Anda di halaman 1dari 11

1

1.0 PENGENALAN
GIS merujuk kepada Sistem Informasi Geografi atau Geographic Information System.
Sistem Maklumat Geografi digunakan untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan
memanipulasi data yang berkaitan dengan ruangan (Marble, 1990; Clarke, 1999). GIS
digunakan untuk menggambarkan karakteristik permukaan subsurface, dan atmosfera dari
titik-titik informasi secara 2D atau 3D. Selain itu, ia juga digunakan untuk permodelan
kartografi. Menurut Burrough dan McDonell (1998), definisi GIS boleh dikelaskan kepada 3
kategori, iaitu definisi berdasarkan alatan, pangkalan data dan definisi berdasarkan
organisasi. Aronoff (1989) menyatakan bahawa GIS boleh wujud dalam bentuk manual atau
automatik. Selain itu, Cowen (1988) telah mengelaskan definisi-definisi GIS kepada empat
jenis pendekatan, iaitu pendekatan proses, pendekatan aplikasi, pendekatan kotak alatan dan
pendekatan pangkalan data. Definisi berdasarkan pendekatan proses menekankan keupayaan
pengendalian maklumat. Definisi menerusi pendekatan aplikasi pula adalah berasaskan
masalah yang diselesaikan dan ini menyebabkan pelbagai nama muncul contohnya sistem
informasi tanah dan sistem informasi hutan. Definisi berdasarkan pendekatan kotak alatan
pula menekankan aspek-aspek umum GIS iaitu GIS sebagai satu set alat yang berkesan untuk
mengumpul, menyimpan, mencapai semula mengikut kehendak, mengubah dan
mentransformasi dan memapar data ruangan yang dicerap dari dunia sebenar. Manakala
definisi GIS berdasarkan pendekatan Pangkalan data pula menekankan aspek-aspek yang
berkaitan dengan pengurusan pangkalan data GIS. GIS terdiri daripada 4 komponen asas
yang terdiri daripada Perkakasan, Perisian, Data dan Organisasi.
1.1 Kelebihan Menggunakan GIS Berbanding Kaedah Manual
Sebelum membincangkan tentang masalah yang terdapat dalam GIS, adalah lebih
elok sekiranya kita memandang kepada sudut kelebihannya terlebih dahulu agar kita sedikit
2

sebanyak tahu mengenai kepentingannya dan lebih mudah untuk mengenalpasti apakah
kekangan yang dihadapinya. Secara umumnya, GIS merupakan satu kemajuan yang banyak
mengubah dunia teknologi kita. GIS mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah
manual kerana data dalam bentuk digital membolehkan ia disimpan dengan piawai dan padat.
Selain daripada itu, perolehan (retrieving) data dapat dilakukan dengan lebih banyak dan
pantas. GIS juga berkeupayaan membuat analisis komponen ruang (spatial) dan bukan ruang
(atribut) dengan bersepadu. GIS juga mampu menganalisis beberapa jenis data serentak di
samping mampu untuk membuat analisis yang kompleks. Dapatan kembali maklumat bukan
ruang boleh dibuat melalui kedudukan objek. Tambahan itu, maklumat geografi dapat
dipaparkan dalam bentuk baru yang lebih memberansangkan.

2.0 MASALAH-MASALAH DALAM BIDANG GIS
2.1 Masalah Berkaitan Data
Salah satu masalah dalam GIS adalah masalah berkaitan data. Hal ini termasuklah
kekurangan data berdigit dan kekurangan liputan data. GIS terdiri daripada empat sub sistem
atau fungsi utama. Subsistem ini adalah berkaitan Perolehan Data, Pengurusan Data,
Penganalisaan Data dan Persembahan Data. Dalam masa yang sama, data merupakan
komponen yang paling mahal dan memerlukan masa yang panjang untuk diperolehi. Kos
untuk perolehan data biasanya 50% hingga 80% daripada jumlah keseluruhan kos
perlaksanaan GIS. Data GIS merupakan Data Geospatial yang terdiri daripada Data Spatial
dan Data Atribut. Data terbahagi kepada dua jenis iaitu Data Sekunder dan Data Primer. Data
sekunder ialah data sedia ada. Contohnya peta lama, foto udara, rekod fail lama, imej
Remote Sensing, data berdigit yang sedia ada. Data primer ialah data mentah yang dicerap
terus di lapangan sama ada melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik atau temubual. Jenis
data yang perlu diambil bergantung kepada gunapakai GIS dan sumber kewangan yang ada.
3

Hal ini sedemikian kerana proses ini memakan kos perbelanjaan yang tinggi. Setelah data
dikumpul, proses pra pemprosesan seperti pendigitan, pembinaan topologi, transformasi
unjuran, penukaran format dan sebagainya perlu dilaksanakan. Proses penukaran format ini
juga memakan masa dan boleh dikelaskan juga sebagai penyumbang kepada lambatnya
perkembangan GIS. Antara cara persembahan maklumat adalah melalui skrin komputer, alat
pemplot dan pencetak. Maklumat juga boleh disimpan dalam bentuk digital untuk
memudahkan proses selanjutnya seperti input data untuk suatu sistem yang lain. Oleh itu,
format data memainkan peranan penting untuk membolehkan data tersebut dibaca oleh sistem
yang lain.perkara inilah yang menyebabkan GIS lambat berkembang. Format-format data
haruslah boleh dibaca. Dan jika tidak, proses untuk mengatasi masalah tersebut harus
diambil. Ekoran itu, ini masih lagi menjadi beban untuk kemajuan penggunaan GIS itu
sendiri.
Selain daripada itu, keberkesanan GIS adalah terletak pada pengoptimaan penggunaan
data yang baik. Oleh sebab itu, permodelan data penting bagi memastikan objek dunia benar
yang mengalami pengabstrakan, permudahan, penstrukturan dan sebagainya semasa
diterjemah ke dalam pangkalan data dapat mengekalkan ciri-cirinya. Ini bagi memastikan
maklumat yang berguna boleh dijana dari pangkalan data tersebut. Keutamaan harus diberi
terhadap bagaimana objek dunia benar dapat diterjemahkan bersesuaian dengan ruang
lingkup permasalahan yang cuba diselesaikan. Penilaian yang berhati-hati perlu dibuat
supaya model yang terhasil dapat memberi gambaran yang tepat mengenai objek sebenar.
2.2 Masalah Berkaitan Kekurangan Tenaga Mahir
GIS digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan di
pelbagai negara dunia. Di Malaysia juga, GIS digunapakai secara meluas dalam pelbagai
bidang termasuk majlis perbandaran, keselamatan dalam negara, analisis pola guna tanah,
4

analisis kawasan pilihanraya dan taburan penyakit berjangkit (Zainol, et. al., 2005; Zainol,
2006; Shafie, 2008; Yaakup et. al., 2008). Walaupun kita telah menerima baik kehadiran satu
bentuk teknologi, namun muncul satu lagi bentuk masalah di dalamnya, iaitu kurangnya
tenaga mahir untuk mengendalikannya. Seperti yang diketahui, GIS ini bukanlah sesuatu
teknologi yang mesra pengguna.
Di sebalik kelebihan penggunaan data vektor, terdapat juga beberapa kelemahan yang
dikenal pasti dapat mencacatkan progam sistem penggunaan data vektor ini. Antaranya ialah
struktur data yang kompleks akan menyukarkan pengguna untuk mengguna perisian ini. Hal
ini adalah kerana perwakilan satu sifat geografi memerlukan pelbagai rekod dalam fail dan
ini menyukarkan pengguna untuk mencari dan memindahkan sesebuah data dari satu fail ke
fail yang lain. Hal ini lebih jelas dengan kesukaran yang dialami untuk membuat penindihan
beberapa peta poligon vektor.
Selain daripada itu juga, analisis ruangan yang dilakukan kerana kepelbagaian
ruangan tidak diwakili secara langsung sebaliknya hanya diwakili oleh sumbol-simbol bagi
melambangkan mengenai sesuatu perkara. Hal ini akan menyebabkan masalah untuk
melakukan analisis.
Dan oleh sebab itu, jika dibicarakan dengan hanya mencakupi negara Malaysia
sahaja, kita masih lagi mempunyai kekangan dari segi tenaga mahir.
2.3 Masalah Berkaitan Kos Perbelanjaan yang Besar
Masalah berkaitan GIS yang seterusnya adalah masalah kekurangan kos atau
kekangan dari segi kewangan. Seperti yang diketahui umum, pengendalian GIS ini
memerlukan perbelanjaan yang besar dalam setiap prosesnya. Malah, untuk memiliki
perisiannya, sejumlah wang yang banyak akan diperlukan.
5

Masalah berkaitan kos yang tinggi ini jyga boleh kita lihat dengan jelas dalam
penggunaan model data vektor. Penggunaan model ini merupakan salah satu bukti kukuh
bahawa penggunaan GIS ini melibatkan kos yang besar. Kesannya, hanya terdapat sesetengah
pihak sahaja yang mampu untuk membelinya. Seterusnya perkara ini menyumbang kepada
perkembangan GIS yang tidak pesat. Oleh hal yang sedemikian, negara membangun seperti
negara kita, Malaysia masih lagi tidak mampu untuk mengaplikan GIS secara optimum dalam
pembangunan mahupun pendidikan.
Di samping itu, masalah GIS yang adalah ketiadaah sumber kewangan yang besar
untuk penyelidikan. Oleh hal yang sedemikian, perkembangan GIS menjadi terbantut. Faktor
kewangan ternyata telah menimbulkan beberapa masalah dalam perkembangan GIS itu
sendiri.
2.4 Masalah Dapatan yang Berbeza Melalui Perisian GIS yang Berbeza
Walaupun menelan kos yang banyak namun, GIS masih lagi mempunyai kekurangan.
Hal ini terbukti dengan kajian yang dibuat oleh penyelidik tempatan ekoran dapatan
mengenai kecerunan yang berbeza menggunakan perisian GIS yang berbeza. Penyelidikan
tersebut adalah mengenai klasifikasi kawasan berbukit menggunakan maklumat kecerunan
dari sistem maklumat geografi (GIS). Sebanyak empat perisian GIS telah diuji iaitu IDRISI32
for Windows, Erdas Imagine, ArcView dan GridAnalyser. Hasil kajian mendapati bahawa
kesemua perisian tersebut menghasilkan maklumat kecerunan berbeza dan seterusnya
mempengaruhi klasifikasi kawasan berbukit. Perbezaan ini adalah berbagai, ada yang berbeza
sedikit sahaja (ArcView dan GridAnalyser) iaitu 0.04%, manakala ada juga yang besar
sehingga 5.0% (IDRISI32 dan Erdas Imagine). Menyedari hakikat bahawa penggunaan
perisian GIS yang berbeza boleh menghasilkan hasilan yang berbeza, maka satu kajian yang
komprehensif harus dijalankan oleh agensi-agensi yang berwajib agar dapat menetapkan satu
6

nilai tolerans yang dibenarkan yang boleh dijadikan panduan oleh semua pihak. Hasilan
daripada analisis menggunakan sistem maklumat geografi semakin banyak digunakan untuk
membuat berbagai keputusan. Oleh itu penulis berpendapat agar pengguna perisian GIS sedar
atau diberi kesedaran tentang teknik-teknik yang digunakan oleh sesebuah perisian dalam
menjalankan sesuatu analisis agar mereka dapat memahami dan menilai kekuatan dan batasan
hasilan daripada analisis tersebut. Ini memerlukan pihak yang membangunkan dan
memasarkan perisian GIS menyediakan dokumentasi terperinci tentang kaedah atau teknik
yang digunakan dalam menjalankan sesuatu fungsi. Malangnya bukan semua perisian GIS
yang dipasarkan menyediakan dokumentasi sedemikian. Kajian yang dilaporkan dalam
artikel ini bertujuan untuk menyediakan maklumat berguna kepada pengguna kemungkinan
perbezaan hasilan yang dijana oleh perisian GIS yang berbeza. Artikel ini bukan bertujuan
untuk menilai atau mengkritik sesuatu perisian GIS atau mencadangkan perisian mana yang
lebih baik.
2.5 Masalah Berkaitan Kelemahan Pendidikan GIS
Kajian berterusan yang dilakukan di antara tahun 2007 hingga 2009 telah berjaya
mengenal pasti pelbagai halangan yang mengehadkan implimentasi GIS yang efektif. Satu
masalah utama yang dikenalpasti dalam integrasi GIS adalah kurangnya pengetahuan dan
kemahiran GIS dalam kalangan Guru. Menurut Demirci (2008), faktor kurangnya
pemahaman guru terhadap bidang ini adalah disebabkan kekurangan latihan berasaskan GIS
untuk guru, kekurangan masa dan kesukaran memperoleh peralatan dan perisian untuk GIS.
Beban kerja guru yang kian bertambah mengehadkan masa yang boleh diperuntukkan untuk
mempelajari GIS (Yuda & Itoh, 2006). Bukti untuk memperkukuhkan faktor ini boleh dilihat
melalui dapatan kajian Demirci (2009) yang menunjukkan bahawa penghalang utama dalam
mengimplimentasikan GIS dengan lebih meluas di Turki adalah disebabkan faktor kurangnya
pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru tentang penggunaan GIS. Oleh itu, kita
7

boleh juga mengaitkan dapatan kajian beliau dengan keadaan yang dihadapi di Malaysia.
Kesukaran untuk menguasai GIS juga disebabkan oleh kesukaran guru di Turki untuk
memahami Bahasa Inggeris. Perkara ini boleh menyebabkan Turki memiliki rujukan yang
terhad memandangkan kebanyakan atau boleh dikatakan majoriti buku-buku berkaitan GIS di
pasaran ditulis dengan bahasa Inggeris. Hal ini mungkin juga menyebabkan pelajar di
Malaysia menghadapi kesukaran menguasai kaedah penggunaan GIS memandangkan
penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan segelintir pelajar masih lagi berada pada tahap
yang lemah. Projek Buku GIS, satu usaha sama dengan ESRI berserta bantuan institusi
dalam negara dan luar negara berjaya menghasilkan buku panduan GIS untuk Guru dalam
bahasa Turki. Di New Zealand, GIS telahpun diterap bidang pendidikan.
Selain daripada itu, Brodie (2006) mendapati bahawa kekangan masa dalam kalangan
guru merupakan faktor utama yang melambatkan perkembangan GIS di New Zealand. Hal ini
sedemikian kerana guru yang mengajar GIS ini sudah pastinya memerlukan masa yang lama
untuk mendalami ilmu berkaitan GIS ini di samping memerlukan masa untuk menulis
rancangan pengajaran yang bersesuaian, menulis kertas arahan serta masa yang perlu
digunakan dalam makmal komputer. Menurut Fitzpatrick dan Maguire (2001) GIS boleh
diperkenalkan di semua peringkat persekolahan tetapi guru harus terlebih dahulu menentukan
corak pembelajaran mengikut tahap keupayaan pelajar dan setiap aktiviti pembelajaran
mestilah berbeza daripada satu tahap ke tahap yang lain.
Kelemahan Pendidikan GIS ini boleh kita anggap sebagai penyebab kepada salah satu
faktor kelemahan lagi, iaitu kurangnya tenaga mahir GIS. Di samping memerlukan kos yang
tinggi, pendidikan mengenainya juga masih lagi pada tahap yang tidak memberansangkan.
2.6 Masalah-Masalah Lain
8

Selain daripada permasalahan-permasalahan yang telah disenaraikan, terdapat juga
beberapa masalah GIS yang lain. Sebagai contohnya adalah ketiadaan kesedaran dalam
kalangan bakal pengguna. Sikap orang ramai yang tidak melihat kepentingan penggunaan
GIS telah melemahkan perkembangan GIS itu sendiri. Selain daripada itu, faktor kekurangan
nasihat yang sewajarnya berkenaan GIS juga boleh dilihat sebagai dinding penghadang untuk
perkembangan GIS. Sebagai contohnya, sekiranya guru mempunyai masalah untuk mengajar
GIS, selain daripada merujuk kepada buku, mereka tidak mempunyai tempat atau sumber
untuk mendapatkan nasihat berkenaan GIS.
Berdasarkan Tinjauan Pustaka yang dilakukan oleh Universiti Sumatera Utara di
Indonesia mendapati bahawa kelemahan GIS disebabkan kesalahan semasa memasukkan
data, kesilapan dalam penyimpanan data, dan kesalahan pada analisis dan sumber data. Oleh
hal yang sedemikian, ketelitian dan penambahbaikan kaedah pengumpulan data, analisis dan
modelling penting supaya sesuai dengan masalah dan kalibrasi alat (Riswan, 2001).

3.0 KESIMPULAN
Menyedari kepentingan GIS terhadap pembangunan negara, seharusnya usaha-usaha
untuk menangani kelemahan-kelemahan yang sedia ada haruslah difikirkan dan dilaksanakan
secepat mungkin. Walaupun memerlukan usaha dan kewangan yang banyak, kita tidak boleh
menafikan juga kepentingan GIS ini terutamanya untuk kita menghadapi masa depan.
Dengan adanya penggunaan GIS yang mantap ataupun secara optimum, kita akan lebih yakin
dalam menghadapi cabaran pada masa depan. Semakin banyak masalah terutamanya dalam
bidang pembangunan boleh diatasi. Tambahan pula, GIS akan membuka peluang kepada
bidang pekerjaan baru kepada rakyat. GIS juga boleh dijadikan sebagai penanda aras bagi
kemajuan sesebuah negara. Oleh hal yang sedemikian, diharapkan agar pihak yang berkaitan
9

akan melakukan usaha-usaha untuk meningkatkan perkembangan GIS pada masa akan
datang.

















10

4.0 RUJUKAN
Aronoff,S., 1989. Geographic Information System : A Management Perspective.
Ottawa: WDL Publication.
Burrough, P.A. & McDonnell, 1998. Principles of Geographical Information System.
New York: Oxford University Press.
Cowen, D.J., 1988. GIS versus CAD versus DBMS: What are the differences?
Photogrammetric Engineering and Remote Sensing, 54 (11): 1551-1554.
Department of Environment. 1987. Handling Geographic Information. (H.M.S.O.,
London)
Habibah Lateh & Vasugiammai Muniandy. 2011. GIS dalam Pendidikan Geografi di
Malaysia: Cabaran dan Potensi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Malaysian Journal of Society and Space, 7 (1): 42-52. ISSN 2180-
2491.
Noresah Mohd Shariff & Ruslan Rainis. 2005. Kajian Perbezaan Dalam Klasifikasi
Kawasan Berbukit Dari Hasilan Kecerunan Berbagai Perisian Sistem Maklumat Geografi
(GIS). Jurnal Teknologi, 43(B) Dis: 3550. Universiti Teknologi Malaysia.
Phua Mui How. 2008. GIS Satu Pendekatan Praktikal. Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah.
Rosilawati Zainol, Zainab Abu Bakar, Sayed Jamaluddin Sayed Ali. 2005. Aplikasi
Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Pendidikan. Issues in Education, 28: 255 - 267 (Non-
ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

11

Tinjauan Pustaka. Universiti Sumatera Utara,
http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/25202/4/Chapter%20II.pdf, dilayari pada 19
Oktober 2013.

Anda mungkin juga menyukai