Anda di halaman 1dari 8

MONDAY, FEBRUARY 28, 2005

Senyum
1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..
2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!
3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!
4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .
5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"
6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan
apabila selesai berdoa, jika
kegelapan masih mengelilingimu
maka bayarlah

---- sumbangan: Sahidi

posted by aman @ 8:50 AM

Comments (9)

THURSDAY, FEBRUARY 24, 2005

Isteri Tersayang
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di
dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail
kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui
kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah
pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis
pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak emailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan temantemannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya
terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah
menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail
kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat
semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga
berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih
bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

---- sumbangan: Sahidi


posted by aman @ 2:58 PM
WEDNESDAY, FEBRUARY 23, 2005

Teliti itu penting!

Comments (14)

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah


melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat
mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang
doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh,
pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan
menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang
demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua
pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti
tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....
SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

---- sumbangan: Deelar


posted by aman @ 8:38 AM

Comments (14)

MONDAY, FEBRUARY 21, 2005

Bos oh Bos
Hari ini adalah hari pertama Sepiah bekerja, jadi masa mula-mula kerja nie, dia kena
la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Sepiah bersiap-siap untuk
balik. Tiba-tiba nambak boss dia (En Zain) dok dekat 1 mesin shredder tengah nak
letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.
Bila ternampak Sepiah belum balik, En Zain panggil Sepiah "Sepiah, awak tau cara
operate this thing?" Sepiah jawap "Sure, Tekan je button ni" "Dokumen ni penting ni,
seketari saya lupa nak buat sebelum dia balik tadi" terang En Zain. "Awak boleh
buatkan untuk saya?" sambung En Zain.

"Boleh" jawap Sepiah dengan confident lalu tekan button dan dokumen tu shredded
la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Zain angkat, setelah bercakap seketika, En
Zain memberitahu Sepiah...
"Sepiah, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy"
posted by aman @ 10:05 AM

Comments (11)

TUESDAY, FEBRUARY 15, 2005

Alkisah Tara...
Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk
Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran
Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar
tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui
selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan... Sesampainya
dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...
Datuk Laksamana: "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah
sama dia?"
Sultan: "Sapa ada sana?"
Datuk Laksamana: "Tara sapa"
Sultan: "Apa nama itu pulau?"
Datuk Laksamana: "Tara tau"
Sultan: "Sana ada orang?"
Datuk Laksamana: "Tara"
Sultan: "Rumah?"
Datuk Laksamana: "Tara"
Sultan: "Sign-Board?"
Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Apa pun tara?"


Datuk Laksamana: " Hutan ada la, Lain suma tara..."
Sultan: "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ
kita kasi dia nama 'SUMATARA'."
Begitulah ceriternye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU
SUMATERA...

---- sumbangan:Jas
posted by aman @ 8:28 AM

Comments (22)

MONDAY, FEBRUARY 14, 2005

Senarai filem yang diharamkan oleh FINAS


Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE
Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka
mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah
memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar
menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana
menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang
kerja.
Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung
Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung
Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut.
Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa
kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh
semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan
akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di
ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan
syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa
terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek
hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.
Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT

Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi
laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung
tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu
kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak
FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.
Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)
Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan
kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan
Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa
ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD
cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam
sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz
(lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga.

---- sumbangan: Prof. Dr Khoo Khai King


posted by aman @ 8:45 AM

Comments (18)

MONDAY, FEBRUARY 07, 2005

Kisah Benar (seperti yang diceritakan sendiri kepada


mr.FADziL)
Tulisan di bawah adalah pengalaman sebenar tetapi telah diolah semula oleh
mr.FADziL(pakden@gmail.com) supaya memberi lebih impak dan pedoman untuk
para pembaca budiman sekalian.
Assalamualaikum.Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang
sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun. Saya
ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap
kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.
Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada
seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal
bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar) di daerah
Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun
telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya tinggal
berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah
rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan

Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia
mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University(sekadar rekaan penulis).
Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang
ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak
dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo
untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu perkara yang
menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri(En.Mohd Azman
mula terisak-isak menahan tangis).Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti
bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat
keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu
dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka
yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam
bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu
melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air
mata.Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak
bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak
emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan
cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen
rumah saya cuma.Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran
yang lain.
Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman
tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat
lawak dengan muka serius.

---- sumbangan: Jas


posted by aman @ 10:46 AM

Comments (17)

THURSDAY, FEBRUARY 03, 2005

Kuning
Suatu hari seorang Pegawai Khidmat Pelanggan di syarikat mesin cetak mendapat
panggilan dari Pak Pandir iaitu salah seorang pelanggannya. Pak Pandir rupanya
mendapat kesulitan untuk mencetak warna kuning, hanya warna cyan dan magenta
yang kelihatan.
Pegawai Khidmat Pelanggan pening kepala memikirkannya, apalagi ketika Pak Pandir

mengatakan bahawa pencetaknya boleh mencetak warna-warna lainnya, termasuk


kombinasi warna kuning, seperti hijau. Pegawai Khidmat Pelanggan kemudian
meminta Pak Pandir untuk mengganti cartridge kuning, memadam driver-nya dan
kemudian meng-install-nya kembali. Tapi saranan itu tidak membuahkan hasil.
Bahkan teman-teman Pegawai Khidmat Pelanggan lainnya tidak ada yang tahu
bagaimana caranya mengatasi masalah ini.
Setelah dua jam dalam kebingungan, Pak Pandir bertanya, "Boleh tak saya mencetak
di atas kertas putih daripada di atas kertas kuning yang saya pakai sekarang nie?"
Pegawai Khidmat Pelanggan, "@#$%^&"

---- sumbangan:Senyum skit


posted by aman @ 8:56 AM

Comments (3)

Anda mungkin juga menyukai