Anda di halaman 1dari 4

Semakin hari, kita semakin menghampiri Wawasan 2020.

Keadaan ini menandakan


permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal merintangi. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan
mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan
seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara umumnya cabaran membawa maksud
sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada
kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, seseorang guru perlu
menyahut cabaran untuk melihat keupayaan dalam melaksanakan tugasannya bukan
sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya. Keupayaan seseorang guru
dalam menyusun dan melaksanakan tugasan bagi mendapatkan hasil yang diingini
dikatakan sebagai efikasi kendiri guru. Efikasi kendiri dapat menilai seseorang individu
dalam

menyelesaikan

masalahnya

serta

sejauh

mana

keyakinan

dirinya

untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, efikasi kendiri juga dikaitkan dengan penetapan
matlamat untuk mencapai sesuatu yang diimpikan. Penetapan matlamat ditentukan oleh
individu itu sendiri berdasarkan kepada tugasan yang dilaksanakan, persekitarannya
ataupun interaksi sosialnya.
Berdasarkan analisa yang dilakukan terhadap artikel yang bertajuk Tahap Kesediaan
Efikasi Pengetahuan Dan Kemahiran Profesional Guru Dalam Kalangan Guru-Guru Pelatih
terdapat beberapa aspek efikasi guru yang telah dikaji dan sangat diperlukan dalam diri
setiap orang guru agar dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah disyorkan oleh
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir. Menurut Bandura (1994, 1995), individu yang
mempunyai kekuatan efikasi kendiri sentiasa berusaha mencapai objektif yang lebih
mencabar dan lebih komited jika dibandingkan dengan individu yang rendah efikasi
kendirinya. Melalui analisis artikel yang diberikan terdapat dua aspek efikasi guru yang
penting telah dikaji. Pengetahuan dan kemahiran umum serta perpektif kepelbagaian dan
pelbagai budaya merupakan kedua-dua aspek utama yang telah dikaji dalam kajian
tersebut. Pengetahuan dan kemahiran umum adalah ilmu yang perlu dikuasai oleh
seseorang guru agar dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi
murid-murid. Aspek ini merupakan aspek yang telah direspon sebagai sangat bersedia oleh
99 responden daripada 166 respon kajian. Saya sebagai seorang guru pelatih telah
menguasai pengetahuan kandungan dan juga pengetahuan pedagogi. Pengetahuan
kandungan bermaksud ilmu standard kandungan kurikulum yang dikuasai manakala
pengetahuan pedagogi ialah kaedah, strategik dan cara seseorang guru hendak
menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Sebagai contohnya, semasa saya
mengajar tajuk fakta asas darab saya telah mendalami kandungan kurikulum yang perlu

disampaikan kepada murid-murid. Saya juga telah menggunakan kaedah petak sifir agar
dapat membantu murid cerdik dan juga murid lemah.
Item seterusnya iaitu, penggunaan teknologi dalam pendidikan. Teknologi dalam
pendidikan amat digalakkan semasa pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
membantu murid-murid lebih mendalami ilmu yang dicurahkan. Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) merupakan salah satu tunjang dalam KSSR. Saya sebagai seorang guru
pelatih telah menggunakan teknologi seperti penggunaan Slaid Powerpoint, tayangan video
semasa set induksi, permainan kuiz interaktif dan sebagainya. Penggunaan teknologi ini
dalam pendidikan bukan sahaja membantu guru menguasai bidang tersebut secra
mendalam malah akan membantu murid-murid berada dalam keadaan aktif dan sedia
menerima sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, seseorang guru juga harus mengaitkan pembelajaran dalam bilik darjah
dengan dunia sebenar. Pendekatan ini merupakan salah satu pendekatan yang telah
digunakan sejak lama lagi namun ia tidak begitu diutamakan oleh sesetengah guru
sedangkan ia merupakan suatu kaedah yang membantu murid-murid mengingati sesuatu
pembelajaran dengan mudah. Sepanjang praktikum apabila saya berdepan dengan tajuktajuk seperti penyelesaian masalah saya akan sentiasa cuba mengaitkan tajuk
pembelajaran dan kanduangan pembelajaran dengan dunia sebenar murid-murid. Hal ini
akan merapatkan lagi pemahaman murid tentang tajuk yang dipelajari kerana ia merupakan
salah satu pertalian dengan pengalaman mereka. Sebagai contohnya, saya mengaitkan
situasi jual beli apabila mengajar murid penambahan dan penolakan yang melibatkan soalan
penyelesaian masalah.
Aspek kedua yang diberi penekanan oleh 166 orang responden adalah perspektif
kepelbagaian dan pelbagai budaya. Berdasarkan aspek ini terdapat beberapa item yang
menunjukkan respon responden yang tinggi ke arah sangat bersedia dan mempunyai efikasi
kendiri tinggi. Membantu murid menguasai Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu item
yang mendapat respon yang tinggi daripada para responden. Setiap orang guru harus
membantu murid menguasai Bahasa Kebangsaan tidak kira Sekolah Kebangsaan atau
Sekolah Jenis Kebangsaan. Perkara yang telah saya praktikan sepanjang praktikum di
sebuah Sekolah Jenis Kebangssan ialah walaupun ia merupakan Sekolah Jenis
Kebangsaan namun pihak pentadbir menyediakan pelbagai program atau tindakan agar
dapat membantu murid menguasai Bahasa Kebangsaan. Antaranya ialah hari Selasa dan
Rabu merupakan hari Bahasa Kebangsaan dimana murid-murid hanya berhubung dengan
menggunakan Bahasa Kebangsaan. Saya turut melibatkan diri dengan perancangan

sebegini dan menggunakan Bahasa Kebangsaan semasa berkomunikasi dengan muridmurid walaupun di luar bilik darjah.

Disamping itu, menggalakkan murid melihat, bertanya dan mentafsir idea daripada
pelbagai perspektif yang pelbagai merupakan salah satu item daripada aspek kedua. Melalui
penggalakkan murid-murid untuk bertanya dan mentafsir idea kemahiran komunikasi dapat
dipupuk. Seperti sedia maklum kemahiran komunikasi merupakan salah satu aspek yang
diberi keutamaan dalam KSSR. Saya sepanjang pengajaran dan pembelajaran sangat
menggalakkan murid-murid untuk bertanya sedangkan beberapa orang guru mengatakan
bahawa ia adalah membazirkan masa. Namun, saya menyedari bahawa setiap kali saya
memberikan masa untuk murid menanya soalan dan mentafsir idea daripada soalan saya,
kemahiran murid-murid semakin meningkat. Murid-murid tidak lagi duduk diam dan hanya
mendengar sahaja leteran guru. Saya juga sentiasa menggalakan murid-murid supaya
membuat rumusan pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Item seterusnya ialah membantu ibu bapa dan keluarga menyokong pembelajaran
anak mereka. Ilmu yang ditimba oleh murid-murid di waktu persekolahan tidak mencukupi
untuk menjamin kecemerlangan dalam akademik. Ibu bapa dan ahli keluarga merupakan
pihak kedua yang harus membimbing anak dan membantu menyiapkan tugasan yang tidak
diketahui. Namun, kebanyakan ibu bapa pada masa kini sangat sibuk dalam mencari
kebendaan dan lupa akan pendidikan anak. Guru harus bertanggungjawab dalam
membantu ibu bapa supaya membimbing anak semasa melakukan tugasan di rumah.
Semasa praktikum saya meminta murid-murid lemah yang tidak memahami pengajaran
saya tunggu selepas waktu persekolahan. Saya juga telah memaklumkan kepada ibu bapa
murid-murid tersebut terlebih dahulu dan membimbing murid dalam tajuk yang lemah.
Secara ringkasnya, guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi berjaya
mempengaruhi peningkatan pencapaian murid dalam pelbagai aspek. Menurut TschannenMoran (1998), efikasi guru

mempunyai hubungan yang signifikan dengan peningkatan

pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar.

Adalah tanggungjawab setiap

orang guru dalam meningkatkan efikasi kendiri agar pencapaian murid-murid dari setiap
aspek dapat dipupuk.

Anda mungkin juga menyukai