Anda di halaman 1dari 22

Kita

hidup di lautan udara atau disebut juga dengan atmosfera. Kita memerlukan udara baik untuk bernafas ataupun melakukan kegiatan lain. Namun kita tidak banyak tahu tentang tekanan udara, padahal tekanan udara itu banyak terjadi dan banyak dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari.

Molekul

udara menghentam permukaan secara rawak dalam pelbagai arah. Apabila ketumpatan udara bertambah, bilangan pelanggaran molekul bagi satu unit luas dan masa juga bertambah justeru memberikan daya tekanan. Tekanan udara dihasilkan oleh berat udara yang terkandung di dalam atmosfera yang menekan permukaan bumi. Contoh - daun berdesir dan layang-layang terangkat tinggi.

Perbezaan tekanan udara, dapat menimbulkan aliran udara. Aliran udara bergerak dari tekanan udara yang tinggi ke yang rendah disebut angin dan diukur menggunakan anemometer. Kita tidak merasakan tekanan udara ke tubuh kita kerana tekanannya sama besar pada seluruh tubuh, dan bendalir dalam tubuh juga menekan ke luar. Jisim udara dipengaruhi tekanan udara umum di dalam jisim tersebut, yang menciptakan kawasan bertekanan tinggi dan bertekanan rendah.

Semakin besar Jisim udara bererti semakin besar jumlah molekul, semakin besar juga tekanan udaranya. Semakin kecil Jisim udara bererti semakin kurang jumlah molekul, semakin kecil juga tekanan udaranya.

Semakin

ketinggian meningkat, semakin kurang jisim atmosfera di atas, dengan itu tekanan berkurangan dengan peningkatan ketinggian.

BAROMETER ANEROID

BAROMETER MERKURI

BAROGRAF

PIAWAIAN TEKANAN ATMOSFERA


Unit

tekanan udara dinyatakan dalam atmatmosfera. Tekanan udara diukur berdasarkan tekanan daya pada permukaan dengan luas tertentu (1 cm2, 1 m2, dll). Tekanan atmosfera pada aras laut ialah 1kg/cm2 atau 1013.2 millibars atau 29.92 inci raksa. 1 atm = 760 mm Hg = 14.7 psi = 1.013 mbar Psi (pound per square inchi)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN UDARA a) Tinggi Rendahnya Tempat Semakin tinggi suatu tempat, lapisan udaranya semakin tipis dan semakin renggang, akibatnya tekanan udara semakin rendah.Tekanan udara di suatu tempat pada umumnya dipengaruhi oleh penyinaran matahari. Kawasan yang banyak mendapat sinar matahari mempunyai tekanan udara rendah dan daerah yang sedikit mendapat sinar matahari mempunyai tekanan udara tinggi.

b) Suhu
Jika

suhu udara tinggi, maka isipadu molekul udara bertambah. Oleh itu, tekanan udara menjadi rendah, sebaliknya jika suhu udara menjadi kecil, maka tekanan udara menjadi tinggi. Ini menyebabkan terjadi gerakan udara dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan bertekanan udara rendah (hukum Buys Ballot) .

Bagaimana tekanan udara dapat mempengaruhi cuaca?

Tekanan udara termasuk salah satu unsur utama cuaca. Cuaca adalah keadaan atmosfera di suatu tempat pada masa tertentu dan biasanya tidak berlaku lama. Kita mengatakan cuaca baik jika hari cerah dan tidak berawan, dan cuaca buruk ketika hari mendung dan turun hujan lebat. 1. tekanan udara lebih rendah daripada biasanya, maka kemungkinan besar akan turun hujan. Kerana angin akan bergerak laju ke tempat tersebut. 2. tekanan udara lebih tinggi daripada biasanya, maka kemungkinan cuaca cerah. Ini kerana angin bertiup dari kawasan tersebut.

KESAN TEKANAN UDARA TERHADAP MANUSIA


Kita

dapat mengalami pendarahan dari hidung. Mengapa? Seperti kita ketahui tekanan udara di tempat tinggi adalah sangat rendah. Ini menyebabkan kelebihan tekanan darah terhadap tekanan udara cukup besar. Sehingga darah dapat keluar melalui saluran darah dari hidung

Angin adalah udara yang bergerak yang disebabkan oleh putaran bumi dan juga kerana adanya perbezaan tekanan udara di sekitarnya akibat pemanasan tidak sekata permukaan bumi. Angin bertiup dari kawasan bertekanan udara tinggi ke tempat dengan tekanan udara yang lebih rendah. Apabila dipanaskan, udara mengembang. Udara yang telah mengembang menjadi lebih ringan sehingga naik. Jadi, tekanan udara turun kerana udaranya berkurang. Udara dingin di sekitarnya mengalir ke tempat yang bertekanan rendah tadi. Udara yang naik tadi menyusut menjadi lebih berat dan turun ke tanah. Di atas tanah udara menjadi panas lagi dan naik semula. Aliran naiknya udara panas dan turunnya udara dingin ini dinamakan perolakan.

Pada siang hari, laut lebih dingin daripada darat sehingga angin bertiup dari laut ke darat. Sebaliknya, pada malam hari, suhu di daratan lebih cepat dingin sehingga tekanan udaranya tinggi, dan angin bertiup dari darat ke laut.

Kecerunan barometrik Bilangan yang menunjukkan perbezaan tekanan udara daripada 2 isobar yang jaraknya 111 km. Semakin besar kecerunan barometriknya angin semakin cepat. Tempat Kelajuan angin di khatulistiwa lebih cepat daripada lainnya. Tinggi tempat Semakin tinggi tempat, semakin kencang pula angin angin bertiup. Waktu Di siang hari angin bergerak lebih cepat daripada di malam hari.

PUTARAN GLOBAL ATMOSFERA

Pemanasan yang tidak seimbang dan perbezaan suhu akan membentuk tekanan udara yang berbeza. Ini menggerakkan udara dari satu destinasi ke destinasi lain. Udara yang bergerak tersebut dikenali sebagai ANGIN. Udara digerakkan oleh tekanan dan suhu yang berbeza serta putaran bumi. Udara panas akan naik ke atas, manakala udara sejuk turun dan mengisi ruang bumi.

Apabila sekumpulan udara berdekatan dengan permukaan bumi dipanaskan maka ia akan menjadi lebih ringan daripada udara di sekeliling, lalu ia bergerak naik ke atas. Semakin udara bergerak ke atas, ia akan kehilangan tenaga haba kerana tenaga dilepaskan ke atmosfera akibat tekanan dan suhu yang semakin rendah pada altitud yang semakin tinggi. Sekiranya suhu persekitaran tidak turun secara mendadak pada altitud yang semakin meningkat, maka kumpulan udara yang naik akan menjadi lebih sejuk daripada udara persekitarannya, lalu hilang daya apungan lalu turun kepada keadaan asal [ke bawah]. Inilah dikatakan sebagai seimbang.

Keseimbangan udara di atmosfera bergantung kepada suhu udara yang naik yang mempunyai hubungan relatif dengan suhu persekitarannya. Suhu udara tidak sama di tempat-tempat yang berlainan mengikut keadaan atmosfera itu sendiri. Haba bergerak dari kawasan latitud rendah (khatulistiwa) ke kawasan latitud tinggi (Utara & Selatan) Kestabilan udara mempengaruhi pembentukan awan. Ini bermakna, kestabilan yang berbeza akan menghasilkan bentuk awan yang pelbagai.

Tetapi jika udara di persekitaran turun secara mendadak dengan peningkatan altitud maka kumpulan udara terus naik, maka ini yang dikatakan udara tidak stabil atau ketidakseimbangan atmosfera. Semasa udara yang naik mengalami penyejukan, ia terkondensasi dan menjadi awan. Semakin tidak seimbang/ tidak stabil atmosfera, maka semakin udara tersebut naik. Ketidakstabilan atmosfera juga ditunjukkan dengan dengan kehadiran guruh dan petir.

K E S I M P U L A N

Atmosfera merupakan satu zon lapisan yang menyelubungi bumi serta terdiri daripada struktur tertentu. Atmosfera memainkan peranan yang penting kepada hidupan di bumi kerana di sinilah wujudnya gas seperti oksigen yang menampung kehidupan organisma biotik di bumi. Tekanan udara atau disebut juga tekanan atmosfera, adalah daya yang didesakan udara pada kawasan tertentu. Daya desakan itu disebabkan kerana adanya daya graviti molekul udara. Tekanan udara dapat dimanfaatkan untuk mengetahui cuaca seperti datangnya musim hujan. Angin adalah aliran udara yang bergerak dan bertiup dari kawasan bertekanan udara tinggi ke kawasan bertekanan udara yang lebih rendah. Putaran Global Atmosfera dapat menggerakkan udara dari satu destinasi ke destinasi lain akibat pemanasan yang tidak seimbang dan perbezaan suhu akan membentuk tekanan udara yang berbeza.

DISEDIAKAN OLEH:
SITI PUSPA BINTI MOHD KAMSAN PPG SAINS 1

Anda mungkin juga menyukai