Anda di halaman 1dari 4

KOD KURSUS : PAKK3273

NAMA KURSUS : PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK

PENSYARAH : DR. SITI SALEHA BINTI SAMSURI

___________________________________________________________________

Ahli Kumpulan:
Chang Li Xin
Si Hong Ying
Wong Yit Fang
___________________________________________________________________

AKTIVITI TUTORIAL (TAJUK 7 - PENGURUSAN PEMAKANAN )

1 Nyatakan sebab prasekolah perlu menyediakan makanan bermasak


. sendiri di prasekolah.

a) Untuk memastikan makanan yang disediakan adalah sihat dan seimbang


dari segi pembekalan nutrisi.
b) Untuk memastikan makanan yang disediakan adalah segar dan dalam
keadaan panas untuk dimakan.
c) Bagi menjamin kebersihan makanan yang disediakan.
d) Agar kuantiti perasa makanan yang digunakan sesuai dengan umur dan
perkembangan murid prasekolah.
e) Untuk memupuk amalan pemakanan yang baik dalam kalangan murid
prasekolah, contohnya tidak cerewet makanan.
f) Bagi memudahkan dan melicinkan pengurusan kewangan untuk
peruntukan makanan prasekolah.
2 Terangkan aspek amalan kebersihan pengendalian makanan.
.

a) Pakaian dalam keadaan yang bersih.


b) Memakai pelindung pakaian (apron) yang bersih dan cerah.
c) Memakai penutup kepala / rambut
d) Memakai penutup mulut (jika perlu)
e) Tidak memakai aksesori / rantai / gelang cincin / jam dan lain-lain.
f) Memakai kasut bertutup (selipar adalah tidak dibenarkan)
g) Kuku pendek dan bersih
h) Tiada luka / kudis
i) Tidak sakit perut / Menghidap penyakit berjangkit
j) Cuci tangan dengan langkah mencuci tangan yang betul dan sempurna.
k) Tidak merokok / meludah / batuk / bersin

3 Bagaimanakah dengan pengurusan kewangan untuk peruntukan


. bantuan pemakanan dalam prasekolah kerajaan?

Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) merupakan bantuan kewangan yang


diperuntukkan ke semua kelas prasekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan
Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) berdasarkan enrolmen murid prasekolah
pada tahun semasa Peruntukan ini bertujuan menampung kos penyediaan
makanan berkhasiat bagi murid prasekolah.

KADAR :

Semenanjung : RM2.00/hari x 200 hari setahun.

Sabah, Sarawak dan WP Labuan : RM2.25/hari x 200 hari setahun.

PEMILIHAN :

Berdasarkan enrolmen murid prasekolah yang bersekolah di SK dan SBK.

KAEDAH PENYALURAN :
Transaksi terus ke akaun bank (Kumpulan Wang Sekolah) sekolah.

4 Berikan contoh SOP penjagaan keselamatan di dapur dalam sesebuah


. pusat pendidikan awal kanak-kanak.

a) Peralatan yang tajam disimpan di tempat yang selamat / sukar dicapai


oleh murid.
b) Wayar dan peralatan elektrik diletakkan di tempat yang selamat.
c) Suiz peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
d) Lantai dapur sentiasa kering serta bebas daripada tumpahan cecair dan
kesan-kesan minyak.
e) Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.
f) Kawasan dapur adalah kawasan larangan untuk murid-murid.
g) Peti sejuk diletakkan di kawasan yang jauh daripada dapur gas.
h) Aspek pengudaraan dapur sentiasa dijaga.
i) Pastikan kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api adalah
berdekatan dengan ruang dapur.
j) Bersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain serangga
atau haiwan berbahaya.
k) Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dapur kecuali dengan kebenaran
guru atau pembantu prasekolah.
l) Elakkan tinggal masakan panas dan dapur tanpa pengawasan.
m) Ruang dapur dengan ruang makan diasingkan.
n) Pintu dapur sentiasa ditutup.
o) Pasang penghadang keselamatan pada pintu dapur.
p) Mengelakkan penggunaan dapur gas sekiranya ruang dapur tidak
diasingkan dengan ruang makan.
q) Mengelakkan meletakkan bahan yang mudah terbakar seperti surat
khabar di dapur.
r) Simpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat.
5 Huraikan aspek penting dalam persembahan makanan.
.

a) Warna
- Penyediaaan makanan yang pelbagai warna penting untuk menarik
perhatian kanak-kanak.
- Contoh: sayur-sayuran hijau, lobak merah, jagung dan tomato untuk
memberi warna yang menarik.
- Penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan makanan untuk
kanak-kanak perlulah dielakkan.
- Penyedia makanan boleh menggunakan sumber pewarna asli seperti
warna hijau daripada daun pandan, warna merah daripada bunga
roselle, warna biru daripada bunga telang dan warna kuning daripada
kunyit.
b) Saiz Potongan Makanan Yang Dihidang
- Potong sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut saiz yang sesuai
dengan umur kanak-kanak.
- Bagi menarik minat kanak-kanak untuk makan, pelbagaikan bentuk
potongan makanan yang dihidangkan.
- Contoh: lobak merah dipotong berbentuk bunga atau bintang.
c) Dekorasi Makanan
- Dekorasi ke atas makanan itu sendiri.
- Guna pinggan mangkuk yang berwarna-warni bagi membantu menarik
minat kanak-kanak untuk makan.
d) Hidangkan makanan pada suhu yang bersesuaian.
- Makanan sejuk dihidang sejuk atau pada suhu bilik. Contohnya: agar-
agar, puding, buahbuahan.
- Makanan panas dihidang panas. Contohnya: lauk pauk.

Anda mungkin juga menyukai