Anda di halaman 1dari 41

Kartografi: Definisi, sejarah dan

kartografi sebagai satu proses


komunikasi
Disediakan oleh
Profesor Madya Dr. Mohd Faris Dziauddin
Jabatan Geografi dan Alama Sekitar,
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
E-mail: faris@fsk.upsi.edu.my
Hasil pembelajaran

• Diakhir kuliah pelajar diharapkan dapat:

1. Menghurai dan merumuskan maksud kartografi;


2. Menjelaskan sejarah perkembangan bidang kartografi; dan
3. Menerangkan konsep kartografi sebagi satu proses
komunikasi.
Pengenalan

• Selain geografi fizikal dan manusia, komponen penting lain yang


terdapat dalam bidang geografi ialah teknik.
• Dua teknik asas yang perlu dikuasai oleh ahli-ahli geografi adalah
teknik kartografi (pemetaan) dan teknik statistik (atau disebut
juga sebagai kaedah kuantitatif).
• Kedua-dua teknik asas ini memainkan peranan yang sangat
penting kepada ahli-ahli geografi (sama ada ahli geografi fizikal
atau manusia) terutamanya bagi aktiviti penyelidikan yang
dilakukan.
• Di samping itu, teknik asas terutamanya teknik kartografi sangat
bermanfaat kepada setiap individu kerana ia boleh dipalikasikan
dalam kehidupan seharian (misalnya kemahiran membaca peta).
Soalan

Selain daripada kemahiran membaca peta,


bolehkah anda nyatakan apakah manfaat-
manfaat lain yang diperoleh apabila
seseorang individu itu menguasai teknik
kartografi?
Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi?


Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi?

• Istilah kartografi berasal daripada perkataan “carte” (Perancis


bagi peta) dan “graphie” (Greek bagi menulis).
• Sungguhpun penghasilan peta bermula sejak beribu tahun
dahulu lagi, tetapi “kartografi” adalah perkataan yang dicipta
pada abad ke-18 oleh sarjana Portugal bernama Manuel
Francisco de Barros e Sousa, Viscount of Santarém bagi
menjelaskan kajian tentang peta lama (Wolter, 1975).
• Walaupun, Santarém hanya merujuk kepada pengkajian
tentang peta-peta lama, perkataan kartografi kemudiannya
terus digunakan bagi merujuk kepada pengkajian peta-peta
kontemporari, pemetaan dan artifak-artifak zaman lampau
(Harley, 1987).
Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi?
(samb.)
• Kartografi boleh didefinisikan sebagai penghasilkan peta oleh
kerajaan (misalnya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia:
www.jupem.gov.my), firma swasta (misalnya Ho Chin Soon:
http://www.hochinsoon.com) dan orang perseorangan.
• Dalam konteks ini, ia bukan sahaja merangkumi kerja-kerja
pengumpulan, reka bentuk, pengeluaran dan pengedaran
peta tetapi ia juga merangkumi kerja-kerja mengumpul data
asas menerusi mengukur di lapangan, penderiaan jauh dan
penghintungan bancian.
• Secara lebih khusus, istilah kartografi merujuk kepada reka
bentuk peta dan pengeluaran (Johnston, Gregory, Pratt, &
Watts, 2000).
Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi?
(samb.)
• Seni dalam kartografi sangat ketara apabila adaptasi simbol,
warna, persembahan semula grafik (terutamanya ciri-ciri
fizikal permukaan bumi), dan dekorasi ke atas peta yang
dihasilkan bagi tujuan komunikasi dengan pengguna.
• Ciri-ciri yang dinyatakan ini amat ketara pada peta-peta lama
berbanding peta kontemporari.
• Selain seni, kartografi juga melibatkan sains kerana ia
memerlukan kaedah saintifik untuk proses pengumpulan data
dan pentafsiran data.
• Elemen teknologi mula dimasukkan dalam kartografi selaras
dengan perkembangan bidang komputer dan penderiaan
jauh.
Peta Tunissia yang
dihasilkan di zaman
Renaissance
Peta Melaka 1598
Peta Malaysia (sekarang)
Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi?
(samb.)
• Berikut adalah definisi-definisi terpilih tentang kartografi:
“Sains yang mengkaji peta geografi, kaedah dan proses-proses
pemampatan dan penghasilan semula peta tersebut” (Shokalsky
& Kamenetsky, 1930).
“Sains menghasilkan peta yang melibatkan fasa-fasa kerja
daripada membuat pengukuran di lapangan sehinggalah peta
dicetak” (Cartographic Office of the United Nations Organization,
1949).
“Konsep, reka bentuk dan perlaksanaan sesebuah peta”
(Robinson, 1984).
“Kartografi adalah teorri, teknik dan praktis dalam menghasil
dan menggunakan peta” (Kolacny, 1968).
Sejarah: Bilakah kartografi bermula?

• Peta Lama telah menjadi sebahagian daripada sejarah manusia


selama beribu-ribu tahun, dan dikatakan setakat ini seawal
16,500 tahun SM.
• Walau bagaimanapun, peta yang paling lama diketahui
dipelihara di dalam bentuk tanah liat Babylon iaitu kira-kira
2,300 tahun SM.
• Tidak sehingga awal abad ke-16 peta dunia pertama muncul,
Gerardus Mercator dari Belgium adalah ahli kartografi
terkemuka pada pertengahan abad ke-16.
• Beliau membangunkan unjuran pemetaan berdasarkan
matematik, yang jauh lebih tepat daripada yang lain. Beliau
menerbitkan peta dunia pada tahun 1569 berdasarkan unjuran
peta ini.
Sejarah: Bilakah kartografi bermula? (samb.)

• Sejarah kartografi kuno dapat dikesan menerusi peninggalan


peta-peta lama.
• Walau bagaimanapun, banyak peta-peta purba telah lenyap
ditelan zaman.
• Banyak juga peta-peta lama ini musnah disebabkan oleh
medium yang digunakan mudah rosak.
• Misalnya, manusia lampau menghasilkan peta di atas tanah
liat yang bersifat mudah rosak, begitu juga kertas (piprus) dan
kepingan kayu serta logam yang boleh dileburkan.
• Namun begitu, terdapat banyak peta-peta lama ini dihasilkan
semula berasaskan manuskrip lama dan disalin secara grafik
oleh ahli-ahli agama (sami) di zaman pertengahan.
Peta Era Babylonian (Mesopotamia Purba)

• Budaya masyarakat Babylon kuno boleh dikatakan agak maju.


• Misalnya, mereka telah mempunyai sistem tulisan 4,000
tahun Sebelum Masihi.
• Mereka juga telah mempunyai sistem pengukuran sendiri.
• Menggunakan “Pythagorean Theorem” lebih kurang 1,000
tahun sebelum Pythagoras.
Peta Era Babylonian (Mesopotamia Kuno)
(samb.)
• Peta Gasur (2,300 SM)
– Gunung, air, nama tempat
– Contoh peta topografi yang pertama kali diketahui ditandakan
dengan arah kardinal (utara, selatan, timur, dan barat).
Peta Era Babylonian (Mesopotamia Purba)
(samb.)
• Patung Putera Gudea (2,100 SM)
– Kemungkinan peta pertama yang mempunyai
skala bar.
Peta Era Babylonian (Mesopotamia Purba)
(samb.)
• “Peta Dunia” Babylonian (600 SM)
– Peta skala kecil
dunia yang diketahui.
– Babylon & Euphrates.
– Banyak menggunakan
tema dikelilingi lautan.
– Dunia luar dikunjungi
oleh pahlawan-pahlawan
hebat mereka,
Peta Era Mesir Purba

• Orang-orang Mesir purba sangat maju pada zaman mereka.


• Misalnya, mereka sudah mempunyai sistem tulisan sendiri
lebih kurang 4,000 tahun sebelum masihi.
• Mereka juga sangat maju dalam bidang matematik, pertanian,
perlombongan, perubatan, seni halus dan seni bina.
• Walau bagaimanapun, tidak banyak bukti-bukti kartografi
yang ditinggalkan oleh mereka jika dibandingkan dengan
masyarakat Babylonian.
• Dalam penghasilan peta, orang-orang Mesir Purba
menggunakan piprus dan kayu berbanding tanah liat.
Peta Era Mesir Purba (samb.)

• Peta pada penutup keranda – penutup kerana bertarikh 2,000


tahun SM menggambarkan laluan air dan darat ke
“Underworld”.
Peta Era Mesir Purba (samb.)

• Peta yang paling lazim dihasilkan oleh orang-orang Mesir


purba ialah Peta Ukur.
• Banjir tahunan yang berlaku disebabkan oleh limpahan air
Sungai Nil memerlukan peta dihasilkan bagi menentukan
sempadan dengan tepat terutamanya selepas banjir.
• Peta juga digunakan oleh pihak berkuasa untuk tujuan
mengutip cukai.
• Namun, tidak ada satu pun peta-peta ini yang boleh dilihat
kini – maklumat tentang kewujudan peta-peta ini diperolehi
daripada manuskrip.
Peta Era Greek

• Budaya dan kesarjanaan orang-orang Greek berlangsung


selama beribu-ribu tahun.
• Dalam bidang kartografi, kita dapat kenal pasti perubahan
yang berlaku secara beransur-ansur iaitu daripada teori
kepada praktikal.
• Misalnya, daripada konsep yang diketahui dunia sebagai
“climata” kepada ujuran peta dan koordinat geometri.
Peta Era Greek (samb.)

• Peta Dunia Anaximander (600 SM).


• Peta dunia yang dihasilkan oleh Anaximander dianggap
sebagai peta dunia pertama yang dilukis menggunakan skala.
Peta Era Greek (samb.)

• Peta Dunia oleh Hecataeus (500 SM).


• Diskripsi sistematik pertama tentang dunia yang diketahui.
Peta Era Greek (samb.)
• Peta Dunia Erathostenes (220 SM).
• Erathostenes seringkali dirujuk sebagai bapa kartografi saintifik, dan
beliau adalah orang pertama yang megukur lilitan bumi.
Peta Era Roman

• Peta Jalan Peutinger (335 AD).


Peta Era China

• Peta kertas China (1800 M).


Peta Zaman Pertengahan (Zaman Gelap)

• Peta Dunia al-Idrisi (1154 M)


Peta Zaman Pertengahan (Zaman Gelap) (samb.)

• Peta Psalter (1260 M)


Peta Zaman Renaissance

• Peta Dunia Rosseli (1508 M).


Peta Zaman Renaissance (samb.)

• Peta Dunia Waldseemüller (1507 M).


Peta Zaman Renaissance (samb.)

• Peta Dunia Ortelius (1570 M).


Kartografi sebagai satu proses komunikasi

• Pandangan tradisional tentang kartografi hanya berfokus


kepada proses penghasilan peta.
• Tujuan peta tersebut dihasilkan biasanya untuk memenuhi
kehendak pembuat peta itu sendiri dan pengguna lain yang
amat terhad.
• Keperluan masyarakat awam terhadap maklumat, selaras
dengan perkembangan teknologi telah menjadikan kartografi
sebagai satu bentuk proses komunikasi.
• Komunikasi – proses penyampaian dan penukaran data dan
maklumat antara dua atau lebih individu.
Soalan

Bagaimana kartografi dikatakan sebagai satu


bentuk proses komunikasi?
Kartografi sebagai satu proses komunikasi
(samb.)

GANGGUAN

AHLI MEDIUM
KARTOGRAFI - Peta
Konsepsi PENGGUNA
- Graf/carta
Dunia sebenar kartografi
- Lain-lain
Kartografi sebagai satu proses komunikasi
(samb.)
• Komunikasi dalam kartografi menekankan elemen
pemprosesan sebagai komponen utama dalam komunikasi
berkenaan.
• Komunikasi kartografi wujud dalam bentuk komunikasi grafik
(peta, carta, graf, dan lain-lain) yang bersifat menyeluruh.
• Proses komunikasi kartografi akan menjadi lebih efektif
apabila pengguna mempunyai kemahiran yang tinggi tentang
data/maklumat yang ingin disampaikan oleh ahli kartografi,
memandangkan pengguna menerima data/maklumat dalam
satu bentuk/sehala.
• Maklum balas daripada pengguna tidak boleh disampaikan
secara langsung.
Kartografi sebagai satu proses komunikasi
(samb.)
• Ini menyebabkan wujudnya gangguan dalam proses
komunikasi kartografi yang boleh menjejaskan maklumat
yang ingin disampaikan kepada pengguna.
• Gangguan ini menyebabkan maklumat yang ingin
disampaikan menjadi tidak jelas, berubah maksud atau
hilang semasa proses komunikasi tersebut.
• Gangguan ini boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu:
(1) gangguan daripada pihak ahli kartografi;
(2) gangguan daripada peta itu sendiri; dan
(3) gangguan daripada pembaca/pengguna peta.
Kartografi sebagai satu proses komunikasi
(samb.)
• Gangguan daripada ahli kartografi berlaku apabila ahli
kartografi:
1) kurang kemahiran menghasilkan peta; dan
2) Mempunyai/menggunakan konsep yang lemah/silap
dalam proses kartografi.
• Gangguan daripada peta berlaku apabila peta yang dihasilkan:
1) lemah daripada aspek simbol;
2) lemah daripada aspek warna;
3) lemah daripada segi reka bentuk;
4) lemah daripada segi petunjuk/skala; dan
5) sukar untuk difahami.
Kartografi sebagai satu proses komunikasi
(samb.)
• Gangguan daripada pembaca peta berlaku apabila:
1) lemah daripada segi pemahaman konsep;
2) lemah teknik membaca dan menganalisis peta;
3) lemah daripada segi fizikal; dan
4) lemah daripada segi emosi.
• Selain daripada tiga gangguan yang dinyatakan di atas, lain-
lain gagguan turut juga memrencatkan proses komunikasi
kartografi termasuklah:
1) pemilihan medium yang silap;
2) masalah semasa cetakan; dan
3) maklumat yang tidak lengkap atau dikemaskini.
Kartografi sebagai satu proses komunikasi
(samb.)
• Dalam proses menghasilkan peta terdapat tiga langkah utama
yang terlibat iaitu:

1) Mengumpul dan Menganalisis Data


• Data daripada pelbagai sumber (peta sedia ada, foto udara, imej
satelit, banci, kerja lapangan dan lain-lain) perlu dikumpul.
• Data ini akan dianalisis dan dimanipulasikan kepada bentuk yang
sesuai untuk menerangkan fenomena-fenomena yang ingin
disampaikan.
• Di peringkat ini, proses Abstrak atau Generalisasi Kartografi akan
dilaksanakan melalui proses pemilihan, pengkelasan (klasifikasi),
peringkasan (simplifikasi) dan persimbolan (simbolisasi).
Kartografi sebagai satu proses komunikasi
(samb.)
2) Reka bentuk Peta
• Reka bentuk peta bergantung kepada tujuan penghasilan peta,
siapa penggunanya dan kefahaman ahli kartografi tentang
fenomena yang ingin disampaikan kepada pengguna.
• Ianya melibatkan proses pemilihan medium, bahan, corak, warna,
skala, simbol, petunjuk dan lain-lain.
• Elemen seni memainkan peranan yang penting ketika peringkat ini.
3) Pencetakan Peta
• Kualiti pencetakan akan mempengaruhi kualiti peta yang akan
dihasilkan.
• Kemajuan dalam bidang komputer membolehkan peta (khususnya
peta dalam bentuk digital) dicetak berdasarkan kepada keperluan
pengguna yang khusus (saiz, warna, lokasi, helaian dan sebagainya).

Anda mungkin juga menyukai