Anda di halaman 1dari 11

Perancangan Akademik

JMG 211 GEOGRAFI MANUSIA


Sidang Akademik 2012/2013

KELAS SIDANG VIDEO


Sidang Video Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Tarikh 14 September 2012 19 Oktober 2012 16 November 2012 19 Disember 2012 Jam 9:00 - 10:00 pg 11:00 - 12:00 tgh 4:00 - 5:00 ptg 8:00 - 9:00 mlm

Perjumpaan 5,6,7: Tarikh selepas kursus intensif akan ditentukan kemudian

-1-

JMG 211 - GEOGRAFI MANUSIA PENGURUS KURSUS: Dr. Fatimah Hassan PENGENALAN Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pelajar-pelajar semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kerana telah berjaya dalam kursus-kursus pada sesi lalu dan kerana telah mendaftar untuk kursus ini. Saya harap anda telah bersedia, berkeyakinan, berkomited, berperancangan dan sudah tidak sabar untuk mengikuti sidang akademik kali ini. Sebagaimana kursus-kursus lain, panduan ini ditulis untuk mendedahkan anda kepada skop, tujuan dan keperluan kursus ini secara ringkas tetapi padat dan tepat. Saya berharap anda dapat mengikuti kursus ini hingga ke akhirnya dan beroleh kejayaan di samping pelbagai pengetahuan khusus mengenai Geografi Manusia. TUJUAN KURSUS Seperti yang anda telah maklum dalam Pengantar Geografi, salah satu cabang utama dalam kajian geografi ialah Geografi Manusia, iaitu kajian yang memberi penekanan kepada interaksi di antara manusia dengan manusia dan di antara manusia dengan alam persekitarannya. Dalam kursus ini penumpuan akan diberikan kepada interaksi dari aspek-aspek persekitaran, kebudayaan, aktiviti ekonomi dan sosial manusia pada skala global dan lokal.

OBJEKTIF KURSUS

-2-

Objektif kursus ini ialah: * memperkenalkan anda kepada tokoh-tokoh geografi manusia yang melahirkan pelbagai pendekatan dalam kajian geografi manusia. membincangkan tentang perhubungan dwihala antara manusia dan persekitarannya. memperlihatkan hasil dan kesan daripada interaksi yang berlaku seperti petempatan, penghijrahan, kebudayaan dan perubahan alam. menerangkan mengenai pembahagian dunia kepada beberapa peringkat atau tahap pembangunan akibat dari ketidakseimbangan interaksi yang berlaku.

RANGKA KURSUS Kursus ini sepatutnya merangkumi semua aspek-aspek geografi yang menjadikan manusia sebagai agen utama kepada sebarang interaksi yang berlaku. Namun disebabkan skopnya yang terlalu luas, penekanan hanya diberikan kepada empat bahagian seperti berikut: Modul 1: Manusia dan alam sekitar - yang menyentuh aspek pengenalan kajian geografi manusia, definisi serta pendekatan untuk mengkaji geografi manusia di samping tokoh-tokoh yang mengamalkannya. Bahagian ini juga menekankan mengenai kepentingan alam sekitar, aktiviti manusia pada alam sekitar dan interaksi dwihala antara manusia dan alam sekitar. Kajian populasi - Kajian kependudukan yang merangkumi ciriciri penduduk seperti taburan dan analisis pertumbuhan; mobiliti dan migrasi; kebajikan penduduk yang berkaitan dengan penggunaan sumber dan teknologi; dan krisis penduduk yang berlaku akibat interaksi yang tidak seimbang seperti masalah
-3-

Modul 2:

kemiskinan, kebuluran, pelarian dan lain-lain lagi pada skala global dan tempatan. Modul 3: Pembentukan budaya dalam masyarakat yang membincangkan aspek adat resam, kesenian, agama dan beberapa ciri kebudayaan lagi. Pengaruh serta penonjolan identiti budaya seperti alat muzik, kraftangan dan senibina sebagai agen pemisah atau penyatuan turut dibincangkan. Petempatan dan pembangunan manusia - Isu yang berkaitan dengan ketamadunan petempatan manusia, faktor yang mempengaruhi petempatan, perbezaan dan persamaan, teori petempatan serta pemusatan dan penyelerakan petempatan turut dikupas dalam bahagian ini. Di samping itu, proses urbanisasi dan teori pembangunan juga disentuh secara sepintas lalu agar anda tidak ketinggalan ketika menghadapi kursus-kursus pada paras yang lebih tinggi nanti.

Modul 4:

ASAS PENILAIAN KURSUS Setiap pelajar yang mendaftar kursus ini akan dinilai untuk mengetahui sejauh manakah pengetahuan dan kefahaman anda terhadap isi kandungan kursus yang disampaikan. Penilaian bagi kursus ini datangnya daripada dua sumber iaitu Kerja Kursus (30%) dan Peperiksaan Akhir (70%). 1) Kerja Kursus

Kerja kursus yang menyumbangkan 30% kepada keseluruhan gred kursus terdiri daripada Ujian (15%) dan Tugasan (15%).

Ujian (15%) Akan diadakan semasa Kursus Intensif (21 Januari - 07 Februari 2013). Skop soalan akan dimaklumkan semasa kelas sidang video sebelum bermulanya kursus intensif ini. Oleh itu pastikan kehadiran anda ke sidang video nanti. Namun begitu bayangan awal ialah semua bahan yang dibincangkan dalam semua sidang video dan soalan ujian akan berbentuk soalan-soalan pendek (structured) dan juga esei pendek. Masa yang diperuntukkan ialah satu jam.

-4-

Tugasan (15%) Suatu laporan berbentuk esei. Tarikh akhir penyerahan tugasan 10 Mac 2013. Tugasan yang diterima selepas tarikh tersebut akan dipotong markah dan selepas seminggu berikutnya akan diberi markah kosong. Tajuk tugasan dan beberapa perincian mengenai tugasan dibincangkan di bawah ini.

(i) Tajuk tugasan Pilih SATU sahaja daripada tajuk-tajuk ESEI di bawah: 1. MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Manusia boleh menjadi ajen yang aktif atau
yang pasif apabila berinteraksi dwihala dengan alam sekitar. Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk kepada hujan - fenomena alam yang membawa pelbagai kebaikan atau masalah, yang terjadi dalam kawasan di negeri anda. Perbincangan hendaklah mengikut format berikut: (a) Bina tajuk tugasan anda (b) Pengenalan isu fenomena hujan dan kesan yang berlaku (c) Kupasan tentang kejadian dan lokasi anda (d) Tindakan penduduk terlibat - sama ada tindakan sebagai ajen yang aktif atau yang pasif (e) Cadangan anda untuk jalan penyelesaian dalam jangka masa pendek dan panjang (f) Rumusan.

2. GEOGRAFI KEPENDUDUKAN. Dengan merujuk kepada beberapa (min=3)


laporan banci penduduk yang anda perolehi untuk negeri anda, huraikan perubahan struktur demografi yang berlaku dengan mengikut format berikut: (a) Bina tajuk tugasan anda (b) Pengenalan isu dan kepentingannya (c) Huraian untuk struktur demografi semasa dan perubahan yang berlaku apabila dibandingkan data dalam laporan-laporan yang dirujuk. eg: pecahan umur, jantina, kaum, piramid penduduk dan perubahan penduduk (d) Bincangkan faktor-faktor mempengaruhi perubahan struktur penduduk tersebut (e) Rumusan.

3. PETEMPATAN MANUSIA. Dengan merujuk kepada jenis-jenis pola petempatan


yang wujud dalam negeri anda, pilih dan huraikan satu jenis pola yang paling dominan atau menonjol dengan mengikut format berikut: (a) Bina tajuk tugasan anda (b) Pengenalan isu (jenis-jenis pola petempatan) (c) Huraian jenis pola yang dipilih dengan memberikan ciri pembentukan (taburan, kepadatan, lokasi dan lain-lain) (d) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan tersebut (e) Berikan implikasi terhadap pembentukan yang berlaku di masa hadapan (f) Rumusan.

4. GEOGRAFI BUDAYA. Pengaruh serta penonjolan identiti budaya kebendaan


(rujuk modul untuk pengertian) bertindak sebagai agen pemisah bukan penyatuan sesuatu masyarakat di Malaysia. Bahaskan pernyataan ini dengan mengikut format berikut (a) Bina tajuk tugasan anda. (b) Pengenalan isu dan kepentingan budaya kebendaan dalam Geografi Manusia (c) Nyatakan sokongan anda dengan memberikan contoh, masyarakat dan lokasi yang dirujuk. (d) Kupasan mengenai faktor-faktor penyebab kesan ini. (e) Rumusan. -5-

(ii) Syarat-Syarat Yang Wajib Dipatuhi Dalam Membuat Esei 1.


Esei yang original dan tiada kes meniru dan ditiru untuk kali ini. 2. Esei dibenarkan dibuat secara individu atau berkumpulan (maksima ahli tiga orang sekumpulan). 3. Panjang esei tertakluk kepada jumlah ahli: seorang ahli (10 12 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran), 2 ahli (20ms) dan 3 ahli (30ms). 4. Sertakan bahan lampiran yang berkaitan jika ada, daripada surat khabar/ jurnal/ majalah sahaja untuk membuktikan perbincangan anda. Bahan internet dan buku tidak perlu dilampirkan. 5. Pastikan anda merujuk panduan teknikal penulisan tugasan yang akan dimuatkan dalam portal bagi menghasilkan esei yang menepati kehendak pengurus kursus dan sempurna hasilnya. 6. Hantar hanya satu (1) salinan sahaja dalam bentuk hardcopy dan softcopy. 7. Pastikan anda menggunakan kulit e-tugasan yang betul dan semak sama ada penghantaran anda disahkan penerimaannya dalam e-tugasan.

2)

Peperiksaan Akhir Peperiksaan akhir menyumbangkan 70% kepada keseluruhan gred kursus ini. Soalan peperiksaan berasaskan kepada perkara yang dipelajari daripada modul, telesidang, perjumpaan semasa intensif dan apa yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui sidang video dan portal kursus ini. Soalan peperiksaan adalah berbentuk subjektif dan masa yang diperuntukkan ialah tiga (3) jam untuk menjawab empat (4) soalan. Pengurus berhak mengubah atau menentukan sebarang bentuk soalan tanpa memaklumkan kepada pelajar, tetapi masih berasaskan silibus yang telah ditetapkan.

KEGIATAN SEMASA KURSUS INTENSIF Kursus intensif akan diadakan pada 21 Januari hingga 07 Februari 2013 dan slot perjumpaan akan ditentukan kemudian. Aktiviti yang dijadualkan bagi setiap slot meliputi perkara berikut:
-6-

Menyelesaikan masalah berhubung dengan pengurusan kursus dan modul-modul yang telah dibincangkan semasa telesidang. Sesi soal jawab. Huraian (dalam bentuk kuliah atau tutorial) tentang topik-topik terpilih.

KELAS SIDANG VIDEO Anda wajib menghadiri kelas sidang video. Namun jika tidak kesampaian anda boleh menggunakan web-streaming. Telesidang video ini bukanlah satu sesi syarahan atau kuliah yang bersifat penyampaian maklumat oleh pensyarah tetapi adalah merupakan satu sesi perbincangan. Oleh itu, anda dikehendaki membuat persediaan dan mengambil bahagian yang aktif dalam perbincangan. Sebanyak tujuh (7) slot kelas sidang video diperuntukan untuk kursus ini. Empat perjumpaan awal dalam tempoh sebelum Kursus Intensif dan tiga lagi selepas Kursus Intensif. Tajuk perbincangan di sediakan seperti di bawah bagi memudahkan anda membuat persediaan awal. Tarikh perjumpaan telesidang telah juga ditetapkan. Sila layari portal e-learning PPPJJ, untuk maklumat lanjut tentang jadual ini.

Agenda Sidang Video 1: Pengenalan Kepada Geografi Manusia. 1. 2. 3. Apakah Geografi Manusia? Pencipta Geografi Manusia dan apakah yang diperkatakan tentang Geografi Manusia itu? Pemikiran-pemikiran dan Pendekatan-pendekatan dalam Geografi Manusia.

Agenda Sidang Video 2: Kajian Penduduk 1. 2. 3. 4. Konsep Mobiliti penduduk. Teori-teori Migrasi Migrasi dalam konteks Malaysia Akibat migrasi demografik, sosial dan ekonomi.

-7-

Agenda Sidang Video 3: Kajian Geografi Budaya 1. 2. 3. 4. Beberapa persoalan tentang kajian Geografi Budaya. Elemen-elemen utama dalam menjelaskan Geografi Budaya. Lain-lain aspek tentang budaya Faktor-faktor mempengaruhi perubahan Geografi Budaya

Agenda Sidang Video 4: Kajian Petempatan 1. 2. 3. 4. Elemen-elemen Utama Petempatan Manusia. Klasifikasi Petempatan Bandar dan Luar Bandar. Jenis, bentuk, Taburan dan Pola Petempatan. Konsep-konsep Utama Petempatan

Agenda Sidang Video 5,6,7: Akan ditentukan nanti

BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN 1) Modul Modul merupakan bahan bacaan utama bagi kursus ini. Walau bagaimanapun anda tidak boleh hanya bergantung kepada modul sebagai bahan bacaan. Modul disediakan dan disusun secara berstruktur sebagai panduan dalam pembelajaran pelajar-pelajar. Jadi isi kandungan modul adalah terhad dan tidak terkini. Oleh itu anda masih perlu membuat rujukan dan menambah bahan bacaan dari sumber yang lain.

2) Bahan Rujukan Tambahan I. Abibullah Haji Samsudin (penyelaras), 1994. Isu-isu Semasa Dalam Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Arthur Getis, Judith Getis & Jerome Fellman, 2002; Introduction to Geography (8th Edition), McGraw Hill. Derek Gregory & Rex Walford (editor), 1989. Horizons in Human Geography. Hong Kong: Mac Millan.

II.

III.

-8-

IV.

H.J. de Blij and Alexander Murphy, 2010; Geography: Realms, Regions and Concepts, 14th Edition, John Wiley and Sons. James Rubenstein, 1999; The Cultural Lanscape: An Introduction to Human Geography, Prentice Hall. Kartiman Rostam 1990. Konsep Asas Geografi Manusia. Bangi: Penerbit UKM. Katiman Rostam, 2002; Prinsip Asas Persekitaran Manusia, Penerbit UKM. Michael Kuby, John Harner & Patricia Gober, 2002; Human Geography in Action, John Wiley and Sons. Paul L Knox and Sallie A Marston, 1998; Places and Regions in Global Context: Human Geography, Prentice Hall. Peter Daniels et.al, 2001; Human Geography: Issues for the 21st Century, Prentice Hall.

V.

VI.

VII.

VIII.

IX.

X.

3) Jurnal-Jurnal dan Majalah-Majalah Anda digalakkan juga merujuk jurnal, majalah dan akhbar semasa untuk mendapat maklumat terkini dan memantapkan pengetahuan anda mengenai Geografi Manusia. Di Perpustakaan Utama USM, terdapat begitu banyak sekali koleksi artikel (terbaru dan lama) yang berkaitan dengan Geografi Manusia untuk pemantapan ilmu dan merancakkan perbincangan tugasan anda. Oleh itu sewaktu Kursus Intensif anda dinasihatkan untuk mencari sendiri artikel tersebut di perpustakaan. Ambillah kesempatan ini sepenuhnya dengan mencari jurnal-jurnal dan majalah yang berkaitan. Janganlah menyatakan "saya tidak ada masa nak cari bahan sebab jadual kuliah terlampau padat". Saya nasihati pandai-pandailah mencari masa. Sekiranya anda tidak sabar menanti tempoh kursus intensif, anda boleh mendapatkan jurnal terpilih sahaja dengan menggunakan database USM dengan mendaftarkan diri anda di http://ezproxy.usm.my (Buka laman web library usm>databases>outside USMNet user> dapat halaman ezproxy ini dan penuhi tuntutan untuk kemudahan melayarinya pada masa hadapan)
-9-

JADUAL PEMBELAJARAN Untuk menjadi pelajar yang berjaya menguasai kursus ini, anda dinasihatkan untuk menyediakan satu pelan pembelajaran yang khusus untuk kursus ini. Tujuannya supaya anda bijak mengurus masa dan dapat mengawal serta mengukur kemajuan diri. Rancanglah pembelajaran anda untuk tempoh jangka pendek (mengikut minggu dan setiap bulan), dan jangka panjang (setiap 3 bulan). Gunakan juga beberapa petunjuk sampingan seperti agenda telesidang dan skop ujian bagi memudahkan perancangan anda. Jangan lupa memasukkan tarikh akhir penghantaran atau menyiapkan tugasan yang merupakan satu-satunya tugasan untuk kursus ini. Penggunaan E Portal Selaras dengan hasrat kerajaan dan universiti, penggunaan ICT amatlah ditekankan terutama dalam era globalisasi yang mencabar dan dinamik ini. Sehubungan dengan ini anda digalakkan untuk menggunakan kemudahan eportal terutamanya ruangan forum yang disediakan untuk kursus ini secara maksima. Gunakan ruangan ini untuk berkomunikasi dan bersoal jawab sesama pelajar. Sebarang hebahan dan maklumat terkini akan disalurkan melalui perkhidmatan ini. PERHUBUNGAN DAN MASALAH Sila hubungi saya secara bersurat, e-mel atau forum di e-portal PPPJJ jika menghadapi sebarang kesulitan atau masalah. Dr Fatimah Hassan Tel : 04-6533934 Email : hfatimah@usm.my Akhir kata saya ucapkan selamat belajar, semoga tabah mengharungi cabaran dan selamat maju jaya.

"USAHA TANGGA KEJAYAAN"

- 10 -

- 11 -

Anda mungkin juga menyukai