Anda di halaman 1dari 2

SASIKALA ELANGOVAN

REFLEKSI
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui
aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa
professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dalam arus globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda
Aras atau Bench marking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru
pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6.
Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri
mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Setelah mendapat kata putus,
kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Kolej Vokasional Temerloh,
Program BIG Fasa 6 ini telah disertai seramai 104 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih
PISMP Pengajian Tamil, PISMP Bahasa Melayu 1 dan 3, PISMP Agama Islam dan PISMP Kajian
Sosial Ambilan Januari 2011. Lawatan ini juga telah diiringi oleh beberapa orang pensyarah iaitu tutor
kelas masing- masing.
Program ini bermula pada hari khamis 28 Februari 2013. Apabila sampai di S,J,K (C)
MENTAKAP 1, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga Sekolah tersebut. Selepas
mengenakan sarapan pagi di Dewan terbuka S,J,K (C) MENTAKAP 1. Seterusnya, kami Pogram Bina
Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan
luaran sekolah. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam
persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan
sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi
pendidikan.
Kami telah memulakan program BIG ini dengan mengadakan bengkel tentang sejarah sekolah
tersebut. Bengkel tersebut dikendalikan oleh pengetua sekolah tersebut iaitu EN. CHEN TEO WAH.
Seterusnya, kami dibawa ke Dewan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru
Besar. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di S J K (C)
MENTAKAP 1 dan pencapaian dalam bidang akademik mahupun sukan. Sekolah tersebut mendapat

SASIKALA ELANGOVAN
pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa
guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.
Di SJK (C) MENTAKAP 1, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada dua bahagian. Sebanyak RM 125,000
dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM 125, 000 lagi dilaburkan kepada pembangunan sukan.
Setelah, mengenali tentang sejarah sekolah kami dibuka seisi soal jawap. Beberapa orang guru pelatih
tanya soalan tentang pengurusan sekolah, cara menjaga kebersihan sekolah dan juga tentang disiplin
sekolah. Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik. Banyak input baru yang
telah saya peroleh melalui bengkel ini.
Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Selepas mengambil sarapan
guru pelatih telah mengadakan seisi soal jawap bersama tutor masing-masing. Bukan sekadar itu,
kami juga diberi satu kertas soal selidik dan kami mencari maklumat. Seterusnya, semua guru pelatih
kumpul di Dewan SJK (C) MENTAKAP 1 untuk majlis penutupan. Pihak IPG telah memberi satu
cenderamata kepada pihak sekolah sebagai tanda kenangan. Akhir sekali, Semua guru pelatih
bertolak dari sekolah tersebut pada pukul 3 Petang.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih
kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba
ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk
membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.
Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan
sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya
amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip
hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat

bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya

dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai