Anda di halaman 1dari 33

PENGURUSAN PENASIHATAN

MURID
TOPIK 10
KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Bimbingan

Pengurusan
Penasihatan Murid

Mentoring Penasihatan
BIMBINGAN
KONSEP BIMBINGAN…

▪ Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang


memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia.
Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri,
membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow
& Crow 1960).

▪ Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam


sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971).

▪ Proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk


menolong individu melalui pendidikan (Mathewson 1962).
…KONSEP BIMBINGAN

▪ Suatu konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau
suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar
memahami diri (Amla et al. 2006).

▪ Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan


penyesuaian yang bijak.

▪ Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan


perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami
cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.
CIRI-CIRI BIMBINGAN…

▪ Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan


yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan
sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja,
berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.

▪ Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan.

▪ Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang


tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut
arah yang sesuai dengannya.
…CIRI-CIRI BIMBINGAN

▪ Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan


bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.
PENASIHATAN
KONSEP PENASIHATAN

▪ Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa


memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994).

▪ Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru


dan berguna (Gibson & Mitchell 1999).

▪ Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan,


mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang
pelbagai hal (Kamus Dewan).
CIRI-CIRI PENASIHATAN

▪ Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan


kepada diri individu yang bermasalah. 

▪ Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap


lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini
adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai
kelayakan dan pengiktirafan.

▪  Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi


permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
PROSES BIMBINGAN DAN
PENASIHATAN
PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Fasa 1: Fasa 2:
Kesedaran guru Menguasai
Fasa 3: Proses Fasa 4: Proses
sebagai kemahiran- Fasa 5: Analisis
mengenali membimbing
pembimbing kemahiran asas penilaian
pelajar pelajar
dan penasihat bimbingan dan
pelajar penasihatan
FASA 1: KESEDARAN GURU SEBAGAI
PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR

▪ Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu


menerima konsep ini.

▪ Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar


kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka
berbanding guru yang tidak mengajar.

▪ Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan


bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan
pelajar.
FASA 2: MENGUASAI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN
ASAS BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
▪ Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa
kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan
bengkel khas.

▪ Antara kemahiran-kemahiran yang dicadangkan iaitu;


– Kemahiran perkembangan personaliti
– Kemahiran melayan dan kemahiran mendengar
– Kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal)
– Kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah
– Kamahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong.

▪ Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat


dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.
FASA 3: PROSES MENGENALI PELAJAR
▪ Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan
boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan.

▪ Secara umumnya, pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada
tiga kategori utama iaitu :
– Pelajar yang datang secara sukarela
– Pelajar yang di bawah pemerhatian
– Pelajar yang dikenalpasti sendiri oleh guru-guru sebagai memerlukan bimbingan melalui pemerhatian
dan diagnosis

▪ Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul
maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian,
temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik
autobiografi dan rekod kesihatan.
FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
▪ Secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan
bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang
melibatkan ibu bapa.

▪ Oleh kerana pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat
mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat
diberi perhatian sepenuhnya oleh guru.

▪ Manakala bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah


yang sama seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal.

▪ Terdapat enam tahap dalam proses membimbing pelajar, iaitu:


…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
1. MEMBINA HUBUNGAN
– Di tahap ini guru membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan selamat
dengan pelajar agar perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik.

– Guru juga perlu mengingati bahawa setiap individu itu unik dan mempunyai potensi untuk
bergerak ke arah kebaikan.

– Guru harus menerima pelajar seadanya iaitu melalui penerimaan positif tanpa syarat,
memperlihatkan ketulenan dan ikhlas sehingga pelajar yakin bahawa guru adalah seorang
yang boleh dipercayai, kompeten, dan peramah.

– Contoh : guru melihat pelajar muram dan tidak ceria sewaktu dalam kelas, lantas mendekati
pelajar tersebut.
“Apa khabar Amy, saya lihat Amy macam sedih saja. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
2. PENEROKAAN
– Pada tahap ini, guru cuba membantu pelajar dengan meneroka permasalahan utama
mereka melalui beberapa kemahiran tertentu supaya pelajar dapat memberitahu apakah
masalah yang dialaminya dengan jelas.

– Tugas guru pembimbing ialah mendengar dan meneroka dengan teliti dan penuh empati.
Tujuannya untuk mendapat gambaran masalah pelajar tersebut.

– Contoh:
Pembimbing : “Apa agaknya yang mendorong Amy berjumpa dengan saya hari ni?”
Amy: “Entahlah cikgu, saya betul-betul sedih. Kawan saya Ani memarahi saya tadi,
saya bukan buat salah besar pun.....”
Pembimbing : hmm...... ...kawan awak marah ? (dorongan minima)
…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
3. DEFINISI MASALAH DAN MEMBINA MATLAMAT
– Guru perlu melihat dengan lebih mendalam permasalah pelajar melalui pendefinisian permasalahan
utama dan membina matlamat mereka.

– Pada tahap ini biasanya, pelajar dan guru telah dapat mengenalpasti apakah masalah utama yang
menyebabkan pelajar berkeadaan sedemikian. Matlamat tidak akan tercapai seandainya masalah
utama tidak dikenalpasti.

– Apa yang penting, pelajar akan dibantu oleh guru untuk melihat apakah matlamat utama bagi
mengatasi masalah dirinya.

– Contoh:
Pembimbing : “Dari apa yang telah Amy beritahu saya, Amy merasakan bahawa sikap cuailah yang
menyebabkan Amy dimarahi oleh Ani. Agaknya, apa yang ingin Amy lakukan untuk mengatasi masalah
ini”
Pelajar : “Ya....Saya rasa, saya perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan kawan-
kawan...saya tak sanggup dimarah sekali lagi”.
…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
4. ALTERNATIF PENYELESAIAN DAN PELAN TINDAKAN
– Pelajar akan dibantu membuat beberapa alternatif penyelesaian terhadap permasalahan
yang mereka alami dan membantu mereka merancang tindakan yang sesuai selaras dengan
kemampuan mereka.

– Setelah situasi sebenar difahami, berlaku proses perbincangan antara dua pihak untuk
melihat alternatif-alternatif penyelesaian dan pilihan-pilihan yang dibuat perlu membawa
implikasi positif.

– Contoh:
Pembimbing :“Selain mengamalkan sikap lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan rakan-
rakan, apa agaknya yang Amy dapat lakukan supaya kawan-kawan lebih menghormati dan yakin
terhadap Amy?”
Pelajar : “Saya rasa, saya perlu membeli sendiri barang-barang tersebut, tak perlu pinjam-meminjam
lagi. Kalau tidak cukup wang saya boleh kumpul duit sedikit demi sedikit. Cuma mungkin ambil masa
sedikit untuk dapat mengumpulkan jumlah yang diperlukan.
…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
5. MELAKSANAKAN TINDAKAN
– Tahap seterusnya ialah melaksakan tindakan yang dibincangkan dan membuat penilaian
terhadap tindakan tersebut.
…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
6. PENAMATAN
– Setelah pelajar mencapai matlamat dan objektifnya, maka hubungan bimbingan bolehlah
ditamatkan. Guru akan memantau pelajar seterusnya melalui tindakan susulan.
FASA 5: ANALISIS PENILAIAN

▪ Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan


penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.

▪ Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu


berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.

▪ Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika
perlu.
MENTORING
KONSEP MENTORING

▪ Mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan


antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu
(mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee.

▪ Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar


(mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih
mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan,
menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher
2000).
…KONSEP MENTORING

▪ Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih


(coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu
mantee mendalami perkembangan professional.

▪ Mentor ialah individu berpengalaman/berpengetahuan dalam


sesuatu bidang manakala mantee adalah individu/sekumpulan
individu yang ingin maju dalam bidang berkenaan.
CIRI-CIRI MENTORING

▪ Mementingkan perkembangan personal dan professional mentee


yang berterusan
▪ Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku
perkembangan positif.
▪ Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan
mentor dan mantee.
▪ Bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan.
▪ Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
PROSES MENTORING

Merundingkan Perkembangan
Menjalin Menamatkan
persetujuan/ professional
Perhubungan Perhubungan
perjanjian mantee
PROSES 1:MENJALIN PERHUBUNGAN

▪ Berikan masa dan tingkatkan usaha supaya terbina perhubungan


yang dikehendaki.

▪ Mentor dan mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk


mengenali satu sama lain supaya timbul rasa saling mempercayai.

▪ Jika ini berlaku dengan baik maka proses mentoring akan menjadi
satu aktiviti yang mudah dan bermakna.
PROSES 2: MERUNDINGKAN PERSETUJUAN/
PERJANJIAN

▪ Langkah seterusnya adalah untuk mentor dan mantee sama-sama


menjana persetujuan/ perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi
oleh mereka semasa sesi mentoring.

▪ Perjanjian meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring,


mengenalpasti batasan serta cara dan teknik mentoring.

▪ Wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan


yang harmoni.
PROSES 3: PERKEMBANGAN PROFESSIONAL MANTEE

▪ Merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan


peranan mentoring itu sendiri.

▪ Pada ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee perlulah menentukan


matlamat mentoring, menjana senarai latih-tubi dan aktiviti
mentoring supaya matlamatnya tercapai.

▪ Pada ketika ini juga, perlu ada usaha untuk mewujudkan


perhubungan yang harmoni dan berterusan antara mereka.
PROSES 4: MENAMATKAN PERHUBUNGAN

▪ Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia


dinilai oleh mereka yang berkenaan.

▪ Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap


pencapaian positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada
perhubungan yang kasual.

▪ Mentoring tidak sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam kes tertentu


pula , perhubungan mentor-mantee akan berkembang kepada
sesuatu yang lebih kekal.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai