KULIAH 1
PENGENALAN
Ptolemy , 150 SM Geografi menyediakan satu pandangan menyeluruh mengenai bumi melalui pemetaan lokasi bagi setiap tempat di bumi. Carl Sauer, 1925 Ahli geografi mesti melihat geografi dalam perspektif yang saintifik dimana ahli geografi mesti mampu menyusun, menghuraikan hubungan unsur dan menjelaskan bagaimana hubungan ini mencorak ruang dan lanskap tersebut menjadi sesuatu yang unik dan tersendiri berbanding kawasan lain. (Ini kerana perubahan sesuatu lanskap mempunyai pertalian antara aspek/ unsur fizikal dan manusia yang membentuk unsur/ fenomena/ faktor sosial dalam dalam sesuatu ruang)
Cho (1995) Takrifan geografi bukan sekadar apa yang digariskan pada perkataan yang dikaitkan dengan kajian ke atas bumi tetapi juga meliputi fitur/ unsur/ fenomena dan karakter-karakter yang membentuk sesuatu lanskap itu mempunyai ciri tersendiri, istimewa, berbeza dan unik dalam sesuatu ruang geografi.
Bergman & Renwick (1999) Geografi adalah kajian interaksi semua fenomena fizikal dan manusia dalam-satu-satu tempat/ruang dan bagaimana interaksi ruang mewujudkan pula aspek pengurusan untuk ruang itu sendiri.
Geografi fizikal ialah kajian mengenai proses-proses fizikal di ruang fizikal atau ruang sosial pada sesuatu masa.
4 tema utama pengajian geografi: Pengajian Ruangan (The Spatial Traditions) Pengajian Kawasan (Area Studies Traditions) Pengajian Manusia dan Alam Sekitar (Man-Land Traditions) Pengajian Sains Bumi (Earth Science Traditions)
6
Antara persoalan-persoalan penting untuk dijawab dalam kajian geografi ialah seperti berikut:
Persoalan Asas : APA, DI MANA, KENAPA dan BAGAIMANA ? Kenapa manusia dan aktivitinya wujud dan di mana ia berada sekarang? Bagaimana unsur/ elemen dan aktiviti di satu-satu tempat bertinteraksi dan menjadikan sesuatu lokasi/ ruang/ tempat/ kawasan itu unik ?
Geografi mula wujud apabila sekitar 400 ribu tahun lampau : 1. Manusia mula ingin mengetahui tentang persekitarannya 2. Mengembara/ belayar untuk mencari tempat baru
Tahap 1 : Zaman klasik Herodotus (485-425 SM)- Menulis tentang manusia dan geografi fizikal dari banyak wilayah semasa pemerintahan Parsi. Aristotle (684-322 SM)- secara saintifik telah menggambarkan bumi sebagai berbentuk sfera- permulaan kajian tentang bentuk bumi Eratosthenes (276-194 SM) mengkaji tentang bentuk muka bumi Strabo (64 SM-20 M) menulis 17 siri penulisan bertajuk Geographia yang berkaitan dengan geografi budaya pelbagai kaum di Britain, India, Selatan Utopia dan utara Iceland. Ptolemy(100-178 M) melakukan kompilasi maklumat geografi Greek dan Roman. Hasil penulisan beliau bertajuk Geographike hyphegesis atau Guide to Geography.- memperkenalkan juga kordinat
10
Tahap 2 : Zaman Pertengahan Zaman pertengahan (Middle age-abad 5 hingga 13 M) memperlihatkan perkembangan geografi yang agak pesat. Di Eropah- Viking of Scandavia giat mencari tanah jajahan baru. Timur Tengah, ahli akademik berbangsa Arab mula menterjemahkan hasil kerja Tamadun Greek dan Rom. Al-Idrisi mahir membuat peta- terkenal dengan hasil deskripsi geografi beliau Kitab nuzhat al-mushtaq fi ikhtiraq al-afaq atau "The Pleasure Excursion of One Who Is Eager to Traverse the Regions of the World". Ibn Battutah and Ibn Khaldun terkenal dengan penulisan berkaitan pengembaraan mereka di utara Afrika dan Timur Tengah.
11
Tahap 3 : zaman Renaissance 1400-1600 M semasa zaman Renaissance- Pelayaran yang membawa kepada perkembangan pelbagai ilmu termasuk geografi fizikal- Tokohtokoh: Christopehr Columbus, Vasco da Gamma, Ferdinand Magellan, Jacques Cartier, Sir Martin Frobisher dan John Davis. Martin Behaim (1492)-Membuat glob sfera tiga dimensi. Tahap 4 : Abad ke-17 dan 18 1622-1650 M- Bernadus Varenius- menerbitkan rujukan geografi yang penting- Geographia generalis (General Geografi : 1650).-idea-idea dalam geografi- membahagikan kajian geografi kepada 3 cabang iaitu (1) bentuk dan dimensi bumi, (2) variasi iklim dan pergerakan matahari dan bumi terhadap ruang dan masa dan (3) geografi budaya. Immanuel Kant (1724-1804)-Pengetahuan manusia diperolehi daripada 3 cara (1) Pengetahuan yang diperolehi berdasarkan objek yang dikaji, (2) Pengetahuan daripada sejarah (temporal dimension) dan (3) Pengetahuan daripada memahami fakta dan hubungannya dengan ruang disebut sebagai geografi.- Membahagikan geografi kepada fizikal, metamatikal, moral, political, komersial dan teologi.
12
Abad ke 18 banyak kesatuan yang berminat dengan isu geografi terutamanya di Amerika Syarukat dan Eropah- Alexander Von Humbolt (1844) Kosmos menjelaskan geologi dan geografi fizikal bumi. Frederich Ratzel (abad 19) teori bahawa variasi budaya manusia dipengaruhi oleh persekitaran fizikal
Tahap 5 : Abad -19
BIDANG KAJIAN
Ahli geografi fizikal bebas memilih apa yang hendak dikaji. Secara umumnya, kajian ahli geografi fizikal boleh ditumpukan mengikut komponen asas sistem bumi iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Atmosfera Biosfera Hidrosfera Litosfera Pedosfera
Atmosfera- Kajian tentang udara, iklim dan cuaca. Kajian boleh dijalankan dengan megkaji proses dan bentuk atmosfera. Contohnya pemanasan global penipisan ozon, jerebu, pencemaran udara dan sebagainya yang berkaitan dengan atmosfera. Biosfera- Biosfera merupakan semua hidupan di bumi yang terdiri daripada tumbuhan, haiwan dan manusia. Ia juga disebut sebagai life layer. Bahagian ini meliputi lapisan permukaan bumi (lapisan biofizikal) dan 300 15 kaki permukaan lautan
Hidrosfera- Hidrosfera adalah jisim yang berkaitan dengan air, sama ada ia dalam bentuk cecair, pepejal dan wap. Ia meliputi air permukaan bumi (Laut, tasik, kolam dll), Air bawah tanah (air perigi, air tanih dll) dan wap di atmosfera serta pepejal dalam bentuk ais, glasier dan juga salji.
Litosfera- Litosfera adalah bahagian kerak bumi yang keras dan mempunyai ketebalan di antara 0-1000km. Ia membentuk benua yang merupakan platform yang mengelilingi bumi dan sebagai tempat tinggal hidupan. Litosfera terdiri daripada lapisan batuan dan lapisan tanih yang sangat kaya dengan nutrien dan organisma. Ia juga merupakan permukaan yang membentuk lanskap bumi atau bentuk muka bumi (landform) seperti gunungganang, bukit-bukau, cerun dan sebagainya. Pedosfera- Pedosfera pula merupakan bahagian tanih. Ia terdiri daripada elemen yang membentuk tanih. Ia berada sama lapisan dengan Litosfera.
16
PENUTUP
Geografi fizikal merupakan bidang yang mengkaji tentang persekitaran fizikal. Ia telah bermula sejak 400 tahun lampau dan melalui sekurang-kurangnya lima tahap perkembangan sehingga kini. Tumpuan utama kajian ialah terhadap elemen yang membentuk sistem bumi, iaitu atmosfera (udara), biosfera (hidupan), hidrosfera (air) dan litosfera (kerak bumi) sertai pedosfera (bahagian tanih). Elemen ini saling berinteraksi antara satu sama lain sebagai satu sistem bumi. Banyak isu boleh dikaji oleh ahli geografi fizikal seperti isu penambakan, pencemaran, ekosistem dan sumber air.
17
CADANGAN RUJUKAN
Bradshaw, M & Weaver, R. 1993. The Physical Geography: an introduction to earth environments. United State of America: The C.V Mosby Company. Chan Ngai Weng dan rakan-rakan. 1993. Pengantar Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gregory, K.J. & Walling, D.E. 1988. Manusia dan Proses Persekitaran. Terj. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamaluddin Jahi dan Ismail Ahmad. 1987. Pengantar Geografi fizikal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
SEKIAN
19