Anda di halaman 1dari 19

Aspek-aspek Peningkatan Tamadun

Pemerintahan dan Pentadbiran Buku teks Sejarah Tingkatan 4, m/s 42-45

y Peningkatan sesebuah tamadun dilihat menerusi kemajuan

yang telah dicapai dalam tiga aspek utama: y Politik:- sistem pemerintahan & pentadbiran, perundangan serta perluasan kuasa. y Ekonomi:- kegiatan bagi memenuhi keperluan hidup seperti bertani, berdagang & sebagainya. y Sosial:- penekanan dari segi aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusateraan & lain-lain.

PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN


y Peningkatan dalam politik dapat dikesan melalui idea-idea

baru yang diperkenalkan dalam pemerintahan dan pentadbiran y Bertujuan untuk menambahbaikkan sistem atau cara yang sedia ada y Tamadun-tamadun yang mengalami peningkatan dalam pemerintahan:
y y y y

TamadunYunani Tamadun Rom Tamadun India Tamadun China

Pemerintahan dalam Tamadun Yunani


y Kewujudan bentuk-bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh

sesebuah negara kota y Bentuk-bentuk pemerintahan tersebut mengalami pelbagai perubahan y Monarki Oligarki Aristokrasi Diktator /Tirani Demokrasi y Perubahan bentuk-bentuk pemerintahan ini membuktikan orangorangYunani berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.

y Athens (negara kota TamadunYunani) mengamalkan sistem monarki y y y

y y

(beraja) sebelum sistem demokrasi diperkenalkan Dalam sistem ini, raja dibantu oleh badan yang dikenali sebagai konsul (wakil rasmi negara) Peranan raja:- ketua hakim, ketua agama, ketua tentera Namun, kuasa konsul yang semakin kuat menyebabkan perananperanan raja merosot dan pada akhirnya, melahirkan sistem raja yang dipilih tapi mempunyai kuasa yang terhad. Keadaan tersebut membawa kepada sistem oligarki yang pemerintahannya dikuasai oleh konsul-konsul yang terdiri daripada golongan kaya. Daripada kalangan konsul ini, lahir golongan aristokrat (bangsawan) yang kuat dan memiliki kuasa yang besar. Sistem aristokrasi adalah sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan aristokrat ini.

y Ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem aristokrasi telah

y y y y

membawa kepada kemunculan golongan yang menuntuk hak dan terjadinya rampasan kuasa Keadaan ini membentuk sistem pemerintahan Tirani oleh diktator (pemerintah yang berkuasa mutlak). Golongan diktator biasanya terdiri daripada golongan kaya atau tentera Sistem pemerintahan Tirani yang zalim memperlihatkan kekuasaan yang digunakan sewenang-wenangnya. Meskipun rampasan kuasa tersebut disokong oleh rakyat biasa, tindakan tersebut masih mendapat tentangan daripada golongan aristokrat. Akhirnya, sistem demokrasi dilahirkan.

y Dalam sistem demokrasi di Athens, wujud Dewan Perhimpunan y

y y y

dan Majlis. Oleh sebab demokrasi di Athens berbentuk penyertaan langsung, semua warganegara lelakinya berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara 6 bulan hingga setahun. Dewan tersebut mengadakan persidangan sebanyak tiga kali sebulan. Dalam persidangan tersebut, ahli-ahli boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. Majlis ialah pengendali bagi segala keputusan yang diambil oleh Dewan. Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap Ahli Majlis, Majistret dan Juri kerana perlantikan dilakukan oleh Dewan. Negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.

y Berbeza daripada Athens, Sparta mengamalkan sistem

pemerintahan tentera. y Dalam pemerintahan ini, sistem pertahanan sangat penting y Sparta berjaya melahirkan tentera yang bersemangat patriotik dan handal kerana anak-anak lelaki yang telah dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik.
y Hampir seluruh negara di dunia pada hari ini telah mewarisi

sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu y Namun, cara sistem ini diamalkan berbeza antara negara-negara tersebut. Sebagai contohnya, negara kita, Malaysia (demokrasi berbentuk penyertaan tidak langsung).

Pemerintahan dalam Tamadun Rom


y Pemerintahan dalam tamadun ini bermula dengan sistem beraja

(monarki) sejak tahun 753 S.M.. y Pada masa itu, Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan. y Masyarakat Latin tidak menyenangi pemerintahan secara mutlak oleh golongan tersebut menyebabkan masyarakat Latin bersamasama patrician (pemimpin golongan bangsawan) bangkit memberontak. y Pada tahun 509 S.M., Rom telah membentuk sebuah republik (negara ditadbir oleh wakil yang rakyat pilih melalui pilihan raya & diketuai oleh presiden)

y Dalam sistem republik, tidak ada pemimpin yang berkuasa y y y

mutlak Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh Kewujudan dua orang konsul ini, menandakan tiada di antara mereka yang lebih berkuasa. Konsul dibantu oleh golongan bangsawan yang mewakili Dewan Senat untuk membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan perangkaan undang-undang Sebelum seorang ahli Dewan Senat dilantik menjadi konsul, beliau ialah seorang praeotor (pemerintah tentera)

y Di bawah Dewan Senat, ada Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh y y

semua rakyat Rom Dewan Perhimpunan berperanan dalam meluluskan apa-apa cadangan yang disampaikan oleh Dewan Senat Apabila Rom mencapai tahap empayar (wilayah) di bawah pemerintahan Julius Caesar, sistem republik di Rom mengalami perubahan. Perubahan berlaku apabila Julius Caesar berjaya meluaskan kuasanya ke Macedonia,Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania dan beberapa kawasan di Jerman. Pemerintahan berbentuk empayar menunjukkan peningkatan melalui pembentukan sistem pentadbiran berpusat, kesan penyatuan wilayahwilayah taklukan Julius Caesar Beliau menamatkan sistem republik dan menjadi diktator yang menguasai angkatan tentera serta menggunakan gelaran maharaja.

y Augustus ialah maharaja yang memerintah Rom selepas Julius

Caesar dari tahun 27-14 S.M.. y Beliau telah berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua, Afrika, Asia dan Eropah. Keadaan tersebut kekal selama 200 tahun. y Zaman ini dikenali sebagai Pax Romana (Keamanan Rom)

JULIUS CAESAR
y Dilahirkan pada tahun 100 S.M. y Terkenal sebagai ketua tentera

y y y

yang agung kerana kejayaannya dalam beberapa peperangan. Tahun 62 S.M., dilantik sebagai praeotor. Tahun 59 S.M., dilantik sebagai konsul. Berjaya mengisytiharkan diri sebagai diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompey Tahun 44 S.M., mati dibunuh oleh penyokong Jeneral Pompey

Pemerintahan dalam Tamadun India


y Tahap awal pembentukan tamadun India ialah antara tahun 600y y

320 S.M.. Tamadun ini pada awalnya mempunyai dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil (janapada), dan kerajaan besar (mahajanapada) Kerajaan kecil bersifat kepuakan & tidak mempunyai raja manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha. Dalam tamadun ini, raja mengamalkan kuasa mutlak dan kedudukannya diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk upacara ritual. Asas upacara tersebut ialah seorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.

y Penasihat yang terdiri daripada golongan Brahmin memainkan

peranan penting dalam pemerintahan. Begitu juga dengan pemerintah tertinggi dan golongan dominan yang terdiri daripada golongan Ksyatria. y Empayar Maurya telah dibentuk oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321-185 S.M. lalu menyebabkan penukaran status raja kepada maharaja. y Empayar tersebut meliputi kawasanTeluk Benggala ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya terletak di Pataliputra. y Semasa pemerintahan Maharaja Asoka (273-232 S.M., dinasti Maurya telah mencapai zaman kegemilangannya

y Ini kerana, Asoka berjaya menamatkan perang saudara yang

berlaku selepas kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki negeri Kalinga yang merupakan negeri yang memiliki ramai penduduk. y Selepas Perang Kalinga, Asoka lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan bukan lagi menerusi ketenteraan. y Walaupun Asoka merupakan maharaja berkuasa mutlak, beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran (sistem pentadbiran yang melibatkan pelbagai peringkat dan mempunyai banyak peraturan) untuk menjalankan pemerintahan.

PERANG KALINGA
y Perang ini berlaku pada tahun 261 S.M. dalam usaha Asoka

mewujudkan sebuah empayar agung. y Peperangan ini telah mengorbankan 100 000 orang manakala 150 000 orang telah tercedera. y Keadaan ini menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian y Perang ini diingati dalam sejarah dan tamadun India kerana menjadi pemula penting yang menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha sekaligus mengembangkan ajaran tersebut.

Pemerintahan dalam Tamadun China


y Dalam tamadun ini, perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan

y y y

berbentuk feudal kepada pemerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat. Empayar pada zaman Dinasti Chin(221-206 S.M.) lahir melalui perluasan kuasa. Pada masa itu, konsep raja bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam dibentuk yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja . Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan dilakukan oleh jawatankuasa yang dikenali sebagai Hon Kao Tsu.

y Perlantikan tersebut berasaskan pencapaian mereka dalam

peperiksaan awam. y Sistem ini telah wujud dalam dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. y Shi Huang Ti merupakan tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini.

Anda mungkin juga menyukai