Anda di halaman 1dari 40

KULIAH TIGA

ISU-ISU SEMASA ALAM SEKITAR GLOBAL

PENINGKATAN GAS RUMAH HIJAU


PENIPISAN LAPISAN OZON

1
PENGENALAN

Atmosfera dianggap sebagai lapisan nipis tanpa bau, warna dan rasa
berada berhampiran dengan bumi disebabkan daya tarikan graviti.

Atmosfera semula jadi dibentuk oleh tiga unsur iaitu gas kekal, gas
berubah dan juzuk bukan gas.

Peranan gas ini yang memerangkap semula bahangan gelombang


panjang menyebabkan gas ini kadang kala dikenali sebagai gas
rumah hijau.

2
3
4
Sambungan…

 Pengaruh + tindakan manusia telah mengubah cuaca dan iklim dunia

 Bukti perubahan iklim – perubahan kandungan gas surih hingga


menyebabkan berlaku kesan rumah kaca, perubahan aras laut,
perubahan suhu atmosfera dan suhu air lautan

 Fenomena iklim yang melampau – kukuhkan teori tentang perubahan


iklim

5
PENINGKATAN KONSENTRASI GAS KARBON DIOKSIDA

Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera bumi pada akhir kurun


ke 19 dianggarkan sekitar 290 bahagian per juta (ppm).

Pengukuran yang dilakukan di pusat pemerhatian jauh terletak di


kawasan yang bebas dari pencemaran industri seperti di Mauna
Loa di kawasan Pasifik menunjukkan bahawa purata konsentrasi
karbon dioksida tahunan telah meningkat ke 341 ppm dalam
tahun 1982.

Pemerhatian di kutub selatan dan di tempat-tempat lain


menunjukkan paras berkenaan dan peningkatan konsentrasi
karbon dioksida sekarang adalah dianggarkan kira-kira 0.3 %
setiap tahun.
6
Sambungan…

Sekiranya kadar peningkatan karbon dioksida berterusan, maka menjelang


tahun 2010, kandungan karbon dioksida di atmosfera akan mencapai paras
400 ppm

Menjelang pertengahan kedua abad ke 21, paras karbon dioksida akan


mencapai paras kira-kira 600 ppm.

Peningkatan konsentrasi karbon dioksida di atmosfera adalah berkait


dengan keupayaan mengubah iklim dunia.

Manusia telah mengubah iklim bumi selaras dengan kemajuan yang


dikecapi pada masa kini.

7
Sambungan…

 Imbangan gas di atmosfera telah berubah – dua kali ganda karbon


dioksida di udara berbanding 100 tahun dahulu

 CO2 diserap oleh tumbuhan dan ditukar menjadi karbon

 Kini- lebih banyak karbon dibebaskan kesan daripada aktiviti manusia

8
sambungan…

Punca utama peningkatan konsentrasi ini ialah pembakaran bahan


bakar berasaskan karbon seperti arang batu, gas asli dan minyak
oleh stesen jana kuasa dan kenderaan.

Faktor penyumbang selanjutnya ialah pemusnahan hutan secara


meluas seperti yang berlaku di Lembangan Amazon.

Penggunaan bahan bakar berasaskan karbon telah berlipat ganda


setiap dekad sejak 1900.

Tindakan manusia hari ini menambahkan konsentrasi karbon


dioksida sebanyak 18 juta tan setiap tahun ke atmosfera terutamanya
dari penggunaan bahan –bahan bakar.
9
10
sambungan…

Karbon dioksida adalah lutsinar kepada bahangan solar


bergelombang pendek tetapi menyerap setengah bahangan infra-
merah gelombang panjang yang dipancarkan oleh bumi ke angkasa.

Keadaan ini menyebabkan atmosfera menjadi panas dan


menghasilkan ‘kesan rumah hijau’.

Kesan menyeluruh dari keadaan ini ialah min suhu di permukaan


bumi adalah kira-kira 15 darjah celcius dan karbon dioksida
bertanggungjawab kira-kira 60 peratus menyebabkan pemanasan
global sekarang.
11
12
Jadual Menunjukkan Konsentrasi CO2 Di Atmosfera Peringkat
Bawah
Tahun Konsentrasi (%) ppm

1774 0.028 280


1888 0.029 290
1970 0.032 320
1985 0.035 350
1995 0.037 370
2020 (anggaran) 0.055 550
2050
(anggaran) 0.060 600
13
sambungan…

Dari data yang telah direkodkan sejak penghujung 1800 an, min
suhu permukaan bumi telah meningkat kira-kira 0.3 ke 0.6 darjah
celcius.

Bagi tempoh 45 tahun kebelakangan ini dapatlah dianggap


bahawa keadaan alam sekitar adalah lebih panas berbanding
dengan pertengahan tahun 1800 an.

Para saintis berpendapat bahawa peningkatan konsentrasi


karbon dioksida di atmosfera ini bukanlah sesuatu yang
berpunca dari keadaan semula jadi.

Dari data-data yang telah dikumpulkan dapat dirumuskan


bahawa ianya menunjukkan adanya ‘pengaruh manusia ke atas
iklim global’.
14
Gas Rumah Kaca
Gas rumah kaca wujud di atmosfera sama ada secara semula
jadi atau melalui pelbagai kegiatan manusia. Agensi
Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat menyebut
gas rumah kaca yang wujud secara semula jadi merangkumi wap
air, karbon dioksida (CO2), metana (CH4), nitrus oksida (N2O)
dan ozon (O3).

Kegiatan manusia seperti pembakaran sisa pepejal dan bahan


api fosil (minyak, gas asli dan arang batu), pertanian dan
penternakan menyebabkan peningkatan gas ini di atmosfera.

Pembakaran sisa pepejal, bahan api fosil dan kayu menyumbang


kepada peningkatan karbon dioksida manakala penghasilan dan
pengangkutan bahan api fosil menyebabkan pelepasan metana.
15
sambungan…

Metana juga terhasil daripada proses penguraian sisa pepejal di


tapak pelupusan sampah selain kegiatan pertanian dan
penternakan.

Pembakaran sisa pepejal dan bahan api fosil ini turut


membebaskan nitrus oksida dan juga berpunca daripada
kegiatan pertanian dan industri.

Gas rumah kaca juga tidak wujud secara semula jadi sebaliknya
terhasil daripada pelbagai proses industri. Antaranya,
klorofluorokarbon (CFC), hidrofluorokarbon (HFC),
perfluorokarbon (PFC) dan sulfur heksafluorida (SF6).
16
Sambungan…

Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), menetapkan tiga gas – karbon
dioksida,metana dan nitrus oksida – sebagai gas rumah kaca utama,
yang perlu dikurangkan pelepasannya bagi menangani masalah
pemanasan global.

Setiap gas rumah kaca ini berbeza daripada segi keupayaan menyerap
haba di atmosfera.

Keupayaan gas rumah kaca menyerap haba ini menyebabkan haba


yang sepatutnya dibebaskan keluar ke atmosfera terperangkap sekali
gus meningkatkan suhu pada permukaan bumi.

Kesan inilah yang dikatakan kesan rumah kaca atau pemanasan


global.
17
Sambungan…

Metana dan nitrus oksida masing-masing mempunyai daya serapan


haba yang lebih tinggi berbanding karbon dioksida iaitu 21 dan 270
kali ganda lebih tinggi.

CFC, HFC dan PFC pula mempunyai daya serapan yang lebih tinggi
iaitu sehingga beribu kali ganda lebih tinggi berbanding karbon
dioksida.

18
Kesan-Kesan Yang Wujud Akibat Daripada Peningkatan Gas
Karbon Dioksida dan Gas Rumah Hijau 

Kesan rumah hijau adalah satu fenomena di mana dunia mengalami


pemanasan akibat haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi.

Haba ini terperangkap oleh kehadiran beberapa jenis gas


terutamanya gas karbon dioksida yang bertindak seolah-olah suatu
selimut yang meliputi atmosfera bumi.

Selimut gas ini membenarkan haba menembus masuk tetapi


menghalangnya keluar ke angkasa lepas.

19
sambungan…

Kesan rumah hijau ini berlaku apabila sinaran ultra ungu menembusi
lapisan ozon dan masuk ke atmosfera bumi dan daratan. Ia berupaya
memanaskan permukaan bumi.

Sebahagian daripada haba yang masuk bersama sinaran ultra ungu tadi
dipantulkan balik oleh bumi sebagai sinaran inframerah. Tenaga haba
dari sinaran inframerah ini bagaimanapun tidak dapat melepasi ruang
atmosfera bumi kerana terperangkap oleh selimut gas yang terdiri
daripada gas-gas seperti karbon dioksida (terutamanya), nitrogen
monoksida, metana dan wap air.

Haba yang terperangkap tadi akan menaikkan suhu bumi. Gas-gas


pencemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida turut
menambahkan lagi pemerangkapan haba.

20
Sambungan…

Kesan rumah hijau ini bukan sahaja menaikkan suhu bumi tetapi ianya
juga mengakibatkan perkara-perkara lain berlaku seperti:-

a. Kenaikan paras laut  


Suhu yang meningkat boleh mengakibatkan pencairan ketulan-ketulan ais
yang ada di Artik dan Antartika. Pencairan ais ini menyebabkan kenaikan
paras laut di kawasan tersebut. Kenaikan paras laut ini menyebabkan
kejadian banjir di kawasan persisiran pantai di tempat-tempat lain seperti
yang berlaku di bandar-bandar persisiran pantai di Bangladesh.

Kenaikan paras laut ini juga menyebabkan air laut melimpah masuk ke
kawasan pertanian tepi pantai dan menyebabkan saliniti (kemasinan)
tanah berlaku. Ini menjadikan tanah tersebut tidak sesuai untuk pertanian
lagi. 

21
Sambungan…

b. Perubahan iklim
Penambahan haba juga menyebabkan perubahan arah angin dan arus.
Hal ini boleh menyebabkan bencana alam seperti ribut serta taufan
berlaku lebih kerap daripada biasa dan berlaku di tempat-tempat yang
sebelum ini tidak pernah mengalaminya.

Penambahan haba yang terlalu banyak juga menyebabkan kejadian iklim


ekstrim di mana kemarau yang terlalu kering atau banjir yang terlalu kerap
dan tinggi . Hal ini menyebabkan kerosakan pada hasil-hasil pertanian
serta hutan-hutan.

Penambahan haba turut merubah taburan hujan dan sumber air dalam
sesuatu kawasan dunia.

22
Sambungan…

Penambahan haba turut merubah taburan hujan dan sumber air


dalam sesuatu kawasan dunia.

Hal ini turut memberi masalah kepada pertanian dan penghutanan. 

23
Sambungan…

c. Kesihatan manusia terganggu


Perubahan suhu yang melampau boleh menyebabkan gejala
'heat wave' di beberapa kawasan tertentu. Ia boleh
menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan terutamanya
golongan tua mengalami 'heatstroke' yang boleh membawa
kepada kematian.

Kenaikan paras laut serta banjir boleh menyebabkan


kekurangan sumber air tawar dan turut menyebabkan
pencemaran air yang boleh menyebabkan beberapa jenis
penyakit berlaku seperti cirit-birit, taun dan lain-lain lagi. 

24
Sambungan…

d. Kegiatan harian manusia dan penempatan manusia terganggu


Penambahan suhu turut mempengaruhi ekosistem laut. Perubahan
zon-zon iklim serta perubahan arus mempengaruhi habitat hidupan
laut. Hal ini menjejaskan usaha serta hasil tangkapan ikan serta
haiwan-haiwan akuatik yan lain.

Kemarau dan ribut boleh menganggu bekalan elektrik di sesuatu


kawasan. Gangguan kepada bekalan elektrik akan menjejaskan
aktiviti-aktiviti seperti perindustrian , pengilangan serta lain-lain lagi
yang akan menjejaskan ekonomi sesuatu kawasan.

Kawasan-kawasan pinggir laut yang ditelenggami air akan


menjejaskan pertempatan penduduk dan menyebabkan mereka
terpaksa berpindah ke kawasan lain yang lebih baik dan selamat.

25
PENGURANGAN KONSENTRASI OZON STRATOSFERA

Ozon merupakan juzuk stratosfera yang sedikit tetapi


mempunyai peranan yang amat penting.

Jumlahnya di stratosfera pada sesuatu masa dan ketika


bergantung kepada imbangan di antara kadar ozon dihasilkan
dan kadar ia dilupuskan. Kebiasaannya, wujud keserataan
semula jadi di antara proses-proses yang terlibat.

Berasaskan bukti-bukti, didapati kesetaraan semula jadi tersebut


mungkin diganggu oleh manusia dan secara tidak sedar
meningkatkan kadar hakisan atau kehilangan ozon stratosfera.

26
Sambungan...

Sebagai contoh, kapal terbang supersonik yang terbang di lapisan


stratosfera mengeluarkan nitrogen dioksida melalui gas-gas ekzos
panas ke persekitaran atmosfera yang stabil dan kurang bercampur
dengan troposfera.

Oleh itu, sebarang pengeluaran yang dikeluarkan ke lapisan


berkenaan akan kekal sebagai bahan terampai di udara untuk
tempoh bertahun-tahun lamanya.

27
Sambungan…

Keadaan ini akan menyusutkan lapisan ozon dan meningkatkan


jumlah bahangan ultra lembayung yang sampai ke permukaan
bumi sehingga ke paras yang tidak sesuai untuk pertumbuhan
tanaman.

Di samping itu turut meningkat kejadian-kejadian barah kulit.


Bagaimanapun, pada masa kini bahaya yang sedemikian ini
adalah agak kecil kerana amat kurang kapal terbang yang
terbang pada paras stratosfera atas.

28
sambungan…

Bahaya potensi kedua terhadap lapisan ozon timbul dari penggunaan


bahan kimia tertentu yang dikenali sebagai klofolorkarbon (CFC).

Gas-gas sedemikian digunakan sebagai bahan rejan dalam


kebanyakan semburan aerosol termasuk semburan rambut, pewangi,
semburan cat dan pembunuh serangga.

Dianggarkan bahawa bahan-bahan ini telah dihasilkan lebih daripada


6 billion pada setiap tahun.
 

29
Sambungan...

Sungguhpun CFC merupakan gas bukan toksid dan lengai di


troposfera, namun ianya dibawa ke atas sehingga ke lapisan
stratosfera oleh proses percampuran semula jadi atmosfera dan di
sini ia terlerai menjadi atom klorin yang bebas.

Atom ini boleh bertindak balas dengan ozon dan memecahkannya


kepada oksigen yang biasa.

30
Jadual menunjukkan masa diperlukan untuk 63% CFC dilupuskan dari

atmosfera

Jenis Penggunaan utama Tempoh pengekalan


(tahun)

CFC-11 Bahan rejan aerosol 76


     
CFC-12 Peti sejuk dan alat 139
  pendingin udara  
     
CFC-113 Pelarut bagi pencuci 92
mikro-litar elektronik

31
sambungan…

Jawatankuasa Majlis Penyelidikan Nasional Amerika Syarikat bagi


menangani masalah kesan perubahan lapisan stratosfera telah
menyarankan bahawa CFC tidak seharusnya digunakan selepas bulan
Januari 1978.

Bagi Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika pula, ia telah


mengharamkan bahan tersebut dari menjadi bahan dagangan di antara
negeri-negeri bermula pada bulan April 1979.
 
Dalam tahun 1982, Organisasi Meteorologi Sedunia (WMO) telah
mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa tanpa mengambil kira
faktor-faktor yang mengubah suai situasi gas berkaitan, kesan jangka
panjang yang tetap dengan pembebasan CFC secara berterusan adalah
dianggarkan menyebabkan kemerosotan lapisan ozon sebanyak 5 – 10 %.

32
sambungan…

Masalah ini seterusnya dikesan dan ditimbulkan apabila dalam tahun 1985
satu ‘lubang’ sebesar Amerika Syarikat telah dijumpai di lapisan ozon di
atas benua Antartika.

Kesan ini menandakan adanya pengurangan konsentrasi ozon sebanyak


kira-kira 50 % sejak tahun 1979.

Penemuan keadaan ini mungkin dianggap ganjil tetapi para sainstis


sedang bekerja keras bagi mengenal pasti apakah punca-punca dan
sebabnya berlaku penyusutan dan pengurangan kadar lapisan ozon dunia.
 

33
34
Sambungan…

Protokol Montreal mengenai bahan kimia yang mengancam lapisan


ozon semasa ia ditandatangani pada tahun 1987 telah dianggap
sebagai satu pencapaian diplomatik yang terbaik.

Akan tetapi sejurus kemudian penyelidikan mendapati bahawa


penipisan adalah lebih serius daripada apa yang dijangkakan.

Protokol Kyoto – Disember 1997 – minta negara maju mengurangkan


gas rumah hijau - 30 buah negara membangun iktiraf protokol

35
sambungan…

Di antara tahun 1969-1986 purata pengurangan ozon di stratosfera


dianggarkan lebih kurang 2 % tetapi pengukuran baru telah
menunjukkan kadar ini telah meningkat dua kali dan telah
menyebabkan antara 8 hingga 12 % lebih banyak sinaran radioaktif
ultraviolet masuk ke bumi.
 
Disebabkan oleh kesamaran tentang kenyataan kehilangan lapisan
ozon, protokol ini tidak mencapai objektifnya iaitu menurunkan
sebanyak separuh penggunaan CFC pada tahun 1998 dan
menghapuskan penggunaan halon pada tahun 1992. Lebih teruk
lagi apabila beberapa bahan kimia yang merupakan ancaman serius
terhadap lapisan ozon tidak dinyatakan di dalam perjanjian ini.

36
Why do GLOBE scientists research surface ozone?

 Considered a pollutant
 Globally its abundance is
unknown
 Amount present in the air
affects many other trace
gases
 Helps assess the degree to
which it is an
environmental problem
Science Content: What is Surface Ozone?
Science Content:
Where does surface ozone come from?
It is the primary component of photochemical smog

Hydrocarbons + Nitrogen Oxides + h --> Ozone

Combustion Products Sunlight


(from biomass or
fossil-fuel burning),
Trees
Instruments: Zikua Optical Scanner
TM

Exposed test
strip placed in
slot of scanner

Anda mungkin juga menyukai