Anda di halaman 1dari 2

ANGIN

Angin ialah aliran gas-gas atau udara yang bergerak pada skala besar.
Angin mungkin sejuk dan mungkin panas, perlahan atau kencang.
KEJADIAN ANGIN
Angin terhasil daripada pergerakan udara kerana wujudnya perbezaan
tekanan udara dan suhu di antara dua tempat. Udara panas mengembang
dan menjadi kurang tumpat. Udara panas ini akan menjadi lebih ringan
dan menaik. Ketika itu, tekanan udara adalah rendah. Udara sejuk yang
lebih tumpat dan lebih berat mempunyai tekanan tinggi. Udara di
kawasan tekanan tinggi akan bergerak turun mengambil tempat ke
kawasan udara bertekanan rendah. Pergerakan udara inilah yang
menghasilkan angin.

TAHUKAH ADIK-ADIK?

Siklon Tropika (puting beliung) merupakan ribut


yang paling ganas di dunia yang terjadi di
kawasan tropika

BAYU LAUT

Pada waktu siang, kawasan daratan


menjadi
cepat
panas
berbanding
dengan lautan
Suhu udara di permukaan laut lebih
rendah daripada suhu dipermukaan
daratan.
Oleh itu, kawasan lautan mengalami
tekanan
udara
tinggi,
manakala
daratan mengalami tekanan udara
rendah.
BAYU DARAT

Pada waktu malam, kawasan daratan


menjadi
cepat
sejuk
berbanding
dengan lautan
Suhu udara di permukaan daratan lebih
rendah daripada suhu dipermukaan
lautan.
Kawasan daratan mengalami tekanan
udara
tinggi,
manakala
lautan
mengalami tekanan udara rendah.
Udara bergerak dari daratan ke lautan

Angin Lembah
Angin yang bertiup dari arah lembah
ke puncak gunung kerana lereng
gunung mendapat cahaya matahari
lebih banyak daripada lembah.

Angin Gunung
Angin yang bertiup dari puncak
gunung
ke
lembah
gunung.
Kebiasaannya angin gunung bertiup
pada waktu malam

MENYUKAT ARAH DAN KELAJUAN ANGIN


Mata angin digunakan untuk mencari arah tiupan angin.
Mata angin mempunyai satu anak panah yang boleh
berputar

secara

bebasdi

udara.

Anak

panah

ini

menunjukkan arah dari mana angin itu bertiup.


Kon angin biasanya digunakan di
lebuh raya di antara banjaran
dan juga dilapangan terbang
yang kecil untuk memberitahu pemandu kenderaan dan
juruterbang tentang arah dan kekuatan angin
Alat yang lebih tepat dan lazim digunakan ialah Anemometer.
Alat ini mempunyai tiga, empat atau enam cawan yang terletak di hujung jejarinya
yang berpusing. Kelajuan angin dikira berdasarkan kelajuan cawan tersebut
berpusing. Kelajuan angin dalam kilometer per jam di
baca pada skala di bahagian dasar anemometer. Kelajuan
angin diukur sebagai kekuatan angin.

Anda mungkin juga menyukai