Anda di halaman 1dari 7

KHUTBAH SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 51

. . .
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah s.w.t.; Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah, dengan mengikhlaskan ibadah kepada Allah s.w.t. serta meningkatkan khidmat bakti kepada agama dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Tawbah ayat 105 berbunyi:

.
Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah (bekerjalah) kamu, maka sesungguhnya Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu tentang apa yang telah kamu kerjakan". Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah s.w.t, Tahun ini, genaplah 51 tahun kita mencapai kemerdekaan. Marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah s.w.t. atas segala nikmat yang Allah

telah anugerahkan kepada kita dengan memperbanyakkan amalan soleh dan melakukan ibadah dengan tulus ikhlas kepadaNya. Kemerdekaan negara yang diraikan dengan penuh meriah pada hari ini, menuntut kita agar merenung sejenak apakah yang telah kita kerjakan dalam mengisi kemerdekaan. Tuntutan ini telah diabadikan oleh Allah s.w.t. dalam sepotong ayat yang baru kita dengar tadi. Seterusnya, bagi memastikan pekerjaan yang kita lakukan bertepatan dengan tuntutan Islam, satu penelitian terhadap sirah perjuangan Rasulullah s.a.w perlu dilakukan. Dalam konteks ini, Sayyidina Umar Ibn al-Khattab r.a pernah berkata: Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, bilamana kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kita akan dihina oleh Allah . Sesungguhnya, junjungan besar Baginda Rasulullah s.a.w adalah seorang tokoh agung perjuangan pembebasan dan kemerdekaan. Bagindalah yang bertanggungjawab membebaskan umat manusia dari segala bentuk penjajahan dan perhambaan. Penjajahan minda dan pemikiran, penjajahan akidah dan kerohanian, sehinggalah kepada penjajahan fizikal dan sistem kehidupan, sama ada dalam bentuk ekonomi, politik mahupun sosial. Sejarah membuktikan kepada kita bahawa di saat terutusnya Baginda, umat manusia telah terlalu jauh dari hidayah para rasul terdahulu. Mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu, sesat dalam mencari hala tuju kehidupan, serta jahil dalam memenuhi tuntutan kerohanian sehingga sanggup menyembah patung dan berhala yang mereka sendiri tahu tidak mampu mendatangkan apa-apa faedah mahupun mudarat. Golongan yang kuat bermaharajalela merebut kuasa, merampas takhta. Golongan bijak pandai meracun minda menyebarkan tahyul dan khurafat. Golongan yang lemah terus terjajah. Kejahilan terus mencengkam sehingga zaman mereka dikenali sebagai zaman jahiliah. Hakikatnya, risalah suci Baginda adalah untuk memerdekakan masyarakat Arab dan manusia umumnya daripada segala bentuk penjajahan sama ada dari sudut fizikal, pemikiran mahupun rohani. Perjuangannya bermula di Mekah dan direalisasikan sepenuhnya dengan pembinaan Daulah Islamiah yang pertama di Madinah. Modul dan strategi perjuangan Baginda inilah yang perlu dihayati dan dijadikan panduan demi untuk membina sebuah negara merdeka yang berdaulat dan menjulang martabat bangsa. Sidang Jumaat Yang Dimuliakan; Sebaik sahaja baginda berjaya mengasas sebuah negara yang bebas dan merdeka, agenda utama Rasulullah s.a.w adalah mengisi kemerdekaan yang ditempa dengan membina sebuah kehidupan baru yang selesa, selamat, sejahtera, saksama, harmoni, kompetitif dan progresif. Setiap warga perlu berusaha dan berdikari mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga. Segala sumber kekayaan yang ada diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya menerusi kepakaran modal insan yang pelbagai. Kaum Muhajirin yang arif dalam selok belok perdagangan dan keusahawanan, berkongsi kepakaran dengan golongan Ansar yang mahir dalam sektor pertanian. Hasilnya, industri pertanian, penternakan, pembuatan dan perdagangan berkembang maju. Dalam masa yang singkat kekuatan ekonomi yang dahulunya dimonopoli oleh golongan Yahudi kini dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Oleh yang demikian, umat Islam dalam hal ini perlu perihatin dan serius memperkasakan sektor pekerjaan sekalipun bertaraf rendah dan sederhana. Ini adalah kerana sikap terlalu memilih kerjaya akan mengundang pekerja-pekerja luar memonopoli peluang dan sumber pendapatan dalam negara di waktu yang sama membawa kepada pengaliran wang ke negara luar. Bukan sekadar itu sahaja, malah kemasukan pekerja-pekerja asing yang tidak dibendung dengan bijak membawa bersama budaya-budaya asing yang mengugat keamanan dan kesejahteraan negara dan warganya. Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian; Dalam usaha menjamin harapan dan wawasan negara tercapai pula, Baginda telah meletakkan satu garis panduan yang tegas dan jelas dalam memilih dan melantik para penjawat awam yang akan menjadi medium pelaksana bagi pihak kerajaan. Ciri-ciri modal insan unggul seperti yang telah dibina selama 13 tahun di Mekah menjadi asas pertimbangan. Integriti yang tidak mendahulukan kepentingan peribadi atau kelompok sendiri menjadi imej pentadbiran negara. Baginda s.a.w mempunyai satu sistem pemantauan yang berkesan dan mampu mendidik jentera pentadbirannya dari masa ke semasa. Dalam isu penerimaan hadiah daripada pelangganpelanggan atau orang ramai misalnya, Baginda menegur pegawai-pegawai terbabit di atas mimbar, melalui sabdanya; Apakah halnya dengan pegawai-pegawa kita ini? Kita telah menghantar mereka untuk memungut hasil. Lalu mereka kembali dan mengatakan bahawa yang ini milik kerajaan dan yang ini pula hadiah untuk kami! Adakah sekiranya mereka itu berada di rumah ibu atau bapa mereka, mereka akan dapat hadiah seperti itu? Demi Allah, tidak seorangpun yang mengambil dari hasil ini, kecuali pada hari kiamat kelak, dia akan memikul barang itu di atas lehernya. Sekiranya barang itu seekor unta ia akan memekak, jika ia seekor lembu ia akan menguak dan jika ia seekor kambing ia akan mengembek. Lalu baginda mengangkat kedua tangannya sehingga kelihatan ketiak baginda lalu menyeru (sebanyak tiga kali): Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menyampaikan! (hadis riwayat al-Bukhari). Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah s.w.t.; Kita patut bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi. Kita bebas ke sana ke mari beribadah, bekerja, belajar, makan angin dan menjalani kehidupan kita dalam persekitaran yang aman dan harmoni. Ada negara di mana rakyatnya hidup dalam ketakutan kerana perang saudara, peperangan dengan kuasa luar, darurat, bencana alam, konflik kaum dan lain-lain lagi. Kita mampu mengekalkan intipati kemerdekaan kerana kita bersatu padu, bertolak ansur, saling memahami dan berkerjasama antara umat Islam dengan bukan Islam. Nilai keamanan dan keharmonian perlulah kita pelihara dan kita bajai sesama kita. Inilah juga merupakan manifestasi kemerdekaan. Kita sepatutnya merealisasikan pengertian kemerdekaan yang lebih bermakna dengan cara menyumbang kepada organisasi tempat kita bekerja dan juga masyarakat setempat dengan menjana pembangunan dan kemajuan fizikal, emosi, dan juga spiritual. Kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan kemerdekaan, erti keamanan lebih bermakna dalam diri kita. Kita mengecapi pelbagai

kemakmuran, pembangunan dan kemajuan. Kita berdoa semoga Allah s.w.t. mengekalkan nikmat ini dan menambahkannya agar kita lebih sayangkan agama dan negara tercinta ini. Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim, ayat: 7 telah menegaskan:

Maksudnya: Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan


nikmatKu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih . Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah s.w.t; Sebagai tanda syukur kita kepada Allah yang Maha Kuasa atas kurniaan kemerdekaan ini dan simbol terima kasih kita kepada pejuang-pejuang negara, maka kita sewajarnya tidak mensia-siakan nikmat dan peluang yang ada ini. Untuk itu, marilah sama-sama kita bersatu padu, berganding bahu membina umat yang kuat. Dengan perpaduan sahajalah, kita akan mampu membina ketamadunan yang unggul dalam negara, kita akan mampu membangunkan negara dengan stabil dan saksama lantaran perpaduan adalah elemen yang amat penting dalam membina ketamadunan sesebuah negara. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran ayat 103 berbunyi:


Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai. Sabda Rasulullah s.a.w:

) (
Perumpamaan orang-orang yang beriman itu seperti sebatang tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit maka seluruh tubuh akan berjaga malam dan demam

Dalam masa yang sama kita juga perlu menjaga perpaduan dan keharmonian dengan bangsa-bangsa lain, kerana ini merupakan tuntutan Islam yang bukan sahaja menjaga hak umat Islam tetapi juga prihatin terhadap penganut agama-agama lain. Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya; Barangsiapa yang menzalimi orang kafir yang telah berjanji taat setia dengan negara Islam, atau mengurangkan haknya, atau membebaninya denga sesuatu yang tidak mampu dipikul olehnya, atau mengambil sesuatu darinya tanpa keredaan hatinya. Maka aku akan menjadi penentang mereka pada hari kiamat.

) (

Sesungguhnya kita tidak mahu perbalahan dan persengketaan menjadi pemangkin kepada kelemahan negara. Kita tidak mahu pengalamanpengalaman pahit yang dilalui oleh negara-negara lain seperti Iraq, Palestin dan lainnya menular ke negara tercinta ini. Di Iraq, perbezaan mazhab dan aliran pemikiran menyebabkan umat Islam saling bunuh-membunuh antara satu sama lain. Mereka berperang tanpa mempedulikan pihak musuh yang hanya ketawa dan tersenyum mengaut hasil negara yang dikurniakan Allah di negara mereka. Manakala di Palestin pula, ketika pihak Zionis sedang rakus meratah umat Islam tanpa rasa belas kasihan sama ada terhadap wanita, orang tua atau kanak-kanak, terdapat sesetengah pihak di sana berbalah sesama sendiri semata-mata kerana perbezaan ideologi. Sesungguhnya kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam negara berulang kembali. Cuba kita renungkan sejenak apa akan jadi sekiranya lembaran sejarah pahit ini berulang kembali. Sudah pasti amat sukar untuk kita mengecap nikmat kemajuan dan kemakmuran seperti yang kita kecapi pada hari ini. Dalam masa yang sama, sudah pasti kita akan menjadi sasaran kepada pihak-pihak tertentu yang sentiasa mengambil peluang untuk campurtangan dalam urusan negara kita. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah s.w.t; Akhirnya, marilah sama-sama kita menjadikan kemerdekaan ini sebagai anugerah Allah s.w.t sangat bermakna dalam usaha membentuk negara ini seperti mana yang disifatkan Allah sebagai;

Al-Hafiz Ibnu Kathir r.hm menjelaskan ayat ini dengan katanya: Kamu akan mendapat keampunan jika kamu sentiasa dalam keadaan mentauhid kan Allah s.w.t. Ahli tafsir yang lain pula berpendapat bahawa maksud Baldah Tayyibah ialah negeri yang banyak tanaman-tanaman, negeri yang tidak kering kontang, negeri yang tiada sebarang serangga perosak dan baik udaranya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran, ayat 26 berbunyi:-

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang


mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Pada hari ni, kita boleh berbangga kerana sebagai satu bangsa dan sebagai satu negara, kita diiktiraf oleh seluruh dunia sebagai lambang kejayaan negara dunia ketiga. Lebih pada itu, banyak negara Islam dan negara dunia ketiga mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh. Ramai pemimpin negara dunia ketiga dan negara Islam yang melawat ke Negara kita untuk mempelajari dan memahami dasar-dasar kita yang telah membolehkan kita maju sedemikian. Sidang Jumaat Yang Dimuliakan; Dalam pada kita berbangga dengan kemajuan yang tercapai, kita harus ingat dan jangan lupa sama sekali bahawa segala nikmat yang kita kecapi hari ini tidak akan tercapai jika kita masih lagi dijajah oleh kuasa asing. Kesemua ini berubah hanya apabila kita mencapai kemerdekaan pada tarikh keramat 31 Ogos 1957. Pejuang-pejuang kemerdekaan inilah yang menanam semangat kemerdekaan dalam sanubari kita melalui pengorbanan mereka. Mereka dibunuh, digantung dan dipenjarakan kerana memperjuangkan hak bangsa untuk bebas dari penjajahan. Pada hari ini, ramai para pejuang sudah tiada lagi. Sebagai tanda bagi mengenang jasa dan perjuangan mereka yang telah kembali ke hadrat Ilahi, marilah sama-sama kita berdoa untuk mereka semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan maghfirah ke atas roh mereka.

.
6

Anda mungkin juga menyukai