Anda di halaman 1dari 16

Konsep Sains Sosial 1.

0 : Pengenalan Bidang sains sosial dan kaedah penyelidikan sains


sosial menawarkan langkah untuk mengkaji dan seterusnya memahami tindakan dalam isu-
isu berkaitan dengan sosial manusia. Di samping memberikan pandangan dan prosedur secara
teknikal bagi meneliti perkara yang tidak terungkai yang terlepas dari pandangan masyarakat
berhubung dengan soal yang ada kaitan dengan manusia itu sendiri. Kajian sains sosial
meliputi kajian tentang proses kehidupan sosial manusia seperti sosialisasi manusia, interaksi
sosial, perubahan budaya, perubahan sosial, stratifikasi sosial atau kelas sosial, mobiliti dan
konflik sosial dan sebagainya. Matlamat kepada pengkajian sains sosial ini adalah untuk
mencapai kemajuan dan perkembangan. Selain mengecapi keseimbangan, kestabilan, dan
keharmonian dalam masyarakat. Jika diteliti, kebanyakan daripada pengkajian sarjana sosial
adalah merupakan sumber emosi yang teguh dan menyakinkan bagi masyarakat secara
amnya. Pengkajian membolehkan persoalan yang berkesan menjadi suatu fakta. Nilai yang
diperolehi menerusi kaedah kajian sains sosial adalah ia menawarkan suatu cara untuk
mengenalpasti sesuatu isu menerusi pemerhatian dan secara logik. Kaedah kajian sains sosial
secara tidak langsung turut membuka peluang untuk menangani permasalahan dan menerokai
pengalaman dalam membuat perubahan sosial dan masyarakat. Dalam penyelidikan sains
sosial, terdapat 2 bentuk data yang dapat dikategorikan iaitu data kualitatif dan data bentuk
kuantitatif yang masing-masing menggunakan pendekatan yang berbeza dalam mengkaji
sesuatu kes. Pengumpulan data kuantitatif merangkumi teknik seperti eksperimen, survei,
analisa kandungan, atau statistik sedia ada. Manakala data berbentuk kualitatif pula
melibatkan teknik seperti kerja lapangan, temubual, pemerhatian ikut serta dan pemerhatian
tidak ikut serta. Oleh yang demikian, kaedah mengumpulkan data adalah penting dalam
pengkajian sains sosial kerana terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan untuk
melakukan penyelidikan dan kepentingannya akan dibincangkan dengan lebih jelas. 2.0 :
Konsep Sains Sosial Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan
masyarakat. Secara khususnya ia merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk
mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan
untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et.
al. 2001 : 10). Ilmu sains sosial ialah ilmu mengenai manusia, terutamanya semua aspek
mengenai kehidupan manusia berkelompok (Hunt & Colander.1993 : 4), dan penyelidikan
sosial adalah lebih daripada pengumpulan kaedah dan ia merupakan proses untuk membentuk
pengetahuan dan juga merupakan proses untuk menghasilkan pengetahuan baru mengenai
dunia sosial dengan menggunakan kaedah saintifik (Newman.1997 : 5). Terdapat beberapa
disiplin dalam sains sosial di antaranya ialah Sejarah, Sains Politik, Ekonomi, Psikologi,
Antropologi, Sosiologi, Undang-undang dan Linguistik. Sejarah merupakan salah satu
disiplin dalam sains sosial yang mengkaji tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku
seperti perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat, kawasan,
negara dan tamadun manusia berdasarkan maklumat yang di perolehi daripada dokumen lama
seperti surat, diari, catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi (Sharifah
Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 14). Menurut beliau lagi, disiplin sains politik adalah
kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa dalam sistem politik yang berbeza-beza. Ahli
sains politik selalunya meneliti sumber kuasa, bagaimana orang menggunakan kuasa, siapa
menggunakannya, perebutan kuasa, dan proses mengawal dan menghadkan kuasa. Menurut
beliau lagi, isu-isu yang lazimnya di minati ahli sains politik termasuklah konflik dan
kestabilan dalam sesuatu sistem politik, political alignment dan organisasi, badan-badan
dalam sistem pentadbiran, parti politik, kelompok kepentingan dan pertubuhan bukan
kerajaan. Tambah beliau lagi, ekonomi merupakan kajian tentang pengeluaran, pengagihan
dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam sistem ekonomi yang berbeza-beza.
Menurut beliau lagi, ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada bagaimana sebuah
masyarakat menentukan bagaimana dan untuk apa sumber produktifnya yang terhad
digunakan. Di antara perkara yang di minati ahli ekonomi termasuk pola-pola gunatenaga
manusia sehubungan dengan perubahan demokrasi, pertukaran barangan, penentuan harga
barangan, sistem perbankan dan lain-lain lagi. Psikologi adalah kajian mengenai tingkah-laku
dan proses mental manusia (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 15). Tambah beliau
lagi, ahli psikologi lazimnya meneliti individu, interaksi semuka (face to face interaction) dan
kelompok kecil untuk memahami antara lain mekanisme yang terlibat dalam proses
pengamatan dan pembelajaran, pembentukan sahsiah, identiti kendiri dan stuktur-struktur
kognitif. Menurut beliau lagi, antropologi adalah sains mengenai manusia di mana
merangkumi beberapa sub-disiplin yang meninjau perkembangan biologi manusia, hubungan
biologi antara kelompok-kelompok manusia dan prinsip-prinsip yang mendasari tingkahlaku
dan hubungan sosial dalam sesebuah masyarakat, biasanya masyarakat bukan-Barat. Tambah
beliau, antropologi merangkumi sub-disiplin antropologi fizikal, arkeologi, genetik, dan
antropologi sosial. Menurut beliau lagi, ahli antropologi sosial menumpu perhatian kepada
budaya, tingkahlaku manusia, nilai, peraturan dan adat resam yang di hasilkan oleh manusia
dalam masyarakat tertentu. Menurut beliau lagi, sosiologi merupakan kajian mengenai
struktur sosial, tindakan sosial,budaya dan gaya hidup dalam sesebuah masyarakat. Ahli
sosiologi biasanya mengkaji masyarakat maju, industri, dan moden, dan meninjau aspek-
aspek tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat berkenaan. Tambah beliau lagi, aspek-
aspek dalam kehidupan sosial adalah seperti bentuk-bentuk famili, proses penuaan,
pembangunan, perubahan sosial, pendidikan, kesihatan, devians, jenayah, gender,riadah,
hubungan etnik, dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi usaha menguji dan menghasilkan
kaedah penyelidikan baik kaedah kualitatif mahupun kuantitatif termasuk dalam sosiologi.
Disiplin undang-undang merupakan bidang kajian yang memfokus kepada peraturan yang
mengawal tindakan manusia dan statut atau rang undang-undang yang di gubal dan di
laksanakan oleh pihak berkuasa (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 15). Menurut
beliau lagi, ilmuan sosial yang meminati fenomena undang-undang biasanya menanalisa jenis
undang-undang, sistem undang-undang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik,
hubungkait institusi undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah masyarakat.
Tambah beliau lagi, linguistik merupakan kajian saintifik tentang bahasa dan pertuturan.
Menurut beliau lagi, ahli linguistik meneliti bermacam-macam aspek tentang bahasa.
Antaranya ialah bagaimana bahasa-bahasa manusia berbezaatau berkaitan antara satu sama
lain, bagaimana manusia menyusun perkataan dan bunyi untuk berkomunikasi antara satu
dengan lain, sejauhmana bahasa mempengaruhi pengamatan dan pemikiran manusia,
hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya. Geografi merupakan sains yang
memerihalkan berbagai-bagai aspek tentang bumi serta ciri-ciri fizikalnya, iklim,
pembahagian bumi berasaskan sifat semulajadinya dan proses politik, dan kegiatan-kegiatan
manusia (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 15). Menurut beliau lagi, disiplin
geografi terbahagi kepada geografi fizikal dan geografi manusia. Tambah beliau lagi, geografi
fizikal merangkumi analisis tentang wilayah manakala geografi manusia memfokus kepada
interaksi antara manusia dan wilayah. 3.0 : Lampiran A Data Kuantitatif Data Kualitatif
Mengukur fakta-fakta yang lebih bersifat objektif. Membina realiti sosial dan makna
kebudayaan. Fokus kepada pemboleh ubah. Fokus kepada proses interaktif. Kepercayaan
(reliability) adalah penting. Ketulenan adalah penting. Nilai bebas. Nilai adalah terang dan
jelas. Konteks bersifat bebas. Konteks adalah terkawal. Kes dan subjek yang ramai. Kes dan
subjek yang kurang. Penyelidik tidak turut serta atau tidak terlibat dalam kajian. Penyelidik
turut sama terlibat dalam kajian. 4.0 : Kepentingan Penyelidikan Saintifik Sememangnya
penyelidikan saintifik dalam sains sosial amat penting kerana ia memberikan informasi atau
maklumat yang ingin diketahui terutamanya dalam mengkaji disiplin-disiplin sains sosial.
Memahami teori, pengkajian dan analisis perkaitan di antaranya yang mana setiap darinya
memiliki peranan masing-masing untuk menyelesaikan bahagian yang tertentu dalam
keseluruhan kajian yang dibuat. Selain itu, penggunaan alatan dan kemahiran melalui
pendekatan saintifik yang teliti dan tegas ketika membincangkan isu dalam falsafah sains
juga penting. Di samping menggalakkan penyesuaian dalam menganalisis berbagai
pembolehubah berbanding dwi-pemboleh ubah yang kurang rumit dalam pengkajian sains
sosial (Sedlack & Stanley, 1992 : ix). Di samping itu, penyelidikan sains sosial juga penting
bagi menganalisis fenomena alam tabii, ini kerana ianya merupakan analisis tentang
kehidupan seharian, atau pengalaman secara subjektif kehidupan harian ( Wysocki. 2004 :
13). 4.1 : Langkah Penyelidikan Sains Sosial Secara konseptualnya, pengetahuan saintifik
ialah ilmu pengetahuan yang telah secara sistematik dihimpunkan, diklasifikasikan,
berhubungan dan ditafsir (Hunt & Colander. 1993 : 4). Kaedah saintifik juga merujuk kepada
idea-idea, peraturan, teknik-teknik dan pendekatan yang digunakan oleh komuniti saintifik
(Newman.1997 : 9). Terlebih dahulu, penyelidik hendaklah mendefinisikan masalah ia
merupakan langkah yang terpenting dalam penyelidikan. Sekiranya masalah dapat di
definisikan dengan betul, ia boleh menyelamatkan satu jumlah tenaga besar. Contohnya
sekiranya anda tidak tahu apa yang anda lakukan, tidak kira berapa baik yang anda mampu
lakukan ia tidak akan berkesudahan. Tajuk yang pilih untuk pelbagai sebab, mungkin kerana
ia meningkatkan isu-isu sains sosial kepentingan asas, mungkin kerana ia telah tiba-tiba
menjadi satu tumpuan kontroversi, atau mungkin kerana dana-dana penyelidikan telah
didapati. Sebagai contohnya, Mahmood Nazar dalam tesisnya ingin meneliti perubahan dari
segi psikologikal penagih dadah dalam masyarakat kerana beliau melihat bahawa penagih
dadah itu sendiri merupakan sebahagian daripada masyarakat. Sebarang masalah yang
dihadapi oleh golongan sedemikian juga merupakan masalah yang harus direnungi bersama.
Langkah yang seterusnya ialah menyemak hasil tulisan, yang mana pengetahuan tentang hasil
tulisan yang berkaitan adalah penting kerana ia menyediakan latar belakang, cadangan
pendekatan, menunjukkan apa telah telah dikaji dan belum dikaji, dan mengelakkan daripada
membuat pengulangan. Selepas hasil tulisan disemak, suatu teori rangka kerja dibina dan
hipotesis dirumuskan, penyelidik akan membuat satu kenyataan untuk meramal kajian-kajian
dan mengapa setiap terma-terma dalam kenyataan di dalam rangka penyelidikan. Kemudian
barulah penyelidik boleh menentukan dan memilih satu bentuk penyelidikan yang
diingininya, iaitu sama ada dengan menggunakan kaedah kajian (survey), satu ujian
(experiment), satu kajian pemerhatian (observation), menggunakan sumber-sumber yang ada,
atau satu kombinasi. Pilihan perlulah teliti kerana merancang adalah perkara utama proses
menyiapkan penyelidikan. Setelah itu, penyelidik boleh memulakan kerja-kerja
mengumpulkan data dan membuat penelitian dengan merekodkan data yang diperolehi
sepanjang tempoh kajian atau penyelidikan. Hanya selepas data selesai dikumpul, penyelidik
akan mengambil langkah untuk menganalisis keputusan atau hasil kajiannya. Apabila semua
data telah diperolehi, fakta-fakta diklasifikasikan bagi mengenalpasti tren-tren, mengiktiraf
hubungan-hubungan, dan menjadualkan maklumat supaya ianya tepat untuk dianalisa dan
ditafsir. Selepas ini, teori boleh diterima, ditolak ataupun diubahsuai bagi memenuhi
kehendak kajian. Pada tahap membuat kesimpulan, laporan hendaklah disediakan dan
ringkasan langkah-langkah yang telah dibuat dan perbincangan mengenai penemuan daripada
penyelidikan tersebut dinyatakan dalam laporan ini. Satu laporan yang baik akan
menerangkan kesimpulan-kesimpulan kajian, mencadangkan andaian-andaian boleh
diubahsuai disebabkan keterangan yang baru, dan soalan yang mungkin tidak berjawab dan
seterusnya untuk kajian lanjut (Hunt & Colander.1993 : 18) 4.2 : Kaedah-kaedah dalam
Penyelidikan Saintifik Dalam penyelidikan saintifik, terdapat tiga kaedah utama yang
digunakan untuk melakukan penyelidikan dalam sains sosial. Kaedah pertama ialah
menggunakan kaedah tinjauan iaitu sama ada menggunakan teknik temubual atau soal
selidik. Teknik mengumpulkan data melalui soal selidik merangkumi bahan pengukur di
mana responden perlu membaca dan memberi respon kepada persoalan yang dikemukakan
dan ianya amat sesuai bagi pengkaji yang memiliki idea teguh terhadap objektif kajiannya.
Soal selidik berasaskan teknik yang tidak tersusun yang memerlukan responden untuk
memberi jawapan sendiri jarang digunakan dan ianya mempunyai sedikit masalah kerana
memerlukan responden untuk bermotivasi tinggi ketika menjawab soal selidik tersebut.
Dalam mereka bentuk jadual, arahan hendaklah bercirikan soalan yang jelas dan jadual
tersebut perlulah ringkas dan mudah untuk difahami responden. Responden tidak boleh
diiring oleh penyoal selidik dan perangkaan yang rapi adalah amat penting kerana
keterjaminan data bergantung kepada tindak balas responden (Sedlack & Stanley. 1992 :215-
216 ). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular untuk mengumpul data dalam
kajian sains sosial. Penyelidik akan menyediakan soal selidik tertentu mengikut piawai yang
di tetapkan dan menyerahkannya kepada responden. Langkah awal yang perlu di lakukan
penyelidik adalah mengenalpasti masalah kajian dan konsep yang digunakan serta bagaimana
ia beroperasi. Ia melibatkan proses abstration. Penyelidik perlu mendapatkan definisi-
definisi yang menerangkan konsep serta perkaitannya. Terdapat tiga cara dalam kaedah
tinjauan iaitu secara individu (self-administered questionnaires), temubual dan tinjauan
menggunakan telefon. Penghantaran borang soal selidik melalui surat merupakan kaedah
yang selalu digunakan penyelidik dalam tinjauan individu. Penyelidik juga boleh menghantar
soal selidik dengan membuat temujanji dan menghubungi responden dari rumah ke rumah
(Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 76). Adakalanya penyelidik bersemuka secara
terus dengan responden setelah borang soalselidik dihantar kepada responden. Melalui
kaedah tinjauan secara individu ini responden boleh menjawab soalan yang diajukan tanpa
rasa takut dan sangsi. Selain itu, melalui kaedah ini juga memudahkan penyelidik
menyelenggarakan penyelidikan mereka dengan lebih senang dalam kumpulan yang kecil.
Untuk mengatasi masalah borang soal selidik tidak dikembalikan, penyelidik mengambil
inisiatif dengan menyediakan borang soal selidik yang lengkap dengan beralamat serta setem
untuk di kembalikan. Melalui pendekatan ini ia bergantung kepada kecekapan penyelidik
dalam menyatakan maksud kajian dengan mudah, ringkas dan menetapkan tempoh masa
yang munasabah untuk responden memberi maklum balas. Apabila cara menghantar jawapan
secara pos tidak berkesan, penyelidik perlu mendapatkannya sendiri ataupun menggunakan
kaedah temubual (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 76). Terdapat juga penemuan
baru dalam kaedah tinjauan secara individu seperti penggunaan komputer dan internet.
Terdapat beberapa teknik baru yang sedang dicuba (Nicholls, Baker, dan Martin 1996 dalam
Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001: 77) iaitu seperti : CATI (Computer assisted
telephone interviewing). Responden mendapat soalan melalui telefon dan menjawab soalan-
soalan secara dalam talian. CAPI (Computer assisted personal interviews). Sama dengan
CATI tetapi soalan di kemukakan secara temubual bersemuka. CASI (Computer assisted self
interviewing). Penyelidik membawa computer ke rumah responden dan responden menjawab
sendiri soalan dan memberi jawapan di computer. TDE ( Touchtone data entry). Responden
menghubungi nombor telefon penyelidik dan menjawab soalan dengan menekan nombor-
nombor telefon tertentu. Pada masa kini penggunaan internet adalah secara meluas, pelbagai
teknik tinjauan secara on-line telah diwujudkan. Kita berkemungkinan menyaksikan proses
pengumpulan yang lebih mudah dan berkesan di masa hadapan. Penggunaan telefon mungkin
murah dan cepat namun penyelidik tidak dapat bersemuka dengan responden dan kesannya
mungkin penyamaran dan ketidakabsahan jawapan (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al 2001
: 77) Kaedah kedua dalam penyelidikan sains sosial ialah kaedah kerja lapangan (Field
Work/Study). Dalam kaedah ini, erdapat beberapa teknik yang selalu digunakan oleh
penyelidik sains sosial dalam kerja lapangan (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78).
Pertamanya ialah teknik pemerhatian turut serta (Participant Observation) iaitu penyelidik
diperlukan untuk turut serta dalam dalam kehidupan atau proses sosial yang berlaku (Sharifah
Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Sekiranya penyelidik ingin memahami bagaimana
proses strategi pilihanraya dan kempen di buat oleh parti tertentu, penyelidik itu akan
menganggotai parti tersebut dan cuba terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat parti politik yang
berkaitan pilihanraya. Penyelidik bukan sahaja membuat kajian tetapi turut serta dalam kerja-
kerja pilihanraya. Teknik kedua ialah melalui temubual intensif (In-Depth Interview) yang
mana ianya dilakukan secara lebih mendalam, tidak formal dan berkaitan topik-topik yang
ringan sebelum menjurus kepada topi yang lebih serius (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al.
2001 : 78). Isu-isu yang dibincangkan berkaitan dengan isu-isu biasa tentang kehidupan dan
kemudiannya menjurus kepada topik sebenar. Misalnya penyelidik berkumpul dengan ahli-
ahli mesyuarat parti di kedai kopi sambil bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti
Malaysia kalah dalam perlawanan bola sepak sebelum secara mendalam bertanya tentang
penyertaan seseorang dalam parti politik tersebut. Teknik ketiga yang termasuk dalam kadah
kerja lapangan ialah kajian kes. Kajian kes biasanya bersifat kajian yang idiografik tentang
individu, kumpulan, dan masyarakat (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78).
Sebagai contoh, seorang ahli sains politik mengkaji tentang pergerakan politik tertentu
ataupun seorang ahli sosiologi mengkaji tentang umpulan pekerja dalam sesebuah Bandar.
Tambah beliau lagi, pengkaji biasanya akan mengfokus pada kumpulan tertentu di lokasi-
lokasi tertentu dan pada masa yang tertentu. Teknik yang keempat adalah menerusi teknik
etnografi dan ini biasanya di kaitkan dengan disiplin antropologi (Sharifah Zaleha Syed
Hassan, et. al. 2001 : 78). Teknik ini biasanya merujuk kepada kajian pemahaman dan
pemerhatian terhadap budaya dan sub budaya. Sebagai contoh, kajian tentang amalan puja
pantai dikalangan masyarakat Melanau di kawasan pesisiran Pantai Mukah di Sarawak yang
mana kajian ini bertujuan memahami budaya masyarakat Melanau dan membezakan ciri-ciri
budaya atau melihat persamaannya dengan budaya lain, serta pengaruh budaya dalam
kehidupan sosial yang lain. Kaedah penyelidikan saintifik yang terakhir ialah menerusi
kaedah unobstructive. Kaedah ini biasanya dilakukan apabila sukar untuk mendapatkan
reaksi dari responden kerana mereka tidak menunjukkan reaksi terhadap penyelidikan
ataupun tidak bertindakbalas terhadap proses ukuran yang di jalankan oleh seorang
penyelidik (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al 2001 : 78). Terdapat tiga bentuk ukuran yang
biasanya di gunakan dalam kaedah ini (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78).
Ukuran yang pertama adalah melihat bukti-bukti fizikal yang boleh menunjukkan kesan
tingkahlaku sosial seseorang. Keduanya, iaitu dengan meneliti bahan peninggalan, seperti
dokumen, rekod, surat khabar ataupun buku. Dengan melihat laporan dan statistik yang
ditulis, maka penyelidik dapat gambaran tentang realiti sosial yang ingin di kaji. Penyelidik
juga boleh melakukan teknik analisis kandungan (content analysis) seperti melihat berapa
kerap isu atau nama seseorang ahli politik muncul dalam surat khabar ataupun televisyen.
Ukuran ketiga, pemerhatian yang dibuat secara tidak langsung dan tidak formal. Misalnya
melihat simbol parti politik yang disukai oleh seseorang ataupun respon seseorang terhadap
poster pilihanraya. 4.3 : Kepentingan Mengumpulkan Data Kaedah mengumpulkan data
merupakan satu kaedah yang paling penting dalam pengkajian sains sosial berasaskan kepada
10 sebab iaitu skop kajian, empirikal, keesahan, pengetahuan, reliabiliti, gambaran umum,
penyelesaian, keberkesanan, rasional dan peristiwa. Kaedah mengumpulkan data dapat
membantu menetapkan skop kajian dalam penyelidikan sains sosial. Sebagai contoh, Humaizi
dalam tesis sarjananya yang mengkaji tentang pendedahan media elektronik Malaysia dan
Indonesia terhadap masyarakat di beberapa daerah Acheh Timur telah menetapkan skop
kajiannya berasaskan kepada faktor-faktor seperti taraf pendidikan jenis pekerjaan, umur
lebih daripada 18 tahun dan menetapkan tempoh kajiannya dalam masa 3 minggu bagi
memudahkan kajiannya. Selain itu, kaedah mengumpulkan data juga penting dari segi faktor
empirikal. Seperti mana yang dinyatakan oleh Humaizi dalam tesis beliau, beliau
menggunakan kaedah temubual dari rumah ke rumah yang dilakukannya bagi mendapatkan
data. Pada pendapat beliau, adalah lebih baik kiranya ianya adalah melalui pengalaman
menanyakan responden itu sendiri. Dengan merujuk kepada tesis sarjana Humaizi sekali lagi,
melalui hasil daripada kajiannya masyarakat dapat mengetahui kesan pendedahan media
elektronik Malaysia terhadap tahap kesedaran dan juga kesetiaan responden dari Acheh
Timur. Oleh itu, kaedah mengumpul data juga memberikan data daripada pengkajian sebagai
salah satu bentuk pengetahuan kepada masyarakat. Sebagai mana yang dikemukakan oleh
saudara Mahmood dalam tesis doktor falsafahnya yang mengkaji tentang perubahan aspek
psikologikal penagih dadah yang mengikuti program pemulihan di pusat serenti. Beliau
menggunakan teknik Cronbach Alfa untuk menilai dan menguji ketepatan tingkah laku secara
konsisten. Berdasarkan kepada koefisyen alfa yang diperolehinya iaitu nilai sebanyak 0.689,
Mahmood telah menyatakan bahawa ukuran kajian tersebut bertepatan dan mempunyai
reliabiliti kerana bersesuaian dengan golongan responden iaitu golongan penagih dadah yang
mana tahap harga diri mereka adalah bercampur-campur. Mahmood menganggap bahawa
tahap harga diri di kalangan golongan penagih dadah lama dan baru adalah berbeza iaitu lebih
tinggi di kalangan penagih lama berbanding yang baru. Menerusi pengumpulan data juga,
pengetahuan dapat diperolehi. Masyarakat juga memperolehi serba sedikit gambaran umum
melalui pengumpulan data dalam penyelidikan sains sosial yang dijalankan oleh Mahmood.
Melalui pengumpulan datanya yang digunakan oleh Mahmood menerusi Skala Harga Diri
Rosenburgnya dapat memberikan masyarakat gambaran tentang tahap harga diri seseorang
penagih dadah dan pendapat mereka tentang sejauh mana mereka berasa yakin berada dalam
lingkungan sosial sesebuah masyarakat. Di samping itu, kaedah mengumpulkan data penting
kerana keesahan maklumat. Mahmood telah mengaplikasikan penggunaan teknik yang
pelbagai seperti Skala Harga Diri Rosenburg, Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) dan
sebagainya yang mana penyelidik mengkolerasikan setiap item dengan keseluruhan skor item
(item total) bagi mendapatkan dan memperolehi ketepatan dalam hasil kajian sebaik yang
mungkin. Dengan itu, keesahan dapat dicapai menerusi pengumpulan data. Dengan
mengambil contoh pula daripada hasil kajian Avnir dan Shor dalam A Systematic Qualitative
Evaluation of Levels of Differentiation in Families with Children at Risk, mereka telah
mengkaji tentang isu hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak yang mengalami
masalah dan seterusnya menerusi kaedah temubual yang digunakan mereka. Mereka secara
tidak langsung dapat mengemukakan cadangan bagi penyelesaian untuk masalah tersebut
iaitu dengan memberi fokus kepada nilai kekeluargaan itu sendiri dengan keunikan yang
terdapat pada anak itu sendiri, langkah penyesuaian, memberi privasi dan sebagainya
(Wysocki. 2004 : 111-120). Keberkesanan juga diperolehi menerusi kaedah mengumpulkan
data. Sebagai contohnya melalui penggunaan kaedah tinjauan seperti soal selidik yang
digunakan dalam kajian mereka, Avnir dan Shor menganalisis data yang diperolehi
berdasarkan soal selidik atau questionnaires untuk dijawab oleh ahli keluarga yakni dari
kalangan ibu bapa. Seterusnya, mereka mengadakan analisis kandungan berdasarkan kepada
gambaran yang diberikan oleh ibu bapa tentang hubungan kekeluargaan mereka dengan anak-
anak (Wysocki. 2004 : 111-120). Dengan itu, teknik-teknik pengumpulan data yang
bersesuaian akan memberikan keberkesanan dalam penyelidikan sains sosial. Selain daripada
itu, rasionalnya sesebuah kajian itu juga dapat diketahui menerusi kaedah pengumpulan data.
Misalnya dalam kajian Yogan dalam kajiannya berkaitan dengan tingkah laku ganas di
kalangan pelajar semenjak daripada kes tembakan yang berlaku di Columbine High School
pada April 1999. Kajian tersebut adalah rasional kerana ianya membabitkan perkembangan
moral di kalangan pelajar yang terdiri dari golongan remaja dan kanak-kanak sekolah dengan
guru di sekolah. Ianya mengkaji kesan psikologi yang dialami oleh para pelajar dan melihat
kesan dan pengaruh rakan sebaya yang membawa kepada perilaku ganas tersebut (Wycoski.
2004 : 33 - 41). Peristiwa juga merupakan salah satu sebab mengapa kaedah mengumpulkan
data merupakan kaedah yang paling penting dalam penyelidikan sains sosial. Melalui kaedah
pengumpulan data ini, kita dapat mengumpulkan data-data bagi sesuatu kes berasaskan
kepada peristiwa atau sejarah masa lampau yang kemudiannya dapat dijadikan bahan
penyelidikan dalam sains sosial. Seterusnya, dikaji selidik akan punca dan akibatnya serta
dijadikan iktibar bagi generasi akan datang. Umpamanya, kes yang dikaji oleh Yogan
berhubung dengan tragedi tembakan yang berlaku pada April 1999 di Columbine High
School secara tidak langsung mempunyai signifikan kepada masyarakat hari ini. Sebelum kes
yang berlaku di Columbine High School terdapat juga lagi beberapa kes yang hampir sama.
Khuatir akan terulangnya kejadian ini, maka dikaji situasi dan hubung kait sosial antara
pelajar dan guru untuk mengenal pasti sebab dan punca peristiwa itu berlaku (Wycoski.
2004 : 33 - 41). 5.0 : Kesimpulan Penyelidikan saintifik dalam sains sosial merupakan satu
bentuk pemerhatian bagi membentuk permasalahan kajian bagi mencari dan mendapatkan
penyelesaian bagi sesuatu perkara terutamanya yang berhubung kait dengan sains sosial.
Dalam penyelidikan sains sosial, kaedah mengumpulkan data merangkumi teknik-teknik
seperti membuat tinjauan atau survei, membuat pemerhatian, temubual, dan pemerhatian
makmal. Kaedah mengumpulkan data dikatakan merupakan kaedah yang paling penting
kerana ianya memberikan skop kajian, bersifat empirikal dari segi mendapatkan data kajian,
mempunyai keesahan, reliabiliti, rasional, dan keberkesanan data yang diperolehi. Selain itu,
kaedah mengumpulkan data turut memberikan gambaran umum, peristiwa serta pengetahuan
kepada masyarakat tentang sesuatu isu dalam sains sosial yang meliputi individu dan
masyarakat. Justeru, kaedah mengumpulkan data sememangnya merupakan kaedah yang
paling penting dari segi peranannya dalam mendapatkan data bagi penyelidikan dalam sains
sosial. 6.0 : Bibliografi
________________________________________________________________________ D.
K. Wycoski. 2004. Readings in social research methods. Edisi ke-2. Canada. Wadsworth.
Humaizi. 1993. Pelimpahan siaran media elektronik Malaysia : satu pendekatan perspektif
kegunaan dan kepuasan. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahmood Nazar Mohamed. 1995. Perubahan psikologikal
dari segi harga diri, profail personaliti dan penggunaan mekanisme bela diri di kalangan
penagih dadah yang mengikuti program pemulihan dadah serenti. Tesis Doktor Falsafah,
Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Stanley
and Sedlack. 1992. Social research : Theory and methods. Canada. Allyn and Bacon. Syarifah
Zaleha Syed Hasan et. al. 2001. Pengantar sains sosial. Pusat Pengajian Jarak Jauh. Universiti
Kebangsaan Malaysia. W. L. Newman. 1997. Qualitative and quantitative approaches. Edisi
ke-3. Canada. Allyn and Bacon

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef


Pengantar Sains Sosial Bagaimana ahli sains sosial melihat manusia? - Manusia
mempunyai sifat-sifat - kebolehan berfikir and membuat penakulan (think and
reason) - mempunyai emosi, naluri (intuition) - kebolehan berkomunikasi dan
berinteraksi dengan manusia lain melalui bahasa dan simbol-simbol - berupaya
memenuhi keperluan asas untuk survive - keupayaan membentuk dan
menggunakan alat-alat (tools) yang boleh membantu ahli-ahli kumpulan atau
masyarakat mendapatkan sumber-sumber dari persekitaran untuk survive -
boleh mengeksploitasi persekitaran untuk mendapatkan sumber-sumber terhad -
manusia adalah social animals iaitu hidup berkumpulan (organised groups)
Bagaimana ahli sains sosial melihat dan memahami kehidupan sosial (social life)
- Manusia adalah social animals - Ada keperluan untuk hidup secara
berkumpulan dan keperluan untuk survive o Dalam kehidupan berkumpulan
(social life), wujud kumpulan yang bersifat formal dan informal o wujud budaya
tertentu o ada proses-proses yang membentuk kehidupan sosial - sosialisasi,
interaksi sosial, perubahan budaya, perubahan sosial, stratifikasi sosial, kelas
sosial, mobiliti sosial, konflik sosial dalam proses kehidupan, menwujudkan
peristiwa-peristiwa yang memperlihatkan perkembangan atau kemerosotan
kumpulan atau masyarakat o Untuk memastikan kumpulan survive, umpama
dalam usaha mendapatkan sumber-sumber terhad wujud persaingan,
pergantungan, konflik, dominasi, eksploitasi, - demi untuk perkembangan
kumpulan atau masyarakat, mencapai keseimbangan, kestabilan dan
keharmonian dalam kumpulan atau masyarakat mereka Jadi, bagaimana ahli
sains sosial mengkaji masyarakat manusia? - Jadikan masyarakat manusia
sebagai bahan kajian (subject matter) o Boleh kaji dari segi individu (individuals)-
tingkah-laku individu, motif di sebalik tingkah-laku, pola-pola tingkah-laku
tertentu, kesan secara langsung dan tidak langsung dari tingkah-laku individu
e.g. kewujudan budaya, simbol, dll o Ataupun kaji dari segi kumpulan manusia
(groups) bagaimana kumpulan diwujudkan, beroperasi, berkembang dan
survive, pola-pola tingkah laku di kalangan ahli-ahli kumpulan o Kaji fenomena-
fenomena sosial dan proses-proses sosial yang wujud akibat kehidupan
berkumpulan atau kehidupan sosial sebab musabab - Wujud teori-teori dan
konsep-konsep o Cth model teori teori fungsionalisme, teori konflik o Cth
konsep-konsep masyarakat, komuniti, budaya dan kebudayaan, sistem sosial,
peranan sosial, struktur sosial, institusi sosial, organisasi sosial, norma sosial,
nilai sosial (huraian dalam bahagian tentang konsep-konsep asas) a) Model teori
fungsionalisme - Teori fungsionalisme mengandaikan pelbagai aspek atau
bahagian dalam sesuatu masyarakat mempunyai fungsi-fungsi tersendiri tetapi
yang saling berkait dan bergantungan untuk mencapai keharmonian,
kesepaduan, kestabilan dan keseimbangan dalam proses perkembangan
masyarakat yang berkenaaan - Demi mencapai keseimbangan, perubahan pada
sesuatu bahagian akan menyebabkan perubahan pada bahagian lain. -
Bahagian-bahagian atau aspek dalam masyarakat yang dimaksudkan ialah
institusi-institusi sosial, amalan-amalan dan pelbagai proses sosial - Seperti juga
teori evolusi sosial, teori fungsionalisme menyamakan masyarakat dengan
organisme biologi Teori fungsionalisme mengganggap masyarakat sebagai
organisme biologi yang boleh m enyara dirinya dan mengekalkan keseimbangan
apabila menghadapi alam persekitaran yang menggugat - Badan manusia
mempunyai pelbagai organ yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang saling
bergantungan dan bekerjasama untuk memastikan badan yang sihat. - Dalam
kontek masyarakat pula, institusi sosial, amalan, dan proses-proses sosial
mestilah bekerjasama dan bercantum agar memenuhi kehendak dan keperluan
masyarakat berkenaan, membantu mengekalkan struktur masyarakat dan
seterusnya menwujudkan kesimbangan dalam masyarakat tersebut. - Oleh itu,
institusi sosial, amalan sosial dan proses-proses sosial menyumbang kepada
kestabilan dan kesepaduan keseluruhan masyarakat dan anggota-anggotanya
dan bukan kepada individu-individu tertentu dalam masyarakat itu. - Dua jenis
fungsi yang menyebabkan proses keseimbangan dan kesepaduan dalam
masyarakat, iaitu fungsi manifest dan fungsi latent. - Fungsi bersifat
manifest apabila fungsinya diketahui umum manakala fungsi latent ialah
peranan fungsi sebenar yang tidak diketahui umum - Di akhir tahun sembilan
belas enam puluhan, teori ini dikritik kerana kelemahan-kelemahannya - Di
antara kelemahannya ialah ia terlalu mementingkan pendekatan yang
berasaskan analogi organik atau biologi - Ia juga tidak dapat menghuraikan
perubahan sosial, ketidakstabilan sosial, dan konflik dalam masyarakat secara
memuaskan kerana ia hanya mementingkan keharmonian dan kestabilan sosial
sebagai akibat daripada kerjasama dan saling bergantungan semua proses dan
aktiviti sosial - Di antara ahli-ahli teori sosial yang menggunakan teori ini ialah
pakar-pakar sosiologi seperti Talcott Parsons dan Emile Durkheim. b) Model teori
konflik - Teori konflik mementingkan peranan konflik dalam proses
perkembangan masyarakat. Teori ini muncul akibat reaksi kepada teori
fungsionalisme yang tidak dapat menerangkan perubahan dan perkembangan
masyarakat dari segi konflik sosial - Konflik adalah pertentangan secara
langsung dan sedar di antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat
bersama. - Jadi, unsur-unsur penting mengenai proses konflik dalam kehidupan
sosial termasuk pertentangan, permusuhan, kekalahan dan kemenangan, kuasa
dan interests (atau kepentingan). - Konflik dianggap sebagai perkara normal
dalam masyarakat yang tidak dapat dielakkan. - Thomas Hobbes adalah salah
seorang pengkaji dan falsafah dalam sejarah sains sosial barat yang mula-mula
sekali menarik perhatian kita kepada unsur konflik dalam perkembangan
masyarakat - Beliau berpendapat manusia sentiasa berperang dan berkonflik di
antara satu sama lain (a war of all against all) - Pelopor-pelopor seterusnya
selepas Hobbes yang wujud pada kurun ke lapanbelas ialah Karl Marx - Marx
mengatakan punca konflik ialah hubungan sosial dalam proses pengeluaran -
Dua kumpulan manusia yang bertentangan dalam proses pengeluaran; iaitu
kumpulan pemilik sumber-sumber pengeluaran yang digelar borjuis dan
kumpulan pengeluar atau pekerja atau buruh yang dinamakan proletari -
Konflik berlaku kerana burjuis mengeksploitasi para pekerja dengan memberi
upah yang tidak selaras dengan tenaga buruh mereka manakala pekerja
membantah kerana upah yang sedikit dan keadaan pekerjaan yang tidak
memuaskan. Contoh-contoh yang umum mengenai konflik di antara borjuis dan
proletariat boleh didapati dalam masyarakat kita, walaupun gelaran-gelaran itu
tidak atau jarang digunakan dalam masyarakat kita - Pada pendapat ahli-ahli
pengkaji lain, konflik adalah fenomena sosial yang penting. Sebagai contohnya,
pada abad ke dua puluh, Lewis Coser (1956) dalam bukunya bertajuk Functions
of Social Conflict berpendapat konflik bukan sahaja memainkan peranan untuk
memecah-belahkan susunan sosial dalam masyarakat tetapi juga memelihara
susunan sosial yang sedia ada - Konflik juga boleh memperkuatkan organisasi
sosial. Walaupun Ralf Dahrendorf (1959) dipengaruhi oleh Karl Marx, dalam
bukunya Class dan Class Conflict in Industrial Society, dia mengubahsuaikan idea
Marx dengan mengatakan bahawa konflik berlaku di antara beberapa kumpulan
manusia dalam proses pengeluaran, dan bukan di antara dua kumpulan manusia
utama sebagaimana yang dinyatakan oleh Marx - Umpamanya, terdapat
beberapa kumpulan buruh yang dibahagi-bahagikan mengikut kepakaran-
kepakaran yang berlainan. Dahrendorf berpendapat proses konflik menjadi rumit
dengan adanya pelbagai kumpulan manusia dan juga proses mobiliti sosial,
sebagai contohnya mobiliti atau perpindahan manusia akibat pertukaran
perkerjaan - Beliau juga mengganggap konflik sosial mempunyai dua peranan,
iaitu menyumbang kepada integrasi sistem sosial, dan kedua membawa kepada
perubahan sosial

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Konsep-konsep asas Sains Sosial - Objektif ahli-ahli sains sosial ialah mengkaji
dan memahami manusia, masyarakat dan budaya, khususnya corak kehidupan
manusia dan berbagai fenomena sosial yang berkaitan dengan kehidupan
manusia - Satu ciri utama fenomena sosial ialah sifat kolektifnya (the collective
character of social phenomena) - Fenomena sosial dikatakan bersifat kolektif
kerana fenomena sosial adalah berkenaan dengan kehidupan kelompok-
kelompok manusia (human groups and collectivities), khususnya, segala aspek
yang berkenaan dengannya (Duverger, 1961, hlm. 24-26) - Oleh itu, kuliah ini
bertujuan untuk memperkenalkan beberapa konsep asas yang menerangkan
sifat kolektif fenomena-fenomena sosial konsep-konsep itu berperanan sebagai
alat analitikal (analytical tools) untuk kajian fenomena sosial - Konsep - ialah
perkataan atau beberapa perkataan yang menerangkan satu idea umum
(generalised notion) mengenai sifat sesuatu benda, kejadian atau fenomena,
atau tentang hubungan di antara fenomena-fenomena. Konsep merupakan satu
cara untuk mengaturkan berbagai jenis fenomena empiri. Ia berperanan penting
dalam proses menghasilkan generalisasi dan membina teori (lihat Ting, 1979,
hlm. 70) - Konsep-konsep tersebut ialah masyarakat, komuniti, budaya dan
kebudayaan, sistem sosial, struktur sosial, peranan sosial, institusi sosial, dan
organisasi sosial - Di samping itu, ada konsep-konsep lain yang menerangkan
proses-proses yang dialami oleh kelompok manusia semasa perkembangan
kehidupan mereka di antara proses-proses itu ialah sosialisasi, mobiliti sosial,
konflik sosial, stratifikasi sosial, perubahan sosial, perubahan budaya dan
interaksi sosial Sifat kolektif kehidupan manusia 1) Masyarakat o Menurut
Giddens (1989, hlm. 32), masyarakat ialah sekelompok besar manusia yang
hidup saling berhubungan dan saling bergantungan berasaskan kepada satu
budaya tertentu, semua ahli dalam kelompok manusia itu dikatakan mempunyai
dan mengamalkan satu budaya yang sama, atau dalam kata lain, ia adalah satu
system of interrelationships which connects together the individuals who share
a common culture. o Masyarakat dibezakan dari komuniti dari segi jenis
hubungan sosial yang diamalkan oleh Ferdinand Tonnies - kemuka dua konsep
untuk membezakan konsep masyarakat dari konsep komuniti, iaitu
gemeinschaft and gesellschaft namun, kedua bentuk ini hanyalah ideal-
type constructs namun, kedua bentuk ini merujuk kepada dua jenis utama
masyarakat dan susunan sosial, dan juga merujuk kepada hubungan-hubungan
sosial yang berkaitan dengan jenis-jenis masyarakat tersebut (Ting, 1979, hlm.
66) o Kelompok manusia yang mempunyai hubungan sosial yang lebih specific,
impersonal dan instrumental; hubungan yang lebih bersifat secondary dan hanya
melibatkan sebahagian dari individu dalam kelompok manusia berkenan, ada
ikatan sosial yang lebih bercorak sukarela, contractual dan berdasarkan kepada
kepentingan diri sendiri (ibid.) kelompok itu digelar gesellschaft atau
masyarakat 2) Komuniti o Ialah sekelompok manusia yang umumnya lebih kecil
yang mana kebanyakannya ahli-ahlinya berinteraksi secara langsung o Kelompok
manusia yang mempunyai hubungan sosial yang bersifat primary yang rapat dan
bersemuka; hubungan yang berasaskan kepada ikatan kekeluargaan dan ikatan
persahabatan yang rapat kelompok itu digelar gemeinschaft atau komuniti
(Ting, 1979, hal. 66) o Pada umumnya, gemeinschaft merujuk kepada
masyarakat pra-industri, dan gesellschaft merujuk kepada masyarakat yang
telah mengalami proses perindustrian, oleh itu, peralihan daripada gemeinschaft
ke gesellschaft selalunya dikaitkan dengan proses perindustrian 3) Budaya dan
kebudayaan o Ahli-ahli dalam kelompok manusia itu mempunyai dan
mengamalkan budaya yang tertentu dan khusus kepada kelompok itu o
Ringkasnya, budaya bermaksud segala aspek cara hidup sesuatu kelompok
manusia o Mengikut Hunt dan Colander (1993, hlm. 110), budaya ialah the total
pattern of human behaviour and its products embodied in thought, speech,
action, and artefacts and dependent on the capacity for learning through the use
of tools, language, and systems of abstract thought o Budaya juga bererti
semua nilai, norma dan kebendaan yang mencirikan sesuatu kelompok atau
masyarakat, atau mengikut Giddens (1989, hlm. 725), ia adalah the values,
norms, and material goods characteristic of a given group o Bagi beliau, no
culture could exist without a society.But equally, no society could exist without a
culture (Giddens, 1989, hlm. 32) o Budaya ialah satu konsep yang sering
digunakan dalam sains sosial, terutamanya dalam sosiologi dan antropologi
(ibid.) o Bagi ahli antropologis Edward Tylor (1871), aspek-aspek budaya
termasuk ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-
undang, adat resam dan kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi anggota-
anggota dalam masyarakat itu o Cara hidup itu diwarisi manusia dari satu
generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran (Ting, 1979, hlm. 52)
o Oleh itu, definisi budaya merangkumi aspek kebendaan dan aspek bukan
kebendaan o Aspek kebendaan atau artifact ialah apa saja ciptaan manusia
yang mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti alat kesenian, senjata
memburu, perkakas memasak, bentuk rumah, kenderaan dan lain lain o
Manakala aspek bukan kebendaan merangkumi segala ciptaan manusia yang
berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat resam, undang-undang dan
sebagainya. o Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan; akan tetapi
kebudayaan sesuatu masyarakat berbeza dengan kebudayaan masyarakat lain.
o Namun begitu, terdapat persamaan kebudayaan di antara masyarakat-
masyarakat itu segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem
kekeluargaan, nilai, kesenian o Dalam kata lain, setiap masyarakat akan
mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang dianggap ciri kebudayaan sejagat atau
pola kebudayaan sejagat (universal pattern of culture) (ibid.). 4) Sistem sosial o
Sesuatu kelompok manusia, samada masyarakat atau komuniti, juga boleh
dianggap satu sistem sosial apabila kelompok manusia atau masyarakat itu
mempunyai pelbagai rol sosial yang dimainkan oleh ahli-ahli masyarakat dan
yang membenarkan mereka berinteraksi atas dasar nilai, norma dan matlamat
yang sama (Ting, 1979, hlm. 118) o Satu sistem sosial boleh mengandungi
sekurang-kurangnya dua rol sosial yang berinteraksi (e.g. suami dan isteri), atau
banyak rol sosial o Umumnya, ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat atau komuniti
boleh memainkan beberapa rol sosial pada masa yang sama 5) Peranan sosial
(rol sosial/social role) o Khususnya, peranan atau rol (role) sosial bermaksud satu
pola kelakuan jangkaan (expected behaviour) yang berkaitan dengan status atau
kedudukan sosial seseorang dalam sesuatu kelompok manusia, cthnya, pelajar,
pensyarah, ibu, bapa, anak, doktor, pembantu rumah, dsb semuanya
mempunyai rol-rol sosial yang tertentu dan dijangkakan (Ting, 1979, hlm. 111-
112) o Pendeknya, rol sosial ialah kelakuan yang dijangkakan o Oleh itu, rol sosial
berkait dengan status atau kedudukan dalam masyarakat atau kelompok
manusia o Rol sosial hanya kelakuan yang dijangkakan dan tidak semestinya
diterima oleh semua anggota masyarakat (ibid.) o Setiap individu dalam
masyarakat mempunyai banyak status dan memainkan rol sosial yang berlainan
(multiple roles) pada masa yang sama o Konflik rol berlaku apabila wujud
pertentangan di antara dua atau lebih rol yang dimainkan oleh seseorang
individu 6) Struktur sosial o Para pengkaji sains sosial boleh mengkaji sesuatu
kelompok manusia dengan melihat kelompok itu dibentuk oleh pelbagai struktur
sosial o Struktur sosial merujuk kepada penyusunan unsur-unsur, atau unit-unit
(cth. sub-sistem, jenis organisasi dan institusi) dalam masyarakat atau kelompok
manusia berkenaan (Ting, 1879, hlm, 125) o Jadi, umumnya, struktur sosial
adalah berkenaan dengan susunlapis dalam masyarakat, atau bentuk
masyarakat o Unsur-unsur yang disusun itu boleh dilihat sebagai rol-rol atau
peranan-peranan sosial, atau kedudukan-kedudukan - jadi, struktur sosial boleh
dilihat sebagai susunan rol-rol atau peranan sosial, atau kedudukan-kedudukan o
Rol-rol atau kedudukan-kedudukan itu disusun mengikut kuasa, kekayaan dan
status (darjat), dsb. - sebagai contohnya, dalam struktur sosial kekeluargaan itu,
terdapat susunan yang berasaskan status-status seperti peranan yang
dimainkan oleh seorang ibu, bapa, anak, anak saudara, bapa saudara dan
sebagainya, atau dalam struktur mana-mana organisasi swasta atau awam,
susunan berasaskan kedudukan seperti pengarah, eksekutif, akauntan,
pengurus, kerani dsb. o Oleh itu, ada struktur formal dan struktur informal o
Struktur formal ialah struktur yang berasaskan kedudukan formal dalam
organisasi, katakan kedudukan dan pangkat dalam sesebuah organisasi
struktur ini boleh dilihat seperti carta struktur organisasi, dsb. o Manakala
struktur informal ialah struktur yang berasaskan kepada hubungan bersifat
informal atau peribadi, iaitu hubungan kekeluargaan dan kekerabatan,
perkahwinan, persahabatan, hubungan persekolahan (school ties), dan
sebagainya o Ide seterusnya mengenai struktur sosial ialah rol-rol itu
berhubungan dan membentuk rangkaian hubungan sosial dalam masyarakat itu
jadi, struktur sosial juga merujuk kepada elemen-elemen yang saling berkait
dan tersusun dalam sesuatu kelompok manusia atau masyarakat (Marshall,
1996, hlm. 517). o Rangkaian hubungan itu sebenarnya memperlihatkan pola-
pola tingkah-laku tertentu yang teratur, berkekalan dan stabil (Ting, 1979, hlm.
124-125) o Oleh itu, pendeknya, satu lagi ide penting mengenai struktur sosial
ialah ia dilihat sebagai satu rangkaian kompleks hubungan sosial yang
diwujudkan oleh anggota-anggota sesuatu masyarakat yang menduduki
kedudukan tertentu dan memainkan peranan-peranan atau rol sosial tertentu
dalam masyarakat atau kelompok manusia berkenaan (patterned relationships
among parts of human society) (Freeman, 1989, hlm 12, lihat juga Norazit Selat,
1989, hlm. 166-167) - pandangan ini dikemukakan oleh ahli antropologis A.R.
Radcliffe-Brown o Ada orang, umpamanya Raymond Firth (1951), berpandangan
struktur sosial adalah sesuatu yang bukan jitu atau konkrit dan tidak dapat
dilihat, tetapi suatu model masyarakat dan alat analitikal (analytical tool) yang
dibina atau diwujudkan oleh para pengkaji untuk tujuan kajian masyarakat
berkenaan, jadi struktur sosial adalah analytical construct pada pandangan
setengah pengkaji struktur informal biasanya adalah analytical construct
kerana struktur jaringan sosial hanya boleh dibina dan dikaji dengan teliti oleh
pengkaji dalam usaha kajian mereka o Konsep dan idea struktur sosial berguna
dalam kajian masyarakat kerana ia secara sistematiknya dapat memberi
gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan masyarakat yang dikaji, seperti
mengenai pola-pola tingkah laku manusia dalam kehidupan sosial mereka. 7)
Institusi sosial o Dalam sesuatu kelompok manusia, masyarakat atau komuniti,
terdapat cabang-cabang kehidupan utama di mana setiap cabang mempunyai
tradisi, nilai, peraturan dan adat resam mereka yang tersendirinya. o Cabang-
cabang kehidupan itu digelar institusi-institusi sosial o Terdapat banyak jenis
institusi sosial dalam masyarakat, di antaranya ialah institusi ekonomi, institusi
politik dan pemerintahan, institusi perkahwinan, institusi keluarga dan
kekerabatan, insitusi agama dan kepercayaan, institusi pendidikan, institusi
undang-undang dan sistem keadilan, institusi pertahanan, institusi perubatan
dan kesihatan o Tradisi, peraturan dan adat resam dalam setiap jenis institusi
sosial mempengaruhi perlakuan dan proses interaksi anggota masyarakat secara
umumnya, dan khususnya ahli-ahli masyarakat yang berkaitan dengan insitusi
sosial yang berkenaan pengaruh itu kelihatan ketika ahli-ahli masyarakat itu
melakukan kegiatan secara berorganisasi dan menentukan rol (peranan dalam
masyarakat) dan kedudukan mereka dalam sistem susunlapisnya dalam institusi
berkenaan khususnya, dan dalam masyarakat umumnya. o Oleh itu, pendeknya,
satu institusi sosial bermaksud suatu sistem (cabang) yang menunjukkan
peranan sosial (atau rol sosial) dan norma tertentu yang saling berkait yang
telah disusun untuk memenuhi kehendak atau fungsi sosial tertentu (Norazit
Selat, 1989, hlm. 51). o Dalam setiap jenis institusi sosial ada norma-norma dan
nilai sosial tersendiri - misalnya, dalam institusi politik, terdapat norma-norma
sosial yang menentukan tingkah laku yang diterima bagi peranan seorang
perdana menteri, ahli dewan rakyat, pihak pembangkang dan lain-lain orang
yang terlibat dalam perhubungan politik itu o Mengikut Abdul Halin Hamid (2003,
hlm. 3), institusi sosial merujuk kepada prosedur kelompok menyediakan
peraturan perjalanan masyarakat. o Beliau juga berpendapat prosedur
kelompok itu adalah tatacara atau kaedah yang diterima oleh ahli masyarakat
sebagai sesuatu yang wajar, sah dan mantap dalam melakukan sesuatu (Abdul
Halin Hamid, 2003, hlm. 3) o Sesuatu institusi sosial juga berkait rapat dengan
institusi-institusi sosial lain, sebagai contohnya, institusi pendidikan berkaitan
dengan insitusi politik, keluarga, undang-undang dan sebagainya pihak-pihak
yang terlibat ialah pihak kerajaan, keluarga para penuntut, undang-undang
mengenai sistem pendidikan dan sebagainya. o Dalam setiap institusi, ada
pelbagai jenis organisasi-organisasi sosial 8) Organisasi sosial o Anggota-anggota
dalam kelompok manusia, samada masyarakat atau komuniti, menubuhkan
berbagai organisasi sosial o Organisasi sosial ialah perkumpulan jitu anggota-
anggota suatu masyarakat o Organisasi sosial juga mengambarkan proses
bagaimana anggota-anggota masyarakat berinteraksi o Pendeknya, organisasi
sosial ialah perkumpulan manusia yang jitu dan tersusun, dan berasaskan proses
interaksi dan aktiviti yang tertentu yang juga jitu dan disusun mengikut susunan
yang saling berkait (lihat Norazit Selat, 1989, hlm. 107) o Proses perkumpulan
dan interaksi berasaskan kepada struktur rol dan kedudukan yang sedia ada dan
yang bersesuaian dengan aturan dan kehendak yang ditetapkan oleh institusi-
institusi sosial yang terdapat di masyarakat berkenaan. o Mengikut Raymond
Firth, organisasi sosial juga boleh dilihat sebagai susunan kerja sesuatu
masyarakat. o Organisasi sosial mempunyai matlamat-matlamat yang secara
sosialnya telah pun ditentukan, cth organisasi sosial ialah organisasi-organisasi
yang diwujudkan khas di Malaysia seperti BAKTI, Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC), Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia dan sebagainya. 9) Norma
sosial o Norma-norma sosial iaitu peraturan-peraturan yang menentukan
tingkah-laku manusia dalam sesuatu kelompok manusia, tidak kira masyarakat
ataupun komuniti (Giddens, 1989, hlm. 728) o Peraturan-peraturan itu samada
boleh membenarkan sesuatu tingkah-laku atau melarang tingkah-laku itu (ibid.)
o Manusia dalam masyarakat berkenaan mematuhi norma-norma sosial yang
terdapat dalam masyarakatnya, dan ketidakpatuhan pada norma-norma itu akan
mengakibatkan orang yang berkenaan dikenakan informal disapproval ataupun
dihukum secara formal iaitu hukuman bersifat fizikal (ibid.) 10) Nilai o Nilai-nilai
sosial ialah ide-ide yang dipegang oleh individu dalam kelompok manusia itu
yang berkenaan dengan perkara yang dianggap sempurna, baik atau tidak baik
(Giddens, 1989, hlm. 732) o Nilai yang berbeza-beza mengambarkan
kebudayaan yang berbeza-beza o Nilai seseorang individu dipengaruhi kuat oleh
kebudayaan mereka Proses-proses yang dialami dalam perkembangan
kehidupan kelompok manusia 1) Sosialisasi (socialisation) o Sosialisasi ialah
proses yang membentuk personaliti setiap anggota dalam sesuatu kelompok
manusia supaya mereka boleh menyesuaikan diri dan menjadi ahli kelompok
manusia atau masyarakat itu (Hunt dan Colander, 1993, hlm. 110) 2) Interaksi
sosial (social interaction) o Ahli-ahli dalam kelompok manusia itu terlibat dalam
interaksi, dalam kata lain, mereka berinteraksi sesama sendiri o Interaksi ialah
proses yang melibatkan dua atau lebih individu dalam sesuatu kelompok
manusia atau masyarakat o Ia melibatkan tindakan saling balas-membalas
tingkah laku seseorang individu terhadap individu lain dan seterusnya saling
memperngaruhi di antara satu dengan yang lain (Ting, 1979, hlm. 40-41) o
Dalam interaksi, saling jangkaan (mutual expectation) wujud di kalangan ahli-ahli
yang terlibat o Saling jangkaan melibatkan proses mengagak atau meramalkan
tingkah laku yang bakal dilakukan, dan selanjutnya proses penyesuaian tingkah
laku berasaskan jangkaan yang telah dibuat (ibid.) o Pola saling-jangkaan itu
lama-kelamaan menjadi norma yang akan diterima oleh individu-individu
berkenaan untuk menentukan keadaan interaksi mereka pada masa tertentu
atau masa yang akan datang (ibid.) o Interaksi sosial juga melibatkan alat
komunikasi, sebagai contohnya bahasa dan simbol, untuk membolehkan proses
tukar-menukar makna dan buah fikiran di antara individu-individu yang terlibat o
Kelompok manusia atau masyarakat boleh dikaji dan difahami dari segi norma-
norma sosial, peraturan-peraturan, perbezaan kebolehan, status dan kuasa yang
terdapat dalam interaksi di kalangan anggota kelompok manusia atau
masyarakat yang berkenaan. 3) Perubahan budaya (cultural change) o Sesuatu
kelompok manusia ada mengalami perubahan budaya o Perubahan budaya
bermaksud perubahan pada aspek-aspek sesuatu budaya yang diamalkan oleh
sesuatu kelompok manusia (Giddens, 1989) o Perubahan budaya dikatakan
berlaku apabila terbentuk cara pembelajaran yang baru, dimensi sains yang
baru, alat teknologi yang baru, dan lain-lain. o Elemen asas dalam perubahan
budaya ialah rekaan dan difusi (Norazit Selat, 1989, hlm. 136) 4) Perubahan
sosial (social change) o Kelompok manusia itu juga akan mengalami perubahan
yang lebih luas iaitu perubahan sosial o Perubahan sosial itu boleh berlaku dalam
sistem demografi, sistem ekonomi, sistem persanakan, sistem politik, sistem
kepercayaan dan lain-lain o Perubahan-perubahan itu mempunyai kesan ke atas
struktur-struktur sosial yang sedia ada dan asas dalam masyarakat itu, iaitu
struktur sosial yang dibentuk dari hubungan sosial dalam masyarakat berkenaan
(Giddens, 1989, hlm. 730) o Oleh itu, perubahan sosial juga boleh dilihat melalui
perubahan dari segi hubungan sosial dan tingkah-laku sosial yang sedia ada,
seperti dalam kehidupan keluarga, ekonomi atau agama (Ting, 1979, hlm. 99) o
Perubahan sosial itu ialah perubahan yang berlaku dalam sistem sosial yang
lebih besar dan bukan perubahan yang kecil yang berlaku dalam sesuatu
kelompok manusia yang kecil o Apabila berlakunya perubahan sosial, manusia
dalam kelompok itu akan menghadapi sesuatu keadaan yang baru dan harus
bertindak untuk menangani keadaan tersebut o Perubahan sosial ialah satu
fenomena yang biasa dalam kehidupan kelompok manusia, samada masyarakat
atau komuniti 5) Stratifikasi sosial o Terdapat proses pembezaan di kalangan
individu-individu di dalam sesuatu kelompok manusia o Pembezaan itu adalah
dari segi keistimewaan yang berbeza-beza dan peluang hidup yang berbeza-
beza (life chances yang meliputi peluang untuk mencapai matlamat tertentu,
peluang untuk menikmati kemudahan sosial dsb.) yang berlainan, khususnya
kedudukan atau status yang berbeza-beza o Setiap golongan dalam lapisan yang
berlainan mempunyai keistimewaan dan peluang hidup yang berlainan, dalam
kata lain, kedudukan yang berbeza-beza o Proses pembezaan itu dikenali
sebagai stratifikasi sosial o Stratifikasi sosial itu menyebabkan wujudnya satu
hierarki yang terdiri daripada pelbagai lapisan atau strata yang berlainan
kedudukannya pada asasnya, golongan dalam lapisan-lapisan itu
memperlihatkan keistimewaan yang berbeza-beza dan peluang hidup (Ting,
1979, hlm. 123-124) o Umumnya, stratifikasi sosial adalah hasil daripada
interaksi sosial dan merupakan suatu fenomena sosial yang agak meluas dalam
semua masyarakat o Faktor-faktor yang menentukan kedudukan seseorang
individu dalam sistem stratifikasi seperti faktor ekonomi, sosial, politik, ras dan
kebudayaan khususnya, peranan politik, peranan tentera, agama, keturunan,
perkahwinan, pendidikan, peranan ekonomi, pekerjaan atau profesion, sifat-sifat
peribadi, pencapaian, kedudukan ekonomi, benda-benda yang dimiliki (seperti
harta), kewibawaan dan kuasa dan kegiatan komuniti (ibid.). o Pada asasnya,
semua stratifikasi melibatkan unsur ketidaksamaan (inequality) dalam kelompok
manusia atau masyarakat o Ada beberapa bentuk stratifikasi, di antara bentuk
yang paling asas ialah sistem kasta dan kelas 6) Kelas sosial o Penggunaan
konsep ini dihuraikan berasaskan tulisan dua tokoh klasik, Karl Marx dan Max
Weber o Mengikut Marx, kelas sosial ialah kategori individu yang mempunyai
hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran (means of production)
dan juga hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran
ada dua kelas manusia utama dan bertentangan dalam masyarakat kapitalis,
satu ialah kelas bourjuis (pemodal atau kapitalis) dan kedua, kelas proletariat
(pekerja) - pemodal memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan
pertukaran dan menindas golongan proletariat yang tidak memiliki apa-apa
selain daripada tenaga kerja (Ting, 1979, hlm. 55) pendeknya, kedua kelas ini
wujud akibat proses pengeluaran o Weber juga berkongi pendapat dengan Marx
mengenai pentingnya faktor ekonomi sebagai penentu pengkelasan sosial, akan
tetapi, Weber mempunyai pendapat yang agak berbeza dari Marx o Mengikut
Weber, selain proses pengeluaran, kelas sosial juga boleh wujud di pasaran
(market) akibat peluang-peluang hidup atau life chances yang berbeza-beza
(iaitu peluang hidup untuk mencapai matlamat tertentu dan menikmati
kemudahan sosial dsb. yang ditentukan oleh taraf pendidikan, kekayaan,
kemahiran dan pengalaman, status sosial, dll.). o Sistem kelas bukan sahaja
dilihat dari segi golongan yang menindas dan golongan yang ditindas, atau
golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah, ada pengkaji
berpendapat wujudnya tiga kelas utama dalam masyarakat iaitu golongan
atasan, golongan menengah dan golongan bawahan 7) Mobiliti Sosial (Social
mobility) o Sistem stratifikasi sosial yang terdapat dalam sesuatu kelompok
manusia boleh berpunca dari mobiliti sosial o Mobiliti sosial iaitu satu proses
perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada lapisan
sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial (Ting, 1979, hlm. 82) o Ia
adalah satu fenomena sosial yang kompleks yang terdiri daripada beberapa
dimensi o Satu dimensi ialah melihat dari segi arah iaitu mobiliti boleh bercorak
mendatar atau menegak mobiliti mendatar ialah perubahan kedudukan sosial
seseorang dalam kelas sosialnya tanpa tanpa perubahan dari segi hierarki prestij
dan jenis kelas sosialnya, cthnya, pertukaran pekerjaan dari yang bersifat
separuh mahir ke mahir, mobiliti menegak ialah perubahan di antara kelas-kelas
sosial atau status sesuatu masyarakat, samada dari yang ke atas atau ke bawah,
yang melibatkan kenaikan atau penurunan status atau martabat seseorang
individu (Ting, 1979, hlm. 82-83) o Satu lagi dimensi ialah melihat dari segi masa
iaitu dengan melihat mobiliti sosial samada yang berlaku dalam satu generasi
tertentu atau daripada satu generasi ke generasi yang lain, cthnya mobiliti yang
dilalui oleh seorang individu sepanjang hayatnya, misalnya dari satu pekerjaan
ke pekerjaan lain, atau mobiliti dari segi perubahan jenis kerja di antara anak
dengan ayah, yang melibatkan kelas sosial atau martabat mereka, seperti
seorang anak petani menjadi pensyarah (ibid.) 8) Konflik sosial (Social conflict) o
Konflik sosial adalah salah satu proses sosial yang dialami atau mungkin dialami
oleh anggota-anggota dalam sesuatu kelompok manusia o Konflik ialah
pertentangan secara langsung dan sedar di antara individu atau kelompok untuk
mencapai matlamat bersama (Ting, 1979, hlm. 67) o Dalam proses itu, pihak
lawan yang terlibat perlu ditewaskan terlebih dahulu, dan penewasan ialah
pencapaian matlamat o Terdapat pandangan yang berbeza-beza tentang
kepentingan konflik sosial dalam perkembangan sesuatu kelompok atau
masyarakat o Umpamanya menurut Lewis Coser, konflik adalah perkara normal
yang tidak boleh dielakkan, dan ia tidak semestinya memusnahkan tetapi
berfungi positif iaitu ia dapat menwujudkan harmoni dan integrasi sosial, oleh
itu, konflik tidak semestinya memecah-belahkan sistem sosial (Ting, 1979, hlm.
68) o Pandangan lain mengatakan konflik sosial tidak semestinya menwujudkan
kestabilan tetapi sebaliknya mungkin mengancam kestabilan sesuatu sistem
sosial

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Anda mungkin juga menyukai