Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN

Perkataan demokrasi berasal dari bahasa Yunani yang terbentuk dari dua kata, iaitu
demos dan kratos. Demos bermaksud rakyat dan kratos bererti pemerintah. Gabungan dua
perkataan tersebut membawa maksud kekuasaan rakyat atau pemerintahan dari rakyat. Dalam
kata lain, demokrasi dapat diterjemahkan kepada suatu sistem pemerintahan yang berasal dari
rakyat.
Demokrasi, pada asasnya adalah satu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal
undang-undang dan struktur kerajaan yang ditentukan oleh rakyat. Undang-undang digubal
samada oleh rakyat atau wakil yang ditentukan oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang
mengamalkan sistem demokrasi, dikenali sebagai negara atau kerajaan yang demokratik1 .
Demokrasi merupakan gagasan yang mengamalkan prinsip bahawa pemerintahan atau
kekuasaan sesebuah negara adalah dari, oleh dan untuk rakyat. Rakyat juga sebenarnya yang
menentukan hidup bernegara. Kekuasaan tertinggi pemerintahan ada di tangan rakyat dengan
berperanan secara langsung atau melalui perwakilan.
Namun demikian, perlaksanaan sistem demokrasi di zaman moden berbeza dengan
perlaksanaannya pada zaman Yunani kuno. Pada zaman Yunani kuno, rakyat yang menjadi
warganegara terlibat secara langsung dalam pemikiran dan perbahasan dalam proses
membuat keputusan dalam pelbagai perkara hidup bernegara. Pengamalan demokrasi pada
zaman tersebut diklasifikasikan sebagai demokrasi langsung. Pada zaman moden, hampir
setiap negara memiliki wilayah yang luas dan jumlah penduduk yang besar dan ini
menjadikan perlaksanaan sistem demokrasi secara langsung tidak mungkin dapat diterapkan.
Justeru itu, ia dilakukan secara perwakilan, maka sistem demokrasi seperti in disebut sebagai
demokrasi tidak langsung di mana rakyat tidak melibatkan diri dalam menentukan dasar
1

negara. Segala keputusan serta perlaksanaan dasar adalah menjadi tugas pegawai atau wakil
yang mereka pilih2 .

SEJARAH KEWUJUDAN DEMOKRASI


1. Fasa klasik
Negara pertama yang melaksanakan sistem demokrasi Athen, negara kota yang
terletak di Yunani pada abd kelima sebelum masihi. Sejarah demokrasi bermula dengan
adanya kelompok manusia di Yunani yang mula mengembangkan system pemerintahan yang
memberikan kesempatan yang cukup besar kepada rakyat untuk ikut serta dalam merancang
keputusan.
Plato sering disebut sebagai orang pertama yang memperkenalkan istilah democratia.
Demokrasi menurut Plato adalah adanya system pemerintahan yang dikelola oleh para
filosof. Hanya para filosof sahaja yang mampu melahirkan gagasan dan mengetahui
bagaimana memilih antara yang baik dan buruk untuk rakyat. Tetapi apa yang dinginkan oleh
Plato sebenarnya adalah sebuah aristokrasi.
Selain plato dan Aristotels, nama lain yang dianggap penting adalah Chleisthenes.
Beliau adalah tokoh yang telah melakukan berbagai pembaharuan kepada Athen. Pada 508
sebelum masihi, Chleisthenes telah berperanan membahagikan warga Athen kepada sepuluh
kelompok di mana masing-masing menghantar wakil ke majlis yang berjumlah 500 orang.
Selain Chleisthenes, nama lain seperti Solon (638-558 SM) yang terkenal sebagai
pembuat undang-undang, Pericles (490-429 SM), terkenal sebagai negarawan dan
Demosthenes (385-322 SM), terkenal sebagai orator.

Sering diperkatakan bahawa di Yunani dan Romawi pada 500 SM adalah Negara kota
pertama yang melahirkan satu sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada sejumlah
besar warganegara untuk terlibat sama. Sistem pemerintahan yang demikian merupakan
perkembangan dari model sebelumnya yang didominasi oleh system kerajaan, kediktatoran,
aristokrasi atau olgarki.
Perlu dijelaskan di sini bahawa Yunani dan Romawi pada abad ke lima bukanlah
sebuah negara dalam pengertian zaman moden ini. Ia adalah sebuah tempat di mana orang
Yunani hidup dalam dalam sebuah Negara dengan satu pemerintahan. Yunani kuno pada masa
itu adalah sebuah tempat di mana terdirinya ratusan kota merdeka yang dikelilingi oleh
daerah pedalaman. Ia adalah gambaran tentang sebuah negarakota atau metropolis. Sebuah
Negara kota tentulah sangat berbeza dengan cirri-ciri khas negara-negara moden zaman
sekarang.
Athen, seperti yang dinyatakan sebelum ini, mengamalkan system pemerintahan
secara demokrasi kira-kira dua abad lamanya sebelum tunduk di bawah kekuasaan
Macedonia (321 SM) selama beberapa generasi dan seterusnya tunduk lagi di bawah
kekuasaan Rom. Di antara banyak Negara demokrasi di Yunani, Athen paling penting dan
terkenal sehingga ke hari ini. Pengaruhnya cukup besar dalam perkembangan politik terutama
yang berkait dengan system pemerintahan secara demokrasi.
Pemerintahan di Athen sangat rumit ( Robert A Dahl). Di Athen, system
pemerintahannya membenarkan seluruh warga Negara kota ikut serta. Sebagai contoh, untuk
memilih seorang pemimpin, warga Athen mengadakan undian dengan syarat semua warga
memiliki peluang yang sama untuk dipilih apabila memenuhi syarat. Seorang rakyat biasa
sekalipun mempunyai peluang untuk menjadi pemimpin jika menang undian dan akan
memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Begitu juga di Rom yang terletak di semenanjung itali. Perlaksanaan demokrasi yang
diamalkan di sini lebih kurang waktunya dengan perlaksanaan demokrasi di Yunani. Orang
Rom menyebut system pemerintahan mereka sebagai republik. Republik berasal dari
perkataan latin Res yang bermaksud kejadian atau peristiwa dan publicus bermaksud
masyarakat. Seterusnya ia menjadi republik yang bermaksud sesuatu yang menjadi milik
rakyat. Pada awal sistem pemerintahan republik, hanya golongan bangsawan atau aristocrat
sahaja berhak memainkan peranan. Namun setelah melalui perjuangan yang hebat rakat biasa
akhirnya dapat turut serta. Persamaan yang wujud dalam perlaksanaan demokrasi di Athen
dan rome adalah hak berpatisipasi dalam politik Negara hanya terbatas untuk kaum lelaki
sahaja.
Dalam perjalanan sejarah yang berbeza, jika Athen akhirnya ditakluk Macedonia dan
Rome kemudiannya, Rome dengan kekuatan dan kehebatan tenteranya telah melakukan
penaklukan demi penaklukan dan seterusnya telah memerintah seluruh kawasan di Itali.
Pemerintahan republik Rome akan memberikan kewarganegaraan kepada setiap penduduk
wilayah jajahannya dan ini adalah sesuatu yang memang membanggakan untuk menjadi
warga Negara Rome kerana mereka juga mempunyai hak yang sama dengan warga asal rome
dalam sistem demokrasi.
Apa yang penting dan menjadi catatan sejarah Rome adalah tidak ada inisiatif untuk
mengembangkan system demokrasi sesuai dengan wilayah jajahannya yang luas. Pada masa
itu tidak ada sistem perwakilan. Akibatnya keruntuhan sosial, rusuhan berlaku, korupsi
berleluasa. Republik Rome, akhirnya hancur di bawah kediktatoran Julias Caesar. Republik
yang pada awalnya diperintah oleh rakyat telah berubah dan dikuasai oleh para Kaisar.
Beberapa artifak telah di temui di beberapa lokasi di Eropah utara yang menunjukkan
pemerintahan oleh rakyat telah dilaksanakan sekitar tahun 600 Masehi hingga 1000 Masehi.

Di Swiss, Scandinavia dan tempat- tempat lain di utara laut tengah, beberapa ornament
demokrasi telah memperkuatkan lagi fakta sejarah tentang bagaimana partisipasi rakyat
dalam pemerintahan telah dilakukan. Pada tahun 1100 Masehi, pemerintahan dengan
semangat demokrasi telah muncul semula di Itali. Seolah-olah pemerintahan di Itali pada
masa itu adalah reinkarnasi dari Republik Rome yang hancur ribuan tahun sebelumnya.
Peristiwa yang menjadi penanda munculnya semula sistem demokrasi pada masa itu
berkemungkinan bermula pada masa kekuasaan Paus Gregorius VII (1073-1085). Pada tahun
1075, Paus Gregorius VII telah mengeluarkan penyata penting yang dinamakan Reformatio
Totius Orbis yang bermaksud Undang-undang tertib mengikat sesiapa pun kecuali dirinya.
Hal ini telah mengundang polemik dengan para kaisar khusunya Kaisar Heinrich IV dari
empayar Rome (1050-1106). Dia menyatakan pihak kaisar dan raja juga mempunyai kuasa
untuk membuat undang-undang sendiri untuk keadilan dunia. Namun konflik antara dua
pihak tersebut tidak selesai dan mereka hanya bersepakat untuk memaklumkan antara satu
sama lain setiap undang-undang ynag dikeluarkan. Sejarah doktrin hukum atau Rules of Law
ini secara implicit telah memberikan kekuatan kepada Negara untuk bertindak atas nama
undang-undang. The Rule of Law ini semakin kukuh dengan persepakatan antara Raja John 1
(1167-1216) dan Paus Innocentius III dalam piagam yang sangat terkenal iaitu Magna Carta.
Dengan termeterinya piagam tersebut, masyarakat eropah, untuk pertama kalinya
menyaksikan seorang Raja yang berkuasa telah menjamin beberapa hak rakyat bawahan
sebagai imbalan dengan menyerahkan dana untuk keperluan perang dan sebagainya. Biarpun
piagam ini lahir dalam suasana feudal dan tidak merakyat, namun ia dianggap sebagai
tonggak perkembangan gagasan demokrasi.

2. Fasa pencerahan (Renaisance)


Bermula sekitar abad ke 15 hingga abad 18 masehi, gagasan alternatif kepada sistem
monarki yang dilaksanakan oleh raja-raja Eropah dengan persetujuan gereja telah
diperkenalkan. Tokoh-tokoh pemikir era ini antara lain adalah Niccolo Machiavelli (14691527), Thomas Hobbes (1588-1679), John Locke (1632-1755) dan Montequieu (1689-1755).
Era ini menyaksikan munculnya pemikiran Republikanisme (Machiavelli), liberalisme
(Locke) dan konsep Negara berdaulat dan terpisah dari penguasaan eklesiastikal (Hobbes).
Manakala gagasan awal tentang sistem pemisahan kuasa (Montesquieu) diperkenalkan
sebagai alternative kepada sistem monarki. Pemikiran awal dalam sistem demokrasi moden
ini merupakan hasil pencerahan revolusi industri yang menggugat dominasi gereja kerana
memberi legitimasi kepada sistem monarki dan seterusnya menyebabkan tercetusnya dua
revolusi besar yang membuka jalan kepada terbentuknya sistem demokrasi moden iaitu
Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Perancis (1789). Revolusi Amerika telah melahirkan
sistem demokrasi liberal dan federalisme dalam sistem pemerintahan Negara. Manakala
Revolusi Perancis pula meletakkan dasar perlindungan terhadap hak asasi manusia secara
menyeluruh.
Trias Politica atau teori mengenai konsep pemisahan kuasa menegaskan asas-asas
pemikiran bahawa kekuasaaan sesebuah pemerintahan yang berdaulat tidak dapat diserahkan
kepada pihak yang sama dan harus dipisahkan menjadi dua atau lebih. Ini adalah untuk
mencegah penyalahgunaan kuasa dan menjamin hak-hak asasi setiap warganegara. Dalam
bukunya yang berjudul Lesprit des, Louis Montesquieu memisahkan tiga komponen utama
pentadbiran Negara agar kekuasaan tidak berpusat pada satu pihak sahaja. Konsep separation
of power atau pemisahan kuasa adalah seperti berikut :-

1. Legislatif iaitu kuasa untuk membentuk undang-undang.


2. Eksekutif iaitu kuasa untuk menjalankan undang-undang
3. Judiciari iaitu kuasa untuk mengadili perlaksanaan undang-undang.
Teori pemisahan kuasa, menurut Montesquieu adalah untuk memelihara kebebasan politik.
Beliau mendakwa kekuasaan yang berpusat pada satu pihak sahaja akan lebih cenderung
mendominasi dan seterusnya melakukan penyelewengan.

4. Fasa moden
Demokrasi moden hanya muncul pada abad ke-19 dan ke 20. Ini adalah akibat
daripada proses evolusi masyarakat. Pada era ini menyaksikan kemunculan berbagai aliran
pemikiran tentang demokrasi berkaitan ideologi, masalaah dan konflik kelas, nasionalisme,
hubungan antara Negara dan masyarakat dan sebagainya. Disamping itu, berlakunya
perkembangan dalam sistem politik dan munculnya Negara-negara baru akibat Perang duni
pertama dan kedua serta pertikaian ideologi khususnya antara kapitalisme dan komunisme.
Pemikir-pemikir aliran demokrasi moden yang paling berpengaruh termasuk JJ
Rouseau (1712-1778), John S Mill (1806-1873), Alexis de Tocquecille (1805-1859), Karl
Marx (1818-1883), Federich Engels (1820-1895), Max Weber (1864-1920) dan J.Schunpter
(1883-1946). Konsep kontrak sosial yang diperkenalkan Rousseau menyatakan bahawa
kekuasaan pemerintah dapat dicabut sekiranya berlaku penyelewengan. Gagasan Civil
Disobedience juga diperkenalkan sebagai satu konsep bangkangan terhadap pihak pemerintah
yang diiktiraf . John S Mill pula mengembangkan konsep tentang kebebasan yang menjadi
landasan utama demokrasi liberal dan sistem demokrasi perwakilan moden ( Parliamentary
sistem) di mana ia menekankan pentingnya menjaga hak-hak individu dari campurtangan
pemerintah. Gagasan pemerintahan yang terbatas merupakan intipati pemikiran Mill yang

kemudian berkembang di Amerika dan Eropah Barat. De Toqueville juga memberikan


kritikan terhadap kecenderungan Negara mencampuri kehidupan sosial individu.
Marx dan Engels pula merupakan pelopor aliran radikal dan gerakan sosialis komunis
yang menegaskan satu model pemerintahan langsung di bawah sistem diktator. Dengan
menganalisa teori perjuangan kelas dan materialism diaklektis, Marx dan Engels menganggap
sistem demokrasi perwakilan yang diajukan oleh golongan aliran liberal adalah alat untuk
mempertahankan kekuasaan golongan elit dan bukan sebagai wacana politik yang adil.
Manakala Max Weber dan Schumpter pula adalah dua pemikir yang menolak gagasan
demokrasi lansung ala Karl Marx dan lebih menonjolkan sistem demokrasi perwakilan.
Mereka berdua menjelaskan demokrasi sebagai sebuah sistem kompetisi kelompok elit dalam
masyarakat sesuai dengan proses perubahan sosial masyarakat moden yang semakin
berevolusi menurut fungsi dan peranan. Dengan berkembangnya birokrasi, imu pengetahuan,
teknlogi dan sistem pembahagian kerja, maka tidak mungkin lg dapat melaksanakan satu
sistem pemerintahan yang betul-betul mampu secara langsung mengutamakan kepentingan
rakyat. Demokrasi yang efektif adalah melalui perwakilan dan dijalankan oleh mereka yang
berkemampuan.
5. Fasa Kontemporari
Perkembangan pemikiran aliran demokrasi dan praktisnya pada era kontemporari
menjadi semakin kompleks, tambahan lagi dengan munculnya Negara-negara bangsa dan
pertikaian ideologis yang melahirkan blok barat dan blok timur, kapitalisme dan sosialisme
komunisnme. Demokrasi kemudiannya mnejadi alat para penguasa untuk mengekalkan
kuasa, baik di pihak totalitarian mahupun pihak authoritarian di seluruh dunia. Pemahaman
demokrasi di Negara-negara barat seperti di Amerika dan Eropah, semakin mengarah aspek
procedural khususnya tata kelola pemerintahan (governance). Pemikir seperti umpamanya
8

menyebutkan bahawa teori demokrasi bertujuan memahami bagaimana warganegara


melakukan kawalan terhadap para pemimpinnya. Dengan demikian focus pemikiran dan teori
demokrasi lebih tertumpu kepada masalah dalam proses pilihanraya umum atau parti-parti
politik yang bertanding. Golongan yang berkepentingan dan individu-individu tertentu yang
memiliki pengaruh dalam negara Pengamalan demokrasi pada fasa-fasa tersebut tidak
selalunya

berkesinambungan

tetapi

boleh

mengakibatkan

ketidaksehaluan

berlaku

sehinggakan perkembangan tersebut tidak berjalan lancar. Demikan pula harus diingat
bahawa terdapat jurang pemisah antara pemikiran dan reality perlaksanaan yang sedang
berkembang. Kadang-kadang gagasan atau pemikiran yang muncul pada suatu era ternyata
merupakan gagasan yang belum direalisasikan sebelumnya atau pun jika telah direalisasikan,
perlaksanaannya mengalami berbagai penyimpangan dan perbezaan.

JENIS-JENIS DEMOKRASI YANG TERDAPAT DI DUNIA MODEN


1. Demokrasi Terpimpin
Walaupun

wujudnya

piihanraya,

namun

cirri-ciri

pemerintahan

lebih

bersifat

authoritarian. Dalam sistem demokrasi terpimpin, media dikawal, pemerintahan bersifat


rejim, kebebasan bersuara disekat, hak asai manusia dinafikan, pembangkang hampir tidak
wujud kerana peranannya sangat terbatas dan telah disekat sepenuhnya. Contoh ialah seperti
di zaman pemerintahan Suharto di Indonesia dan Ferdinand Marcos di Filipina. Ketika era
rejim mereka telah diwujudkan Pancasila Demokrasi dan Martial law di Filipina. Undangundang ini digubal sebagai alat untuk memastikan rejim terus berkuasa.

Pemerintah dalam sistem ini biasanya menyarankan supaya rakyat diberi pendidikan dan
pendedahan sebelum sistem demokrasi liberal dapat dijalankan. Pihak tentera juga mungkin
mendakwa bahawa keadaan semasa di dalam negara tidak stabil untuk membenarkan proses
pertukaran tampuk pemerintahan dilakukan . Proses pilihanraya yang diadakan hanyalah
untuk memantau pendapat rakyat berhubung dengan tahap sokongan rakyat kepada
pemerintah. Dalam kata lain, rakyat tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam urus tadbir
negara mereka sendiri.

1.

Demokrasi Totalitarian

Ideologi totalitarian dalam sistem pemerintahan hanya membenarkan kewujudan satu


parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total. Propagandan berpanjangan dibuat
utuk memastikan rakyat menyokong kerajaan dengan rela hati. Kadangkala, tindakan keras
diambil dengan membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang bangkit menentang
kerajaan.
Pada asalnya perkataan ini telah digunakan oleh Benito Mussolini di Itali. Sewaktu
perang dunia ke dua, Hannah Arendt, seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini
untuk menunjukkan persamaan di antara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori politik sivik.
Kebanyakkan rejim-rejim fasis dan komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun
sebahagian besar darinya seperti rejim Franco di Sepanyol dan Mussolini di Itali sebelum
perang duni ke dua adalah lebih bersifat authoritarian berbanding totalitarian.
Namun terdapat beberapa kerajaan yang lalu boleh dianggap sebgabi totalitarian.
Kerajaan Joseph Stalin di Kesatuan Soviet dan kerajaan Jerman dibawah pimpinan Adolf

10

Hitler ada lah beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah
bertahan lama seolah-olah rakyat terperangkap dengan ideologi kerajaan mereka sendiri.
Sistem demokrasi totalitarian dikenal sebagai Jacobin atau demokrasi Majoritarian dan
terdapat dua cirri utama, pertama, idealisme iaitu keyakinan sokongan terhadap kerajaan,
kedua, monoisme iaitu tertumpu kepada prinsip-prinsip doktrin yang tertinggi dalam
masyarakat dengan percaya kepada satu falsafah dan satu parti dikira memadai untuk
mewakiki rakyat. Jelas sekali di sini, istilah demokrasi hanya digunakan untuk mengaburi
pemikiran rakyat agar tidak tercetusnya kebangkitan rakyat menuntut hak-hak asas dalam
hidup bernegara.

2. Demokrasi Proletar
Dalam sistem demokrasi proletar tidak terdapat pertandingan merebut jawatan. Ini adalah
kerana hanya terdapat satu parti sahaja yang memegang tampuk pemerintahan. Walaupun
pilihan raya diadakan, calon yang bertanding ditentukan oleh pemerintah dan hanya seorang
sahaja. Kerajaan mewujudkan satu parti yamg mewakili orang ramai untuk menyuarakan
hasrat mereka. Oleh sebab itu tidak perlu diwujudkan berbagai parti kerana terdapatnya satu
badan yang mewakili suara majoriti
Sistem ini dilaksanakan oleh Negara-negara komunis totalitarian seperti di Rusia dan
China. Manakala di Eropah timur, beberapa Negara telah menjadi ahli Kesatuan Soviet
selepas perang dunia kedua mula mengamalkan sistem ini. Sistem satu parti di Negara-negara
tersebut tidak dianggotai oleh semua rakyat tetapi dianggotai oleh mereka yng selairan
dengan ideologi Marxisme dan Leninisme serta dianggap mewakili majoriti rakyat.

11

Setiap rakyat di bawah naungan sistem ini kurang mendapat kebebasan bersuara,
berhimpun dan menerbit dan tidak boleh mempersoalkan dan mengkritik kredibiliti seorang
pemimpin dan boleh dianggap mempunyai masalah mental yang memerlukan rawatan.
Walaubagaimana pun, di China, kerajaannya masih menerima kritikan tetapi kritikan tersebut
tidak boleh mencetuskan huru-hura dalam negara. Jelas sekali terdapat banyak persamaan
antara demokrasi proletar dengan sistem yang terdapat dalan demokrasi totalitarian. Istilah
demokrasi digunakan hanya untul mengaburi fikiran rakyat.

3. Demokrasi Liberal
Kelahiran sistem demokrasi liberal akibat pengekangan dan penindasan Raja dan pihak
gereja di Eropah. Raja-raja di Eropah menyatakan bahawa mereka adalah utusan Tuhan untuk
mengatur kehidupan manusia di bumi. Raja bersama dengan pihak gereja mengatur dan
menentukan seluruh kepentingan rakyat dari semua sudut termasuk aspek penerintahan
negara, sosial, ekonomi, budaya dan sebagainya. Rakyat biasa mahupun dari kalangan
intelektual tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam permasalahan pemerintahan dan
seterusnya menjadi sebahagian dari sejarah hadirnya demokrasi liberal.
Penindasan

dan sekatan

dari raja-raja dan pihak gereja telah menceteskan

pemberontakkan di kalangan masyarakat. Ahli-ahli falsafah pada masa itu menyebarkan idea
liberalisme atau kebebasan rakyat yang akhirnya berkembang menjadi demokrasi liberal.
Mereka menjadi penggerak utama dalam proses perubahan masyarakat yang menuntut
keadilan dan kebebasan. Akan tetapi usaha in masih kabur kerana tidak adanya penyelesaian
sistematik untuk diterapkan dalam pemerintahan.

12

Akhirnya, kaedah pemisahan kuasa dilakukan di mana raja hanya sebagai simbol kuasa
dan tetap mendapat tempat di dalam pentadbiran tetapi tidak berhak dalam urus tadbir
pemerintahan. Manakala pihak gereja juga dipisahkan dari pemerintahan, mereka hanya
boleh mengatur urusan hal ehwal agama dan dilarang terlibat dalam masalah politik dan
pemerintahan. Hasil daripada sistem pemisahan kuasa pihak gereja dari pemerintahan
Negara, wujudnya fahaman sekularisme yang juga menjadi tapak lahirnya demokrasi liberal.
Dalam sistem ini, kerajaan daripada rakyat dan bertanggungjawab terhadap rakyat.
Beberapa badan kerajaan diwujudkan supaya dasar kerajaan dapat dijalankan dengan
berkesan. Pilihan raya diadakan untuk memilih parti yang akan memerintah. Golongan
mojoriti di utamakan dalam segala hal tetapi bertolak ansur dengan golongan minoriti.
Individu atau kumpulan bebas mengeluarkan pendapat yang berasas dan benar dan kerajaan
bertanggungjawab memberikan respon segera. Semasa pilihanraya, proses pemilihan calon
diadakan secara rahsia dan tanpa paksaan. Rakyat mendapat kebebasan bersuara, berhimpun
dan menerbit.
Konsep pemisahan kuasa dalam demokrasi liberal antara eksekutif, legislatif dan
judiciari yang dikuasai pihak yang berlainan sangat penting. Ini adalah untuk memastikan
kuasa tidak dipegang oleh satu pihak dan untuk mengelak dari penyalahgunaan kuasa.
Demokrasi liberal memiliki beberapa konsep yang sangat menonjol, di antaranya ialah
individualisme iaitu masyarakat terbentuk dari individu-individu. Pemerintah memegang
amanah rakyat perlu menjamin hak-hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap individu daam
sistem demokrasi libera bebas memenuhi kemahuan mereka tanpa batas.
Kebebasan menjadi perkara yang paling penting dalam demokrasi liberal. Pemerintah
perlu menjamin keamanan dan ketenteraman bagi setiap individu dan hak asasi mereka perlu

13

dijaga tanpa sebarang gangguan. Kebebasan beragama dan kebebasan ekonomi adalah dua
perkara yang dibanggakan oleh demokrasi liberal.
Demokrasi liberal memandang bahawa setiap manusia memiliki persamaan dan
kesetaraan hak dalam semua perkara. Persamaan ini tidak memandang jantina, kaya atau
miskin, pemerintah atau rakyat dan sebagainya.
Demokrasi diamalkan di negara-negara Eropah seawal abad ke 18 dengan munculnya
negara-negara seperti Perancis, Britain dan Jerman yang menjadi pelopor kepada sistem
demokrasi liberal di seluruh dunia. Di awal perlaksanaannya, sistem ini mendapat sambutan
positif dari segenap lapisan masyarakat sama ada miskin atau pun kaya. Perubahan sosio
ekonomi dan pertumbahan ekonomi telah merubah taraf hidup rakyat. Begitu juga dengan
kegiatan politik di mana hanya mereka yang kaya sahaja mampu untuk terlibat dan menjadi
pemerintah. Justeru itu, para pemilik modal lah yang menjadi kelompok elit yang mampu
memegang tampuk pemerintahan.
Para pemilik modal dan kapitalis akhirnya menjadi pemerintah di dalam sistem demokrasi
liberal sebagai alat untuk mencari kekayaan. Tidak hanya di dalam Negara mereka sendiri,
mereka berusaha menjajah negara lain untuk menambah kekayaan. Hal ini disebabkan oleh
konsep individualisme yang kental dalam ideologi kapitalisme. Para kapitalis in menjadikan
negara mereka sendiri sebagai alat untuk menjajah negara lain dengan alasan menyebarkan
ideologi demokrasi liberal tetapi pada masa yang sama mereka mengaut keuntungan dari
sumber alam negara-negara yang mereka jajah. Selain negara-negara Eropah yang melakukan
penjajahan atas nama demokrasi liberal ialah Amerika yang terkenal dengan cara
imperialisme moden.

14

4. Demokrasi Berperlembagaan
Negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan mestilah mempunyai satu
perlembagaan tidak kira ia bertulis atau hanya berdasarkan prinsip-prinsip kehidupan di
Negara itu. Perlembagaan menjadi rujukan Negara dan mengawal hubungan antara
pemerintah dan rakyat.. Sesebuah negara yang mempunyai perlembagaan tidak semestinya
tidak semestinya bersifat demokrasi. Negara yang tidak member hak kepada rakyat
berperanan dalam pemerintahan tidak dianggap sebagai Negara demokarsi walaupun
mempunyai perlembagaan. Sistem demokrasi raja berperlembagaan juga tidak dapat
dikategorikan sebagai demokrasi sebenar kerana kuasa

memerintah tidak muktamad.

Demokrasi berperlembagaan sebenar ialah apabila rakyat diberikan peranan besar dalam
memilih pemerintah yang adil secara bebas tanpa paksaan.
Ciri-ciri demokrasi berperlembagaan diantaranya ialah terdapatnya pembatasan kuasa
pemerintah dalam sesebuah negara. Pemerintah tidak boleh bertindak sesuka hati dengan
tindakan tertentu terhadap rakyat. Perlembagaan sama ada bertulis atau tidak akan mengawal
dan mengatur setiap hak yang dipersetujui. Menurut Lord Acton, manusia yang berkuasa
mempunyai kecenderungan menyalahgunakanya.
Terdapat pemisahan kuasa iaitu kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam
demokrasi berperlembagaan di mana kekuasaan tidak terletak pada satu kelompok manusia
atau individu sahaja. Begitu juga terdapatnya perlembagaan sama ada bertulis atau tidak
yang menjamin hak asasi setiap warga negara. Hak setiap individu menyatakan pendapat, hak
berorganisasi bahkan hak membangkang juga perlu dilidungi.
Negara mesti mengadakan pilihanraya umum secara adil dan tanpa paksaan. Setiap
warga negara yang layak mempunyai hak untuk memilih pemimpin tanpa paksaan. Rakyat
juga bebas menikmati hak untuk berkempen, berhimpun dan sebagainya
15

KESIMPULAN
Pengenalan sistem demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mengutamakan
kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi hak rakyat untuk
bersuara dan kehendak majoriti. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan
membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan
dengan authokrasi . Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang
diamalkan oelh masyarakat dunia.. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi
bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan
ini, pemerintahan jenis demokrasi adalah yang paling dominan.
Demokrasi adalah satu struktur atau cara masyarakat disusun. Selain itu juga corak
pemerintahan ssebuah Negara adalah ditentukan oleh rakyat atau dikenali sebagai
pemerintahan oleh rakyat. Menurut Abraham Lincoln bahawa demokrasi adalah sebuah
pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat.
Selepas Perang Dunia ke dua, banyak Negara telah mendakwa sebagai Negara yang
mengamalkan demokrasi serta menjunjung kepentingan rakyat semasa memperkenalkan
dasar mahupun semasa menindas rakyat. Pada dasarnya tidak semua Negara demokrasi
mengamalkan yang pemerintahan rakyat mendatangkan kebaikan. Rakyat perlu sedar tidak
semua permintaan akan ditunaikan sepenuhnya oleh pemerintah.

16

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SISTEM DEMOKRASI


Kerajaan demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat mesti bekerjasama untuk mencapai
kepentingan bersama. Demokrasi dianggap sebagai satu amalan yang baik dan disanjung
kerana beberapa faktor. Pertama, demokrasi prihatin atau peka tehadap kepentingan rakyat.
Tidak seperti corak pemerintahan monarki, dictator atau autokrasi yang memberi keutamaan
kepada golongan minoriti yang memegang kuasa atau memerintah.
Kedua, demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia
menganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layanan yang sama harus diberikan.
Ketiga, rakyat biasa adalah golongan yang harus diberikan keutamaan dalam segala lapangan
politik supaya tidak merasa tertindas. Rakyat diberi hak untuk terlibat sama dalam
menentukan dasar dan polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak untuk membantah segala
cadangan kerajaan jika didapati ianya tidak memnuhi kehendak rakyat atau menyeleweng
dari dasar yang telah diperetujui.
Keempat, demokrasi berasaskan prinsip kesamarataan dari aspek hak. Setiap rakyat dianggap
mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang
sama. Demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat manusia dilahirkan sebagai hamba dan
hanya kaum elit mempunyai hak kebebasan. Kelima, penglibatan rakyat dalam kerajaan
demokrasi boleh membangunkan pemikiran seseorang dan boleh mengelakkan rakyat dari
perasaan rendah diri. Kerajaan juga mengadakan pilihanraya untuk rakyat memilih wakil
mereka yang bakal memerintah dengan bebas dan tanpa paksaan. Tindakan demokrasi
memberi hak kepada rakyat dalam memilih kerajaan adalah kerana sejarah mendedahkan
bahawa kerajaan yang diperintah minoriti banyak menimbulkan masalah seperti penindasan.
Keenam, demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan
sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaanmalahan juga pemerintahan rakyat dianggap
17

lebih baik dalam membangunkan sifat-sifat yang dikehendaki. Demokrasi menjadikan rakyat
lebih berinisiatif dalam dalam menyelesaikan masalah serta menjadikan rakyat yang pasif
menjadi aktif.
Ketujuh, rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam
menentukan kerajaan yang memerintah. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin
kehidupan dan impian mereka dalam pelbagai aspek kemajuan ekonomi, sosial, politik,
pentadbiran. Komunikasi dan pendidikan yang merupakan asas penting dalam landasan
sebenar menjuju kejayaaan. Kesembilan. Salah satu cara terbaik untuk menyatupadukan
rakyat dan menggalakkan mereka bekerjasama adalah melalui demokrasi iaitu dengan
menghubungkan individu dengan dengan kumpulan untuk tujuan sosial.
Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mutlak
adalah sangat sukar kerana dalam pembentukan sesebuah Negara memerlukan satu keadaan
tidak berlakunya berat sebelah dalam sistem pemerintahan. Demokrasi pada hari ini
bergantung kepada pilihanraya dengan penglibatan rakyat sebagai pengundi untuk
menentukan siapa yang akan memerintah. Pada amnya demokrasi merupakan satu sistem
pemeritahan yang terbaik kerana mengekalkan sistem yang melibatkan rakyat dalam proses
pemerintahan negara.

18

BAHAYA DEMOKRASI KEPADA DUNIA ISLAM


Penulis mengaku secara jujur akan kebaikan prinsip-prinsip yang terdapat dalam
sistem demokrasi, walau pun terdapat beberapa ruang kelemahan yang boleh disalahgunakan
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun demikian, penulis tidak dapat menerima
sistem demokrasi dinobatkan dan diamalkan dalam susun atur hidup bernegara.
Demokrasi pada umumnya mementingkan suara majoriti rakyat dalam pembentukan
sesebuah negara dan juga perlaksanaan undang-undang yang menjamin hak rakyat dalam
sistem pemerintahan. Perlembagaan sama ada bertulis atau tidak dicipta untuk memastikan
sistem ini berjalan lancar dan tidak berlaku penyelewengan kuasa di dalam kerajaan yang
memerintah.
Walaubagaimana pun hakikat yang perlu diketahui ialah rujukan tertinggi undangundang dan tata kelola hidup bernegara untuk semua manusia di dunia ini mestilah
bersumberkan Al Quran dan Al Sunnah. Mereka yang mendukung tegar sistem demokrasi ini
mungkin boleh berhujah bahawa sistem demokrasi selari dengan ajaran Islam atau pun
perlembagaan yang tertulis adalah berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah tetapi sistem
demokrasi itu sendiri ternyata banyak menyimpang dari ajaran Islam.
Demokrasi direka cipta oleh manusia berdasarkan pengalaman perjuangan pahit getir
mereka dalam usaha untuk mendapatkan jaminan hak-hak asasi yang telah dinafikan oleh
golongan minoriti pemerintah. Manakala Syariat Islam adalah Wahyu yang diturun oleh
Allah, pencipta langit dan bumi dan seluruh isinya melalui AlQuran dan Al Sunnah dan
disampaikan oleh rasulNya. Manusia disuruh patuh dan tunduk kepada hukum Allah dan
meninggalkan hukum-hakam yang dicipta oleh manusia. Bagi mereka yang menerima
demokrasi, merka telah tunduk kepada hukum taghut ( syariat selain Islam) sedangkan Allah
berfirman di dalam al Quran, Tidakkah engkau wahai Muhammad melihat mereka yang
19

mendakwa beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada engkau dan kepada
mereka sebelum engkau, mereka mahu berhukum dengan taghut sedangkan merekat
telah diperintah supaya meninggalkannya, (Al Nisa:60).
Dalam sistem demokrasi, calon yang bertanding dalam pilihanraya akan dianggap
menang berdasarkan kepada jumlah majoriti undi yang diperolehi. Dalam erti kata lainnya,
jumlah undi majority akan menjadi penentu sama ada sesebuah rang undang-undang atau
calon pilihanraya itu diterima atau tidak. Kaedah ini adalah bertentangan sama sekali dengan
Syarak. Dalam Islam, seseorang itu hanya dianggap layak untuk menjadi pemimpin sekiranya
dia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Sama ada dia disokong majority
rakyat atau tidak, ianya tidak boleh dijadikan kayu ukur. Begitu juga dalam menetapkan
mana-mana undang-undang. Ia perlu dikembalikan kepada hukum syarak dan bukan undi
majoriti.
Mereka yang mengamalkan demokrasi secara sedar atau tidak menampakkan seolaholah syariat islam itu belum sempurna kerana apa yang pasti kaedah atau sistem demokrasi
dan pilihanraya yang diadakan bukan dari pada Islam. Mereka yang menerima demokrasi dan
mengajak orang lain untuk turut serta menerimanya, seolah-olah beranggapan bahawa masih
ada lagi perkara-perkara baik yng tidak diajar oleh Islam. Sesungguhnya apa yang telah
diturunkan oleh Allah sudah cukup sempurna, mencakupi semua urusan dunia yang perlu
diketahui oleh manusia. Allah berfirman Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi
kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmatKu kepada mu dan Aku telah meredhai
Islam itu menjadi agama kamu (Al Maidah:3).
Sebagai seorang muslim, keimanan yang ada padanya. Sepatutnya menjurus kepada
menyokong dan membantu apa yang diredhai Allah (Wala) serta menolak dan berlepas diri
daripada apa yang dimurkai Allah (Bara). Hal ini berlainan dalam demokrasi di mana
20

maslahat individu atau parti mendahului segala-galanya. Apa yang dilihat baik untuk diri atau
parti akan didahulukan walaupun dengan menggadaikan prinsip agama itu sendiri. Manakala
apa yang tidak baik untuk diri atau parti akan ditolak dan diperangi walaupun ia sebahagian
dari agama.
Mereka yang melaungkan Islam serta mahu berhukum dengan syariat islam tetapi
dalam masa yang sama menyertai demokrasi sekular barat. Mereka ini bukan sahaja berdusta
kepada diri mereka sendiri tetapi telah mengelirukan masyarakat awam umat Islam.
Pilihanraya dalam sistem demokrasi sama sekali tidak sama dengan sistem Syura
dalam politik islam. Berbeza dengan sistem pilihanraya demokrasi, anggota syura yang
bertanggungjawab melantik pemerintah hanya boleh dianggotai oleh orang-orang soleh yang
mempunyai ilmu dan ketokohan dalam bidang masing-masing. Sama sekali ia tidak boleh
dianggotai oleh masyarakat awam yang jahil dan apatah lagi yang bukan islam mahu pun
pelaku-pelaku maksiat dan bidaah. Hal ini hanya akan berlaku dalam pilihanraya atau
parlimen yang berdiri di atas sistem taghut demokrasi.
Tidak ada demokrasi tanpa kepartian dan tidak ada demokrasi tanpa kerajaan dan
pembangkang.

Konsep kepartian mewujudkan sikap taksub kepada parti. Sudah tentu

semangat persaudaraan islam tidak lagi diambil kira. Sebaliknya apa yang penting adalah
parti. Saudara seislam yang tidak setuju dengan parti mereka akan dimusuhi dan dianggap
sebagai lawan. Akhirnya, hak-hak persaudaraan islam seperti memberi salam, melawat orang
sakit, mengikuti jenazah ke kubur, menghadiri undangan dan sebagainya telah dinafikan.
Doktrin demokrasi yang menyatakan bahawa pemerintah sesebuah Negara hanya
layak untukmemerintah untuk tempoh 4-5 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh itu, pemerintah
tidak lagi dianggap sah dan pilihanraya perlu diadakan. Tempoh pemerintahan perlu dihadkan
bagi menghalang pemerintah menyalahgunakan kuasa dan menjadi kuku besi. Apa yang
21

pasti, Syarak apabila menyatakan tentang kewajipan taat dan patuh kepada pemerintah ia
tidak pula menetapkan tempoh yang tertentu. Sebaliknya, selagi pemerintah yang memegang
tampuk kuasa berlaku adil dan membuat kebaikan, ketaatan perlu diberikan. Ada pun dalam
perkara kejahatan dan penyelewengan, ketaatan kepada pemerintah tidak perlu diberikan.
Amalan para Khulafa Al Rasyidin dan para khalifah islam yang datang selepas mereka
bertentangan dengan penetapan ini. Ini kerana sejarah islam telah menunjukan bahawa para
khalifah islam telah memerintah tanpa sebarang tempoh masa bahkan majority mereka telah
memerintah hingga ke akhir hayat. Ini jelas menunjukkan persepakatan umat islam dalam hal
ini.

22

23

Anda mungkin juga menyukai