Anda di halaman 1dari 2

Apa itu HUJAN?

HUJA
N

Hujan adalah peristiwa turunnya butir-butir air dari langit ke permukaan bumi.

Proses kejadian hujan berdasarkan sains telah dihuraikan oleh Bernard Polissy
merupakan orang pertama menghuraikan tentang hujan pada tahun 1580-an iaitu 868
tahun selepas Rasulullah s.a.w wafat iaitu pada tahun 632 Masihi. Teori beliau
menerangkan :
1. Pengewapan atau Penyejatan
Kejadian hujan bermula dengan proses pengewapan sumber air seperti laut, sungai,
telaga dan tanah. Apabila sumber air tersebut terkena cahaya matahari, maka akan
berlakulah apa yang disebutkan sebagai proses pengewapan. Apabila proses pengewapan
berlaku, wap-wap air (gas) akan terbentuk dan akan naik ke atas kerana strukturnya
lebih ringan berbanding air. Semakin tinggi wap air ke atas, maka suhu di
persekitarannya semakin sejuk. Proses pengewapan ini boleh juga dipanggil proses
penyejatan di mana air di sesuatu permukaan akan cuba disejatkan oleh pancaran cahaya
matahari.
2. Kondensasi menyebabkan pembentukan awan
Wap-wap air yang terbentuk melalui proses pengewapan akan naik terus ke atas sehingga
mencapai suatu tahap ketinggian. Interaksi di antara wap-wap air dengan pergerakan
angin menyebabkan wap-wap air tersebut akan terkondensasi (penyejukan) menjadi
tompokan embun-embun halus yang dinamakan awan. Semakin banyak embun-embun halus
terbentuk, maka bebanan awan tersebut semakin berat. Jika diperhatikan dari
permukaan bumi, awan dengan embun-embun halus yang semakin berat ini kelihatan
kehitaman. Apabila awan berubah menjadi kehitaman, itu menandakan hari hendak hujan.
3. Hujan
Proses terakhir bagi kejadian hujan adalah curahan air dari awan akibat tidak lagi mampu
menampung bebanan embun-embun halus yang semakin banyak. Maka dengan itu
berlakulah curahan ke atas permukaan bumi. Apabila awan tidak lagi mampu menampung
berat embun-embun halus yang terbentuk, maka hujan akan berlaku. Lengkaplah kitaran
hujan yang sebelum ini kita tidak mengetahuinya.

Gambaran Proses Kejadian Hujan

Tahukah adik-adik?. Al-Quran telah mendahului sains, dimana di dalam Al-Quran, Allah
telah mengatakan dengan tepat dan mengikut susunan. Ini menunjukkan bahawa
kekuasaan Allah S.W.T dalam menetapkan segala kejadian. Subhanallah!
Berdasarkan firman Allah S.W.T :
Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian
Allah menyebarkan

awan

itu

di

langit sebagaimana yang dikehendakiNYA dan

menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu engkau melihat hujan keluar dari celahnya.


Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNYA dari
hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira ( Surah Al-Rum : ayat 48)

INFO
Adik-adik, hujan adalah antara waktu mustajab untuk kita berdoa kepada Allah
S.W.T, maka marilah kita bersama-sama berdoa apabila hujan turun.

Anda mungkin juga menyukai