Anda di halaman 1dari 10

TUESDAY, SEPTEMBER 28, 2004

Telefon
Seorang lelaki berjalan masuk menuju ke tempat kerjanya, dengan kedua-dua belah
telinganya dibalut ( seolah-olah luka ).Bosnya bertanya "Apa dah jadi dengan telinge
kamu?". Lelaki itu menjawab "Semalam, ketike saye sedang menyeterika baju, tibatiba telefon berdering dan saye dengan tak sengajanyer meletakkan seterika ke
telinge".
Bos itu kemudian bertanya lagi " Well, itu mungkin menyebabkan luka pada sebelah
telinge. Tapi, apa dah jadi dengan telinga satu lagi?" Lelaki itu menjawab,"Well,saye
pon kene telefon doktor!"

---- sumbangan: Budak JB


posted by aman @ 9:14 AM

Comment (0)

Malunya Saya!!
Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya
mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik.
Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya
semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolaholah memalukan ibubapa saya. Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik
dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat
sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik
malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih.
Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya
pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi
berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu
marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan
anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk
mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat.
Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam
ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua
tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya.
Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya

kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu,
gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau
tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau
nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"
Lerr...tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni.
Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh
sungguh saya sampai ke tulang.
MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda
berada.

---- sumbangan: Lukeman Khoo


posted by aman @ 9:08 AM

Comment (0)

TUESDAY, SEPTEMBER 21, 2004

Bila Besar Nanti


Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnyapelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus
memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi
juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni
binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai
anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercitacita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

---- sumbangan : Seman bin Leman


posted by aman @ 8:45 PM

Comment (0)

FRIDAY, SEPTEMBER 17, 2004

Ceritaku
Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat
sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,
Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...
Ahmad pun memulakan ceritanya...
Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku....

---- sumbangan: Ayda


posted by aman @ 8:30 AM

Comment (0)

TUESDAY, SEPTEMBER 14, 2004

Ini gambar siapa?


Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berduaduaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang
dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu..... kira
malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang
dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis
takder.
Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat
dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si
lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman
wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si
wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan
jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?"
tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah
gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu
dengan penuh manja.
AAAaaaawwWW?

---- sumbangan: Samad


posted by aman @ 9:06 AM

Comment (0)

MONDAY, SEPTEMBER 13, 2004

Temuduga
Ali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan
pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan
emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".
Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Ali ni. Jadi dia pun tanyalah Ali, "Kalau
awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang
saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah

GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".


Jadi Ali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN,
GREEN... GREEN..., then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...BLUE's that?
WHITE did you say? Aiya...! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and
don't call BLACK, ok? Thank you."
Lepas tu pengurus tu terus pengsan!!

---- sumbangan: Samad


posted by aman @ 3:41 PM

Comment (0)

Penyajak Yang Hebat


Osmang Tawang ialah seorang penyajak yang hebat di Malaysia. Karya-karyanya
sangat tersohor sehingga ia menerima anugerah Sasterawang Negara. Apabila dia
bersajak pasti para hadirin terpegun sehingga mengalirkan air hingus. Namun pada
suatu hari reputasinya jatuh akibat dari satu kejadian ketika ia berada di pentas
untuk bersajak. Mari kita saksikan kejadian tersebut:
Usmang dengan gaya sasterawang hebat naik ke pentas sambil diberi tepukan
gemuruh oleh para hadirin. Dia dengan muka bangganya menyeluk poket bajunya
untuk mengambil nota sajaknya. Setelah dibuka lipatan nota sajaknya dia pun
memulakan bacaan sajaknya. "Pada hari ini saya ingin menyampaikan sebuah sajak
yang saya anggap paling agung yang pernah saya cipta. Sajak ini diberi judul
'BBYPDB'". Setelah memberitahu judulnya beliau pun memulakan membaca sajaknya
walaupun dia kelihatan sedikit hairan. Sajaknya berbunyi begini:
BBYPDB (Barang2 Yang Perlu Di Beli)
1. Beras sekampit
2. Gula 2 kilo
3. Bawang 6 bijik
4. Minyak sebotol (beli yang cap sampan punya)
5. Beehon sekapik (tanak yang cap ketiak tu!!)
6. Ikan sardin cap itik.. 3 tin udah le.
"YA TUHAN....ini senarai barang bini aku suh beli, mamfus aku...malu...malu...".
Usmang Tawang berlalu dari pentas dengan iringan gelak tawa para hadirin. Sejak

hari itu, Usmang mengalami kincit tak terurus dan kini menetap di daerah Batang Ai
bersama cucu itiknya.

---- sumbangan: Lukeman (formally Dr. Khoo Khai Kim)


posted by aman @ 9:44 AM

Comment (0)

THURSDAY, SEPTEMBER 09, 2004

Misteri Kematian Lincoln & Kennedy


Misteri dibalik kematian presiden Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada
dibawah ini:
Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.
Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.
John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.
Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.
Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.
Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.
Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.
Pengganti mereka bernama Johnson.
Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.
John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.
Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.
Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.
Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah
gudang.
Boot tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah
pawagam.
Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan
diri dari sebuah gudang.
Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.
Dan ini yang paling unik?..

Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah


Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.
Believe it or Not?
posted by aman @ 9:00 AM
TUESDAY, SEPTEMBER 07, 2004

A ...maafkan aku...(warkah buat kekasih)


A,
Maaf kerana tidak dapat membantu mu
Di kala parang ayah mengurang
Di kala wajah ayah memerah
Di kala suaramu tersekat
A,
Maafkan sekali lagi
Bukan aku tidak mahu membantu
Bukan aku tidak sayu
Bukan...Bukan...Bukan...
A,
Tika ayah mengacu parangnya
Hatiku meruntun sayu
Melihat kau cuba lari bertempiaran
Bersama rakan-rakan
Untuk hidup sehari lagi
A,
Realitinya aku tidak mampu
Menghulurkan tangan untuk kau sambut
Supaya dapat ku bawa kau lari
Jauh dari parang ayah...
A,
Aku tidak mengerti
Mengapakah ayah terlalu benci akan dirimu?
Aku sudah tidak sanggup lagi melihat sandiwara ini
Aku hanya mampu menjadi pemerhati

Comment (0)

Bersama seribu belas dihati


Bersama kasih yang tebal di nurani
Namun aku hanya seorang puteri
A,
Larilah kau
Jangan menyerah pada ayahku yang kejam itu
Ah A,
Tidak dapat aku gambarkan
Dikala parang ayah menetak lehermu
Air mataku mengalir menuruni pipi
Tak tertahan lagi...sedih...sayu...
Yeah...!
Seluruh isi keluargaku bersorak
Semua berpesta
Atas kematian mu...?
A...Ayamku...
Kematianmu, nyata amat pedih
Tetapi kau menjanjikan
santapan istimewa untuk kami
Ayam goreng bersambal!!!
Nyam...nyammm...Nyammm..

---- sumbangan: putera coli


posted by aman @ 8:26 AM

Comment (0)

MONDAY, SEPTEMBER 06, 2004

Rumput dan Kuda


Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling
malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"

Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"


Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih
di situ?"
posted by aman @ 8:30 AM

Comment (0)

Pengemis gila
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

---- sumbangan : lanilanun


posted by aman @ 8:25 AM

Comment (0)

THURSDAY, SEPTEMBER 02, 2004

Demam Malaysian Idol


Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti
Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas
kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg
awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note

tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...
p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik...

---- sumbangan: Samad


posted by aman @ 8:40 AM

Comment (0)

WEDNESDAY, SEPTEMBER 01, 2004

Gabungan Syarikat
Nak tahu kenapa Bolton Finance bergabung dengan Alliance Finance dan bukan
dengan Hong Leong Finance ? Pernah satu ketika CEO Bolton Finance pernah berkata
pada CEO Hong Leong, Tan Sri Quek kalau Hong Leong nak bergabung nama Bolton
mesti ada dalam gabungan tu, seperti Bumiputra Commerce hasil dari Bank
Bumiputra dan Bank of Commerce, dan syarat tambahan nama Bolton mestilah di
depan. CEO Hong Leong tak setuju sebab bila gabungan tu betul-betul terjadi ia
akan menghasilkan BOHONG FINANCE .... takut customer tak percaya dan tak
yakin..itulah alkisah nya.....

---- sumbangan: Man


posted by aman @ 8:38 AM

Comment (0)

Anda mungkin juga menyukai