Anda di halaman 1dari 3

WEDNESDAY, MARCH 02, 2005

Tiga sahabat
Al kisah adalah 3 orang sahabat yang sungguh susah hidup mereka. Ghuyub seorang
pengira tiang letrik yang bertauliah, Kulop pula seorang pencabut uban monyet
profesional, manakala Nyot pula seorang pencincang air yang masih belum confirm
jawatannya.
Satu hari minggu, mereka pergi ke satu tempat perkelahan sambil membincangkan
masa depan hidup mereka. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang tukang
pencuci batu sungai dengan seorang penjual sate beruang kutub.
"Kau tau tak, dekat Bukit Skodeng ada satu gua yang di dalamnya tinggal seorang
pendita tua?
"Mana aku tau. Kau tak kasi tau aku semalam."
"Kata orang, sesiapa yang dapat berjumpa dengannya akan kaya raya hidupnya",
cerita si pencuci batu sungai itu lagi.
Sahabat bertiga yang terdengar perbualan mereka itu tadi terus mendapat satu
ilham dan mula merancang untuk ke Bukit Skodeng pada esok hari.
Dipendekkan cerita, sampailah mereka ke gua tersebut. Lalu bertemulah mereka
dengan seorang pendita tua yang sedang menumbuk sambal untuk makan
malamnya.
"Lato', kami datang nak makan." sapa Ghuyub
"Hoi! Makan boleh lain kali la...kami datang nak jadi kaya raya Lato'" marah Nyot
pada Ghuyub sambil memberitahu maksud kedatangan mereka kepada pendita tua
tersebut.
"Oooo...mau jadi kaya hoh? Boree...borreee.." jawab pendita tua itu dengan bahasa
Jepun yang mencurigakan.
"Kamu mesti datang berjumpa dengan aku seorang demi seorang pada hari yang
berlainan dengan membawa beberapa biji daripada satu jenis buah sahaja. Pada
masa itu aku akan berikan kamu syarat-syarat untuk jadi kaya!" terang pendita tua
itu kepada mereka bertiga (seperti yang di'translate'kan oleh kucing di gua itu

kepada saya dalam bahasa baku).


Maka sahabat bertiga itu pun pulanglah ke kampung mereka dan memikirkan buah
apa yang akan mereka bawa untuk berjumpa dengan pendita tua setelah tiba giliran
mereka nanti.
"Senang je ni...aku nak bawak buah langsat la" kata Ghuyub dalam hati.
Esoknya adalah giliran Ghuyub untuk berjumpa dengan pendita tua itu. Bersamasamanya di bawa setangkai langsat.
"Baiklah. Sekarang kamu telah penuhi syarat pertama. Syarat kedua dan terakhir
sebelum kamu perolehi kekayaan ialah....." pendita tua tu bagi Ghuyub suspen..
"Kamu hendaklah masukkan kesemua buah langsat itu ke dalam punggung kamu.
Sekiranya kamu berjaya, 1 jongkong emas akan aku berikan."
Ghuyub yang melopong terus mengikut arahan pendita tua itu. Satu persatu buah
langsat itu dimasukkan dengan mukanya yang berkerut-kerut menahan kentutnya.
Akhirnya...berjayalah Ghuyub memasukkan kesemua DUA BELAS biji langsat
kedalam punggungnya. Pendita tua berpuas hati dan memberikannya 1 jongkong
emas. Ghuyub pulang dan bercadang untuk membuka bisnes kain kapan yang
diidam-idamkannya selama ini.
Hari kedua merupakan giliran Kulop. Apabila dilihatnya Ghuyub sudah mendapat 1
jongkong emas dengan hanya membawa setangkai buah langsat, dia terfikir "Ada
baiknya aku bawa sebakul buah epal. Untung-untung aku boleh dapat 2 jongkong
emas".
Maka berlakulah perkara yang sama kepada Kulop. Dia juga berjaya dan pulang
membawa 2 jongkong emas sambil terkangkang-kangkang.
Nyot yang hairan bertanya kenapa Kulop berjalan terkangkang-kangkang itu.
"Aku terlupa nak sikat bulu kaki aku tadi", jawab Kulop selamba.
Oleh kerana terlalu gembira melihatkan Kulop yang berjaya membawa pulang 2

jongkong emas dengan bersyaratkan sebakul epal sahaja, Nyot mendapat satu idea
yang sungguh memberahikan! "Aku akan bagi pendita tua tu happy gila besok bila
aku bawak buah-buah ni semua", katanya Nyot dengan konfidennya dalam hati.
Sesampainya Nyot dengan senyum lebar ke gua tersebut, pendita tua itu pun
memberitahunya dengan gembira, "Hari ini kau sungguh bertuah kerana aku nak
buat clearance stock. Kau boleh ambil semua jongkong emas di gua ini kalau kau
berjaya menyempurnakan syarat ke dua aku"
Setelah pendita tua itu menerangkan syaratnya kepada Nyot....dia terus jatuh
pengsan....sambil sempat melihat dengan sayunya kearah BUAH DURIAN yang
dibawanya SATU LORI!!!

---- sumbangan: Nasir


Cerita diatas pernah keluar di gelihati blogspot sebelum ini. Tetapi versi diatas
mempunyai jalan cerita yang berbeza dari versi yang sebelumnya.-- Aman
posted by aman @ 8:35 AM

Comments (5)

Anda mungkin juga menyukai