Anda di halaman 1dari 51

KULIAH 4 PERGERAKAN ATMOSFERA

(ANGIN)
GERHANA MATAHARI
RABU, 22 JULAI 2009
Alor Setar Varanasi

Hyderabad
PENGENALAN

 Pergerakan atmosfera merujuk kepada pergerakan angin, baik secara menegak


mahupun secara mendatar yang berlaku di bumi.

 Pergerakan ini mungkin berskala kecil seperti bayu sederhana hinggalah berskala
besar seperti tornado dan hurikan.

 Kenapakah wujudnya pergerakan udara ini?

 Aspek kaji cuaca dan kaji iklim terbentuknya pergerakan udara ini berpunca dan
usaha angin menghapuskan perbezaan tekanan mendatar suhu atau kelembapan.

 Bagaimanapun, dalam keadaan sebenarnya, perbezaan suhu dan kelembapan di


antara kawasan tidak pernah terhapus malahan sentiasa wujud.

 Ini jelas terjadi kerana wujudnya perbezaan suhu di antara kawasan di atas
permukaan bumi seperti di antara kawasan kutub dengan kawasan khatulistiwa.
 Atmosfera bumi bolehlah di anggap sebagai satu engin haba yang
besar dan mampu mengekalkan perbezaan kepanasan di antara
kawasan di atas permukaan bumi ini.

 Justeru, perbezaan dalam haba dan suhu di antara dua kawasan ini
menghasilkan dan membekalkan tenaga yang diperlukan bagi
menggerakkan edaran atmosfera dunia.

 Tenaga haba bertukar menjadi tenaga kinetik bagi menghasilkan


pergerakan yang melibatkan udara naik dan udara turun.
 Bagaimanapun, umumnya pergerakan udara menegak
adalah kurang ketara jika di bandingkan dengan
pergerakan udara mendatar yang meliputi kawasan yang
luas dan kekal dalam tempuh masa tertentu, daripada
beberapa hari hingga beberapa bulan lamanya.

 Dalam satu sistem cuaca seperti ribut, magnitud


pergerakan udara menegak biasanya hanyalah kira-kira
1% ke 10% dan pada halaju angin mendatar.
 Atmosfera berganding dengan bumi dan berputar bersama-
sama bumi di atas paksinya dan juga berputar mengelilingi
matahari.

 Sekali pada setiap 24 jam, setiap titik di atas permukaan bumi


and di atmosfera akan membuat laluan bulatan di ruang.

 Lilitan laluan tersebut berkurangan dengan meningkatnya


garis lintang ke arah kutub. Justeru, di garis khatulistiwa
atmosfera bergerak ke arah timur pada kelajuan 1670 km per
jam.

 Sebaliknya, di garis lintang 60° Utara dan Selatan


khatulistiwa, atmosfera bergerak dengan kelajuan hanya 835
km per jam.
HUKUM PERGERAKAN

 Ada dua hukum pergerakan iaitu:

 a. Hukum Newton I, dan


 b. Hukum Newton II

 Hukum Newton I - hukum saintifik yang menyatakan bahawa sebarang


objek dalam keadaan kaku atau tidak bergerak akan terus kekal sedemikian
kecuali apabila ada daya luaran bersih yang menggerakkannya.

 Hukum Newton II - hukum saintifik yang menyatakan bahawa satu daya


bersih di perlukan bagi menyebabkan seunit jisim unsur untuk bergerak ke
hadapan (kebelakang). Dalam bentuk formula dinyatakan seperti berikut:

 Daya = jisim x pecutan


 Hukum Newton ini menyatakan perlunya daya
bagi menggerakkan sesuatu jisim seperti jisim
udara dan tempat asalnya ke suatu tempat yang
baru.

 Selain itu, daya juga mampu mengubah


pergerakan sesuatu objek atau jisim udara
yang sudah pun bergerak.
TEKANAN UDARA

 Apakah yang di katakan tekanan udara?

 Molekul yang mengandungi udara mengujudkan tekanan udara melalui


pergerakan, saiz dan bilangannya.

 Ia juga merupakan faktor yang menentukan suhu dan ketumpatan udara.


Oleh itu tekanan adalah berat udara di atas sesuatu kawasan atau dengan
perkataan lain, daya yang di kenakan ke atas seunit kawasan di permukaan
bumi oleh udara di atasnya (Rajah 2.1).

 Justeru, semakin jauh seseorang bergerak naik ke atmosfera, maka semakin


kurang udara di atasnya dan dengan itu semakin kurang tekanan yang
dirasainya.

 Selain tekanan yang di kenakan oleh udara di sebelah atas, tarikan daya
graviti bumi juga penting. OIeh itu, semakin jauh dan permukaan bumi
maka semakin kurang tekanan yang dirasakan kerana kurangnya daya
tarikan graviti bumi.
TEKANAN UDARA
 Tekanan=daya/luas (e.g kg/m2)
 Tekanan hidrostatik - berat atmosfera di atas
permukaan bumi
 Tekanan dinamik – daya angin (cth. ke atas
pintu)
UNIT TEKANAN UDARA
 Tekanan dinyatakan unit millibars (mb)
 – purata tekanan tekanan pada paras laut = 1013
mb
 Surface pressure values are “adjusted” to sea
level, so that values show high and low pressure
patterns rather than the elevation of the
observation
PENGALAMAN TEKANAN RENDAH
 Ears pop in elevator or driving up mountain
 Commercial airplanes need to be pressurized
-pain in ears when landing
 Analogy with water – ears sometimes hurt as you
dive deeply
KETUMPATAN UDARA
 Definasi ketumpatan – jisim se unit isipadu
 Ketumpatan udara – Jisim (cth. Kilogram) udara
se unit isipadu (meter padu)

********** ******
********** ******
********** ******
********** ******
PERUBAHAN KETUMPATAN DGN KETINGGIAN
PENGALAMAN KETUMPATAN RENDAH
 Sukar untuk bernafas pada aras tinggi (bukit,
gunung) kerana kurang molekul oksigen
 Apakah konsep keseimbangan yang timbul apabila dua daya tersebut di
atas ini mencapai tahap kekuatan yang sama? Apabila wujud
keseimbangan di antara daya graviti dan daya tekanan menegak maka ia
dikenali sebagai kesetaraan hidrostatik (Rajah 2.2).

 Dalam keadaan yang sedemikian ini tidak akan wujud kuasa pecutan bersih
iaitu tidak ada perubahan dalam halaju.

 Apa akan terjadi kepada pergerakan udara menaik dan menurun sekiranya
wujud kesetaraan hidrostatik?

 Oleh kerana adanya daya seimbang maka pergerakan bungkusan udara


menaik dan menurun adalah berterusan pada kadar yang tetap.

 Bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan pada kesetaraan hidrostatik,


maka halaju udara (pecutan) secara menegak juga akan berubah.
 Ada dua jenis daya yang bertindak ke atas atmosfera untuk
menghasilkan pola angin iaitu:
 1. Daya pemancu
 A. Daya yang wujud tidak kira sama ada udara bergerak atau pun
tidak bergerak secara menegak daya graviti (bertindak ke arah
bawah) dan daya kecerunan tekanan menegak (bertindak ke atas).
Kedua-dua daya ini bertindak dalam arah yang bertentangan dan
kebiasaannya ada keseimbangan (kesetaraan hidrostatik).
 B. Secara mendatar pula, wujudnya daya kecerunan tekanan
mendatar yang wujud akibat adanya perbezaan tekanan atmosfera
mengikut ruang.
 2. Daya pengemudi - daya yang wujud apabila udara bergerak;

 a. putaran bumi di atas paksinya menghasilkan daya Koriolis yang


 membiaskan semua objek termasuk udara kesebelah kanan dan
 pergerakan asalnya di hemisfera utara dan ke sebelah kiri di hemisfera
selatan.

 b. Mengikut darjah kekasaran permukaan di mana udara bertiup, daya


geseran akan bertindak mengurangkan halaju angin yang di anggarkan dan
kecerunan tekanan biasa dan menghasilkan satu komponen aliran
merentasi ganisan isobar.

 c. Sekiranya angin bertiup mengelilingi garisan isobar melengkung,


pecutan (daya) setumpu akan menghasilkan satu daya selanjutnya untuk
membiaskan pergerakan angin kearah dalam iaitu ke pusat putaran bagi
mengekalkan aliran melengkung tersebut.
DAYA KECERUNAN TEKANAN
 Kecerunan merujuk kepada perubahan sesuatu sifat keadaan mengikut jarak.

 Perubahan sifat mi mewujudkan daya yang tidak seimbang dan satu arah dan
dengan itu melahirkan pecutan (perubahan dalam halaju). Oleh itu, kecerunan
tekanan udara wujud apabila tekanan berubah-ubah dan dari tempat ke tempat
lain.

 Perubahan tekanan udara mengikut ruang boleh terjadi kerana adanya


perbezaan dalam suhu udara. lajuga boleh berlaku apabila ada perbezaan dalam
konsentrasi wap air mengikut ruang.

 Oleh itu, kecerunan tekanan udara terbentuk di antara sam jisim udara sejuk,
kering dengan jisim udara lembap dan panas. Selain itu, proses pertemuan dan
lencongan angin juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan dalam tekanan
udara dan dengan itu melahirkan kecerunan tekanan udara.
 Apabila sesuatu kawasan mempunyai tekanan yang kuat berbanding
dengan satu kawasan lain yang berhampiran, maka ketidakseimbangan ini
mewujudkan daya yang bergerak dan kawasan tekanan tinggi ke arah
kawasan tekanan rendah.

 Justeru, perbezaan tekanan ini menyebabkan angin bertiup dan tekanan


tinggi ke tekanan rendah dan kekuatannya bergantung kepada sebesar
mana perbezaan tekanan yang di wujudkan di antara dua kawasan tersebut
(lihat Rajah 2.3).

 Kecerunan tekanan udara terbentuk balik secara mendatar maupun secara


menegak di dalam atmosfera.

 Kecerunan tekanan udara mendatar merujuk kepada perubahan tekanan


udara di sepanjang satu permukaan pada ketinggian yang sama.

 Kecerunan tekanan menegak pula adalah ciri atmosfera yang kekal kerana
tekanan udara semakin meningkat apabila menghampiri permukaan bumi
dan berkurangan mengikut ketinggian.
 Kecerunan tekanan udara secara mendatar ini boleh di
gambarkan pada peta-peta cuaca.

 Bagaimanapun, sebelum ia dapat di gambarkan, semua ukuran


tekanan udara yang di perolehi di sesuatu stesen kaji cuaca
mestilah di kurangkan ke aras laut bagi menghilangkan
pengaruh ketinggian sesuatu data tersebut.

 Kemudian barulah boleh di sambungkan stesen-stesen yang


sama tekanan sehingga mewujudkan satu gambaran taburan
tekanan udara di sesuatu kawasan tersebut.

 Garisan yang menyambungkan stesen-stesen yang sama


tekanan udara mi di panggil isobar dan sela kelas di antara
satu garisan isobar dengan yang lain biasanya 4 mb.
 Analisis garisan isobar biasanya menentukan di manakah letaknya pusat-
pusat tekanan udara tinggi dan tekanan udara rendah.

 Di samping itu, ia digunakan juga bagi menganalisis dan menentukan


kekuatan kecerunan tekanan udara mendatar (lihat kembali Rajah 2.3).

 Garisan isobar yang dilukis berhampiran di antara satu sama lain


menandakan perubahan tekanan yang mendadak mengikut jarak dan
kecerunan tekanan di katakan curam atau kuat.

 Bila garisan isobar berjarak lebih jauh di antara satu sama lain, perubahan
tekanan di katakan agak perlahan mengikut jarak dan dengan itu ia
mempunyal kecerunan tekanan yang lemah atau hampir mendatar.

 Bagaimanakah kecerunan tekanan ini digambarkan dan diukur pada peta


cuaca? Kebiasaannya, Ia digambarkan dalam arah bersudut tepat kepada
garisan isobar dan tekanan udara tinggi ke tekanan udara rendah.
DAYA SETUMPU

 Daya setumpu merupakan daya bersih mengarah ke dalam


menuju pusat putaran yang membuat sudut tepat kepada arah
pergerakan sesuatu objek. Daya ini akan terus wujud selagi
objek tersebut bergerak dalam laluan bersifat melengkung.
Daya ini boleh dijelaskan berdasarkan Rajah 2.4 dibawah.

 Ikatkan seketul batu dengan tali dan kemudian pusing atau


putarkan batu tersebut sehingga membuat satu bulatan dengan
panjang jejarinya yang tetap (lihat Rajah 2.4). Kemudian
putuskan tali ikatan batu tersebut dan di dapati batu akan terus
terbang dalam arah yang lurus.
DAYA SETUMPU
 Penerangan ini menjelaskan hukum pergerakan Newton I iaitu
sesuatu objek berada pada garisan lurus dalam pergerakan tanpa
pecutan akan terus kekal sedemikian sehinggalah ada daya tak
seimbang bertindak ke atasnya.

 Sebelum tali pengikat batu dipotong, ia mengenakan daya bersih


ke atas batu tersebut dengan membataskan pergerakan batu
membuat laluan melengkung datam satu lingkaran bulatan.

 Daya inilah yang di katakan daya setumpu yang di kenakan oleh


tall ke atas batu. tersebut.
 Daya bersih menyebabkan pecutan yang biasanya difikirkan sebagai perubahan
dalam halaju.

 Tetapi sebenarnya pecutan adalah kuantiti vektor yang mempunyai kekuatan


dan juga arah pergerakan. Justeru, pecutan mungkin merupakan perubahan baik
dalam arah atau halaju atau kedua-duanya sekali.

 Daya setumpu dalam contoh yang di berikan di atas ini, bertanggung jawab
hanyalah untuk mewujudkan perubahan yang berterusan mengikut arah bagi
batu tersebut dalam laluan yang melengkung daripada dalam satu garisan
lurus).

 Pergerakan batu tersebut tidak menjadi laju atau perlahan oleh tindakan daya
setumpu itu.
DAYA KORIOLIS
 Daya Koriolis merupakan satu daya yang menyebabkan sesuatu pergerakan
terbias dari laluan asalnya dan ini berpunca dari putaran bumi.

 Seseorang mungkin memikirkan bahawa angin permukaan bergerak dalam


satu garisan lurus dan pusat tekanan udara tinggi ke pusat tekanan udara
rendah.

 Pendapat ini mungkin ada kebenarannya sekiranya bumi ini tidak berputar.
Tetapi bumi kita sentiasa berputar di atas paksinya dan sebarang objek
yang terbang dan mengalir merentasi permukaan bumi (angin, kapal
terbang atau arus lautan) akan terbias dan laluan asatnya yang lurus. Daya
pembiasan inilah yang di katakan daya Koriolis.
 Perhatikan Jadual 2.1. Halaju putaran bumi berubah-ubah mengikut garis
lintang iaitu dan 0 kmpj di kutub meningkat ke halaju maksimum di
khatulistiwa iaitu1675 kmpj. Daya Koriolis adalah sifar di sepanjang
khatulistiwa, setengah kuasa biasan maksimum di sekitar garis lintang 300
Utara dan Selatan dan mencapai had maksimum pembiasan berhampiran
dengan kedua-dua kutub dunia.
 Bagimanakah daya Koriolis boleh mempengaruhi perjalanan
sebuak roket yang dilancarkan dan kutub utara ke satu tempat
di garis khatulistiwa?

 Katakan perjalanan roket untuk sampai ke sasarannya adalah


selama sejam. Dalam tempuh tersebut bumi berputar di atas
paksinya sebanyak 15° ke timur.

 Bagi seseorang yang berada di atas permukaan bumi ia.


nampak laluan roket tersebut seolah-olah sampai kesasarannya
150 di sebelah barat sasaran asalnya. Laluan roket sebenar
adalah lurus dan akan kelihatan sedemikian bagi seseorang
yang memerhatikannya dari angkasa ke bumi.
 Sebenarnya, putaran bumi di atas paksinya di bawah pergerakan
roket yang menampakkan seolak-olal adanya biasan bagi
perjalanan roket tersebut.

 Dari contoh ini di dapati biasan laluan roket tersebut adalah ke


kanan dan laluan sebenar kerana di Hemisfera Utara bumi
berputar melawan pusingan jaruni jam.

 Bagaimanakah pula laluan roket sekiranya dilancarkan dan kutub


selatan ke arah khatulistiwa? Kemanakah arah biasanya. dan
laluan sebenar roket tersebut?
DAYA GESERAN
 Daya geseran ialah kuasa yang dikenakan oleh sesuatu objek terhadap
sesuatu pergerakan yang merentasinya.

 Pergerakan mungkin berbentuk objek padu atau cecair baik gas atau pun
air.

 Permukaan bumi yang tidak sama rata boleh bertindak sebagai daya.
geseran kepada sebarang pergerakan. yang bersentuh dengannya.

 Kesan geseran permukaan boleh dirasakan sehingga ke paras ketinggian


500 meter dari permukaan bumi. Bagaimanapun ia bergantung kepada
empat faktor iaitu:
 i. tekstur permukaan
 ii halaju angin
 iii. waktu dan tahun
 iv. keadaan atmofera
 Umumnya, permukaan bumi yang kasar dan kesat
memberikan kesan geseran yang tinggi berbanding
dengan permukaan yang rata dan kurang kasar.

 Sekiranya kesan ketiga-tiga daya - daya Koriolis,


daya kecerunan tekanan dan daya geseran
digabungkan, maka ia membentuk pola pergerakan
angin yang dapat dilihat di permukaan bumi.

 Kesan. ketiga-tiga daya. ke atas pergerakan angin


dapat diperhatikan pada Rajah
 Dalam rajah di atas ini daya geseran permukaan mampu
memberikan daya menentang kepada daya Koriolis dan
menghasilkan angin berputar keluar dan pusat tekanan udara
tinggi ke pusat tekanan udara rendah Angin permukaan di
dapati merentasi garisan isobar pada sudut tertentu.

 Sekiranya diamati Rajah, di Hemisfera Utara angin berputar


keluar dan pusat tekanan udara tinggi mengikut pusingan
jarum jam dan membentuk antisiklon.

 Ia kemudiannya berputar memasuki pusat tekanan udara


rendah mengikut lawan pusingan jarum jam dan membentuk
sikion. Bagaimana pula di Hemisfera Selatan?
DAYA GRAVITI
 Atmosfera juga tertakiuk kepada satu daya yang menahan sesuatu objek
melekat kepada permukaan bumi dan daya tersebut di kenali sebagai daya
graviti. Daya graviti adalah kesan bersih dua daya yang bertindak bersama-
sama iaitu:

1. daya tanikan di antara bumi dan objek-objek lain yang di panggil


kegravitian, dan
2. daya setumpu yang amat lemah yang di kenakan kepada semua objek
kerana putarannya bersaing-sama bumi di atas paksinya.
 Kedua-dua daya ini bergabung dan menghasilkan daya graviti yang
memusatkan seunit jisim sesuatu objek ke arah bawah pada kadar 9.8 m
per saat setiap saat.

 Daya graviti sentiasa bertindak kearah bawah dan bersudut tepat dengan
permukaan bunil. Justeru, tidak sebagaimana daya Koriolis dan daya
geseran, daya graviti tidak mengubah pergerakan angin mendatar.
Bagaimanapun, daya graviti mampu mempengaruhi angin menurun dan
menaik seperti arus perolakan. Selain itu, daya graviti bertanggungjawab
ke atas aliran menurun bukit udara mampat yang sejuk.
ANGIN GEOSTROPIK
 Angin geostropik ditaarifkan sebagai angin mendatar yang
bergerak tanpa pecutan dan bertiup dalam laluan lapisan
geseran permukaan. Angin ini terhasil dan keseimbangan yang
wujud di antara daya kecerunan tekanan mendatar dengan
daya yang di sebabkan oleh kesan Koriolis.

 Perhatikan Rajah, apabila kecerunan tekanan mendatar


berkembang (PH), pada permulaannya bungkusan udara
memecut dan bergerak secara langsung merentasi ganisan
isobar iaitu dan pusat tekanan udara tinggi ke pusat tekanan
udara rendah.
 Bagaimanapun, semakin laju bungkusan udara memecut dan bergerak, maka kesan
Koriolis semakin kuat dan menyebabkan bungkusan udara tersebut memesong
secara perlahan-lahan ke sebelah kanan arah aliran asalnya (dalam kes bungkusan
angin di Hemisfera Utara).

 Akhirnya, kedua-dua daya akan seimbang dan angin bertiup pada kadar yang tetap
dan selari dengam garisan isobar. Pada masa mi daerah tekanan udara rendah berada
sebelah kiri pergerakan angin. Keseimbangan di antara daya kecerunan tekanan
mendatar dan daya Koriolis ini menandakan aliran angin berada pada keadaan
kesimbangan geostropik dan angin yang di hasilkan ialah angin geostropik. Oleh
kerana kesan Koriolis adalah fenomena berskala besar, maka angin geostropik
berkembang hanya dalam sistem-sistem cuaca berskala besar.
 Angin geostropik sebenarnya. adalah sesuatu yang
terlalu ideal yang boleh dikatakan tidak wujud dalam
aliran angin di sebelah atas.

 Dalam atmosfera sebenar, angin tidak pernah


berkeadaan geostropik. Bagaimanapun, model
geostropik ini memberikan satu ukuran yang amat
berguna dalam menentukan keadaan sebenar angin di
sebelah atas. Dengan mengukur aspek-aspek tekanan
(orientasi dan ruang antara isobar-isobar) yang
terdapat di sebelah atas, maka ahli kaji cuaca boleh
menentukan arah dan halaju angin.
ANGIN KECERUNAN
 Angin kecerunan mempunyai beberapa ciri yang sama dengan
angin geostropik.

 Ia bersifat angin mendatar berskala besar, tanpa ada gangguan


geseran dan bertiup selari dengan ganisan isobar.

 Perbezaan penting dengan angin geostropik ialah angin


kecerunan bertiup dalam laluan lums manakala angin
kecerunan dalam laluan lums yang melengkung.

 Oleh kerana daya setumpu memaksa udara bergerak dalam


laluan berkeluk, maka angin kecerunan bukanlah akibat dan
imbangan daya-daya.
 Sebagaimana diketahui bahawa daya setumpu
hanya menukarkan arah pergerakan bungkusan
udara dan tidak halajunya.

 Oleh itu, tiga daya berinteraksi dalam angin


kecerunan iaitu daya kecerunan tekanan
mendatar, kesan Koriolis dan daya setumpu.

Anda mungkin juga menyukai