agama masyarakat Greek. Sukan olimpik ini diwujudkan paza

zaman Greek untuk mengagungkan tuhan Zeus. Tuhan Zeus merupakan bapa bagi semua

tuhan yang bersemayam di gunung Olympus.

Di negara kota Athens aktif dengan penyembahan dan kepercayaan masyarakat

terhadap tuhan-tuhan yang dianggap mempunyai kuasa istimewa dan menguasai alam ini.

Namun, hal sedemikian rupa tidak berlaku di Sparta. Aktiviti keagamaan dan

kepercayaan tidak banyak diketengahkan dalam masyarakat di polis Sparta. Upacara-

upacara keagamaan tidak penting bagi negara kota Sparta yang lebih mengutamakan

dasar ke arah kententeraan sahaja. Oleh sebab itu, rakyat Sparta tidak terdedah dengan

ilmu agama dan kepercayaan terhadap tuhan.

KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

Dalam kebudayaan dan kesenian di Athens, telah wujud pertandingan-

pertandingan drama yang memaparkan keadaan kehidupan masyarakat di Athens, tetapi


41
Ibid., hlm. 13.

12
kebanyakkannya lebih bertemakan tentang kematian. Antara tokoh-tokoh yang terkenal

semasa zaman Athens ialah Aeschlylus dalam bidang drama dan tragedi. 42 Selain itu,

tokoh kesenian yang terkenal seterusnya ialah Saphoeles. Beliau bergiat aktif dalam

bidang penulisan dan menghasilkan karya yang sangat terkenal iaitu Ocdipus, Electra dan

Euriphodes.43 Kesenian dan seni bina adalah nadi kehidupan bagi orang-orang Athens.

Pembinaan Temple if Virgin di Acropoli merupakan rumah berhala yang sangat menarik

dan indah bagi masyarakat Athens.44 Begitu juga dengan rumah berhala Partheron di

Athens yang sangat terkenal dengan keindahan seni binanya. Kesenian Athens terserlah

melalui ukiran-ukiran bekas bunga dan bagunan-bangunan yang telah diukir oleh tokoh

kesenian terkenal di Athens iaitu Pheides and Polyclitus. Kesenian dan kebudayaan pada

zaman Athens merupakan nadi penting bagi masyarakat dan merupakan karya yang

sangat indah dan mempunyai maksudnya yang tersirat.

Kesenian dan kebudayaan juga sangat terselah di Sparta, di mana semasa

zaman kegemilangan Greek, orang-orang Sparta telah menunjukkan kesenian mereka

pada membuat pasu-pasu dan melakukan kerja tangan berasaskan gangsa yang menarik.

Selain itu juga, seorang tokoh yang terkenal iaitu Alkman seorang pencipta lirik yang

terkenal di Sparta telah mencipta sebuah lagu yang telah dinyanyikan oleh sekumpulan

koir Sparta dan lagu tersebut didendangkan pada setiap petang. 45 Penulis dan pemuzik

terkenal iaitu Tyrtaios di Sparta telah menghasilkan banyak penulisan dan muzik yang

menjadi kebanggan Greek.46 Hal ini menunjukkan bahawa Sparta mempunyai

kebudayaan dan kesenian tersendiri namun ia tidak berkembang dengan meluas kerana ia
42
Tripod, Konsep Polis Athens dan Sparta, http://pbmum.tripod.com/sejarah/1.html (tarikh akses 1 Jun
2016).
43
Ibid.
44
Ibid.
45
Ibid.
46
Isaac Asimov, The Greeks, USA: Houghton Mifflin Company Boston, 1965, hlm. 52-53.

13
lebih memandang aspek ketenteraan berbanding aspek-apek lain.

ASPEK PENDIDIKAN

Pendidikan di Athens tidak diwajibkan tetapi dari segi tradisi ianya menuntut

anak-anak warganegara Athens menerima persekolahan formal. Kerajaan Athens

mempercayai bahawa masyarakat atau warganegara yang berpendidikan menjamin masa

depan kota. Sekolah di Athens telah diuruskan oleh badan-badan persendirian dan anak-

anak golongan warga Athens yang kaya berpeluang untuk meneruskan pendidikan

sehingga berumur 18 tahun.47 Matlamat pendidikan negara kota Athens adalah untuk

melahirkan warganegara yang berketrampilan yang dilatih dalam banyak bidang. Anak-

anak Athens diajar membaca, mengira, menulis, mengeja dan muzik di peringkat rendah.

Di Athens juga wujud sekolah muzik untuk mengajar anak-anak bermain Lyre dan

menyanyi serta sekolah untuk berpidato. Selain itu, epik klasik Illiad and Odyssey turut

dipelajari oleh anak-anak Athens.48 Latihan fizikal adalah sebahagian pembelajaran

kanak-kanak kerana masyarakat Athens memandang tinggi latihan fizikal dan sukan. 49

Manakala, diperingkat tinggi pula terdapat pusat pengajian atau akademik yang

digalakkan untuk mengutarkan idea-idea yang berani. Hal ini dapat mempercepatkan

perkembangan tamadun di Greek. Athens juga dikatakan mempunyai pusat pendidikan

yang tinggi, khusunya sekolah falsafah di mana ia berjaya menarik minat pelajar dari

seluruh dunia.

Situasi pendidikan di Sparta berbeza dengan situasi pendidikan yang berlaku di


47
Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Selangor: Utusan Publications & Distributors, 2002,
hlm. 13.
48
Ibid., hlm. 13.
49
Ibid., hlm. 13.

14
Athens. Pembesaran anak-anak Sparta dikawal ketat oleh kerajaan sepenuhnya. Di

Sparta, bidang pendidikan bercorak akademik tidak ditekankan kerana pendidikan anak-

anak Sparta menjurus kepada ketenteraan, di mana sejak berumur tujuh tahun lagi kanak-

kanak ditempatkan di asrama tertentu bagi menjalani latihan ketenteraan50. Di samping

itu, bagi kanak-kanak perempuan diberikan latihan fizikal untuk mendapatkan zuriat yang

sihat dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. 51 Mereka diajar berlari,

bertinju, menari dan menyanyi dikhalayak ramai dan bergaul bebas dengan lelaki. Kanak-

kanak Sparta juga turut diajar membaca, mengira dan menyanyi lagu tradisi dan menari

serta diberi semangat dan latihan. Apabila meningkat dewasa mereka diajar dengan

latihan ketenteraan. Namun bidang pendidikan kurang ditekankan dalam masyarakat

Sparta. Kesimpulannya, pemuda Sparta adalah buta huruf dan ada juga kanak-kanak

sejak dari kecil diajar dengan segala perkara seperti lasak dan mencuri dari ladang-ladang

pertanian. Kesannya, Sparta sangat cemerlang dari segi ketenteraan, tetapi lemah dalam

aspek aktiviti intelektual, pemikiran politik dan falsafah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, zaman Greek merupakan sebuah episod penting dalamlipatan

sejarah dan khazanah budaya tamadun Eropah klasik. Zaman Greek telah melahirkan

banyak sumbangan terhadap dunia pada masa kini. Keilmuan, falsafah dan sebagainya

50
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lupur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
hlm. 15.
51
Ibid., hlm. 15-16.

15
berjaya membentuk negara Greek menjadi negara yang tersohoradalam sejarah tamadun

Eropah dan membantu dalam ketamadunan dunia kini negara kota yang wujud paling

menonjol iaitu Sparta dan Athens telah mencerminkan zaman Greek sebagai zaman

keemasan yang sangat hebat dan berjaya.

Negara kota Sparta sangat menonjol dan mempunyai kekuatan yang sangat

kuat bagi mempertahankan negara dan wilayahnya. Sistem ketenteraan yang dijalankan

menyebabkan negara kota Sparta berjaya bertahan sebagai sebuah negara kota yang

agung dan bertahan lama dalam tamadun yunani ini. Kecemerlangan dan tumpuan Sparta

dalam ketenteraan sahaja, juga telah menyebabkan masyarakat negara Sparta lebih jahil

tentang ilmu pengetahuan dan lebih sikap tertutup. Walaupun masyarakat Sparta terikat

oleh kerajaan dari segi pendidikan, pemerintahan mahupun ekonomi, namun Sparta

masih mampu membuktikan bahawa keterikatan itu menghasilkan masyarakat yang

berdisiplin sekalipun kota itu dianggap tidak maju pada suatu ketika. Selain itu, negara

kota Athens juga berjaya melahirkan pelbagai tokoh ilmuan serta membina sistem politik

yang sangat tersusun dan berdemokrasi. Athens telah berjaya mencapai satu tahap

ketamadunan yang sangat tinggi apabila zaman kemuncak kegemilangannya dalam

bidang ilmu pengetahuan. Sumbangan yang besar diberikan Athens kepada dunia

sehingga kini ialah melalui pencapaian ilmu yang telah dicapai oleh masyarakat Greek di

kota Athens. Kebebasan yang diperoleh masyarakat Athens dapat memberi ruang untuk

mereka melemparkan pendapat dengan penuh keyakinan meskipun pendapat itu tidak

tepat dan melalui kaedah ini rakyat Athens dapat mempelajari sesuatu yang baru. Oleh

yang demikian, kedua-dua negara kota ini sangat memberi sumbangan besar terhadap

kemajuan dan kegemilangan zaman Greek di Eropah atau dikenali juga sebagai tamadun

16
yunani.

RUJUKAN

Isaac Asimov, The Greeks, USA: Houghton Mifflin Company Boston, 1965.

Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Selangor: Utusan Publications &

17
Distributors, 2002.

Tripod, Konsep Polis Athens dan Sparta, http://pbmum.tripod.com/sejarah/1.html (tarikh

akses 1 Jun 2016).

W.G Forrest, The Emergency of Greek Democracy, London: World University Library,

1966.

Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lupur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2002.

18

Anda mungkin juga menyukai