Anda di halaman 1dari 8

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 19-26

Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas


tentang Autisme
(Special Educators’ Level of Training, Knowledge and Confidence of Autism)

HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

ABSTRAK

Autisme merupakan kecelaruan perkembangan yang memberi impak terhadap kemampuan komunikasi dan interaksi
penghidapnya. Statistik terkini menunjukkan peningkatan dalam prevalens autisme. Maka, keperluan terhadap guru
pendidikan khas yang terlatih untuk mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme turut meningkat. Kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru pendidikan khas tentang autisme.
Kursus perguruan formal didapati kurang berkesan dalam melatih guru pendidikan khas untuk memahami dan
mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme. Kualiti latihan dalam perkhidmatan bagi pendidikan autisme
hanyalah pada tahap sederhana, tetapi lebih baik daripada latihan perguruan formal. Hal ini menyebabkan guru
mempunyai tahap keyakinan yang rendah dalam mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme. Namun, mereka
berminat untuk menjalani kursus lanjutan untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam mendidik kanak-kanak
autisme. Oleh yang demikian, kursus perguruan formal pendidikan khas perlu ditambah baik melalui tambahan
komponen tentang autisme. Guru pendidikan khas juga perlu diberi akses kepada latihan dalam perkhidmatan
mengenai autisme kerana bidang pendidikan autisme sentiasa berkembang dan pelbagai strategi terkini telah
dibuktikan berkesan melalui kajian saintifik. Kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan-
kelemahan dalam kedua-dua jenis latihan perguruan ini dan cara-cara untuk meningkatkan kualiti kedua-duanya.
Kata kunci: Autisme, latihan guru, pengetahuan guru, keyakinan guru, pendidikan khas

ABSTRACT

Autism is a developmental disorder that negatively impacts the ability for communication and interaction. Current
statistics have reported an increase in its prevalence. Therefore, the need for well trained teachers to teach children
with autism has also increased. This study was implemented to investigate the level of training, knowledge, and
confidence of special education teachers on autism. Formal teacher training courses was found to be rather ineffective
in training special education teachers to understand and teach children with autism. It has also been found that
inservice training is slightly better in quality. This caused them to have low confidence in their ability to teach children
with autism. However, they showed interest to undergo advanced courses to enhance their competence in educating
children with autism. Therefore, formal special education teacher training needs to be improved through an additional
component on autism. Special education teachers also need to be provided with access to inservice training in autism
because the field of autism education has progressed and various strategies that have been proven effective scientifically
are now available. Further studies are needed to identify weaknesses in both types of teacher training and methods to
improve the quality of both in terms on education for children with autism.
Keywords: Autism, teacher training, teachers’ knowledge, teachers’ confident level, special education

PENGENALAN lebih kepada kanak-kanak lelaki, iaitu empat kali ganda


berbanding kanak-kanak perempuan. Penyebab autisma
Autisme adalah suatu kecelaruan perkembangan yang masih tidak diketahui dan sehingga kini belum ada
membawa impak yang teruk terhadap kemampuan penawar bagi kecelaruan perkembangan ini (Center for
seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan Disease Control and Prevention, A.S. 2007).
orang-orang di sekelilingnya (American Psychiatric Kajian-kajian terkini tentang autisme melaporkan
Association 1994). Kanak-kanak yang mengalami autisma peningkatan dari segi prevalens autisme (Croen et al. 2002;
mempunyai imaginasi yang terhad, hingga menyebabkan Volkmar et al. 1997). Pada awal tahun 70-an, prevalensnya
mereka mempunyai ruang lingkup minat yang juga terhad adalah tiga atau empat orang penghidap autisme bagi
dan sering melakukan tingkah laku atau pergerakan badan setiap 10,000 orang kanak-kanak, tetapi laporan statistik
yang berulang-ulang (Wing & Gould 1979). Kejadiannya yang terkini menyatakan bahawa prevalens autisme bagi

Chap 3.pmd 19 22/06/2010, 15:28


20 Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)

tahun 2009 ialah satu dalam 95 orang kanak-kanak (Center membandingkan persepsi guru arus perdana dan guru
for Disease Control and Prevention, A.S. 2009). Kajian pendidikan khas di Greek tentang autisme. Keputusan kajian
oleh Ganz (2006) menyatakan bahawa kos perbelanjaan mereka menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan ini keliru
seumur hidup bagi seorang penghidap autism ialah USD tentang beberapa aspek mengenai autisme. Walau
3.2 juta. Jumlah penghidap autisme di Amerika Syarikat bagaimanapun, guru pendidikan khas didapati lebih cekap
adalah 1.5 juta orang dan kos perbelanjaan seumur hidup dalam mengenal pasti ciri autisme. Berdasarkan keputusan
bagi mereka di negara ini dianggarkan sebanyak USD 35 kajian ini, beberapa cadangan telah diketengahkan untuk
billion setahun. Walau bagaimanapun, masih tiada menambah baik kursus dalam perkhidmatan untuk guru arus
statistik rasmi tentang prevalens autisme di Malaysia. perdana dan guru pendidikan khas di Greek supaya
Dengan meningkatnya kejadian autisme, keperluan pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai autisme
terhadap guru-guru pendidikan khas yang terlatih turut dapat dipertingkatkan.
meningkat untuk mendidik kanak-kanak yang mengalami Schwartz dan Drager (2008) pula mengadaptasi borang
autisme agar mereka dapat mengatasi atau mengurangkan soal selidik Stone dan Rosenbaum (1988) untuk mengkaji
impak negatif autisme dalam hidup mereka. Namun, menurut keberkesanan latihan dan tahap pengetahuan mengenai
National Research Council, A.S. (2001), latihan guru autisme di kalangan ahli terapi pertuturan di Amerika
merupakan elemen yang paling lemah dalam usaha Syarikat. Keputusan kajian ini mendapati bahawa walaupun
menyediakan perkhidmatan yang efektif untuk kanak-kanak para responden mempunyai pengetahuan yang mantap
yang mengalami autisme dan keluarga mereka. tentang ciri autisme, tetapi mereka masih lagi keliru
Scheuermann et al. (2003) menyatakan bahawa antara mengenai diagnosisnya. Hasil kajian juga menunjukkan
masalah utama dalam bidang autisme di Amerika Syarikat bahawa ahli-ahli terapi pertuturan yang terlibat tidak
adalah kekurangan guru-guru terlatih pada tahap kronik menerima latihan yang mencukupi dan kurang berkeyakinan
untuk mendidik kanak-kanak autisme. Latihan guru yang dengan kebolehan mereka untuk menyediakan
kurang mantap juga merupakan satu isu besar yang perkhidmatan untuk kanak-kanak yang mengalami autisme.
menghalang penyediaan guru yang cukup dan terlatih dalam Manakala di Malaysia pula, Susanna Philips (2005)
bidang autisme (Scheuermann et al. 2003). mengkaji tahap pengetahuan guru arus perdana mengenai
Bagi menyediakan pendidikan yang efektif untuk autisme dan mendapati bahawa guru arus perdana di
kanak-kanak yang mengalami autisme, guru-guru sekolah-sekolah di Malaysia kurang berpengetahuan
pendidikan khas perlu dibekalkan asas kemahiran mengenai aspek-aspek kognitif, sosial dan emosi murid
perguruan arus perdana dan pendidikan khas termasuklah yang mengalami autisme sebanyak 84.3% daripada para
kemahiran khas dalam bidang autisme (Simpson 2004). responden juga tidak dapat mengenal pasti jenis
Antara ilmu dan kemahiran yang harus mereka kuasai perkhidmatan sokongan atau jenis ahli profesional yang
adalah kefahaman tentang ciri autisme, penaksiran, diperlukan oleh kanak-kanak ini.
diagnosis dan penilaian kanak-kanak autisme. Guru-guru Kajian ini mengadaptasi borang soal selidik Schwartz
yang mendidik kanak-kanak autisme perlu menguasai dan Drager (2008) untuk mengkaji latihan mengenai
modul-modul autisme dan kaedah pengajaran yang autisme yang diterima oleh guru-guru pendidikan khas
merangkumi: di Malaysia, tahap pengetahuan mereka mengenai
autisme dan tahap keyakinan mereka untuk mendidik
1. Strategi peningkatan kemahiran interaksi sosial,
kanak-kanak yang mengalami autisme. Justeru, kajian ini
komunikasi dan kemahiran kendiri.
bertujuan untuk mengetahui:
2. Strategi sokongan isu sensori.
3. Kaedah pengurusan dan akomodasi persekitaran. 1. Apakah tahap latihan mengenai autisme yang diterima
4. Intervensi tingkah laku positif (Simpson 2004). oleh guru-guru pendidikan khas?
2. Apakah tahap pengetahuan guru-guru pendidikan
Guru untuk kanak-kanak autis juga perlu berkemahiran
khas tentang autisme?
untuk bekerjasama dengan guru arus perdana dalam usaha
3. Adakah guru-guru pendidikan khas mempunyai
menyediakan pendidikan inklusif selain bekerjasama
keyakinan dalam mendidik kanak-kanak yang
dengan ibu bapa dan para profesional lain seperti pakar
mengalami autisme?
pertuturan, pakar terapi cara kerja dan lain-lain
(Scheuermann et al. 2003).
Stone dan Rosenbaum (1988) yang menjalankan kajian METODOLOGI
tentang kefahaman mengenai autisme di kalangan ibu bapa
dan guru-guru di Amerika Syarikat mendapati para INSTRUMEN
responden mempunyai salah faham mengenai autisme. Ibu
bapa dan guru-guru pula mempunyai fahaman yang berbeza Bagi mengenal pasti tahap latihan, pengetahuan dan
yang mungkin mempunyai impak yang negatif ke atas usaha keyakinan guru dalam mendidik kanak-kanak yang
koloborasi mereka. Mavropoulou dan Padeliadu (2000) mengalami autisme, satu set soal selidik telah diadaptasi
menggunakan borang soal selidik yang dibina oleh Stone berdasarkan artikel soal selidik oleh Schwartz dan Drager
dan Rosenbaum (1988) dalam kajian mereka yang (2008). Terjemahan soal selidik ke Bahasa Melayu telah

Chap 3.pmd 20 22/06/2010, 15:28


Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisma 21

dilakukan bagi memastikannya dapat difahami dengan jelas responden (8.04%) ialah lelaki dan 102 responden
oleh responden yang terlibat dalam kajian ini. Beberapa item (91.07%) ialah perempuan. Manakala, terdapat seorang
berkenaan latihan guru dalam soal selidik ini telah diubah responden yang tidak menyatakan jantinanya. Bagi
suai bagi memastikan ianya sesuai untuk guru-guru di faktor umur, didapati 44 responden (39.29%) berusia di
Malaysia. Soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian antara 20 hingga 30 tahun, 49 responden (43.75%)
utama iaitu: Bahagian A: Demografi Responden, Bahagian berusia antara 31 hingga 40 tahun, 17 responden (15.18%)
B: Latihan Guru, Bahagian C: Tahap Pengetahuan dan berusia di antara 41 hingga 50 tahun dan 2 responden
Bahagian D: Keyakinan Guru Terhadap Kecekapan Mengajar. (1.79%) berusia di antara 51 hingga 60 tahun. Bagi faktor
Secara keseluruhan, soal selidik ini mengandungi 32 item bangsa, didapati 106 responden (94.64%) ialah Melayu,
yang merangkumi empat bahagian seperti yang dinyatakan. 5 responden (4.46%) ialah Cina dan seorang responden
Item-item yang terdapat dalam Bahagian A adalah (0.89%) menjawab “lain-lain.”
tentang maklumat demografi responden. Tujuan utama Bagi maklumat mengenai jawatan yang dipegang
pengumpulan maklumat demografi adalah untuk mengenal didapati bahawa seramai 90 responden (80.36%)
pasti faktor yang mungkin mempengaruhi jawapan merupakan guru pendidikan khas, 12 responden (10.71%)
responden di bahagian lain soal selidik. Soalan yang ialah Penyelaras Pendidikan Khas, 4 responden (3.57%)
terdapat di bahagian ini ialah jantina, umur, bangsa, jawatan, ialah guru dari pusat pemulihan dalam komuniti, seorang
tahap pendidikan, bidang tugas dan pengalaman sebagai responden (0.89%) ialah Pembantu Pengurus Murid dan
guru. Bahagian A mengandungi enam soalan, di mana 5 responden (4.46%) menyatakan “lain-lain.” Bagi
untuk setiap soalan disediakan pilihan jawapan. maklumat tentang tempat berugas mereka, 29 responden
Bahagian B mengandungi lapan soalan mengenai (25.89%) bertugas di Program Integrasi Sekolah
latihan guru yang pernah diikuti oleh responden. Untuk Menengah, 75 responden (66.96%) bertugas di Program
bahagian ini, pilihan jawapan disediakan dan skala Likert Integrasi Sekolah Rendah dan 5 responden (4.46%)
empat mata digunakan. Walau bagaimanapun, beberapa bertugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Didapati
item dalam bahagian ini telah diubah suai bagi bahawa seramai 65 responden (58.03%) bertugas di
memastikannya sesuai dengan program latihan guru di Selangor, 38 responden (33.93%) bertugas di Negeri
Malaysia. Bahagian C mengandungi sembilan soalan Sembilan, 5 responden (4.46%) bertugas di Wilayah
yang menggunakan format jawapan betul atau salah. Persekutuan Putrajaya dan 4 responden (3.57%) bertugas
Tujuan soalan dalam Bahagian C adalah mengenal pasti di lain-lain negeri.
tahap pengetahuan guru-guru tentang autisme. Bahagian Bagi faktor pengalaman sebagai guru didapati bahawa
D mengandungi sembilan soalan tentang keyakinan 61 responden (54.46%) mempunyai pengalaman selama 1
responden terhadap kecekapan mereka untuk mengajar hingga 5 tahun, 13 responden (11.61%) mempunyai
dan mendidik kanak-kanak autisme. Soalan dalam pengalaman selama 6 hingga 10 tahun, 15 responden
Bahagian D menggunakan skala Likert empat mata iaitu (13.39%) mempunyai pengalaman selama 11 hingga 15 tahun
1 = Sangat tidak bersetuju, 2 = Tidak bersetuju, 3 = dan 19 responden (16.96%) mempunyai pengalaman melebihi
Bersetuju dan 4 = Sangat bersetuju. 16 tahun. Bagi item tentang pengalaman sebagai guru
pendidikan khas didapati bahawa 79 responden (70.54%)
PROSEDUR mempunyai pengalaman 1 hingga 5 tahun, 22 responden
(19.64%) mempunyai pengalaman 6 hingga 10 tahun, 5
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan responden (4.46%) mempunyai pengalaman selama 11 hingga
soal selidik sebagai instrumen. Sampel kajian dipilih 15 tahun dan terdapat seorang responden (0.89%)
menggunakan kaedah pensampelan bertujuan atau mempunyai pengalaman melebihi 16 tahun.
purpovise sampling. Seramai 112 responden yang juga Bagi item “bilangan pelajar yang didiagnosis
merupakan guru pendidikan khas terlibat dalam kajian mengalami autisme di dalam kelas anda”, 84 responden
ini. Responden merupakan peserta yang terlibat dalam (75.0%) mempunyai 1 hingga 10 pelajar yang mengalami
sebuah bengkel tentang autisme yang dianjurkan oleh autisme, 4 responden (3.57%) mempunyai 11 hingga 20
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Set orang pelajar yang mengalami autisme dan 5 responden
soal selidik diedarkan kepada responden sebelum (4.46%) mempunyai 21 hingga 30 pelajar yang
bengkel dimulakan dan mereka diberikan masa selama mengalami autisme. Bagi item “bilangan pelajar yang
20 minit untuk melengkapkan soal selidik tersebut. mengalami autisme yang pernah anda ajar sepanjang
karier anda sebagai seorang guru”, 79 responden
(70.54%) pernah mengajar 1 hingga 10 orang pelajar, 9
DAPATAN KAJIAN
responden (8.04%) pernah mengajar 11 hingga 20 orang
pelajar dan 5 responden (4.46%) pernah mengajar 21
MAKLUMAT DEMOGRAFI
hingga 30 orang pelajar, dan 2 orang responden (1.80%)
Seramai 112 responden dari Selangor, Johor, Negeri pernah mengajar dan 31 hingga 50 pelajar yang
Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengalami autisme. Maklumat demografi responden
terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, 9 terdapat dalam Jadual 1.

Chap 3.pmd 21 22/06/2010, 15:28


22 Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)

JADUAL 1. Maklumat Demografi Responden

n Frekuensi (%)
Jantina Lelaki 9 8.04
Perempuan 102 91.07
Item tidak lengkap 1 0.89
Umur 20 hingga 30 tahun 44 39.29
31 hingga 40 tahun 49 43.75
41 hingga 50 tahun 17 15.18
51 hingga 60 tahun. 2 1.79
Bangsa Melayu 106 94.64
Cina 5 4.46
Lain-lain 1 0.89
Jawatan Guru Pendidikan Khas 90 80.36
Penyelaras Pendidikan Khas 12 10.71
Guru Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 4 3.57
Pembantu Pengurus Murid 1 0.89
Lain-lain 5 4.46
Program pengajaran Program Integrasi Sekolah Menengah 29 25.89
Program Integrasi Sekolah Rendah 75 66.96
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 5 4.46
Item tidak lengkap 3 2.69
Negeri bertugas Selangor 65 58.03
Negeri Sembilan 38 33.93
Wilayah Persekutuan Putrajaya 5 4.46
Lain-lain negeri 4 3.57
Pengalaman sebagai guru 1 hingga 5 tahun 61 54.46
6 hingga 10 tahun 13 11.61
11 hingga 15 tahun 15 13.39
16 tahun ke atas 19 16.96
Item tidak lengkap 4 3.67
Pengalaman sebagai guru 1 hingga 5 tahun 79 70.54
pendidikan khas 6 hingga 10 tahun 22 19.64
11 hingga 15 tahun 5 4.46
16 tahun ke atas 1 0.89
Item tidak lengkap 5 4.46
Bilangan pelajar yang didiagnosis 1 hingga 10 84 75.00
mengalami autisme 11 hingga 20 4 3.57
21 hingga 30 5 4.46
Item tidak lengkap 4 16.97
Bilangan pelajar yang mengalami 1 hingga 10 79 70.54
autisme yang diajar 11 hingga 20 9 8.04
21 hingga 30 5 4.46
31 hingga 40 1 0.89
41 hingga 50 1 0.89
Item tidak lengkap 17 15.17
Berminat mengajar kanak-kanak Ya 83 74.11
yang mengalami autisme Tidak 3 2.68
Item tidak lengkap 26 23.21

MAKLUMAT LATIHAN GURU ijazah sarjanamuda, 19 responden (11.6%) mempunyai


diploma perguruan, 11 responden (6.7%) mempunyai Sijil
Dapatan tentang tahap pendidikan tertinggi responden yang Perguruan, 4 responden (2.4%) mempunyai Sijil Tinggi
diperoleh menunjukkan bahawa 16 responden (9.8%) Pelajaran Malaysia, dan 2 responden mempunyai Sijil
mempunyai Ijazah Sarjana, 58 responden (35.4%) mempunyai Pelajaran Malaysia. Bagi item “tahun tamat pengajian”,

Chap 3.pmd 22 22/06/2010, 15:28


Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisma 23

terdapat 5 responden (3%) yang telah menamatkan pengajian mengenai ciri autisme semasa latihan di dalam
tertingginya 24 tahun lepas, 6 responden (3.7%) 18 tahun perkhidmatan,” min purata yang diperoleh ialah 2.81.
lepas, 22 responden (13.4%) 13 tahun lepas, 45 responden Apabila ditanya tentang latihan menaksir pelajar-
(27.4%) 8 tahun lepas, 12 responden (7.3%) 3 tahun lepas, pelajar yang mengalami autisme semasa latihan dalam
manakala, terdapat seorang responden sedang mengikuti perkhidmatan, min purata yang diperoleh ialah 2.47. Dari
pengajian di peringkat sarjana. segi latihan tentang strategi pengajaran untuk pelajar-
pelajar yang mengalami autisme yang diterima semasa
Latihan Semasa di Universiti/Institusi Perguruan.
latihan dalam perkhidmatan, min purata yang diperoleh
Responden ditanya mengenai kursus/kelas yang pernah
ialah 2.44. Min purata untuk item “Pengalaman secara
mereka ikuti berkaitan autisme sepanjang pengajian di
langsung (hands-on) bersama kanak-kanak yang
universiti/institusi perguruan. Item-item dalam bahagian ini
mengalami autisme” semasa latihan dalam perkhidmatan
dianalisis dengan mengira min purata jawapan responden
pula, min purata daripada responden kajian ialah 2.47.
dari skala Likert empat mata. Analisis item berkaitan
Akhir sekali min purata untuk latihan berkoloborasi
pernyataan “Sewaktu mengikuti pengajian di universiti/
dengan profesional lain dan ibu bapa semasa latihan
institut perguruan, pernahkah anda diajar/latih mengenai ciri
dalam perkhidmatan ialah 2.44.
autisme,” min purata yang diperoleh ialah 2.26.
Min purata mengenai latihan yang mereka peroleh
Dari segi latihan menaksir pelajar-pelajar yang
semasa dalam perkhidmatan adalah sederhana, tetapi min
mengalami autisme, min purata yang diperolehi adalah
purata ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan
hanya 1.90. Apabila ditanya mengenai latihan strategi
min purata yang diperoleh tentang latihan yang mereka
pengajaran untuk pelajar-pelajar yang mengalami autisme,
jalani sepanjang pengajian di universiti/institusi perguruan.
min purata yang diperoleh hanyalah 1.87. Min purata untuk
Dapatan ini menunjukkan bahawa latihan dalam
item “pengalaman secara langsung (hands-on) bersama
perkhidmatan yang dijalani oleh responden untuk mengenali
kanak-kanak yang mengalami autisme” pula, min purata
ciri autisme, menaksir pelajar-pelajar ini, mengajar
dari responden kajian adalah hanya 2.24. Akhir sekali min
menggunakan strategi-strategi yang berkesan, menjalani
purata untuk latihan berkolaborasi dengan profesional lain
latihan secara langsung dengan pelajar-pelajar yang
dan ibu bapa hanya 1.88 sahaja.
mengalami autisme dan berkoloborasi dengan profesional
Min purata yang diperoleh daripada responden dalam
lain dan ibu bapa adalah tidak komprehensif ataupun
bahagian ini rata-rata adalah rendah, iaitu di antara 1.87
mantap. Namun, kualiti latihan dalam perkhidmatan tentang
hingga 2.26. Dapatan ini menunjukkan bahawa semasa
autisme adalah lebih baik jika dibandingkan dengan latihan
pengajian formal pendidikan khas, responden berpendapat
yang diterima sepanjang pengajian di universiti/institusi
mereka tidak menerima latihan yang komprehensif atau
pengajian. Min purata latihan yang dijalani semasa di
mantap untuk mengenali ciri autisme, menaksir pelajar-
universiti/institusi perguruan dan min purata latihan dalam
pelajar ini, mengajar menggunakan strategi-strategi yang
perkhidmatan terdapat dalam Jadual 2.
berkesan, menjalani latihan secara langsung dengan pelajar-
pelajar yang mengalami autisme dan berkolaborasi dengan
TAHAP PENGETAHUAN GURU
profesional lain dan ibu bapa.
Latihan dalam Perkhidmatan. Responden juga ditanya Dapatan kajian berkenaan tahap pengetahuan guru
mengenai kursus/kelas yang pernah mereka ikuti berkaitan menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang
baik tentang beberapa ciri autisme. Kajian menunjukkan
autisme semasa berkhidmat sebagai guru, iaitu sebagai
responden mempunyai pengetahuan yang betul tentang
latihan dalam perkhidmatan. Item-item di dalam bahagian
masalah komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang
ini juga dianalisis dengan mengira min purata jawapan
mengalami autisme (88.4%), over-sensitivity dan under-
responden daripada skala Likert empat mata. Analisis
sensitivity terhadap rasa sakit di kalangan kanak-kanak
item berkaitan pernyataan “Pernahkah anda diajar/latih

JADUAL 2. Maklumat Berkaitan Kursus/Kelas yang Pernah Diikuti Berkaitan Autisme Sepanjang Pengajian
di Universiti/Institusi Perguruan dan Semasa Latihan dalam Perkhidmatan
Respons Peserta
Pernyataan
Latihan di universiti/ Latihan dalam perkhidmatan
institusiperguruan
Mengenali ciri-ciri autisme 2.26 2.81
Menaksir kanak-kanak yang mengalami autisme 1.90 2.47
Strategi pengajaran kanak-kanak yang 1.87 2.44
mengalami autisme
Pengalaman secara langsung (hands-on) bersama 2.24 2.47
kanak-kanak yang mengalami autisme
Berkoloborasi dengan profesional lain dan ibu bapa 1.88 2.44

Chap 3.pmd 23 22/06/2010, 15:28


24 Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)

yang mengalami autism (94.6%), nisbah prevalens autisme diagnostik bagi autisme. Namun 96.4% (n = 107) responden
yang lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak lelaki bersetuju bahawa perbuatan ini merupakan suatu
(87.4%) serta kemahiran motor kasar dan motor halus yang diagnostik bagi autisme. Dapatan ini menunjukkan bahawa
tidak setara di kalangan kanak-kanak ini (94.6%). responden tidak mempunyai pengetahuan yang mantap
Walau bagaimanapun, responden juga keliru tentang tentang diagnostik kriteria bagi individu yang mengalami
beberapa ciri autisme. Antaranya ialah 48.6% daripada autisme. Responden (36.9%) juga mempamerkan kekeliruan
responden tidak bersetuju bahawa kanak-kanak yang tentang tingkah laku mencederakan diri di mana mereka
didiagnosis autisme mesti mempamerkan masalah interaksi menganggap perbuatan ini sebagai suatu diagnostik bagi
sosial walaupun kegagalan interaksi sosial merupakan autisme. Manakala 69.4% (n = 77) responden bersetuju
kriteria diagnostik bagi autisme. Tingkah laku mencederakan dengan pernyataan “Kanak-kanak yang mengalami autisme
diri sendiri bukanlah diagnostik kriteria untuk autisme, tidak pernah membuat eye-contact”, sedangkan pada
namun 36.9% daripada responden bersetuju bahawa ia dasarnya kanak-kanak yang mengalami autisme
adalah kriteria autisme. Begitu juga dengan perbuatan sebenarnya membuat eye-contact, tetapi tidak kerap.
stereotaip yang berulang-ulang, ia bukanlah suatu

JADUAL 3. Maklum Balas bagi Tahap Pengetahuan Guru tentang Autisme

Pernyataan Bil. Responden Betul Salah


Kanak-kanak yang didiagnosis autisme mesti mempamerkan 109 56 (51.3%) 53 (48.6%)
masalah interaksi sosial
Kanak-kanak yang didiagnosis autisme mesti mempamerkan 111 41 (36.9%) 70 (63.1%)
tingkah laku mencederakan diri sendiri
Kanak-kanak yang didiagnosis autisme mesti mempamerkan 111 107 (96.4%) 4 (3.6%)
tingkah laku dan minat yang stereotaip berulang-ulang
Kanak-kanak yang didiagnosis autisme mesti mempamerkan 112 99 (88.4%) 13 (11.6%)
masalah komunikasi
Sebilangan kanak-kanak yang mengalami autisme mempamerkan 111 105 (94.6%) 6 (5.4%)
over-sensitivity dan under-sensitivity terhadap rasa sakit
Lebih ramai kanak-kanak lelaki didiagnosis autisme berbanding 111 97 (87.4%) 14 (12.6%)
dengan kanak-kanak perempuan
Sebilangan kanak-kanak yang mengalami autisme mempamerkan 112 106 (94.6%) 6 (5.4%)
kemahiran motor kasar dan motor halus yang tidak setara
Kanak-kanak yang mengalami autisme tidak pernah membuat 111 77 (69.4%) 34 (30.6%)
eye-contact

KEYAKINAN GURU TERHADAP KECEKAPAN UNTUK dan latihan dalam bidang autisme iaitu sebanyak 3.75.
MENGAJAR KANAK-KANAK YANG MENGALAMI AUTISME Mereka juga menyokong usaha untuk mewujudkan
peluang-peluang untuk menjalani pengajian pasca siswazah
Respons yang diperoleh daripada pernyataan pada bahagian
dalam bidang autisme apabila min purata respons mereka
ini mendapati bahawa min purata responden hanyalah 2.63
ialah 3.70. Jadual 4 memuatkan maklumat berkenaan tahap
apabila diminta respons tentang keyakinan mereka untuk
keyakinan guru terhadap kecekapan mereka dalam mengajar
menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran yang
dan mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme.
sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami autisme. Apabila
ditanya sama ada menerima latihan yang cukup untuk
mendidik kanak-kanak ini pula, min purata responden PERBINCANGAN
hanyalah 2.22. Respons tentang keselesaan mereka dalam
memberi bimbingan kaunseling kepada ibu bapa dan penjaga Secara keseluruhan dapatan kajian ini telah mendapati
kanak-kanak yang mengalami autisme pula adalah min purata bahawa lebih daripada 50% responden telah mendapat
2.60. Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap keyakinan guru pendidikan formal dalam bidang pendidikan khas. Sebanyak
untuk mengajar kanak-kanak yang mengalami autisme adalah 83% antara mereka mempunyai pelajar autisme di dalam
sederhana sahaja. kelas walaupun tidak mempunyai pengetahuan yang
Apabila ditanya tentang bantuan dan tunjuk ajar mencukupi mengenai autisme. Namun begitu, mereka
daripada ahli profesional atau pakar autisme untuk menunjukkan pengetahuan yang baik mengenai beberapa
membangunkan program yang bersesuaian untuk kanak- faktor mengenai autisme, tetapi keliru tentang beberapa
kanak yang mengalami autisme, min purata respon mereka maklumat penting seperti mengenai diagnosis autisme.
adalah tinggi, iaitu 3.68. Responden juga memberikan min Sebagai contoh kebanyakan responden sukar mengenal
purata yang tinggi apabila ditanya tentang keperluan kursus pasti kegagalan interaksi sosial sebagai suatu kriteria

Chap 3.pmd 24 22/06/2010, 15:28


Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisma 25

JADUAL 4. Tahap Keyakinan Guru terhadap Kecekapan Mereka dalam Mengajar dan Mendidik
Kanak-kanak yang Mengalami Autisme

Pernyataan Min Respon Peserta


Saya yakin dengan kemampuan saya untuk menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami autisme 2.63
Saya rasa selesa memberi bimbingan kaunseling kepada ibu bapa dan penjaga
kanak-kanak yang mengalami autisme 2.60
Saya suka apabila mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada ahli profesional atau
pakar autisma untuk membangunkan program yang bersesuaian bagi kanak-kanak
yang mengalami autisme 3.68
Saya yakin saya mempunyai cukup latihan untuk mengajar kanak-kanak yang
mengalami autisme dengan berkesan 2.22
Saya rasa kursus dan latihan tambahan dalam bidang autisme ini dapat mendatangkan
faedah kepada saya 3.75
Saya rasa kewujudan peluang-peluang untuk menjalani pengajian pasca siswazah
dalam bidang autisme ini dapat memberikan faedah kepada bidang ini 3.70
Saya rasa sekolah secara amnya memperolehi faedah jika terdapat “pakar autisme” 3.79
Jika ada pakar autisme di daerah saya, saya akan menggunakan individu tersebut
sebagai sumber rujukan 3.77
Saya berminat untuk menjadi seorang pakar autisme walaupun perlu mengikuti
kursus dan latihan tambahan 3.46
1 = Sangat tidak bersetuju 2 = Tidak bersetuju 3 = Bersetuju 4 = Sangat bersetuju

diagnostik bagi autisme dan membuat kesilapan dengan khas di sana didapati hanya meliputi pengetahuan am tentang
menyatakan bahawa tingkah laku stereotaip dan pendidikan khas dan tidak mengenai kekurangan upaya yang
mencederakan diri sendiri sebagai suatu kriteria diagnostik mendalam sebagai bakal guru pendidikan khas.
bagi autisme. Dapatan kajian ini didapati mempunyai Sehubungan dengan itu dapatan kajian ini boleh
persamaan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh memberi implikasi ke atas latihan perguruan pendidikan
Mavropoulou & Padeliadu (2000) dan Schwartz & Drager khas di negara ini. Kedua-dua jenis latihan perguruan,
(2008). Mavropoulou & Padeliadu (2000) telah mendapati sama ada semasa pengajian formal ataupun latihan dalam
bahawa terdapat kekeliruan dalam pengetahuan tentang perkhidmatan perlu dipertingkatkan kualitinya demi untuk
autisme di kalangan guru-guru pendidikan khas di Greece menghasilkan guru-guru yang cekap dan mahir dalam
manakala Schwartz & Drager (2008) pula menyatakan mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme. Inovasi
bahawa terdapat pengetahuan yang lemah tentang autisme pengajaran dalam bentuk baru perlu diperkenalkan semasa
dalam kalangan ahli-ahli terapi pertuturan. mereka belajar di universiti ataupun di institut perguruan.
Kekurangan pengetahuan tentang autisme dalam Latihan yang berbentuk praktikal perlu diperbanyakkan
kalangan responden dipercayai disebabkan oleh kekurangan supaya memberi peluang kepada guru-guru pelatih
input latihan yang komprehensif diterima sepanjang mendapat pengalaman secara langsung ataupun hands-
pengajian di universiti ataupun di institut perguruan. on dengan kanak-kanak yang mengalami autisme. Latihan
Dapatan kajian turut menunjukkan kebanyakan responden dalam perkhidmatan juga boleh ditingkatkan kualitinya
menyatakan bahawa latihan yang diterima untuk mengenali dengan menggunakan kaedah konsultansi dan tidak hanya
ciri-ciri autisme, menaksir pelajar-pelajar yang mengalami melalui bengkel sahaja (Scheuermann et al. 2003).
autisme, menjalankan strategi pengajaran untuk pelajar- Berdasarkan daripada dapatan kajian ini jelaslah
pelajar yang mengalami autisme, menjalani pengalaman bahawa semua pihak yang terlibat dalam melatih guru dalam
secara langsung (hands-on) bersama kanak-kanak ini dan bidang pendidikan khas perlu memikirkan untuk
berkolaborasi dengan profesional lain dan ibu bapa adalah mempertingkatkan lagi kandungan kursus mereka.
kurang. Bagi latihan yang diterima semasa dalam Kandungan kursus perlu memperbanyakkan pengajaran
perkhidmatan pula, mereka menyatakan bahawa kualitinya yang boleh mempertingkatkan lagi keyakinan mereka
adalah sederhana, namun latihan tersebut adalah lebih baik semasa mengajar kelak. Ini adalah kerana majoriti responden
berbanding daripada latihan yang diterima semasa mereka telah menyatakan bahawa tahap keyakinan mereka untuk
belajar di universiti dan di institut perguruan. Scheuermann mengajar kanak-kanak yang mengalami autisme adalah
et al. (2003) turut mengkritik latihan perguruan pendidikan sederhana sahaja. Mereka juga menyatakan bahawa latihan
khas di Amerika Syarikat yang didapatinya kurang memberi perguruan yang diperolehi daripada institusi-institusi
tumpuan kepada latihan perguruan yang berfokus mendidik berkaitan masih kurang dan ini telah menyebabkan mereka
kanak-kanak yang mengalami autisme dan pelbagai kurang berkeyakinan semasa berhadapan dengan kanak-
kekurangan upaya yang lain. Latihan perguruan pendidikan kanak austime ketika mengajar. Mereka turut mencadangkan

Chap 3.pmd 25 22/06/2010, 15:28


26 Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)

agar kursus lanjutan diperbanyakan, kerana mereka RUJUKAN


menyedari akan kepentingan kursus tersebut dalam
American Psychiatric Association. 1994. Diagnostic and Statistical
meningkatkan tahap keyakinan mereka.
Manual of Mental Disorders. Ed. ke-4. USA: APA.
Perkara yang memberangsangkan dalam dapatan
Center for Disease Control and Prevention, Department of Health
kajian ini adalah majoriti daripada responden (74%) berminat and Human Services. 2009. CDC Releases New Data on
untuk mengajar kanak-kanak yang mengalami autisme. Sutism Spectrum Disorders (ASDs) from Multiple
Mereka juga turut mengalu-alukan bantuan dari segi Communities in the United States, February, 2009.
sokongan pakar autisme dalam menjalankan tugas mereka, Croen, A., Grether, J.K., Hoogstrate, J. & Selvin, S. 2000.
malah segolongan besar mereka berminat untuk menjalani Descriptive Epidemiology of autism in California population:
latihan dan kursus untuk menjadi seorang guru pakar Who is at risk?. Journal of Autism and Developmental
autisme. Minat dan semangat yang ditunjukkan oleh para Disorders 32: 217-224.
responden dalam bidang autisme tidak patut dipersiakan. Ganz, M. 2006. The Costs of Autism. In Understanding Autism:
Oleh itu, kursus dan latihan yang lebih mantap serta From Basic Neuroscience to Treatment. Auther USA: Havard.
Mavropoulou, S. & Padeliadu, S. 2000. Greek teachers’
komprehensif akan dapat melahirkan guru-guru pendidikan
perceptions of autism and implications for educational
khas yang cekap dan efektif untuk mendidik kanak-kanak
practice: A preliminary analysis. Autism 4(2): 173-183.
yang mengalami autisme di negara ini. National Research Council. 2001. Educating Children with Autism.
U.S.A.: National Academy Press.
Philips, S.C. 2005. Tahap Tahap Pengetahuan Mengenai
KESIMPULAN
Sindrom Autisme Di Kalangan Guru Kelas Biasa. http://
rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Sindrom.htm [8 Mei 2009].
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap latihan, Scheuermann, B., Webber, J., Boutot, A. & Goodwin, M. 2003.
pengetahuan dan keyakinan guru-guru pendidikan khas Problems with personnel preparation in autism spectrum
mengenai autisme. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan disorders. Focus on Autism and Other Developmental
untuk mengetahui tahap latihan guru-guru yang mendidik Disorders 18(3): 197-206.
kanak-kanak yang mengalami autisme di Malaysia. Tanpa Schwartz, H. & Drager, K.D.R. 2008. Training and Knowledge
latihan yang mencukupi akan menyebabkan mereka in Autism Among Speech-Language Pathologists: A Survey.
Language, Speech & Hearing Services in Schools 39(1):
kurang berkeyakinan dan tidak dapat melaksanakan tugas
66-77.
dengan efektif. Kursus perguruan formal didapati masih
Simpson, R. 2004. Finding Effective Intervention and Personnel
kurang berkesan untuk melatih guru-guru pendidikan khas Preparation Practices for Students with Autism Spectrum
bagi memahami autisme dan seterusnya mendidik kanak- Disorders. Exceptional Children 70(2): 135- 144.
kanak yang mengalami autisme. Manakala latihan dalam Stone, W.L. & Rosenbaum, J.L. 1988. A comparison of teacher
perkhidmatan mengenai autisme pula hanya sederhana and parent views of autism. Journal of Autism and
kualitinya, namun lebih kursus ini lebih berkesan Developmental Disorders 18(3): 403-414.
berbanding dengan latihan di universiti ataupun institut Volkmar, F.R., Klin, A. & Cohen, D.J. 1997. Diagnosis and
perguruan. Para guru juga didapati mempunyai keyakinan classification of autism and related conditions: Consensus
yang rendah dalam bidang ini. Namun, mereka berminat and issues. Dlm. Handbook of Autism and Pervasive
untuk menjalani kursus lanjutan untuk meningkatkan Developmental Disorder, edited by Cohen, D.J. & Volkmar,
F.R. ke-2. USA: Yale University.
kecekapan mereka untuk mendidik kanak-kanak ini. Maka,
Wing, L. & Gould, J. 1979. Severe Impairments of Social
kursus perguruan formal di negara ini harus
Interaction and Associated Abnormalities in Children:
dipertingkatkan dengan menambah komponen mengenai Epidemiology and Classification. Journal of Autism and
autisme. Guru-guru pendidikan khas juga perlu diberi Developmental Disorders 9: 11-29.
akses kepada latihan dalam perkhidmatan mengenai
autisme selari dengan bidang pendidikan autisme yang
semakin berkembang dengan pesat kini. Guru-guru perlu Hasnah Toran
dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran strategi Fakulti Pendidikan
pengajaran terkini yang telah terbukti berkesan melalui Universiti Kebangsaan Malaysia
kajian-kajian saintifik. Kajian lanjut yang mendalam perlu 43600 Bangi Selangor D.E
dijalankan dari masa ke semasa bagi mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang masih wujud dalam kedua-
dua jenis latihan perguruan ini agar kualitinya dapat
dipertingkatkan.

Chap 3.pmd 26 22/06/2010, 15:28

Anda mungkin juga menyukai