Anda di halaman 1dari 9

Bimbingan dan Kaunseling

NURUL SHAFIEZA BINTI TAHIR


SYAZANA BINTI SHARIF
SURAINNY BINBA
Maksud bimbingan

 Proses yang dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu


murid - murid mengetahui dan menyedari kebolehan dan
kelemahan diri serta membantu mereka membuat penyesuaian
persekitaran.
 Potensi murid akan dikembangkan secara maksimum supaya
murid dapat memperoleh keharmonian dan kejayaan dalam
kehidupan.
 Intervensi awal bimbingan di dalam bilik darjah akan membantu
murid daripada terjebak ke dalam masalah tingkah laku.
Maksud kaunseling

 Proses di mana guru membantu klien, iaitu murid untuk memahami


dirinya yang sebenar, kekuatan dan kelemahan diri supaya murid
dapat membuat keputusan - keputusan yang berkesan tentang
pilihan - pilihan dalam hidupnya.
 Guru akn membantu kliennya untuk mencapai matlamat hidup
yang realistik supaya murid - murid dapat mengembangkan
potensi diri secara optimum dan dapat menyesuaikan diri dalam
masyarakat dengan baik.
Matlamat Bimbingan dan Kaunseling

 Mengenal dan menyedari potensi diri murid - murid supaya dapat menangani
cabaran dan masalah dengan lebih berkesan serta menjadi individu yang
seimbang
 Membina kemahiran menyelesaikan masalah kendiri supaya dapat
menguruskan diri dari segi emosi, sosial dan komunikasi
 Membina kemahiran menyelesaikan masalah dengan membuat pilihan yang
tepat dan bersesuaian dengan kebolehan diri.
 Membina sikap untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi
 Mempelajari cara menilai keupayaan diri dan memperoleh corak pembelajaran
yang sesuai untuk kejayaan yang optimum
Prinsip - prinsip bimbingan dan
kaunseling

 Bimbingan adalah untuk semua murid. B&K bukan hanya tertumpu kepada
murid yang bermasalah sahaja
 Murid - murid perlu sukarela untuk dibimbing
 Murid - murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing - masing.
Keputusan tidak dibuat oleh guru kerana guru hanya membantu murid -
murid.
 Proses bimbingan adalah lebih kepada proses pencegahan. Murid dibimbing
kemahiran menghadapi masalah
 Dijalankan secara kolaboratif dengan pihak - pihak lain seperti pentadbir, guru
disiplin dan guru yang lain
 Semasa bimbingan dijalankan, guru perlu menggunakan kemahiran asas
bimbingan serta sikap yang profesional
 Merupakan satu proses yang menyeluruh. Guru perlu mengambil kira minat,
kebolehan, keperluan, kekuatan dan kelemahan murid.
 Guru perlu bersikap terbuka, tidak menghukum dan adil kepada murid - murid
Etika B&K

 Menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi


 Melayan secara adil tidak mengira agama, bangsa, budaya atau jantina
 Membuang tanggapan negatif terhadap murid
 Menerima keunikan setiap individu
 Melihat murid sebagai individu yang mempunyai kekuatan dan kelemahan
yang tersendiri
 Memberi bantuan dan nasihat, bukan menilai dan menghukum murid.
 Membantu murid untuk meneroka dan menyedarkan mereka tentang
tingkah laku yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan
 Kerahsiaan murid
 Kerahsiaan adalah teras utama dalam membina kepercayaan dalam
bimbingan.
 Guru perlu berhati – hati ketika berkomunikasi bersama guru lain
 Tidak menyebarkan maklumat berkaitan dengan murid - murid
 Kelonggaran terhadap kerahsiaan yang melibatkan diri sendiri. Contoh :
kes penderaan
 Semua maklumat yang dibincangkan hanya boleh dibincangkan dalam
lingkungan sesi bimbingan.
 Bertanggungjawab
 Guru perlu sedar tentang batasan kepakaran mereka. Segala tindakan
perlulah bertujuan membantu murid
 Guru perlu bertanggungjawab atas segala tindakan yang dilakukan
 Guru perlu merujuk guru yang lain dan guru yang lebih berpengalaman
 Menambah ilmu sebagai pembimbing
 Sentiasa fokus terhadap masalah murid yang perlu dibimbing.

Anda mungkin juga menyukai