Anda di halaman 1dari 20

TUESDAY, DECEMBER 30, 2003

Yahudi
Seorang Yahudi, seorang tentera Rusia, seorang nenek dan seorang gadis cantik
dalam sebuah kereta dari Kiev menuju Moscow.
Pada saat kereta memasuki terowong yang gelap, tiba-tiba terdengar suara ciuman
disusul oleh bunyi tamparan. Ketika kereta keluar dari terowong itu, keempat orang
tersebut berpandang-pandangan sambil berpikir
Nenek : Pasti salah seorang dari kedua lelaki cuba mencium gadis itu, dan
ditamparnya.
Tentera Rusia : Sial, Yahudi itu mencium gadis itu, aku yang ditampar.
Gadis : Salah seorang dari dua lelaki itu pasti cuba menciumku tapi tersalah
mencium nenek itu dan ditamparnya.
Yahudi : Hari ini hari yang membahagiakan untukku, kucium tanganku sendiri, lalu
kutampar prajurit Rusia itu dan tidak ada yang marah.
posted by aman @ 8:22 AM

Comment (0)

MONDAY, DECEMBER 29, 2003

Hutang
Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.
Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."
Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"
Anak : "2 kilo pakcik"
Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."
Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."
posted by aman @ 8:25 AM
FRIDAY, DECEMBER 26, 2003

You,ve Got Mail

Comment (0)

Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika


tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan
langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting
pintunya dan meluru masuk ke rumah.
Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa
semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia
masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya
memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke
kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih
keras daripada sebelumnya.
Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya,
"Apakah ada masalah?" Wanita berambut perang itu menjawab, "Tentu saja ada!
Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, "YOU'VE GOT MAIL."
posted by aman @ 8:53 AM

Comment (0)

WEDNESDAY, DECEMBER 24, 2003

Dua orang kaya dan pemandunya


Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip
pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus !
Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai
kereta, dan belikan aku Mercedez."
King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"
Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi
teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil
pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat
rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.
Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ?
Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza
dalam satu masa.
Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10
ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu
sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku
balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri
telefon je la ke rumahnya!!"
posted by aman @ 8:32 AM

Comment (0)

TUESDAY, DECEMBER 23, 2003

Ajaran Sesat
Ustaz Rock:Assalamualaikum kelas..
Murid-murid : Waalaikumussalam ustaz..
Ustaz Rock: Hari ni ustaz tanak mengajor sebab ade perkara yang nak
ustaz bincang. Isu sensitif nih..
Murid 1 : Isu ape ustaz? Saspen jer bunyinyer..org saspen pun tak saspen
camnieh..
Ustaz Rock : Memang sensitif tahap maksima nih..sblum tuh..ade orang
pantai timur tak kat sini?
Murid 2 : Saya ustaz..Saya orang ganu
Ustaz Rock : Kamu jangan terasa yer..Ni saya dapat dari ustaz-ustaz
seluruh negara..Kajian mendapati orang terengganu ngan kelantan nih tak
percaya kepada Tuhan mereka..

Murid 2 : Eh Ustaz..tak baik tuduh-tuduh ustaz..berdosa besar ustaz


Ustaz Rock : Astargfirllahalazim kamu ni..ustaz belum habis cakap
lagi..sabo sabo la dulue
Murid 1 : Teruskan ustaz..
Ustaz Rock : Kamu rasa kenapa yer orang pantai timur ni camtu?Apa
pendapat kamu?
Murid 1 : Hish..ada unsur-unsur politik ke ni ustaz? Bahaya nie...repot
kat guru besar kang baru tau
Ustaz Rock : Ler..ni lagi sorang..takde langsung la..Bebawak mengucap dulu
Murid 2 : Dah tu apa ustaz?
Ustaz Rock : Okla..ustaz terus terang..tapi ni bukan ajaran sesat
tau..Sebabnyer orang lain sebut 'Tuhan'..tp orang terengganu sebut
'Tuhang'..org kelantan plak sebut 'Tuhe'..tak gitu?
(lalu Murid 1 dan Murid 2 pun hanya menggeleng kepaler..deii..dah name
pun ustaz rock..sabo je la)"
posted by aman @ 10:21 AM

Comment (0)

MONDAY, DECEMBER 22, 2003

Zorro, Robin Hood Dan Orang Asli


Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan
kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk
akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk
berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang
berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli
yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat
perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan
meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan
pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan

membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp,
terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM
ZORRO... .."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian
menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak
atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood
kata... "I AM ROBIN HOOD..."
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak
kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk
pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter,
kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"
posted by aman @ 8:53 AM

Comment (0)

FRIDAY, DECEMBER 19, 2003

Materialistik
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S
terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori
melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu
sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..
Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjeritjerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek
itu.
Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggelenggelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka
berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan
mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"
"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..
"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..


"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"
posted by aman @ 9:14 AM

Comment (0)

WEDNESDAY, DECEMBER 17, 2003

Kunci Kereta
Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,
Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?
Tak boleh, jawab Ah Seng. Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan
penyangkut baju.
Kemudian Ah Beng pula berkata, Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan
pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci
tingkap.
Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.
Kan Cheong! jerit Ah Beng. Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof
terbuka!!!
posted by aman @ 8:36 AM

Comment (0)

TUESDAY, DECEMBER 16, 2003

Prasejarah
Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran
pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusingpusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang
bertugas lalu bertanya,
Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.


Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang
saya dah empat
bulan lima hari kat sini.
posted by aman @ 9:57 AM

Comment (0)

MONDAY, DECEMBER 15, 2003

PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN


JUGA ANDA!
Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang.
Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima
alasan
anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi
anda
dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari
apa
yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin
dalam dia
menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan
melakukannya
dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung
jauh ke dalam
mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula
merayu
agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan
agar
anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya
semakin anda
merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah
mengalir.
Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda
digenangi
dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus
melakukannya.

Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda
sudah mula
merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda
merasakan
sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan
wajah yang pucat.
Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda
adalah antara
yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum
tawar dan
juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun
mengucapkan
terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.
posted by aman @ 10:26 AM

Comment (0)

THURSDAY, DECEMBER 11, 2003

Malam pengantin
Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama
isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.
"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita
lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."
"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.
"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."
"Ho oh."
"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa
sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."
"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"
"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM
25 kat aku!"
posted by aman @ 3:27 PM

Comment (0)

Kentut
Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan
kepada wanita tersebut apa masalahnya.
Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak
berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada
di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak
menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua
tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita
tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa
dengannya semula.
Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa
tidak puas hatinya kepada doktor.
"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya
sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata
wanita itu.
"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria
pendengaran awak pula", kata doktor.
posted by aman @ 8:49 AM

Comment (0)

WEDNESDAY, DECEMBER 10, 2003

Cerita ngeri
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'
posted by aman @ 11:32 AM

Comment (0)

MONDAY, DECEMBER 08, 2003

Bengang
Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN.
Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH
baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana
tanpa pengetahuan dua orabg rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan
SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis.
SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH

seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis...)
BODOH : Selamat pagi, tuan.
POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?
BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan.
POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak?
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Apa ??
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?
BODOH : Ada di luar, tuan.
POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??
BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?
POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)
posted by aman @ 8:32 AM

Comment (0)

FRIDAY, DECEMBER 05, 2003

Dinding
Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah seorang
pesakitnya. Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding
seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari dan diperhatikan
oleh doktor berkenaan.

Akhirnya pada suatu hari, si-doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh
si-pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke dinding...
tetapi tidak dapat mendengar apa-apa. Dia berpaling kepada si-pesakit dan berkata
"Tak dengar apa-apa pun".
"Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit"
posted by aman @ 9:53 AM

Comment (0)

Think 1st b4 speaking to ur wife


* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.
* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?


* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...
* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!
posted by aman @ 9:51 AM

Comment (0)

MaT pUnK
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati
udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok
tersebut...
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang
berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu
lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya..
"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak
pernah buat kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab, "Tentu saja pernah. Dulu
aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung
kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru... jangan2 kamu adalah anakku."
posted by aman @ 9:50 AM

Comment (0)

THURSDAY, DECEMBER 04, 2003

Ketua Kampung
Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti
biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate
nombor.
Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar
Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkangbengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan."


" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di
suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.
'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."
"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.
Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut
motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan
angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan
mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang
diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin
dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan
tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik
terus
mengejar beliau.
Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek
motorsikalnya.
"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite
ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale
togel, kalau jatuh tak
ke kite mati." Marah Tok Batin.
"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."
"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi..."
posted by aman @ 9:31 AM

Comment (0)

Tiga Lelaki Pakistan


Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan
Kriket Dunia di England
dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah
membeli satu tiket setiap

seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.
"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu
tiket?" tanya salah
seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.
Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di
tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan
menutup pintu
tandas tersebut.
Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut
tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka
sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor
mengambil tiket tersebut
dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju
bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.
Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India
tersebut dan dapat
menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1
tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak
membeli tiket!!!
"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak
membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan.
"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki
Pakistan bersesak
di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak
di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju
ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut
mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki
India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawankawannya sedang menunggu.
posted by aman @ 8:52 AM

Comment (0)

WEDNESDAY, DECEMBER 03, 2003

1 out of 10
Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..
Doktor : "Anda harus dibedah!"
Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"
Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."
Pesakit : "Apa???!!!"
Doktor : "Anda jangan takut."
Pesakit : "Kenapa?"
Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya
mati."
posted by aman @ 3:00 PM

Comment (0)

Hanya sekadar hiburan...


Berape hari yang lepas, satu temuduge kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah
sebuah anak syarikat TNB. Biaselah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian
bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suarelah
pulak. Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade tige kawan kite dari
terengganu telah dipilih untuk di temuduge.
Kebetulan pulak tige kawan kite ni adalah peserte ketige yang pertame. Ape lagi
berdebar-debarlah depa

orang ni. Kawan yang nombor satu mule la merungut. (bace ayat seterusnya kene
ikut loghat terengganu!)
"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak
kawan yang kedue,
"Mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ."
Dan bersuare la pulak kawan yang ketige dengan berlagak macho seraye berkate
"Mu nok takut bende
gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi la
jawap bende pun .
Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye tukang
interbiuw tu nok
makang mu".
"Cee mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi". Tibe mase yang
ditunggu-tunggu,
make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian,
kawang yang
pertame ni pun keluarlah. Ape lagi macam kera kene belacan la kawan nombor due
ni dok tanye ape
soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.
"Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi". Kawan nombor satu
tadi pun jawap,
"Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak dok bende yang die tanye tadi, tapi se je
yang aku ingak
die tanye, Pengerusi TNB yang baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk
Jamaluddin Jarjis".
Kawan nombor due pulak menyampuk "Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name
tu.Guane nih awang.
Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye
senang le sikit aku
nok jawak."
Pastu sampuk le pulak kawang nombor tige yang berlagak pandai ni, "Bak pe yang
mu jadi bodo

sangat nih. Jangan tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih
situ. Mu tulih kat
getoh spenda (seluar dalam la tu) mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda
mu, mu buat-buat
la gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB".
Ape lagi kawang nombor due suke la dengar idea bernas kawan die tu.Tapi die tak
tak tahu yang
kawang die nombor tige tu pun panik gak, sebab die pun tak tahu nak sebut macam
mane.
Name kawan nombor due pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor due tak
keluar-keluar lagi.
Kawan yang nombor tige dah panik kenape kawan die tu tak keluar keluar lagi. 5
minit kemudian
keluar la kawan nombor due ni dengan muke tersenyum. Kawan no. 3 pun tanye la,
ape soalan
yang keluar, jawap la kawan no 2 ni, Susoh jugok soalang die tapi soalang Pengerusi
TNB tu aku
buleh jawap, aku sempat selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok
tadi."
Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap lah
kawang no 2 tadi."
Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"
Kawan no 3 pulak jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda".
Ape lagi kelam kabut le kawan kite.
Tibe-tibe kawan no 1 yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea. "Ape bende yang
susoh sangat ni.
Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap." Ape lagi bergegas la kawang-kawang ni
pegi toilet
untuk berpindah seluar dalam. Tak lame lepas tu name kawan no 3 ni pun di panggil.
Dengan semangat berkobar-kobar dan rase confident yang amat sangat kawan kite
ni masuk dalam bilk interbiuw tu.
Dalam 10 minit kawan nombor 3 ni keluar sambil tergaru-garu kepale dengan muke

kepelikkan.
Kawan-kawan die yang luar ni tanye la kenape keluar awal sangat. Die menjawap,
mase die jawap
ahli panel tanye Name Pengerusi TNB, lepas tu die jawap la. Tak pasal-pasal semue
ahli panel tergelak-gelak sampaikan ade yang mengalir-alir air mate tak tahan
sangat. Pastu kawan-kawan ni tanye la, mase ahli
panel ni tanye Name Pengerusi TNB tu, ape mu jawap.Dengan confident die bagitahu
dengan kuat
dan lantang " Datuk Calvin Klien".
Rupe-rupenye mase kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang
sorang ni dah terpakai
terbalik rupenye yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Name Pengerusi
TNB yang baru tu kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan.
Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang due orang lagi tu. Sebagai pengajaran
untuk anda semue
jangan la cube menipu mase interbiuw nanti.Tak berkat .
posted by aman @ 9:36 AM

Comment (0)

TUESDAY, DECEMBER 02, 2003

Sorang je?
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di
sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri
hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengahtengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu
menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di
tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai

masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...
"... Saya adalah penjaga gol!"
posted by aman @ 8:41 AM

Comment (0)

Side A, Side B
Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk
melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau
bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi
kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.
Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik
berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg
menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.
Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang.
Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus
bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"
Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."
posted by aman @ 8:40 AM

Comment (0)

Anda mungkin juga menyukai