Anda di halaman 1dari 4

Apakah Itu ADHD?

Asfan Ash Selasa, Februari 18, 2014 Psikologi Perkembangan


ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) ialah sejenis gangguan psikologi
yang sangat banyak dilihat pada kanak-kanak. Gangguan jenis ni bolehlah dikira
sebagai agak kerap dalam populasi kanak-kanak dunia berbanding dengan
gangguan yang lain seperti child depression, child schizophrenia, dan sebagainya.
Kalau di sekolah, simptom ni bukan biasa dilihat di unit Pendidikan Khas sahaja
malah kadang-kadang ciri ADHD boleh dilihat dalam kelas pelajar biasa yang tidak
berdaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Mengapa bahaya? Sebab jika tidak
dikawal sejak kecil maka ia akan berlarutan sehingga dewasa.

Mengamuk adalah salah satu simptom ADHD


Jadi apabila kita bercakap tentang ADHD, mungkin soalan yang paling kerap ditanya
ialah apa ciri-ciri kanak-kanak ADHD? Biasanya gangguan ni ditunjukkan dalam 3
perkara iaitu tak boleh tumpukan perhatian, masalah mengawal tingkah laku, dan
hiperaktif, terlampau aktif tak reti duduk diam.

ADHD ada 3 jenis, iaitu jenis hiperaktif-impulsif, jenis inatentif (tidak menumpukan
perhatian), dan akhir sekali jenis hiperaktif-inatentif. Sebelum anda meneruskan
bacaan ke bawah, ahrus diingati bahawa simptom yang ditulis hanya berfungsi
sebagai petunjuk awal dan diagnosis hanya boleh dilakukan oleh pakar.

***
SIMPTOM ADHD
Seperti yang diterangkan di atas, kanak-kanak yang mempunyai ADHD kelihatan
normal seperti kanak-kanak biasa (terlampau aktif, tidak tumpukan perhatian dsb)
tetapi simptom mereka sebenarnya adalah lebih teruk daripada kanak-kanak biasa
dan juga tanda-tanda yang dilihat mestilah melebihi daripada setengah tahun

Simptom kurang perhatian

 Tumpuan senang terganggu


 Mempunyai masalah untuk fokus terhadap sesuatu
 Cepat berasa bosan apabila melakukan sesuatu selepas beberapa minit
 Selalu kehilangan barang dan terlupa menghantar kerja rumah
 Tidak memeberikan respons apabila bercakap
 Mengalami masalah untuk memproses maklumat dengan pantas dan tepat
 Mengalami masalah mengikuti arahan
Simptom hiperaktif
 Tidak boleh diam semasa duduk
 Bercakap dengan tanpa berhenti
 Berlari-lari dan menyentuh semua benda yang boleh dicapai
 Sentiasa bergerak
 Tidak boleh duduk diam di meja makan
 Tidak mampu untuk melakukan aktiviti dalam keadaan senyap
Simpton impulsif (perbuatan mengejut, tiba-tiba)
 Sangat tidak sabar
 Mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, dan bertindak tanpa
memikirkan akibatnya
 Mempunyai masalah untuk menunggu giliran
 Selalu memintas atau memotong percakapan atau aktiviti orang
Untuk mengelakkan pembaca daripada melakukan diagnosis sendiri tanpa bantuan
pakar, cukuplah jika dinyatakan bahawa jika orang yang anda kenali mempunyai 6
atau lebih daripada simptom yang telah dinyatakan di atas, maka anda disaraknkan
untuk mendapatkan khidmat pakar psikologi kanak-kanak kerana gangguan ini
merupakan satu gangguan psikologi yang boleh menyebabkan masalah pada
proses pertumbuhan kanak-kanak sebagai manusia yang sempurna fizikal dan
mentalnya.

***
Soalan seterusnya mungkin adalah...

SEBAB BERLAKUNYA ADHD


Sama seperti gangguan mental yang lain, sebab muktamad masih belum dijumpai
tetapi ramai pakar telah bersetuju bahawa ADHD adalah disebabkan oleh faktor
genetik. Hasil kajian mereka menunjukkan ADHD berlaku pada kembar seiras. Jika
anak kembar yang A mempunyai ADHD, maka B pun akan mempunyai ADHD
kerana ia terjadi sejak dalam kandungan lagi. Kajian baru juga menunjukkan bahawa
otak pesakit ADHD adalah lebih 'nipis' pada bahagian yang mengawal tumpuan

Antara sebab lain berlakunya ADHD ialah berpunca daripada asap rokok, alkohol,
dan juga pendedahan kepada plumbum dalam cat dinding mengikut kajian-kajian
lain. Ini menjelaskan sebab ADHD banyak dilihat dalam keluarga yang mempunyai
pendapatan rendah kerana mereka yang mempunyai latar demografi inilah banyak
menyalahgunakan alkohol, dan rokok.
Bertentangan dengan ramai guru Malaysia anggap, gula tidak menjadikan kanak-
kanak hiperaktif.Sebenarnya teori tersebut adalah disebabkan oleh salah anggap
ibu bapa melalui experimenter bias.

BAGAIMANA MAHU MENGUBATI ADHD?


Disebabkan otak dan psikologi manusia adalah sesuatu yang sangat kompleks
maka setakat ini kita hanya ada cara untuk mengurangkan simptom dan
menambahbaik kefungsian pesakit dalam kehidupan seharian mereka. Secara
umumnya, memberi ubat-ubatan yang khusus dan disertakan dengan terapi
psikologi seperti psikoterapi, dan pendidikan bersesuaian dengan tahap individu
merupakan cara yang terbaik untuk merawat simptom ADHD.

Walau bagaimanapun, ubat-ubatan mempunyai kesan-kesan sampingan yang perlu


diketahui oleh ibu-bapa yang mempunyai ahli keluarga dengan ADHD. Antara kesan
sampingan ubatan ialah:

 Kehilangan selera
 Masalah tidur
 mild anhedonia . Tiada perasaan atau emosi

Anda mungkin juga menyukai