Anda di halaman 1dari 31

Because You Are Special

Panduan Terapi Pertuturan

Aishah Kassim
KANDUNGAN
1. Perkembangan normal kanak-kanak
1.1 Usia 0 – 1 Tahun ……………………………………………………………………1
1.2 Usia 1 – 2 Tahun ……………………………………………………………………3
1.3 Usia 2 – 3 Tahun ...…………………………………………………………………6
1.4 Usia 3 – 4 Tahun ...…………………………………………………………………7
1.5 Usia 4 – 5 Tahun ...…………………………………………………………………7
1.6 Usia 5 – 6 Tahun ...…………………………………………………………………8

2. Hirarki bantuan semasa terapi .…………………………………………………………9

3. Komponen penting dalam perkembangan bahasa


3.1 Kemahiran pra pertuturan
3.1.1 Daya tumpuan .……………...…………………………………………….11
3.1.2 Hubungan mata …………………………………………………………..12
3.1.3 Mengambil giliran ..…………………………………………………..…..12
3.1.4 Meniru ………………………………………………………………….…13
3.1.5 Kemahiran bermain ………………………………………………….…...13
3.2 Kemahiran kefahaman bahasa
3.2.1 Pengenalan ..……………………………………………………….…….15
3.2.2 Kefahaman kosa kata ……….……………………………………………15
3.2.3 Kefahaman arahan ……………………………………………………….17
3.2.4 Kefahaman dan menjawab soalan ..……………………………………..18
3.3 Kemahiran penghasilan bahasa
3.3.1 Pengenalan .……………………………………………………………...21
3.3.2 Penghasilan kosa kata …………………………………………………...21
3.3.3 Penghasilan ayat ...……………………………………………………….22
3.3.4 Penggunaan kata hubung “dan” ………………………………………..22
3.3.5 Penghasilan ayat panjang (deskriptif) …………………………………..23
3.4 Kemahiran pertuturan (sebutan bunyi)
3.4.1 Carta normal perkembangan sebutan bunyi pertuturan ………………24
3.4.2 Proses fonologi pada kanak-kanak ..……………….……………………25

4. Pemilihan mainan & aktiviti terapi


4.1 Tips pemilihan aktiviti dan mainan …………………………………………….27

5. Pelan untuk terapi


5.1 Contoh pelan ..……...……………………..…………………………………….28
5.2 Tips memilih objektif terapi .……………………………………………………29
5.3 Tips merancang pelan terapi ………………………………………...…………29

©Aishah Kassim | Because You Are Special 1


BAB 1

PERKEMBANGAN NORMAL KANAK-KANAK

Sebelum kita memahami dan mengetahui berkenaan masalah kelewatan bahasa pada kanak-
kanak, kita mestilah mengetahui perkembangan normal kanak-kanak terlebih dahulu. Berikut
adalah penerangan berkenaan perkembangan kanak-kanak dari segi tingkah laku, kefahaman,
pertuturan dan sosial mereka. Ia akan dibahagikan kepada peringkat-peringkat umur tertentu
dari umur 0 bulan hingga 6 tahun.

UMUR : 0 – 1 TAHUN

UMUR : 1 – 2 BULAN

 Terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba dan mungkin menangis


 Berhenti merengek (whimpering) dan berpusing jika ada suara untuk memujuk
 Menangis apabila lapar dan tidak selesa
 Pada umur 5-6 minggu, mereka melalukan cooing pada percakapan ibu
 Tidur pada kebanyakan masa
 Senyum dan melakukan vokalisasi (mengeluarkn bunyi vocal seprti aaa) pada umur 5-
6 minggu
 Berhenti menangis bila di angkat dan bercakap dengannya
 Tangan selalunya digengan tetapi apabila dibuka bayi akan menggenggam jari apabila
disentuh

UMUR : 3 – 5 BULAN

 Masih terkejut dan menangis dengan bunyi kuat dan tiba-tiba


 Senyap dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya
 Senyap apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya
 Berpaling pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari
sumber bunyi.
 Teruja dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air mengalir
dan sebagainya.
 Melakukan banyak vokalisasi (aa, oo, ee dan sebagainya)
 Memandang muka ibu semasa makan/menyusu
 Mula memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang biasa seperti
untuk makan, mandi dsbgnya.

©Aishah Kassim | Because You Are Special 2


UMUR : 6 – 8 BULAN

 Berpaling kepada suara ibu di bilik yg berasingan


 Melakukan vokalisasi dengan beritma (sing song) untuk 1 atau 2 sukukata seperti (a-a,
muh, goo, adah, dsbg)
 Ketawa dan menjerit dengan gembira ketika bermain
 Boleh mengambil dan memegang mainan yang kecil
 Kebanyakannya menggunakan 2 tangan untuk mengambil mainan
 Mencapai mainan yang diberi seperti rattle dan menggoncangnya
 Masih mesra dengan orang yang tidak dikenali
 Mula takut dengan orang yang tidak dikenali ketika berusia 7 bulan

UMUR : 9 – 11 BULAN

 Memberi tumpuan pada bunyi-bunyi harian yang biasa di dengar


 Melakukan babbling dengan beritma dan suara yang kuat (cth: mam-mam, dad-dad,
agaga, ababa) secara berulang ulang
 Faham ucapan ‘jangan / no’ dan ‘bye-bye’.
 Meniru bunyi vocal orang dewasa
 Memegang, menggigit dan mengunyah biskut
 Cuba memegang sudu ketika makan
 Dapat membezakan ahli keluargs dan orang yang tidak dikenali
 Memasukkan objek ke dalam mulut
 Bermain ‘peek a boo’ dan meniru aksi tepuk tangan
 Mencari mainan yang disorok di bawah kerusi atau kain ketika kanak-kanak melihat

UMUR : 12 BULAN (1 TAHUN)

 Menoleh apabila nama dipanggil


 Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu,
kereta, bola, baju dsbg)
 Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?,
cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)
 Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)
 Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan
 Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang
dilakukan oleh orang dewasa
 Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)
 Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
 Kurang memasukkan objek ke dalam mulut

©Aishah Kassim | Because You Are Special 3


 Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak
dan mengeluarkannya)
 Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang
 Mencari objek yang hilang dari pandangan
 Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali

UMUR : 1 – 2 TAHUN

UMUR : 12 – 15 BULAN

 Menoleh apabila nama dipanggil


 Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu,
kereta, bola, baju dsbg)
 Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?,
cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)
 Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)
 Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan
 Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang
dilakukan oleh orang dewasa
 Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)
 Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
 Kurang memasukkan objek ke dalam mulut
 Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak
dan mengeluarkannya)
 Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang
 Mencari objek yang hilang dari pandangan
 Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali

UMUR : 16 – 17 BULAN

 Memahami dan mematuhi arahan mudah seperti “jangan pegang, bagi ayah bola, cium
mama dll
 Bercakap dengan kuat menggunakan bunyi dan pelbagai tune suara (tetapi sukar
difahami)
 Menyebut 2-6 atau lebih perkataan secara spontan dalam konteks yang betul
 Memberitahu kehendak dengan menunjuk dan vokalisasi
 Menunjuk kepada orang yang dikenali, objek, haiwan dsbgnya apabila disuruh

©Aishah Kassim | Because You Are Special 4


 Meneroka dan mencuba peralatan-peralatan di dalam rumah dan mainan. Berminat
dengan peralatan / mainan yang mengeluarkan bunyi
 Jarang sekali memasukkan objek ke dalam mulut
 Membawa anak patung dengan memegangnya pada kaki, rambut atau pakaian
 Menyepahkan mainan di atas lantai ketika bermain
 Suka bergerak dan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat dengan orang, objek dan
kejadian di sekeliling
 Memerlukan tunjuk ajar dan pengawasan dari bahaya semasa meneroka kawasan
sekeliling.

UMUR : 18 – 19 BULAN

 Memahami dan melalukan arahan mudah yang diberikan (cth: ambil kasut mama,
tutup pintu, mana kucing adik)
 Bercakap sendiri ketika bermain dengan mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang jelas
menggunakan julat pitch yang lebih besar, dan menggunakan intonasi seperti sedang
bersembang
 Memberi tumpuan pada komunikasi yang ditujukan kepadanya
 Menggunakan / menyebut 6-20 atau lebih perkataan yang difahami
 Mengulang bunyi yang ditekan atau bunyi akhir perkataan yang disebut kepadanya
(cth: datang sini  ini)
 Meminta sesuatu dengan menunjuk kepada objek disertai dengan sebutan vocal yang
kuat atau perkataan
 Suka kepada lagu kanak-kanak (nursery rhymes) dan cuba untuk meniru nyanyian lagu
 Mengenali /menunjuk kepada anggota badan yang disebut (mata, hidung, tangan,
rambut dsbgnya)
 Boleh memegang sudu dan dan menyuapkan makanan ke dalam mulut
 Memegang cawan dengan dua tangan dan memulangkan cawan kepada orang
dewasa selepas minum
 Membuka kasut, stoking, topi dengan sendiri
 Mula memberi tahu sekiranya mereka membuang air besar/kecil
 Meneroka persekitaran dengan lebih aktif dan memahami persekitaran dengan lebih
baik
 Sudah tidak memasukkan mainan ke dalam mulut
 Mengingati tempat dimana objek/mainan disimpan
 Meniru aktiviti harian seperti membaca buku, memberi patung makan, mencuci baju
dsbgnya

©Aishah Kassim | Because You Are Special 5


 Suka memasukkan dan mengeluarkan objek dari bekas
 Masih bergantung kepada orang yang dikenali terutama ibu

UMUR : 24 BULAN (2 TAHUN)

 Memahami dan melakukan arahan mudah yang diberikan (cth: tengok papa bawa balik
apa, panggil papa makan dsbgnya)
 Menggunakan 50 atau lebih perkataan yang difahami dan memahami banyak
perkataan
 Menyambung 2 – 3 perkataan untuk membentuk ayat
 Menggunakan nama untuk merujuk pada diri
 Bercakap sendiri ketika bermain tetapi masih sukar difahami
 Mengulang perkataan / ayat yang disebut
 Banyak bertanya nama objek dan orang
 Menyanyi lagu kanak-kanak
 Menunjuk dengan betul dan meniru sebutan untuk anggota badan, mata, hidung,
mulut, rambut, kaki, tangan
 Memberi dan menamakan objek apabila di minta / di suruh
 Meminta makanan atau minuman
 Memakai kasut dan topi dengan sendiri
 Perasaan ingin tahu yang kuat. Suka membuka pintu dan keluar rumah. Kurang
memahami bahaya yang ada
 Mengikut ibu berjalan di dalam rumah dan meniru perbuatan ibu semasa bermain
 Bermain permainan olok-olok (pretend play) seperti menolak anak patung di dalam
stroller dan memberi makan kepada anak patung.
 Suka menarik perhatian ibu kepadanya
 Memeluk atau duduk berdekatan ibu apabila keletihan atau ketakutan
 Mengamuk apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini tetapi mudah untuk di alih
perhatian
 Tidak pandai berkongsi mainan atau perhatian orang dewasa
 Bermain berhampiran kanak-kanak lain tetapi bukan bersama mereka

©Aishah Kassim | Because You Are Special 6


UMUR : 2 – 3 TAHUN

UMUR : 2 – 2;06 TAHUN

 Memahami arahan yang lebih panjang seperti “ambil botol letak atas meja” dan
sebagainya.
 Menggunakan 200 atau lebih perkataan yang difahami tetapi masih terdapat sebutan
yang masih kurang jelas
 Melakukan ekolalia
 Banyak bertanya soalan “apa” dan “siapa”
 Bercakap sendiri ketika bermain dengan jelas tentang apa yang sedang terjadi
 Ada kalanya terdapat kegagapan semasa bercakap
 Boleh makan menggunakan sudu
 Memahami bahaya yang biasa seperti panas, tajam dan sebagainya.
 Tantrum apabila kecewa dan kurang terganggu dengan persekitaran
 Suka melihat kanak-kanak lain bermain dan akan menyertai permainan untuk seketika
 Gemar aktiviti membaca buku dan cerita
 Bermain permainan watak seperti menidurkan bayi, membasuh baju dan memandu
kereta (dengan bantuan orang dewasa)

UMUR : 2;06 – 3 TAHUN

 Sebutan perkataan lebih jelas walaupun dengan orang yang tidak dikenali tetapi masih
terdpat kesalahan sebutan bunyi perkataan
 Boleh memberitahu nama penuh dan jantina dan kadang kala umur
 Boleh melakukan perbualan mudah dan boleh menceritakan aktiviti semasa dan
pengalaman lepas
 Bertanya banyak soalan dengan menggunakan “apa”, “mana” dan “siapa”
 Tahu banyak lagu kanak-kanak dan suka mengulangnya
 Mengira dengan menghafal 1 – 10 tetapi masih belum memahami konsep kuantiti
 Makan menggunakan sudu dan garfu
 Boleh membuka dan memakai seluar tetapi masih perlukan bantuan untuk butang dan
lain-lain
 Suka menolong orang dewasa melakukan aktivti seperti membeli belah, berkebun dan
sebagainya
 Menyukai permainan-lantai seperti kotak, blok kayu, keretapi, anak patung dll
 Menyertai permainan make-believe seperti bermain anak patung dll dengan kanak-
kanak lain
 Memahami konsep berkongsi barang mainan, makanan dll

©Aishah Kassim | Because You Are Special 7


UMUR : 3 – 4 TAHUN

UMUR : 3 – 4 TAHUN

 Pertuturan betul dari segi tatabahasa dan difahami sepenuhnya


 Terdapat sedikit kesalahan sebutan seperti r, k, f
 Boleh memberitahu nama, alamat rumah dan selalunya umur
 Sangat banyak bertanyakan soalan “kenapa”, “bila”, “bagaimana” dan maksud
perkataan
 Mendengar dan menceritakan cerita panjang
 Mengira sehingga 20 dan lebih dengan hafalan
 Mengira kuantiti sehingga 4 / 5
 Mengetahui lagu kanak-kanak dan menyanyikannya
 Makan dengan baik menggunakan sudu dan garfu
 Membasuh dan mengelap tangan, memberus gigi dengan sendiri
 Bersikap lebih berdikari dan mempunyai kehendak sendiri
 Memahami gurauan semasa berbual dan beraktiviti
 Suka membina sesuatu di luar rumah menggunakan sebarang objek atau material
 Berteman dengan kanak-kanak lain
 Memahami giliran dan berkongsi dengan baik
 Menunjukkan kebimbangan untuk adik beradik yang lebih kecil dan simpati kepada
kawan-kawan
 Memahami masa lalu, sekarang dan masa depan

UMUR : 4 – 5 TAHUN

UMUR : 4 – 5 TAHUN

 Pertuturan fasih dengan tatabahasa yang betul dan biasanya sebutan bunyi perkataan
sudah sempurna
 Gemar dibacakan cerita dan melakonkan watak cerita kemudian secara bersendirian
datau dengan kawan-kawan
 Kerap bertanyakan maksud perkataan abstrak dan menggunakannya dalam atau diluar
situasi yang betul
 Boleh memakai dan membuka pakaian sendiri
 Bersikap lebih sensitive, terkawal dan berdikari
 Memahami keperluan untuk menyusun dan mengemas tetapi memerlukan peringatan
 Permainan makin kompleks

©Aishah Kassim | Because You Are Special 8


 Membuat plan dan membina sesuatu di dalam dan luar rumah
 Memilih kawan
 Memberi kerjasama dengan kawan-kawan dan memahami peraturan
 Kebolehan bergurau yang baik
 Memahami kaitan masa dengan aktiviti harian
 Memujuk kawan yang kesusahan

UMUR 5 – 6 TAHUN

 Memahami arahan 3-langkah


 Memahami konsep masa – hari ini, semalam, esok, minggu lepas, minggu depan, mula-
mula, kemudian, lepas itu
 Menggunakan kata ancaman dan membuat janji
 Pandai membeli di kedai
 Mengenal huruf dan boleh mengaitkannya dengan bunyi
 Menulis nama sendiri
 Boleh menjawab kebanyakan soalan yang ditanya, tetapi adakala keliru dengan soalan
yang kompleks
 Memahami kanak-kiri
 Menggunakan perbezaan adjektif seperti, besar, sangat besar, paling besar
 Bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat
 Boleh mengeja dan membaca

©Aishah Kassim | Because You Are Special 9


BAB 2

HIRARKI BANTUAN DALAM TERAPI PERTUTURAN

Semasa melakukan terapi pertuturan, bantuan yang diberikan adalah penting untuk
membantu kanak-kanak memahami apa yang ingin diajarkan. Tetapi kita tidak mahu kanak-
kanak hanya bergantung pada bantuan semata-mata. Oleh itu bantuan yang diberikan
mestilah berkurang dari masa ke samasa. Berikut adalah hirarki bantuan yang biasa digunakan

PENERANGAN :

 Bantuan fizikal penuh : Memberi kiu secara fizikal untuk respon yang dikehendaki
Contoh : Memegang tangan untuk mengambil objek yang disuruh

 Batuan fizikal separa : Memberi kiu secara fizikal tetapi masih membiarkan kanak-
kanak melakukan respon sendiri
Contoh : Memegang tangan dan meletakkan pada objek. Kanak-kanak mengambil
sendiri objek

 Model : Melakonkan respon yang dikehendaki


Contoh : Meletak blok di dlam bekas dan membiarkan kanak-kanak melakukan respon
yang sama

©Aishah Kassim | Because You Are Special 10


 Bantuan verbal – terus : Memberi kiu verbal secara penuh
Contoh : Menyebut perkataan untuk kanak-kanak meniru sebutan. Contoh “baju”

 Bantuan Verbal – Tak terus : Memberi bayangan perkataan yang patut disebut
Contoh : Menyebut separuh perkataan seperti “ba…” untuk baju

 Isyarat tangan : memberikan isyarat tangan (gesture) untuk kanak-kanak memahami


respon yang harus diberikan
Contoh : Menunjuk kepada objek yang harus diambil oleh kanak-kanak

 Natural : memberikan kiu-kiu persekitaran yang natural dan biasa digunakan


Contoh : menggeleng kepala untuk “tidak”, memeluk tubuh untuk “sejuk” dan
sebagainya.

Perhatian :
 Tidak semua kiu digunakan dalam satu-satu terapi pertuturan
 Pilih kiu yang sesuai untuk kanak-kanak
 Mulakan dari sukar  senang

©Aishah Kassim | Because You Are Special 11


BAB 3
KOMPONEN DALAM PERKEMBANGAN BAHASA

Dalam perkembangan bahasa kanak-kanak, terdapat 4 komponen penting yang perlu


dititikberatkan semasa terapi pertuturan. 4 komponen tersebut adalah :

1. Kemahiran pra-pertuturan
2. Kemahiran kefahaman bahasa
3. Kemahiran penghasilan bahasa
4. Kemahiran pertuturan

Kanak-kanak perlu menguasai semua kemahiran tersebut untuk berkomunikasi dengan baik
dan berkesan. Kanak-kanak dengan kelewatan bahasa biasanya akan mengalami masalah
dengan satu, dua atau semua komponen tersebut. Oleh kerana itu, penilaian bahasa amat
penting untuk mengenalpasti komponen yang bermasalah.

KOMPONEN 1 : KEMAHIRAN PRA PERTUTURAN

Kemahiran pra-pertuturan adalah kemahiran dimana kanak-kanak perlu mempelajarinya


sebelum mereka mula bercakap lagi. Terdapat 5 kemahiran yang biasanya perlu dikuasai oleh
kanak-kanak iaitu:
1. Daya tumpuan
2. Hubungan mata
3. Mengambil giliran
4. Meniru
5. Kemahiran bermain

KEMAHIRAN 1 : DAYA TUMPUAN


Kanak-kanak mesti mempunyai daya tumpuan atau fokus yang baik terhadap objek atau orang
lain untuk mereka belajar sesuatu. Daya tumpuan juga penting untuk mereka belajar dari
setiap pengalaman yang mereka lalui. Daya tumpuan termasuklah:

 Berpaling ke arah objek atau orang


 Memandang pada objek
 Mengekalkan pandangan pada objek untuk satu jangkamasa
 Mengekalkan minat pada sesuatu objek atau aktiviti untuk satu jangkamasa. Tumpuan
akan meningkat seiring dengan umur kanak-kanak

©Aishah Kassim | Because You Are Special 12


Semasa terapi,aktiviti yang dilakukan mestilah untuk meningkatkan jangkamasa kanak-kanak
memberi tumpuan pada satu-satu aktiviti yang dilakukan.
Perkara yang perlu di beri perhatian adalah :
1. Jangkamasa tumpuan yang diingini
2. Jenis aktiviti yang ingin dilakukan
3. Material yang ingin digunakan
4. Bantuan yang ingin digunakan

KEMAHIRAN 2 : HUBUNGAN MATA


Kontek mata adalah kemahiran asas yang dilakukan oleh bayi seawal selepas kelahiran.
Kontek mata membolehkan kanak-kanak untuk fokus kepada muka setiap orang dan objek
disekelilingnya. Kanak-kanak memerlukan kemahiran ini untuk melihat pergerakan mulut
orang yang bercakap dengannya dan cuba untuk meniru pergerakan tersebut. Kontek mata
juga membolehkan mereka untuk belajar ekspresi-ekspresi bukan verbal seperti ekspresi
muka untuk perasaan gembira, marah, sedih dan sebagainya
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam terapi adalah
1. Jenis aktiviti
2. Jangkamasa aktiviti
3. Bantuan yang ingin diberikan

KEMAHIRAN 3 : MENGAMBIL GILIRAN


Kemahiran mengambil giliran adalah kemahiran asas untuk seseorang berkomunikasi dan
berinteraksi. Kemahiran mengambil giliran awal yang boleh dilihat pada kanak-kanak seperti
membaling dan menangkap bola secara bergilir-gilir akan mengajar mereka untuk memberi
respon ketika berinteraksi bersama orang lain. Apabila mereka membesar dan mula bercakap,
mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memberi respon atau melakukan sesuatu
yang diarahkan oleh orang dewasa kepada mereka.
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam terapi adalah
1. Jenis aktiviti
2. Jangkamasa aktiviti
3. Bantuan yang ingin diberikan

©Aishah Kassim | Because You Are Special 13


KEMAHIRAN 4 : MENIRU
Terdapat 2 jenis jemahiran meniru iaitu meniru pergerakan motor dan meniru penghasilan
bunyi. Untuk meniru, kanak-kanak perlu mempunyai 3 kemahiran penting iaitu kemahiran
mengambil giliran, daya tumpuan dan kontek mata yang baik. Kanak-kanak akan meniru
pergerakan motor terlebih dahulu kerana ianya melibatkan pergerakan fizikal dan lebih
mudah dilakukan contohnya seperti melambaikan tangan untuk aksi “bye-bye”. Seterusnya
kanak-kanak akan mula meniru bunyi sebutan perkataan selaras dengan aksi seperti melambai
tangan dan menyebut “bye-bye”.
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam terapi adalah
1. Jenis aktiviti
2. Jangkamasa aktiviti
3. Bantuan yang ingin diberikan

KEMAHIRAN 5 : KEMAHIRAN BERMAIN


Kanak-kanak perlu meneroka dan belajar tentang setiap objek yang berbeza di sekelilingnya
sebelum mereka dapat menggunakannya dan seterusnya melabel objek tersebut. Terdapat
beberapa peringkat untuk kanak-kanak menguasai kemahiran bermain. Jika kita perhatikan,
kanak-kanak belajar menggunakan sesuatu permainan melalui ‘trial and error’, contohnya
mereka cuba menekan butang pada permainan dan melihat apa yang terjadi. Mereka juga
melihat dan mengikut tunjuk ajar daripada orang dewasa jika mereka gagal melakukannya.

©Aishah Kassim | Because You Are Special 14


KEMAHIRAN KEFAHAMAN BAHASA

Pengenalan
Sebelum kanak-kanak mula bercakap, mereka perlu memahami bahasa terlebih dahulu.
Mereka perlu memahami apakah maksud perkataan yang disebut, maksud ayat dan juga
bagaimana menggunakannya dalam satu-satu situasi. Kefahaman adalah sangat penting
untuk kanak-kanak belajar dan berkembang.
Kelewatan atau masalah kefahaman bahasa bermaksud, kesukaran untuk kanak-kanak
memahami bahasa yang dicakapkan, ditulis, isyarat (gesture) atau jenis-jenis simbol yang lain.
Perkembangan kefahaman kanak-kanak akan meningkat sejajar dengan peningkatan usia
mereka. Bermula dari kefahaman beberapa perkataan dan terus meningkat sehingga mereka
boleh memahami ayat panjang dan cerita. Kefahaman terhadap arahan juga akan meningkat
dari arahan yang mudah ke arahan yang lebih kompleks.
Komponen kefahaman bahasa kanak-kanak boleh dipecahkan kepada beberapa elemen yang
lebih kecil lagi. Diantaranya ialah:
1. Kefahaman terhadap kosa kata (vocabulary)
a. Kata nama
b. Kata kerja
c. Kata sifat / konsep
d. Konsep spatial (kedudukan)
e. Perasaan

2. Kefahaman terhadap arahan


a. Arahan verbal (dari arahan mudah ke arahan kompleks)
i. Arahan 1 langkah
ii. Arahan 2 langkah
iii. Arahan panjang

3. Kefahaman dan menjawab soalan


a. Soalan apa
b. Soalan siapa
c. Soalan mana
d. Soalan siapa
e. Soalan bagaimana
f. Soalan berapa

©Aishah Kassim | Because You Are Special 15


KEFAHAMAN KOSA KATA

Kosa kata adalah elemen terpenting dalam bahasa. Tanpa kosa kata kanak-kanak tidak akan
dapat berkomunikasi secara verbal. Kosa kata disini bermaksud “perkataan yang difahami dan
digunakan oleh seseorang”. Terdapat pelbagai jenis kosa kata yang perlu difahami dan
disebut oleh kanak-kanak. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh digunakan untuk
mengajar kosa kata kepada kanak-kanak
KATA NAMA & KATA KERJA
Kata nama adalah merujuk kepada benda atau orang manakala kata kerja adalah perbuatan
yang dilakukan oleh seseorang keatas sesuatu objek.
Terdapat 2 langkah mudah yang boleh digunakan untuk mengajar kata nama dan kata kerja
Langkah 1 :
Pilih perkataan yang ingin diajar kepada kanak-kanak. Pastikan perkataan tersebut merupakan
perkataan yang penting dan akan digunakan oleh kanak-kanak dengan kerap.
Langkah 2 :
Perkenalkan perkataan tersebut kepada kanak-kanak. Pilih aktiviti yang membolehkan anda
menyebut perkataan tersebut secara berulang-ulang
Tedapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk memperkenalkan perkataan seperti
SELF-TALK dan PARALLEL TALK dengan menggunakan objek atau gambar

KATA SIFAT (ADJEKTIF) / KONSEP


Kata sifat atau konsep adalah kata yang penting dalam kosa kata kanak-kanak. Ia perlu untuk
menerangkan perkataan yang lain. Setiap kata sifat / konsep mempunyai julat umur sendiri di
mana kanak-kanak patut mempelajarinya. Berikut adalah garis panduan untuk memilih konsep
yang sesuai:

KONSEP UMUR

Naik / turun 2 tahun

Kuantiti (Satu / banyak / sikit), saiz (besar, kecil) 3 tahun

Warna , sama / tak sama / berbeza 4 tahun

Konsep masa (dulu, kemudian, pertama, akhir) 5 tahun

Arah (kanak / kiri), konsep nombor (mengira) 6 tahun

©Aishah Kassim | Because You Are Special 16


Langkah-langkah yang boleh digunakan untuk mengajar kata sifat
Langkah 1 :
Pilih konsep yang sesuai untuk kanak-kanak. Umur perlu diberikan perhatian semasa memilih
konsep yang ingin diajar. Untuk peringkat awal, gunakan 1 konsep sahaja
Langkah 2 :
Modelkan dan perkenalkan konsep tersebut. Pilih aktiviti yang membolehkan anda
memperkenalkan konsep secara berulang-ulang
Langkah 3 :
Mengikut arahan dengan menggunakan konsep. Tanya kepada anak “mana _____”
Langkah 4 :
Menjawab soalan ya/tidak berkenaan konsep

KONSEP SPATIAL / KEDUDUKAN


Konsep kedudukan (spatial) seperti atas, bawah, depan dll adalah sukar bagi kanak-kanak
dengan kelewatan bahasa. Untuk mengajar konsep kedudukan, pemilihan konsep yang betul
adalah penting. Mulakan dengan konsep yang mudah seperti berikut
Dalam Atas Bawah Luar Depan Belakang Tepi Antara

Mudah Sukar

Langkah-langkah yang boleh digunakan untuk mengajar kata sifat


Langkah 1 :
Pilih konsep yang sesuai untuk kanak-kanak. Mulakan dengan konsep yang mudah dahulu.
Untuk peringkat awal, perkenalkan 1 konsep sahaja
Langkah 2 :
Modelkan dan perkenalkan konsep tersebut. Pilih aktiviti yang membolehkan anda
memperkenalkan konsep secara berulang-ulang

©Aishah Kassim | Because You Are Special 17


Langkah 3 :
Mengikut arahan dengan menggunakan konsep. Beri arahan kepada anak “letak _____
_______ ______” (contoh : Letak bola atas meja)
Langkah 4 :
Menjawab soalan ya/tidak berkenaan konsep

MENGIKUT ARAHAN
Selain kefahaman kosa kata, kanak-kanak juga perlu faham dan mengikut arahan yang
diberikan. Kebolehan kanak-kanak mengikut arahan berkembang mengikut peningkatan
umur mereka. Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan untuk mengajar arahan

ARAHAN UMUR
Arahan 1-Langkah 1 tahun
Arahan 2-Langkah 2 tahun
Arahan panjang 3 tahun dan ke atas

Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam mengajar arahan


Langkah 1 :
Pilih jenis arahan yang ingin diajar. Pilih arahan yang biasa dan kerap diberikan kepada kanak-
kanak dan senaraikan
Langkah 2 :
Sediakan gambar yang menerangkan arahan tersebut. Anda boleh menggunakan gambar
anak anda melakukan aksi tersebut atau mencetak dari internet
Langkah 3 :
Berikan arahan dan tunjukkan gambar yang berkenaan. Untuk permulaan lakukan dalam
situasi terkawal seperti di dalam bilik bersama objek yang ingin digunakan. Peneguhan /
hadiah mungkin diperlukan untuk kanak-kanak meneruskan aktiviti
Langkah 4 :
Berikan arahan dalam aktiviti harian dengan menggunakan gambar yang sama. Kali ini, aktiviti
dilakukan dalam keadaan yang lebih terbuka dan natural.
Langkah 5 :
Seterusnya, kanak-kanak perlu mengikut arahan tanpa kiu gambar. Berikan arahan dan lihat
samaada anak anda boleh melakukannya tanpa gambar

©Aishah Kassim | Because You Are Special 18


Langkah 6 :
Tingkatkan kesukaran arahan dengan menambah bilangan objek atau bilangan langkah
arahan.

KEFAHAMAN DAN MENJAWAB SOALAN


Kebolehan memahami dan menjawab soalan adalah penting dalam perkembangan kanak-
kanak. Seperti kemahiran-kemahiran bahasa yang lain, kemahiran memahami dan menjawab
soalan juga berkembang seiring dengan peningkatan umur. Berikut adalah julat umur di mana
kanak-kanak boleh menjawab dan bertanya soalan mengikut jenis.
Berikut jenis-jenis soalan yang biasa ditanya kepada kanak-kanak mengikut tahap kesukaran
APA MANA SIAPA KENAP A BILA BERAPA BAGAIMANA

Mudah Sukar

Untuk setiap jenis soalan juga terdapat tahap kesukaran yang berbeza. Berikut adalah
bentuk-bentuk soalan mengikut jenis.
Soalan: Apa (2-4 tahun)
1. Apa untuk objek. Contoh: Apa tu?, apa ni?
2. Apa untuk perbuatan: Contoh: Buat apa?
3. Apa untuk orang dan perbuatan. Contoh: Adik buat apa?, Mama makan apa?
4. Apa untuk menghuraikan objek. Contoh: cawan guna untuk apa?
Soalan: Mana (2-4 tahun)
1. Mana untuk anggota badan. Contoh: mana mata?, mana hidung?
2. Mana untuk objek. Contoh: mana bola? – Respon dengan menunjuk kedudukan
3. Mana untuk kedudukan objek. Contoh: Bola di mana?, kasut di mana?
4. Mana untuk menghuraikan objek. Contoh: dimana kita tidur?, sekolah dimana?
Soalan: Siapa (2-4 tahun)
1. Siapa merujuk pada individu. Contoh: siapa ni? (tunjuk pada kakak)
2. Siapa menrujuk pada gambar. Contoh: siapa ni? (menunjuk pada gambar)
3. Siapa merujuk pada pekerjaan. Contoh: siapa ni? (polis, bomba dll)
4. Siapa untuk menghuraikan perbuatan. Contoh: siapa yang padam api? (bomba), siapa
yang pukul adik?

©Aishah Kassim | Because You Are Special 19


Soalan: Kenapa (3 tahun ke atas)
1. Kenapa merujuk kepada situasi semasa. Contoh: kenapa adik jatuh?
2. Kenapa merujuk kepada situasi lepas. Contoh: kenapa menangis di sekolah tadi?
3. Kenapa merujuk kepada maklumat abstrak. Contoh: kenapa kita pakai kasut?, kenapa
hujan kena guna payung?
Soalan: Bila (4 tahun ke atas)
1. Bila untuk waktu harian (pagi, petang, siang,malam). Contoh: bila kita tidur?, bila
pergi sekolah?
2. Bila untuk sebab dan kesan. Contoh: Bila kita basuh tangan?, bila kena guna payung?
Soalan: Berapa (4 tahun ke atas)
1. Berapa untuk konsep nombor dan pengiraan. Contoh: ada berapa bola?
Soalan: Bagaimana / macam mana (4 tahun ke atas)
1. Macam mana untuk kata sifat. Contoh: macam mana rasa oren?
2. Macam mana untuk proses. Contoh: macam mana nak buat sandwich?

©Aishah Kassim | Because You Are Special 20


KEMAHIRAN PENGHASILAN BAHASA

Pengenalan

Kemahiran penghasilan bahasa bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk menyampaikan


mesej secara verbal, tulisan, bahasa isyarat atau isyarat tangan (gesture). Kanak-kanak
dengan masalah penghasilan bahasa mempunyai kesukaran dengan aspek tatabahasa seperti
menggunakan perkataan yang salah didalam ayat dan sukar untuk menyambung perkataan
untuk membentuk frasa atau ayat yang panjang. Mereka lazimnya menghasilkan ayat yang
pendek berbanding kanak-kanak sebaya dan bilangan kosa kata mereka juga lebih sedikit.

Kemahiran penghasilan bahasa boleh dipecahkan kepada elemen-elemen yang lebih kecil
seperti berikut :

1. Penghasilan kosa kata (kata tunggal)


a. Kata nama
b. Kata kerja
c. Kata sifat / konsep
d. Konsep spatial (kedudukan)
e. Perasaan

2. Penghasilan ayat
a. Ayat 2 perkataan
i. Subjek + Kata kerja
ii. Kata kerja + Objek
iii. Minta + Objek
iv. Objek + Adjektif

b. Ayat 3 perkataan
i. Subjek + kata kerja + objek
ii. Objek + posisi + objek

c. Ayat 4 perkataan
i. Subjek + kata kerja + objek + Adjektif

d. Penggunakan kata hubung “dan”

e. Ayat panjang – deskriptif

©Aishah Kassim | Because You Are Special 21


PENGHASILAN KOSA KATA (KATA TUNGGAL)
Untuk penghasilan bahasa bagi kosa kata, kanak-kanak perlu terlebih dahulu memahami
perkataan tersebut. Jadi, pastikan kanak-kanak telah menguasai bahagian kemahiran
kefahaman bahasa sebelum menyuruh kanak-kanak menyebut perkataan
Langkah-langkah berikut boleh digunakan untuk mengajar penghasilan kosa kata / kata
tunggal
Langkah 1:
Gunakan kaedah meniru iaitu dengan meminta anak anda meniru perkataan yang anda
hasilkan. Abaikan jika sebuatan kanak-kanak kurang tepat
Langkah 2:
Beri bantuan verbal tidak terus seperti memberi bayangan tentang objek tersebut seperti
menyebut suku kata pertama perkataan
Langkah 3:
Biarkan anak anda menamakan objek atau gambar secara spontan
PENGHASILAN AYAT
Bagi penghasilan ayat, ada beberapa strategi yang boleh digunakan iaitu secara tidak formal
menggunakan teknik “pemanjangan ayat” atau secara formal menggunakan gambar
berurutan
Teknik pemanjangan ayat adalah dimana ibu bapa mengebangkan bunyi, perkataan dan ayat
yang dihasilkan oleh anak-anak dengan menerangkan, memanjangkan dan menambah
perkataan dan ayat-ayat yang baru.
Contoh 1
Anak : Meoww…
Ibu : ohh kucing…bunyi dia meow, meow

Contoh 2
Anak : Kucing
Ibu : aah..kucing.. kucing tengah makan

Contoh 3
Anak : Mama, tu bola
Ibu : wahh..besarnya bola tu. Warna merah

©Aishah Kassim | Because You Are Special 22


Melalui cara ini, kanak-kanak akan dapat mendengar dan mempelajari bentuk ayat yang perlu
digunakannya nanti. Ini merupakan model yang terbaik untuk menggalakkan kanak-kanak
belajar bahasa.
Bagi terknik formal menggunakan gambar pula, kanak-kanak diberikan gambar yang
berturutan yang menerangkan perkataan dalam ayat. Sebagai contoh
Ayat 2 perkataan:

Ayat : Abang makan (S+V)


Ayat 3 perkataan:

Ayat : Abang makan ayam


Begitu juga dengan bentuk-bentuk ayat yang lain. Cara yang sama digunakan. Teknik ini
adalah sesuai bagi kanak-kanak yang sukar memahami struktur ayat yang betul dalam ayat.

PENGHASILAN KATA HUBUNG “DAN”


Untuk mengajar kanta hubung “dan” atau kita biasanya menggunakan perkataan “dengan”
untuk menyambung perkataan dan ayat. Langkah yang boleh digunakan untuk mengajar
adalah
Langkah 1:
Mulakan dengan latihan yang Mudah iaitu menggunakan kata hubung bagi kata nama “dan”
kata nama. Anda boleh menggunakan gambar bagi tujuan ini.
Langkah 2:
Menggunakan kata hubung dalam perbualan berstruktur iaitu ketika aktiviti-aktiviti seperti
membaca buku atau ketika makan.

©Aishah Kassim | Because You Are Special 23


Langkah 3:
Menggunakan kata hubung dalam pertuturan harian. Pantau pertuturan anak anda setiap hari
dan lihat samaada mereka ada menggunakan perkataan “dan” atau tidak.

PENGHASILAN AYAT PANJANG (DESKRIPTIF)


Untuk kanak-kanak menghasilkan ayat yang lebih panjang, mereka mestilah mempunyai
kebolehan untuk menghuraikan gambar dan menggunakan kata hubung di dalam ayat.
Aktiviti yang boleh digunakan untuk menghasilkan ayat panjang adalah seperti menggunakan
gambar berturutan. Biasanya untuk menghasilkan ayat panjang, kanak-kanak sudah boleh
menjawab soalan “kenapa” dan “bagaimana”.

©Aishah Kassim | Because You Are Special 24


KEMAHIRAN PERTUTURAN

Kemahiran pertuturan merupakan kebolehan kanak-kanak menyebut bunyi-bunyi pertuturan


dengan betul. Terdapat beberapa jenis masalah pertuturan yang biasa dilihat pada kanak-
kanak iaitu masalah artikulasi, masalah kegagapan dan masalah suara.
Setiap bunyi mempunyai julat usia tersendiri di mana kanak-kanak akan menguasai bunyi
tersebut. Jika kanak-kanak tidak dapat menyebut sesuatu bunyi lebih dari julat usia tersebut,
mereka akan dikira sebagai mempunyai masalah pertuturan
Berikut adalah carta julat umur dimana kanak-kanak boleh menyebut bunyi pertuturan secara
umum.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk menyebut bunyi-bunyi pertuturan selepas julat
umur normal di kira mempunyai masalah artikulasi.

©Aishah Kassim | Because You Are Special 25


Setiap kanak-kanak yang membesar akan melakukan kesalahan sebutan yang dikenali sebagai
proses fonologi. Terdapat julat umur normal juga dimana proses fonologi akan berlaku seperti
dalam jadual dibawah

PROSES FONOLOGI UMUR SEPATUTNYA


SUDAH HILANG

1. Penghapusan Konsonan Pertama (First Consonant Proses ini biasanya sudah


Deletion) hilang pada usia 3 tahun
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak tidak menyebut bunyi
pertama perkataan. Sebagai contoh:
Baju  aju
Makan  akan
Lapar  apar

2. Penghapusan Konsonan Akhir (Final Consonant Proses ini biasanya sudah


Deletion) hilang pada usia 3 tahun
Proses ini berlaku apabila kanak-kanak tidak menyebut bunyi
akhir perkataan. Sebagai contoh :
Bas  ba
Panas  pana

3. Pendepanan (Fronting) Proses ini biasanya sudah


hilang pada usia 3 tahun
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak menggantikan bunyi
yang dibuat di hadapan mulut seperti (p,b,t,d,m) dengan
bunyi yang dibuat dibelakang mulut seperti (k,g,ng) sebagai
contoh :
Kek  tek
Kakak  tatak
Gam  dam

4. Pengurangan Cluster (Cluster Reduction) Proses ini biasanya sudah


hilang pada usia 3 tahun 6
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak meninggalkan bunyi
bulan ke 4 tahun
pada perkataan yang mempunyai gabungan konsonan yang
berturutan. Ia biasanya terjadi pada perkataan-perkataan
bahasa inggeris. Sebagai contoh :

©Aishah Kassim | Because You Are Special 26


Brush  bush
Snake  nake

5. Penghapusan Sukukata Lemah (Weak Syllable Proses ini biasanya sudah


Deletion) hilang pada usia 3 tahun 6
bulan ke 4 tahun
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak menghilangkan suku
kata didalam perkataan. Sebagai contoh:
Kerusi  kusi
Spaghetti  ghetti
Seluar  suar

6. Pemberhentian (Stopping) Proses ini biasanya sudah


hilang diantara usia 3 tahun
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak menggantikan bunyi-
ke 5 tahun bergantung
bunyi konsonan yang membebaskan udara apabila disebut
kepada bunyi
seperti (f, v, s, z, sh, ch, j) kepada bunyi-bunyi kosnsonan
yang menyekat pengaliran udara apabila disebut seperti (p, f : 3y – 3y6m
b, t, d, k, g). sebagai contoh :
v,s,z : 4y – 4y6m
Satu  tatu
ch, j : 4y6m – 5y
Fan  pan
Zoo  doo

7. Gelinciran (Gliding) Proses ini biasanya


berterusan sehingga 5
Proses ini terjadi apabila kanak-kanak menukar bunyi /r/ dan
tahun ke 6 tahun.
/l/ kepada bunyi /w/. sebagai contoh :
Lori  lowi
Lapar  wapar

Rawatan untuk proses fonolog dan masalah artikulasi adalah bergantung kepada jenis
kesalahan kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu penilaian pertuturan haruslah dilakukan oleh
Terapis Pertuturan-Bahasa untuk mengenalpasti masalah sebenar. Ibu bapa boleh melakukan
terapi untuk kemahiran pertuturan dirumah setelah masalah sudah dikenalpasti

©Aishah Kassim | Because You Are Special 27


BAB 4
MEMILIH MAINAN & AKTIVITI

Bagi sesi terapi, pemilihan permainan dan aktiviti adalah sangat penting. Ia adalah untuk
memastikan objektif terapi tercapai dan kanak-kanak dapat mempelajari dengan baik.
Beberapa perkara yang perlu difikirkan bagi memilih permainan dan aktiviti untuk tujuan
terapi. Diantaranya ialah:
1. Kesesuaian alat permainan dengan usia, kemahiran kognitif dan kemahiran motor
kanak-kanak
2. Aktiviti yang dilakukan mestilah boleh menggalakkan pengulangan kemahiran yang
ingin diajar.
3. Alat permainan dan aktiviti juga mestilah boleh menarik minat kanak-kanak
4. Pelbagaikan aktiviti untuk objektif yang sama untuk mengelakkan kanak-kanak
menjadi bosan
5. Gunakan objek untuk kanak-kanak yang lebih kecil (3 tahun ke bawah). Ini kerana objek
lebih konkrit dan mudah dimanipulasi benbanding gambar yang lebih abstrak.
6. Lakukan aktiviti di tempat yang tiada atau kurang gangguan seperti tv, adik beradik
lain (kecuali memang diajak untuk menyertai terapi) dan barang-barang yang menarik
minat kanak-kanak seperti telefon bimbit dan ipad.

©Aishah Kassim | Because You Are Special 28


BAB 5
PELAN UNTUK TERAPI

Pelan untuk terapi adalah penting untuk memastikan terapi dijalankan dan perkembangan
anak menjadi optimum. Bagi merancang untuk terapi, ibu bapa haruslah membuat jadual bila
dan jangkamasa terapi yang akan dijalankan. Rekod pencapaian anak anda dalam bentuk
bertulis atau video untuk memudahkan anda mengingat dan mengulang semula terapi. Anda
boleh menggunakan pelan seperti dibawah untuk merangcang terapi anak anda.

MINGGU 1
OBJEKTIF : 1 / 2 objektif yang ingin dicapai

HARI 1:
Objektif 1
Jangkamasa Sehari 15 – 20 minit sudah mencukupi
Aktiviti
Respon jenis respon yang dikenhendaki (cth: meniru / spontan)

Keterangan aktiviti (jika perlu)

HARI 2:
Objektif 2 Boleh sama dengan objektif 1
Jangkamasa Sehari 15 – 20 minit sudah mencukupi
Aktiviti
Respon jenis respon yang dikenhendaki (cth: meniru / spontan)

Untuk hari-hari seterusnya, anda boleh melakuakan objektif yang sama tetapi berlainan
aktiviti dan respon yang dikehendaki.

Perhatian :
Respon akhir yang diingini adalah spontan dan pantau untuk kanak-kanak boleh
menggunakan kemahiran tersebut dalam situasi yang betul.

©Aishah Kassim | Because You Are Special 29


TIPS PEMILIHAN OBJEKTIF TERAPI
1. Objektif yang dipilih mestilah realistik dan boleh dicapai
2. Objektif yang dipilih mestilah berada dalam julat umur kanak-kanak
3. Semasa memilih perkataan atau ayat untuk terapi, utamakan perkataan dan ayat yang
akan kerap digunakan oleh kanak-kanak di persekitarannya.

TIPS MERANCANG SESI TERAPI


1. Lakukakan sesi terapi setiap hari atau 4 kali seminggu selama 10-15 minit
2. Ulang objektif yang sama dalam minggu yang sama tetapi dengan respon kanak-kanak
yang makin meningkat. Contohnya, permulaan terapi, kanak-kanak hanya disuruh
meniru tetapi pada hari ke 5 anak sudah boleh melakukan secara spontan.
3. Selain di rumah, anda juga boleh melakukan objektif diluar rumah seperti di dalam
kereta, di tempat membeli belah, di taman permainan dan sebagainya. Jangan hanya
terikat pada aktiviti dirumah sahaja.
4. Jadi kreatif dan inovatif. Anda boleh lakukannya.. 
5. Dan yang paling penting, Ulang..ulang..ulang…ulang.. dan ulang…

©Aishah Kassim | Because You Are Special 30

Anda mungkin juga menyukai